Ugreen Nexode Rg 65w Robot Pengecas Peneman Aktiviti Anda



Ugreen telah melancarkan pengecas baharu yang dipanggil sebagai Nexode RG (RobotGaN), iaitu pengecas atau penyesuai dengan reka bentuk robot – bertujuan untuk dijadikan sebagai ‘peneman’ anda.
Ia hadir dengan dua warna, iaitu hitam/kelabu (space grey) dan ungu. Hitam mungkin berwatak ‘lelaki’ dan ungu untuk watak perempuan (kerana ia dipakaikan dengan reben). Dengan reka bentuk secomel ini, Ugreen mensasarkan golongan yang ingin penyesuai lebih ‘personal‘, kerana bukan semua orang suka sesuatu yang comel. Ada juga yang sukakan reka bentuk ganas, kan? Hello Ugreen, boleh tak buatkan reka bentuk Hulk pula lepas ni?
Pun begitu, sebelum kita terus kepada tajuk, apa kata kita mulakan dengan segmen buka kotak terlebih dahulu.

Jadi apa ada dalam kotak? Ringkas sahaja. Ada pengecas/penyesuai, manual panduan pengguna.. dan.. ya, itu sahaja. Tiada lagi aksesori lain menanti anda dalam kotak.


Kalau diikutkan apa yang ada dalam kotak, memang ‘bosan’. Apa pun, spesifikasi atau ciri yang ada pada Nexode RG ini agak mengagumkan, dan mampu menjadikan ia sebagai salah satu peranti premium anda dalam aktiviti seharian.
Sebagai permulaan, Nexode RG mampu mengecas peranti anda dengan kelajuan sehingga 65W menggunakan teknologi Gallium Nitride (GaN). Menggunakan GaN dan bukannya semikonduktor silikon bermakna Ugreen dapat menjadikan pengecas ini agak kecil dan bersaiz optimum.
Nexode RG dilengkapi dengan 2 port USB-C serta satu port USB-A tunggal, membolehkan anda mengecas sehingga tiga peranti. Ugreen mendakwa bahawa pengecas ini boleh mengecas iPhone 15 Pro kepada 60% atau MacBook Air M2 kepada 51% dalam masa 30 minit sahaja. Setakat ini saya sendiri baru sahaja mencuba menggunakannya pada Xiaomi 13T Pro. Permulaan dari 55% hingga 100% hanya mengambil masa kalau tak salahnya lebih kurang 15 minit sahaja.
Saya akan cuba kemas kini data ini apabila punyai cukup masa untuk mengujinya.
Cuma apabila ia disambungkan kepada Xiaomi 13T Pro menerusi kabel pengecas USB-C ke USB-C (jenama Ugreen juga), paparan di 13T Pro hanya keluar ‘Fast Charge’ sahaja, dan bukan ‘Turbo Charge’.

Seperti yang saya maklumkan di atas, terdapat dua warna. Maka saya kongsikan gambar warna ungu untuk tatapan anda semua.



Di bahagian ‘kasut’ atau kaki RG, anda boleh bukakan ia untuk menggunakan pengecas.

Ini pula kabel pengecas dari jenis USB-C ke USB-C oleh Ugreen.


Tidak lupa juga terdapat sistem pemantau suhu untuk mengelakkan litar pintas, lebihan beban dan voltan, selain diperbuat daripada bahan kalis api.
Secara keseluruhan, jika anda juga sama seperti saya, ada menggunakan peranti seperti Xiaomi 13T Pro yang mempunyai spesifikasi sokongan pengecasan pantas 120W, maka pengecas Ugreen Nexode RG ini amat sesuai dijadikan sebagai peranti sandaran, tambahan, atau sokongan (ikutlah perkataan apa yang anda suka).
Jika saya cukup segala peranti atas meja untuk diuji cuba, sudah pun saya sediakan data-datanya.
Namun berdasarkan apa yang ada, pengecas 65W, meskipun semestinya tidak sepantas 120W penyesuai asal, ia tetap mampu membantu menambah nilai peratus kuasa tersedia peranti pada mana ketika kita benar-benar memerlukannya. Harga? Pada saya dengan reka bentuk sebegini, berteknologi GaN, dan hadir bersama tiga port untuk digunakan, ia amat berbaloi tidak kira warna apa yang menjadi pilihan.
Ugreen Nexode boleh dibeli melalui laman Shopee rasmi di pautan berikut: UGREEN RobotGaN 65W atau di laman Lazada. Ia hadir dengan beberapa varian, dari Plug US 30W, Plug US 65W, dan Plug UK 65W, manakala harga pula bermula dari RM69.91.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ugreen-nexode-rg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Spm Balik Kampung Jaga Adab Di Jalan Raya Ppim 12 04 2024

Aktiviti Spm Balik Kampung Jaga Adab Di Jalan Raya Ppim 12 04 2024

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 109 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersiaran dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bertajuk Balik Kampung Jaga Adab di Jalan Raya
Khabarnya Apple Sedang Membangunkan Robot Rumah

Khabarnya Apple Sedang Membangunkan Robot Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 62 hits
PANGGIL semua peminat teknologi Lupakan tentang kerja rumah kerana Apple mungkin sedang membangunkan robot untuk membantu dengan tugas rumah tangga Ini menandakan perubahan yang penting bagi syarikat itu berikutan pembatalan projek kereta e...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman