Ucapan Penuh Mb Di Himpunan Huffaz Bersama Warga Pondok Kedah




Teks Ucapan penuh Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir di Himpunan Huffaz bersama warga Pondok semalam.

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAHS.W.T. SEKALIAN,

2. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmat dan inayah dari-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama dalam satu majlis yang cukup bermakna pada malam ini.

3. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran para tuan-tuan guru, para alim ulama, tuan-tuan mudir dan juga mereka yang bergerak secara aktif dalam memartabatkan insitusi pondok dan sekolah agama di negeri ini. Pertemuan dan perhimpunan pada malam ini cukup bermakna buat kita semua, apatah lagi ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan al-Karim tidak berapa hari lagi.

4. Saya juga mengalu-alukan kehadiran anak-anak pelajar, hafiz dan hafizah yang bakal menjadi pemimpin dan pembimbing masyarakat dalam pembentukan sahsiah dan jatidiri umat Islam di negeri kedah ini pada masa hadapan.

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN ANAK-ANAK YANG DIKASIHI SEKELIAN.

5. Pendidikan al-Quran merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam mendalami syariat agama Islam. Secara umumnya, pendidikan al-Quran bermula dengan pembelajaran yang paling asas tentang al-Quran seperti mengenal huruf hijaiyah, mengeja, membaca dan mempelajari hukum tajwid.

6. Pendidikan al-Quran ini, merupakan asas utama bagi setiap Muslim sebelum kita meneroka tentang ilmu-ilmu agama yang lain. Pendidikan tahfiz al-Quran ini merupakan salah satu daripada cabang pendidikan syariat Islam dan ia merupakan suatu perkara yang tidak akan merugikan bahkan sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

7. Pada abad ke 15 hingga ke 17, masyarakat di Tanah Melayu mula mempelajari ajaran Islam melalui guru al-Quran di kampung. Antara subjek yang dipelajari pada waktu itu adalah asas-asas di dalam ajaran Islam, Fardhu Ain, Rukun Islam dan Rukun Iman.

8. Namun, apabila berlaku penghijrahan golongan alim ulama dan pendakwah dari Timur Tengah ke Tanah Melayu pada abad ke 18, mereka mula mendalami ilmu-ilmu Islam yang lain. Ketika itu, bilangan guru agama dan pusat pengajian sangat kurang. Bahkan, ada yang menawarkan diri secara sukarela dan mewakafkan rumah serta tanah mereka untuk didirikan pusat pengajian atau lebih dikenali sebagai “madrasah atau pondok”.

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.

9. Asas pembangunan dalam bidang tahfiz secara formal telah digerakkan oleh kerajaan pusat sejak tahun 1966. Ketika itu, kerajaan telah menubuhkan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara.

10. Selepas maahad tahfiz di Masjid Negara ditubuhkan, maka setiap negeri mula membuka maahad tahfiz masing-masing termasuklah di negeri Kedah. Penubuhan maahad tahfiz di bawah kerajaan negeri di seluruh negara menggunakan sukatan pelajaran dari Maahad Tahfiz Darul Quran, JAKIM.

11. Selain daripada maahad tahfiz yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, terdapat juga maahad tahfiz yang ditubuhkan secara persendirian, oleh organisasi swasta, NGO mahupun individu.

12. Matlamat utama pengajian tahfiz adalah untuk melahirkan para huffaz dan cendekiawan Islam yang berketerampilan, yang bukan sahaja mampu menghafal 30 juzuk al-Quran, tetapi juga menghidupkan isi kandungan al-Quran dengan erti kata lain mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

13. Oleh kerana pentingnya institusi ini, kerajaan akan menubuhkan Majlis Tahfiz Negara (MAIN) pada tahun ini, bagi membantu menyelaras dan mengawal selia sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

14. Majlis Tahfiz Negara ini akan bantu menyelaras semua sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri. Dan kita menyarankan semua sekolah tahfiz untuk berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri. Dan saya amat berharap, agar kita dapat membantu kesemua sekolah-sekolah tahfiz dan pondok di Kedah supaya dapat berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri.

15. Ini kerana, Majlis Tahfiz Negara ini bukan sahaja membolehkan kerajaan membantu meningkatkan taraf keselamatan institusi tahfiz, tetapi juga membantu meningkatkan taraf aspek pensijilan dan penarafan di sekolah tahfiz swasta.

16. Majlis tahfiz negara ini juga cuba untuk memantapkan kurikulum institusi tahfiz supaya sesuai dengan pendidikan arus perdana, memperkasa urus tadbir institusi tahfiz dan mewujudkan sistem pengiktirafan serta pensijilan. Dan kerajaan juga akan memperkenalkan tiga model kurikulum, iaitu kurikulum bersepadu, tahfiz turas dan tahfiz kemahiran.

17. Majlis ini hanya membantu untuk menyelaraskan kurikulum pembelajaran di Maahad Tahfiz, agar bersesuaian dengan tuntutan semasa. Ini tidak bermakna tadbir urus sekolah akan diambil alih oleh kerajaan atau jabatan agama Islam Negeri, tetapi hanya sekadar membantu pelaksanaan program pembelajaran dijalankan. Dan urus tadbir sekolah masih kekal pada barisan pentadbir sekolah.

CABARAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

18. Membuka sekolah tahfiz dan pusat pengajian agama adalah suatu amanah yang sangat besar dalam menghasilkan pelajar yang bukan sahaja setakat mempunyai kualiti hafazan al-Quran dan hadis yang baik, bahkan cemerlang dalam aspek yang lain seperti akademik dan kokurikulum.”

19. Kita lihat permasalahan yang berlaku pada sebahagian masyarakat yang mempunyai, konflik rumah tangga dan kesibukan mencari rezeki sehingga menyebabkan sekolah tahfiz dan institusi pendidikan Islam ini dijadikan sebagai tempat tinggal anak-anak.

20. Ada juga ibu bapa atau penjaga yang beranggapan bahawa, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan pondok ini hanya tempat bagi pelajar yang lemah dan mempunyai masalah disiplin sahaja.

21. Terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak tanpa membayar yuran pengajian sekalipun. Tapi, sekolah-sekolah ini atas dasar kebajikan, berusaha untuk terus membantu walaupun secara ala kadar.

22. Daripada situlah, timbul pelbagai masalah lain, seperti sekolah tahfiz dan pondok yang berkeadaan daif, prasarana yang tidak mencukupi, tenaga pengajar dan penjaga hanya diberikan saguhati yang rendah.

23. Oleh itu, insyaallah kerajaan negeri akan sedaya upaya membantu institusi pendidikan Islam ini untuk memenuhi semua prasarana dan kelengkapan, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berwajib.

24. Malah tanggungjawab untuk pemerkasaan sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok ini memerlukan sokongan dan penggemblengan tenaga dari semua pihak. Baik masyarakat biasa, kerajaan serta institusi keagamaan, dan badan-badan korporat yang lain.

25. Oleh itu, saya amat mengharapkan agar hubungan diantara institusi pendidikan Islam dengan pihak kerajaan negeri wajar diakrabkan lagi melalui usaha-usaha perbincangan bersama-sama bagi memastikan institusi pendidikan Islam di negeri ini khususnya, dapat terus memainkan peranan dalam memperkasakan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat.

26. Dan kerajaan negeri juga akan sedaya upaya berusaha untuk membantu institusi ini dalam pelbagai aspek yang difikirkan sesuai demi masa depan kita bersama. Ini kerana, institusi tahfiz dan pondok ini sangat-sangat diperlukan untuk menjadi benteng keutuhan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Asya’irah dan Maturidiyah daripada segala ancaman dari luar dan dalam negara.

HARAPAN
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.

27. Harapan saya agar sekolah pondok dan tahfiz di negeri kedah ini mendapat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini kerana, program ini bertujuan membolehkan pelajar-pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan tambahan yang diharap dapat membantu mereka selepas tamat pembelajaran kelak.

28. Saya secara peribadi mengharapkan agar institusi pendidikan agama Islam dapat melahirkan anak-anak pelajar bukan sahaja alim dalam bidang pelajaran Islam tapi juga mahir dalam bidang lain untuk memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat. Ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah agama.

29. Dan saya juga berjanji, bahawa kerajaan negeri akan sentiasa melindungi dan menjaga Institusi agama, institusi fatwa, institusi masjid, institusi zakat, institusi pendidikan Islam dan hal ehwal agama Islam, dan kita juga akan memperkasakan institusi tersebut sebagai medium kesatuan dan pembangunan modal insan yang berterusan.

USAHA KERAJAAN MEMBANTU INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN

➢ TABUNG ISLAH MAAHAD NEGERI KEDAH (TIMked).

30. Bagi membantu sekolah-sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama rakyat di negeri Kedah ini. Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Islah Maahad Negeri Kedah (TIMked).

31. Tabung ini bertujuan untuk membantu mengumpul dana bagi meningkatkan taraf infrastruktur, keperlaun asas dan juga pembelajaran di institusi pendidikan agama Islam di negeri ini.

32. Ini kerana, kerajaan negeri mengambil iktibar dari beberapa insiden kebakaran di sekolah tahfiz hingga ada yang mengorbankan nyawa. Oleh itu, tabung ini dapat menyalurkan bantuan awal kepada sekolah-sekolah agama yang mengalami kerosakan atau memerlukan penambahbaikan supaya para pelajar dapat mendalami ilmu agama dengan selesa.

33. Sebagai nilai permulaan, wang sebanyak RM 100,000.00 akan masukkan ke dalam tabung ini. Dan jumlah bantuan akan ditentukan berdasarkan masalah yang dialami oleh pihak sekolah terbabit, dan ianya akan diberikan secara one-off. Kita juga sangat-sangat mengalu-alukan penglibatan sektor swasta untuk menyumbang kepada tabung ini.

34. Menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memartabatkan institusi pondok, sekolah agama rakyat dan tahfiz supaya dapat melahirkan muslim yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama, malah mereka juga mempunyai kebolehan lain yang dapat dimanfaatkan untuk kemajuan ummah.

➢ YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM DARUL AMAN (YPIDA)

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

35. Saya juga bercadang untuk menubuhkan sebuah Yayasan yang diberi nama Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman (YPIDA)

36. Matlamat utama penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman ini adalah untuk menjaga dan memelihara hal ehwal pendidikan Islam dan kualiti masa depan institusi pondok, sekolah agama rakyat dan tahfiz.

37. Manakala Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman juga merupakan satu pengiktirafan kepada institusi pendidikan Islam di negeri Kedah kerana banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam sehingga melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tuan guru dan mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama.

38. Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman ini berbeza dengan Yayasan Pembangunan Pondok yang dulu. Yayasan Pembangunan Pondok dulu hanya melibatkan beberapa pondok sahaja. Tetapi Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman ini akan melibatkan penglibatan semua pihak merangkumi Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat dan Pondok di negeri Kedah.

39. Yayasan pendidikan Islam Darul Aman ini, akan memainkan peranan berkerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk membangun dan mengembangkan institusi pendidikan Islam di Kedah bagi memastikan imej sistem pendidikan Islam ini akan diperbaiki dan diperkasakan lagi.

➢ TAKAFUL MURABBI DARUL AMAN
Dan untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan semua juga.

40. Kerajaan negeri juga tidak lama lagi, akan melancarkan sebuah Skim Takaful yang diberi nama Takaful Murabbi Darul Aman untuk membantu Tuan-tuan guru sekiranya ditimpa musibah seperti kemalangan atau kecederaan dan sebagainya.
41. Takaful ini akan melindungi 4 kumpulan sasaran utama:
1. Guru Kafa
2. Guru Pondok
3. Guru Tahfiz
4. Guru Takmir Masjid

42. Jumlah keseluruhan yang kita telah kenal pasti sebanyak 3778 orang murabbi yang bakal dilindungi dibawah skim takaful ini. Skim takaful ini akan diurus selia di bawah pejabat YB Exco Agama dengan nilai caruman sebanyak RM 50,000.00 setahun. Dan insyaallah maklumat tambahan akan di maklumkan oleh pejabat YB Dato’ Dr Ismail tidak lama lagi.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.

43. Sempena himpunan pada malam ini, saya menyeru agar bersama-sama membantu sedaya upaya membangun dan memartabatkan institusi-institusi pendidikan agama Islam di negeri Kedah ini. Semoga dengan itu, kita beroleh redha dan rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat.

44. Saya akhiri ucapan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM saya merasmikan Majlis Himpunan Huffaz dan Warga Pondok Negeri Kedah Darulaman bagi tahun 2019.

Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/05/ucapan-penuh-mb-di-himpunan-huffaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Gambar Dan Pengumuman Mb Di Himpunan Huffaz Bersama Warga Pondok

Gambar Gambar Dan Pengumuman Mb Di Himpunan Huffaz Bersama Warga Pondok

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 266 hits
USAHA KERAJAAN MEMBANTU INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA DI KEDAH TABUNG ISLAH MAAHAD NEGERI KEDAH Bagi membantu sekolah sekolah pondok tahfiz dan sekolah agama rakyat di negeri Kedah ini Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Islah Maahad Neger...
Alkisah Ucapan Najib Di Kedah Semalam

Alkisah Ucapan Najib Di Kedah Semalam

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 281 hits
Alkisah ucapan najib dimajlis penyatuan ummah yg diadakan di negeri Kedah kelmarin Untuk menghancurkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR PAS dan DAP saya usahakan secara senyap senyap dengan Hadi supaya tak nampak sangat rancangan kita i...
Pas Kedah Arah Ahli Sertai Himpunan Sabtu Ini

Pas Kedah Arah Ahli Sertai Himpunan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 273 hits
PAS Kedah mengarahkan semua ahli PAS setiap peringkat untuk bersama sama menghadiri Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagan Negara yang akan diadakan pada 4 Mei ini di Masjid Jamek dan Sogo Kuala Lumpur Pesuruhjayanya Dr A...
Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

Ecurve Meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan Alfikrah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 873 hits
Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna di mana semua sanak saudara berkumpul Baru baru ini bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al Fi...
Ulang Tahun Umno Ke 73 Teks Penuh Ucapan Mohamad Hasan

Ulang Tahun Umno Ke 73 Teks Penuh Ucapan Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 225 hits
TERIMA KASIH atas kehadiran pada malam ini Saya sangat gembira melihat ahli kita berkumpul beramai ramai seperti ini 2 Sama ada berjawatan ataupun tidak yang muda atau veteran yang baharu atau lama semuanya duduk berdampingan Bertanya khaba...
Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 355 hits
DIMAKKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli...
Anies Diberi Si Rajut Golok Raksasa Asli Betawi Dari Warga Jakarta Selatan

Anies Diberi Si Rajut Golok Raksasa Asli Betawi Dari Warga Jakarta Selatan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 243 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan diberi golok raksasa bernama Golok Si Rajut dari masyarakat Jakarta Selatan Golok ini memiliki berat 250 kilogram dan panjang 4 5 meter
Tak Punya Paspor 4 Wna China Diamankan Saat Akan Nikahi Warga Tasikmalaya

Tak Punya Paspor 4 Wna China Diamankan Saat Akan Nikahi Warga Tasikmalaya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 246 hits
Setelah diperiksa ternyata keempatnya diketahui tidak memiliki dokumen keimigrasian berupa paspor jelasnya
Warga Rawajati Berbondong Bondong Bersihkan Lumpur Usai Tiga Hari Dilanda Banjir

Warga Rawajati Berbondong Bondong Bersihkan Lumpur Usai Tiga Hari Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 250 hits
Salah satu warga Deri mengaku sudah tiga hari membersihkan indekos milik majikannya Indekos tersebut sebelumnya terkena banjir hingga setinggi 2 5 meter
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini