Ucapan Raya Berterusan


 

Kata orang Melayu Hari Raya Aidilfitri sebulan kerana puasa sebulan. Sama ada serius atau seloroh itulah yang selalu didengari orang Melayu kata. Berdasarkan kata-kata itu maka ucapan selamat sambut raya mestilah juga dilafaz selama satu bulan. Ikut logiknya jika logik istilah yang boleh digunakan.
Dan intipati ucapan Selamat Hari Raya ialah mohon maaf. Oleh itu maaf zahir dan batin mesti dimohon selama satu bulan juga sesuai dengan pendirian Hari Raya disambut sebulan. Setuju? Atau apa kata mohon maaf lebih daripada satu bulan? Ucap sepanjang tahun. Dan maaf-maafan bukan dalam kalangan Melayu sahaja. Babitkan sekali penyertaan orang bukan Melayu, bukan Islam.
Begini. Dewasa ini hubungan antara agama dan bangsa di negara ini agak tegang dan boleh dikatakan sedang “escalate” atau meningkat. Puncanya kita tahu. Bermula isu kalimah Allah dengan stoking dan sudah menjangkit atau lebih tepat merebak ke barangan lain. Termasuk kasut dan nama tempat penginapan.
Sememangnya orang Melayu berhak dan punya sebab untuk marah. Tetapi tidak boleh dinafikan ada pihak mengambil kesempatan untuk meniup sentimen agama dan ras. Ramai juga orang Melayu yang termakan. Apabila emosi dipermain sifat rasional hilang. Kata-kata kesat pun dikeluarkan khususnya di platform media sosial. Sasaranya orang bukan Islam secara total bukan golongan tertentu.
Dan oleh kerana “for every action there is a reaction” timbullah reaksi dan tindak balas orang bukan Melayu bukan Islam. Kata kesat, persenda dan menyakiti dilemparkan juga di media sosial. Dan menerusi kumpulan WhatsApp.
Ini tidak boleh dibiar berpanjangan. Lantas pertubuhan masyarakat sivil serta media melancar apa yang dipanggil gerakan Maaf Zahir Batin 365. Memohon keampunan dan kemaafan kata mereka adalah amalan mulia. Betul. Dan izinkan saya melanjutkan bahawa memberi kemaafan kepada si pemohon juga amalan mulia malah mungkin lebih mulia. Memohon maaf bukan senang. Mungkin apa yang lebih susah ialah untuk memaafkan.
“Memohon keampunan untuk kesalahan sama ada yang sengaja dilakukan atau tidak sengaja adalah amalan mulia orang Muslim di Malaysia dan wilayah Nusantara pada bulan Syawal setelah berakhirnya Ramadan,” kata Wong Chin Huat mewakili Projek Sama antara badan yang terlibat dengan gerakan Maaf Zahir Batin 365. Kata Wong amalan maaf juga ada dalam ajaran lain agama.
Lalu pertubuhan masyarakat sivil mengajak rakyat Malaysia “melazimkan amalan memohon dan memberi maaf zahir dan batin sepanjang tahun tidak terhad kepada Hari Raya Aidilfitri dan Syawal tetapi dari awal Muharam sampai ke akhir Zulhijah dari 1 Jan sampai 31 Dis sepanjang 365 hari setahun”.
Tujuannya rakyat Malaysia melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik agama dengan rahmah setiap hari. Harapan saya seruan itu disahut majoriti rakyat jika tidak semua.
Namun, ada lagi yang mesti dilakukan. Umpamanya dalam kalangan orang Melayu yang sedang marah ada yang cukup yakin pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa tatkala Islam dicabar dan dihina. Lantas mereka bertindak sendiri dan keterlaluan. Jika anda ada tonton klip video di media sosial seorang lelaki merosakkan patung di kuil di Perak anda akan tahu maksud saya apabila dengar apa yang lelaki itu kata.
Persoalannya betul ke Islam dihina? Jika ya, betulkah tidak ada tindakan diambil oleh pemerintah? Persoalan lagi – mengapa dia percaya kerajaan tidak melakukan apa-apa, takut dengan orang bukan Islam lalu tunduk? Anggapan itu tidak benar tetapi orang seperti itu tetap yakin ia benar. Persepsinya Islam dihina kerajaan peluk tubuh. Bagaimana kerajaan mahu memperbetulkan persepsi sedemikian?
Satu lagi persoalan. Mengapa orang Melayu (kalau bukan semua mungkin ramai) sering dan mudah nampak kalimah Allah digunakan di produk dalam pasaran? Sekali gus percaya Allah dihina dan wajib mempertahankan kesucian kalimah.
Selepas stoking timbul dakwaan kalimah Allah konon tertera di tapak kasut wanita – mendorong pengeluarnya, sebuah syarikat tempatan, tangkas menjelaskan logo kasut disalah tafsir. Menurut Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh penjelasan pengeluar kasut berkenaan “melegakan umat Islam”.
Namun, persoalannya ialah “salah tafsir” itu sendiri. Saya dapati kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal lebih menarik. Beliau membidas sikap orang Islam sering berfikir paranoai sehingga tahap semua hal dianggap mencabar Islam. Ini susulan isu kasut yang disebut tadi. Kata beliau isu dibangkitkan dianggap “samar-samar” memberi imej buruk kepada Islam.
Beralih kepada “posting” Facebook Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin tempoh hari. Kata beliau di Perlis ada hotel diberi nama “All In”. Maka ada orang Melayu Islam yang tidak puas hati kerana mereka nampak tulisan Allah di “signage” hotel. Apatah lagi pemilik hotel orang bukan Islam. Perkara ini dirujuk kepada Maza selaku mufti negeri.
“Saya bertanya kepada yang membantah: Dia tulis apa? Jawab mereka ‘All In’. Tanya saya, jadi apa masalahnya?. Jawab mereka ‘nampak macam tulisan Allah’. Saya kata: Dia tak tulis Allah, hampa (kamu) yang nampak Allah. Huruf pun jelas ‘All In’ bukan Allah.”
Kata Maza lagi dan ini bagi saya sesungguhnya ‘spot on’: “Kita nilai apa yang terzahir pada tulisan itu bukan apa yang bermain di fikiran.”
Pada 25 Feb lalu agensi berita antarabangsaa melaporkan seorang wanita Pakistan dikerumi sekumpulan lelaki di Lahore yang menuduhnya memakai baju yang mempunyai ayat suci al-Quran. Ini bagi mereka perbuatan kufar. Mereka mendesak wanita itu menanggalkan pakaiannya. Mujur polis pantas datang menyelamatkan wanita itu.
Setelah disiasat apa yang dicetak pada fabrik pakaian wanita ialah tulisan khat bermakna “halwa”. Ia asalnya daripada perkataan Arab “hulw” bererti manis.
Kita berdoa perkara seperti itu yang boleh membawa kepada keganasan tidak berlaku di Malaysia. Satu lagi persoalan mengapa tercipta logo, tulisan dan reka bentuk yang boleh “mengeliru dan disalah tafsir” oleh orang Islam?
Kata wartawan veteran A Kadir Jasin sudah sampai masa kerajaan mengajar dan memberi kefahaman mengenai Islam kepada orang bukan Islam khususnya masyarakat perniagaan. Cadangan yang wajar dipertimbangkan. Bahkan dilaksanakan. Tetapi perlu diingat ini boleh menyebabkan kerajaan dituduh oleh orang bukan Islam cuba mengislam mereka. Imbau kembali kecoh dalam kalangan orang bukan Islam apabila Anwar Ibrahim menjalankan upacara lafaz syahadah apabila seorang penganut Hindu memeluk agama Islam. Dan tidak lupa juga hingar-bingar apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan modul Hadis 40 di peringkat sekolah.
Pun begitu kata Kadir hendak disalahkan orang bukan Islam bulat-bulat pun tidak boleh kalau kerajaan sendiri tidak memberikan pendidikan dan panduan. “Misalnya berapa ramai orang bukan Islam yang tahu dan kenal kalimah Allah dalam tulisan Jawi? Silap-silap orang Melayu sendiri pun ada yang tidak tahu. Hendak tulis Allah dalam tulisan Jawi rasanya banyak yang tak boleh,” kata beliau.
Kembali kepada gerakan Maaf Zahir Batin 365 yang diceritakan pada awal penulisan ini. Yang penting ialah orang Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam mesti sama-sama dengan rela hati bermaaf-maafan. Selamat Hari Raya buat semua. Maaf zahir dan batin. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/ucapan-raya-berterusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Poster Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1444h 2024m

Koleksi Poster Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1444h 2024m

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 338 hits
KOLEKSI POSTER DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1444H 2024M Beberapa hari lagi sahaja kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun 2024 Masih berjinak jinak lagi dalam membuat poster dan ini umi kongsikan koleksi poster dan...
Kumpulan Ucapan Hari Raya Idul Fitri Untuk Orang Tua Penuh Makna Dan Bikin Baper

Kumpulan Ucapan Hari Raya Idul Fitri Untuk Orang Tua Penuh Makna Dan Bikin Baper

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 283 hits
Hari Raya Idul Fitri biasanya identik dengan mengirim ucapan selamat lebaran ke anggota keluarga sanak saudara sahabat teman kantor dan lain lain Hal ini dinilai dapat mempererat tali silaturahim sekaligus menyambung kembali komunikasi yang...
Ucapan Hari Raya Dari Marhaen Menjelang Aidil Fitri

Ucapan Hari Raya Dari Marhaen Menjelang Aidil Fitri

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 156 hits
W FAUDZIN Menjelang Aidil Fitri ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10 Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil tidak seperti di era PN ...
Datuk Red Kembali Bangkit Raih Rm78 000 Sehari Jual Biskut Raya

Datuk Red Kembali Bangkit Raih Rm78 000 Sehari Jual Biskut Raya

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 228 hits
Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kembali bangkit dengan jual biskut raya di platform TikTok baru baru ini Datuk Red jual biskut raya RM78 000 sehari Datuk Red yang juga isteri kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi juga d...
Filem Jadi Raya Tak Jadi

Filem Jadi Raya Tak Jadi

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 216 hits
Filem Jadi Raya Tak Jadi ditayangkan bermula 4 April 2024 di saluran Astro First atau boleh tonton di On Demand Store Filem komedi terbitan Multimedia Entertainment ini menampilkan Adam Eji Fikry Ibrahim Farouk Hussain Azhar Sulaiman Dewa S...
Experience Jalinan Aidilfitri At Malaysia Airports This Raya Season

Experience Jalinan Aidilfitri At Malaysia Airports This Raya Season

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 256 hits
Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia s Vibrant Textiles Heritage in Collaborative Raya Festive Campaign Malaysia Airports is collaborating with Kraftangan Malaysia for the first time to promote the rich cultural herit...
Stay Bright This Raya With Samsung Galaxy A55 And A35 5g Awesome Nightography Tips And Secure Your Duit Raya Experience

Stay Bright This Raya With Samsung Galaxy A55 And A35 5g Awesome Nightography Tips And Secure Your Duit Raya Experience

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 205 hits
As Hari Raya approaches capturing the essence of the festivities becomes a cherished tradition for many With the Galaxy A55 and A35 5G mastering night photography and safeguarding your precious memories has never been easier These devices n...
Touch N Go Group Reinforces Its Commitment To The Lembah Pantai Community In Conjunction With Hari Raya

Touch N Go Group Reinforces Its Commitment To The Lembah Pantai Community In Conjunction With Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 343 hits
Touch n Go Group reinforced its commitment to the Lembah Pantai community this Ramadan by providing support for those in need for their Hari Raya preparations The Group contributed RM30 000 in the form of shopping vouchers to 80 needy indiv...
Travel Seamlessly With Airasia This Hari Raya

Travel Seamlessly With Airasia This Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 237 hits
As Hari Raya Aidilfitri approaches and the balik kampung exodus begins AirAsia would like to remind all guests travelling during the festive period especially from 5 to 15 April 2024 to adhere to the following travel advisory for a smoother...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya