Ubat Dan Cara Hilangkan Kutu Kucing


Bila membela kucing ni, sebenarnya ianya bukan sahaja wajib menitik berat tentang makanan kucing dan pasir kucing atau tempat pembuangan air sahaja. Tetapi, perlu mengambil kira aspek kesihatan. Terutamanya, bab kutu kucing yang paling senang menyerang pada kucing.



Contents Tentang Kutu Kucing
Apa itu kutu kucing? Kutu Kucing dalam Bahasa Melayu adalah merujuk kepada serangga kecil. Manakala "flea" dalam Bahasa Inggeris untuk "Kutu kucing" . Kutu kucing adalah parasit yang biasanya hidup di bulu haiwan, termasuk juga anjing. Serangga ini, berukuran kecil dan biasanya berwarna kecoklatan. Kutu kucing dapat menyebabkan masalah kesihatan kepada haiwan peliharaan seperti gatal-gatal, reaksi alergi, dan dalam kes yang teruk, boleh penularan penyakit.



Ubat Kutu Kucing Oleh Klinik Veterinar
Bagaimana nak rawat kucing dari kutu kucing? Apakah ubat yang perlu digunakan untuk menghilangkan kutu kucing? Antara solusi kepada kutu kucing. Adalah dengan menggunakan ubat kutu kucing. Antara jenama ubat Kutu Kucing yang disarankan oleh veterinar adalah :-


Advantage Cat

Ubat kutu kucing jenama Advantage Cat ini adalah ubat titis untuk membunuh larva(telur kutu) dan kutu. Boleh beli mengikut berat kucing masing masing. Paling kecil adalah 4 kg untuk satu pipet. Kotak warna oren. 
Jika, kalau kucing seberat 2kg, hanya letakkan separuh sahaja.
Ini penting bagi memastikan dos yang diberi cukup. Jika terlebih, boleh overdose. Manakala, jika terkurang pula akan jadi kurang berkesan.










Advocate Cat

Ubat kutu jenis Advocate Cat jenis titis yang ini pula. Di khaskan untuk membunuh larva, kutu, dan cacing. 
Sangat berkesan untuk masalah kutu telinga dan cacing hati.
Sama macam seperti advantage, paling kecil untuk kucing seberat 4kg (satu pipet). Timbang dan pastikan berat kucing dengan betul.






Revolution Cat

Ubat kutu titis jenama Revolution Cat ini pula, harganya agak mahal. Tetapi , mempunyai kesan paling bagus

Ubat kutu ini, boleh matikan telur kutu, kutu, kurap, cacing , kutu telinga dan cacing hati.



Bila Perlu Beri Ubat Kutu Kucing?
Bila perlu beri ubat kutu pada kucing? Adakah ketika kucing memepunyai kutu kucing? 

Menurut Veterinar Cik En, beliau mencadangkan ubat kutu kucing ini perlu diberi secara berkala mengikut jenis kucing samada indoor atau outdoor.

Untuk kucing jenis outdoor : Pemberian ubat kutu perlu dilakukan setiap 1 atau 2 bulan.

Untuk kucing jenis outdoor dan indoor :Untuk semua jenis kucing (outdoor dan indoor) ubat kutu perlu diberikan setuiap 3 ke 4 bulan.

Untuk kucing jenis indoor :Untuk kucing 100% indoor ubat kutu perlu diberikan setiap 6 bulan sekali 
Cara Pakai Ubat Kutu Pada Kucing
Kebanyakan ubat kutu kucing adalah berbentuk titis. Untuk pakaikan ubat kutu kucing pada kucing adalah dengan :-
1. Membuka penutup pipet
2. Selak bulu kucing dibahagian atas tengkuk atau tempat yang tidak boleh dijilat sehingga nampak kulit.
3. Biarkan dalam beberapa jam sebelum dicampurkan dengan kucing lain. Kerana untuk menghindarkan dari kucing lain menjiat ubat kutu tersebut

Ubat kutu kucing sangat bahaya jika ada kucing lain termakan atau menjilat. Ianya boleh mengakibatkan keracunan, sawan dan kematian.
Cara Hilangkan Kutu Kucing
Cara untuk menghilangkan kutu kucing adalah dengan :
Mandi dan Cuci Kucing: Mandikan kucing dengan menggunakan syampu khusus untuk menghilangkan kutu. Pastikan mengikuti arahan pada syampu dan jangan gunakan syampu manusia, kerana ia mungkin terlalu keras bagi kulit kucing.

Gosok dengan Sikat Halus: Selepas mandikan kucing, gosok bulu kucing dengan sikat halus atau sikat kutu. Ini membantu mengeluarkan kutu dan telur yang melekat pada bulu.

Gunakan Produk Antikutu: Gunakan produk antikutu yang sesuai seperti spot-on (titis pada kulit), semburan, atau rantai antikutu. Pastikan produk ini selamat untuk digunakan pada kucing dan ikuti arahan dos dan penggunaan.

Bersihkan Rumah: Cuci alas tidur dan peralatan haiwan, serta pembersihan rumah secara menyeluruh. Ini termasuk mencuci kain, mengemop lantai, dan membersihkan kawasan tempat kucing sering berada.

Rawat Lingkungan Luar: Jika kucing sering berada di luar, pastikan kawasan sekitarnya juga bersih dari sarang kutu, seperti daun kering dan rumput tinggi.

Rawat Kucing Dalam: Berikan makanan berkualiti dan rawatan yang baik kepada kucing. Kucing yang sihat , kutu tidak suka.

Berjumpa dengan Doktor Haiwan: Jika masalah kutu yang serius atau kucing mempunyai reaksi alergi, segeralah berjumpa dengan doktor haiwan.

Pantau Kucing: Pastikan bahawa produk antikutu yang anda gunakan sesuai untuk kucing dan ikuti arahan dos dengan teliti. Beberapa produk antikutu boleh berbahaya jika digunakan secara tidak betul.

Pencegahan: Gunakan produk antikutu yang berterusan dan bersihkan rumah secara berkala untuk mengelakkan masalah kutu kembali.
Penting untuk berhati-hati ketika mengendalikan produk kimia dan rawatan antikutu, terutama pada kucing yang lebih sensitif. Jika anda tidak pasti, sentiasa dapatkan nasihat dari doktor haiwan sebelum menggunakan apa-apa produk pada kucing anda.


Kutu Kucing dan Manusia. Bahaya,ke ?
Kutu kucing boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan masalah kesihatan. Kutu kucing boleh terkena pada manusia juga.
Gigitan dan Reaksi Kulit: Kutu kucing menggigit untuk mendapatkan darah sebagai makanan. Gigitan kutu kucing biasanya meninggalkan tanda gigitan merah kecil dan gatal pada kulit manusia. Beberapa individu mungkin mengalami reaksi alergi terhadap gigitan kutu, yang boleh menyebabkan ruam kulit yang lebih serius.

Penyakit: Walaupun jarang, kutu kucing juga boleh membawa penyakit dan bakteria yang boleh menjangkiti manusia. Satu contoh adalah penyakit Bartonella, yang juga dikenali sebagai "penyakit gatal dari kucing". Ini boleh menyebabkan demam dan masalah kesihatan lain.

Tindakbalas Alergi: Kebanyakan individu mungkin mengalami tindakbalas alergi terhadap kutu kucing, yang boleh menyebabkan gatal-gatal yang lebih teruk dan reaksi alergi kulit.

Pencegahan: Untuk mengelakkan kutu kucing menjangkiti manusia, penting untuk mengawal pembiakan kutu pada haiwan peliharaan dan persekitaran. Pastikan haiwan peliharaan anda bebas daripada kutu dengan menggunakan produk antikutu yang sesuai.

Pembersihan : Jika anda mempunyai kucing yang mengalami masalah kutu, penting untuk membersihkan dan membersihkan rumah secara menyeluruh. Cuci alas tidur, tuala, dan peralatan haiwan. Mop lantai dan kawasan tempat kucing sering berada.

Rawatan : Jika anda mengalami reaksi alergi atau masalah kesihatan yang disebabkan oleh gigitan kutu, segera untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.

Walau korang tidak ada membela kucing, tetapi amat perlu berhati-hati dengan kutu kucing.
Teringat mummy dulu, sewaktu bekerja di ofis. Tak ada kucing di ofis. Tetapi penuh ofis dengan kutu kucing. Mungkin ada kucing berkutu yang datang tidur di luar ofis. Dan, kutu kucing merayap sehingga memasuki ke dalam ofis kami.
Oleh kerana waktu itu, tiada kucing. Kami semburkan kutu-kutu tersebut dengan Ridsect je !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2023/08/ubat-dan-cara-hilangkan-kutu-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Sedih

Cara Hilangkan Sedih

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 320 hits
Bagaimana nak hilangkan sedih Bolehkah sedih dirawat dalam masa singkat Apakah sebab seseorang bersedih Sedih ada banyak sebab antaranya kerana kehilangan ditinggalkan dihina difitnah dan banyak lagi Kesedihan ada yang mudah dihapuskan teta...
Siap Ada Kain Kafan Ada Syarikat Tawar Khidmat Urus Kucing Mati Cara Islam

Siap Ada Kain Kafan Ada Syarikat Tawar Khidmat Urus Kucing Mati Cara Islam

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 219 hits
Satu perkongsian di media sosial menjadi tumpuan netizen apabila seorang individu memuat naik 8216 flyers 8217 memaparkan khidmat menguruskan kucing mati secara islamik Dalam 8216 flyers 8217 tertulis 4 pakej ditawarkan iaitu pakej 8216 Pre...
Tips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air Panas

Tips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air Panas

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 366 hits
Tips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air PanasTips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air Panas Kisahnya masa anak saya nama Maya umur 8 bulan dia terkena lebihan wap air Dalam tak sampai seminit saya ke dapur dia...
Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing Cara Islam Bayaran Rm3800 Lengkap Kafan Solat Jenazah Dan Batu Nisan

Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing Cara Islam Bayaran Rm3800 Lengkap Kafan Solat Jenazah Dan Batu Nisan

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 386 hits
Tunggang agama level apa ni Sekarang ni ada satu pendedahan tentang operasi sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pengebumian haiwan peliharaan Syarikat ini bagaimanapun telah menerima kecaman ramai kerana dituduh cuba menunggang agama Si...
Cara Hilangkan Batuk Petua Dan Rawatan

Cara Hilangkan Batuk Petua Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 455 hits
Keluarga kami diuji sekali lagi dengan batuk bukan tau Jangan risau Mummy on off batuk dekat 2 bulan juga Manakala anak anak kami batuk on off dalam sebulan juga Pelbagai kami dah usahakan Kami sudah ke klinik untuk rawatan dan hilangkan ba...
7 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

7 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 294 hits
Aduh Seksanya bila tekak dah mula perit dan batuk pula datang Rasa tak selesa betul nak melakukan kerja kerja seharian Bikin mood jadi swing Dapat pula batuk yang berpanjangan dan tekak pula rasa sangat gatal Serba tak kena dibuatnya Juju k...
Cara Hilangkan Parut Jerawat

Cara Hilangkan Parut Jerawat

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 185 hits
Cara Hilangkan Parut Jerawat Sebenarnya ada banyak cara hilangkan parut jerawat bagi mendapatkan kulit yang lebih halus Antaranya termasuklah menggunakan rawatan perubatan atau kaedah semulajadi Memiliki parut jerawat setelah jerawat pulih ...
Hiburan Tak Gentle Tak Matang Macam Tu Je Dia Lafaz Ramai Kurang Senang Cara Nd Lala Ceraikan Isteri

Hiburan Tak Gentle Tak Matang Macam Tu Je Dia Lafaz Ramai Kurang Senang Cara Nd Lala Ceraikan Isteri

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 239 hits
Sedia maklum isteri penyanyi veteran ND Lala iaitu Datin Fauziah memaklumkan dirinya serta suami sudah pun berpisah setelah 34 tahun mendirikan rumah tangga bersama Pengumuman tersebut dibuat melalui laman Instagram wanita terbabit pada pag...
Azan Cara Lafaz Azan Dengan Betul Dan Fadhilatnya

Azan Cara Lafaz Azan Dengan Betul Dan Fadhilatnya

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 405 hits
Azan adalah panggilan sembahyang dalam agama Islam Ia merupakan seruan yang dilakukan oleh seorang muazin dari atas menara masjid atau tempat sembahyang Azan dilakukan untuk mengumumkan waktu sembahyang kepada umat Muslim sebagai tanda untu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan