Ubat Luka Merah Dari Thailand Rawat Luka Dengan Berkesan
Ubat Luka Merah Dari Thailand Rawat Luka Dengan Berkesan | Baru baru ni, Iman anak kedua KakYa jatuh motor. Banyak jugaklah kecederaan luaran sana sini kat kaki, tangan dan badan. KakYa guna Ubat Luka Merah dari Thailand ni jer untuk bagi cepat baik luka Iman. Ubat Luka Merah ni namanya Mebromin Mercurochrome Sahakarn . Mebromin Solution atau kot melayunya Ubat Luka Merah Thailand la lebih kurang. KakYa panggil Ubat Luka Merah jer. Memang bagus betul untuk luka luka luaran. Cepat jer kering.
Guna Ubat Luka Merah Thailand Untuk Rawat Luka ImanMasa Iman mula mula jatuh motor aritu, KakYa tengok luka dia rasa nak pitam jugak la, sebab banyak sangat darah keluar dari luka yang terdedah. Tapi KakYa tuang jer Ubat Luka Merah tu kat tempat luka. Lepas letak kat kawasan luka, kejap jer darah berenti mengalir. Ada rasa pedih sikit la tapi kejap jer tak lama pon rasa pedih tu. Yang penting luka tertutup dan tak terdedah.
Ubat Luka Merah Wajib Ada Kat RumahKat rumah ni memang KakYa standy Ubat Luka Merah ni siap siap manalah tahu kot kot anak ke, suami atau diri sendiri cedera dan luka boleh terus letak ubat ni jer. Setakat yang KakYa guna sejak dulu hingga sekarang, Ubat Luka Merah ni memang ok sangat. InsyaAllah kalau ada luka kat mana mana letak jer Ubat Luka Merah ni, cepat jer luka tu baik dan mudah tertutup.
Alhamdulillah Luka Pada Badan, Tangan Dan Kaki Dah KeringNi KakYa nak kongsikan luka kat kaki Iman yang dah kering sepenuhnya selepas guna Ubat Merah ni. KakYa tak letak ubat hospital pon sebab masa mula mula dia jatuh 17.5.2021 tu KakYa dah letak Ubat Luka Merah ni dulu. Kat hospital doktor ada sapu jugak ubat kuning. Tapi lepas balik rumah terus sambung letak dan sapu Ubat Luka Merah ni jer kat luka dia.
Syukur Alhamdulillah Luka Tak MelaratSyukur alhamdulillah luka tak melarat dan bertambah baik. Ni gambar luka pada hari kelima selepas kejadian. Sesetengah luka yang dah kering tu dah tertanggal keruping. Pastu yang lain lain dah kering sepenuhnya pada hari ketiga cuma kat bahagian kaki sebelah kiri kat atas selalu bergerak gerak dan luka bersambung jadi lambat sikit kering.
Keadaan luka yang dah kering selepas menggunakan Ubat Luka Merah Thailand
Mana Nak Dapatkan Ubat Luka Merah ThailandAda sahabat alam maya yang tanya KakYa pasal Ubat Luka Merah Thailand ni lepas KakYa pos kat facebook dan instagram petang tadi. Ada yang tanya mana nak beli Ubat Luka Merah ni. Ok kalau korang nak dapatkan Ubat Luka Merah ni, korang boleh whatsapp nombor tertera kat bawah. Harga sebotol kalau kat Shoppe ada yang jual RM5.90 dan ada yang jual RM8.90 tapi kalau korang nak dapatkan Ubat Luka Merah yang original dengan harga mampu bayar korang boleh whatsapp nombor KakYa
WhatsApp : http://wasap.my/60199202004/NakUbatMerahhttp://wasap.my/60199202004/NakUbatMerahhttp://wasap.my/60199202004/NakUbatMerah
#UbatLukaAntiseptikMebrominThailand #ThailandMari #FarmasiThailand #OriginalFromThailand #AkifImtiyazDotCom #CoretanHatiLya #Kbba9 #KelabBloggerBenAshaari #Blogger #BloggerPahang #BloggerPantaiTimur #LifestyleBlogger #ParentingBlogger
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/05/ubat-luka-merah-dari-thailand-rawat-luka-dengan-berkesan%20.html