Ucapan Tidak Tahu Separuh Daripada Ilmu



Soalan:
Adakah terdapat hadith daripada Nabi SAW berkaitan mengucapkan: “Ucapan aku tidak tahu separuh daripada ilmu”, apabila ditanya sesuatu yang tidak tahu?

Jawapan:
Berdasarkan soalan di atas, ucapan tersebut bukanlah daripada hadith Nabi SAW. Namun, ia merupakan ucapan salah seorang daripada sahabat Nabi SAW iaitu Abu al-Darda’ RA sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Abd al-Bar. [Lihat: al-Intiqa’ fi Fadhail al-Thalathah, 38]

Di dalam Sunan al-Darimi ada diriwayatkan bahawa ucapan tersebut disandarkan kepada al-Sya’bi iaitu salah seorang tokoh tabi’in dengan sanad yang sahih. Telah dikhabarkan kepada kami Yahya bin Hammad, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah, daripada Mughirah, daripada al-Sya’bi berkata:

لَا أَدْرِي نِصْفُ الْعِلْمِ
“Ucapan aku tidak tahu separuh daripada ilmu.” [Riwayat al-Darimi (186), 1/276]

Agama kita amat menekankan sifat amanah khususnya dalam menyampaikan ilmu agama. Justeru, sifat amanah merupakan salah satu sifat yang wajib bagi Nabi atau Rasul. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tugas menyampaikan ilmu bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia merupakan tugas para Nabi dan juga para Rasul.

Seseorang itu perlu amanah dalam menyampaikan ilmu agama khususnya dan dia hanya dibenarkan untuk menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuannya sahaja. Adapun, sekiranya terdapat persoalan yang tidak diketahui jawapannya, maka dia perlu jujur dan tidak menjawabnya tanpa didasari dengan ilmu. Ini kerana, terdapat hadith yang menceritakan kesan mengeluarkan sesuatu jawapan atau pandangan yang mana ia tidak didasari dengan ilmu iaitu:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أُفْتِيَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ إِثْمُهُ عَلَى مَنْ أَفْتَاهُ
“Barangsiapa yang diberi fatwa tanpa ilmu, maka dosanya akan ditanggung oleh orang yang memberi fatwa.” [Riwayat Abu Daud (3657), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan dan sanad hadith ini kesemua perawinya adalah thiqah]

Di dalam ‘Aun al-Ma’bud dinyatakan bahawa kesilapan di dalam berfatwa (yang menyebabkan berdosa) di dalam hadith ini bermaksud kesilapan yang berlaku bukan pada masalah ijtihad. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 10/65]

Ini kerana, tersilap di dalam ijtihad akan menjadikan seorang yang mujtahid itu mendapat satu ganjaran berdasarkan kepada hadith Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibn Majah di dalam sunan mereka. Satu ganjaran tersebut adalah disebabkan usahanya dalam mengeluarkan hukum walaupun dia tersilap dalam masalah tersebut.

Ibn Hamdan berkata di dalam kitabnya, sesiapa yang memberikan fatwa dalam keadaan dia tidak memiliki ciri-ciri yang telah ditetapkan, tanpa terdapatnya sebarang darurat (untuk berfatwa), maka dia dikira sebagai pelaku maksiat dan berdosa. [Sifat al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti, 59]

Antara contoh yang boleh dikongsi dalam permasalahan sebegini adalah kisah Imam Malik apabila ditanya kepadanya beberapa persoalan oleh murid-muridnya:

سُئِلَ عَنْ ثَمَانِيَةٍ وَأَرْبَعِينَ مَسْأَلَةً فَقَالَ فِي ثِنْتَيْنِ وَثَلَاثِينَ مِنْهَا: لَا أَدْرِي
“Ditanya (Imam Malik) 48 persoalan, maka jawab Imam Malik 32 daripadanya dengan aku tidak tahu.” [Lihat: Syarah al-Zurqani ‘ala al-Muwatta’, 1/54]

Kisah ini menunjukkan kepada kita bahawa seorang Imam yang hebat di zamannya sehingga Imam Malik digelar sebagai Imam Dar al-Hijrah tidak malu untuk mengatakan beliau tidak tahu dalam sesuatu permasalahan. Suasana pada hari ini cukup berbeza apabila kebanyakan para penceramah tanpa segan dan malu menjawab setiap persoalan yang diajukan tanpa didasari dengan ilmu. Kesan daripada sikap sebegini, masyarakat akan menjadi huru-hara dan akan timbul banyaknya fitnah-fitnah.

Penutup

Kesimpulannya, ucapan tersebut bukanlah daripada Nabi SAW tetapi ia diucapkan oleh generasi selepas daripada Nabi SAW sama ada daripada kalangan sahabat atau tabi’in. Tambahan pula, setiap orang yang ingin menyampaikan ilmu perlulah mempersiapkan diri mereka terlebih dahulu dengan ilmu pengetahuan yang cukup.

Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai sifat amanah dan tidak malu untuk mengucapkan tidak tahu pada perkara yang tidak tahu atau tidak pasti. Ini adalah sikap terpuji yang ditunjukkan oleh para al-Salaf al-Soleh pada kurun-kurun yang awal sepertimana yang dilakukan oleh Imam Malik bin Anas.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan kefahaman di dalam agama ini untuk kita sampaikan serta menyebarkan agama yang suci ini kepada sekalian alam. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/ucapan-tidak-tahu-separuh-daripada-ilmu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Rebut Peluang Timba Ilmu Di Kolej Komuniti

Tengku Hassanal Rebut Peluang Timba Ilmu Di Kolej Komuniti

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 600 hits
KUANTAN Rakyat Pahang dinasihatkan merebut peluang menamba ilmu khususnya dalam bidang kemahiran yang ditawarkan Kolej Kemuniti di negeri ini Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah bertitah pendidikan meru...
Jangan Tuduh Sesat Jika Kita Tidak Ada Ilmu Agama Cukup

Jangan Tuduh Sesat Jika Kita Tidak Ada Ilmu Agama Cukup

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 696 hits
RAKAMAN video zikir berdiri yang tular di laman sosial Saya harap orang ramai tidak cepat menghukum sesuatu sebagai sesat sehinggalah ia benar benar melanggar batas akidah dan hukum syarak katanya Klip video berdurasi satu minit 12 saat dan...
Dakwah Dan Mengajarkan Ilmu Termasuk Amalan Muta Addi

Dakwah Dan Mengajarkan Ilmu Termasuk Amalan Muta Addi

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 288 hits
Kita sudah bahas amalan muta addi Kali ini kita masuk dalam beberapa contohnya Kami ringkaskan dari kitab Utruk Atsaran Qabla Ar Rahiil
Kerana Berbeza Kanak Kanak Albino Ini Dibunuh Dan Badan Dikerat Untuk Pemujaan Ilmu Hitam

Kerana Berbeza Kanak Kanak Albino Ini Dibunuh Dan Badan Dikerat Untuk Pemujaan Ilmu Hitam

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 371 hits
Nairobi Seorang remaja lelaki albino yang berusia 15 tahun ditemui dalam keadaaan menyayat hati setelah hilang selama seminggu kata jurucakap persatuan albino tempatan pada Ahad lalu Mangsa dibunuh dan beberapa bahagian badannya dikerat dip...
Wacana Ilmu Pencen Andai Aku Pergi Dulu

Wacana Ilmu Pencen Andai Aku Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 750 hits
Antara yang dibincangkan adalah 1 Siapakah yang layak dapat pencen terbitan2 Adakah pencen terbitan boleh difaraid diwasiatkan3 Adakah balu yang dinikahi di luar negara tapi x daftar di Malaysia layak terima pencen terbitan4 Balu baru muncu...
Tanda Tanda Ilmu Yang Bermanfaat

Tanda Tanda Ilmu Yang Bermanfaat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 664 hits
OlehAl Ustadz Yazid bin Abdul Qadir JawasIlmu yang bermanfaat dapat diketahui dengan melihat kepada pemilik ilmu tersebut Di antara tanda tandanya adalah 1 Orang yang bermanfaat ilmunya tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya se...
Nak Ubah Anak Kita Pun Kena Berubah Anak Anak Akan Ikut Apa Yang Kita Buat Ozzlyn Wati Kongsi Ilmu Didik Anak

Nak Ubah Anak Kita Pun Kena Berubah Anak Anak Akan Ikut Apa Yang Kita Buat Ozzlyn Wati Kongsi Ilmu Didik Anak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 569 hits
Benarlah kata orang nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya Ketika anak anak masih kecillah kita perlu mendidik mereka dengan adab dan didikan yang mulia Tak mudah namun kita sebagai ibu bapa wajib memberikan didikan terbaik buat anak...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina