Ubah Persepsi Politik Itu Kotor Lily
Pada 27 Julai 2020
oleh B. Suffian
Oleh B. SuffianSejak sekian lama wujud persepsi negatif orang ramai terhadap politik. Ramai menganggapnya sebagai sesuatu yang kotor
Golongan muda ada yang menjarakkan diri mereka daripada dikaitkan dengan politik. Mereka tidak mahu ‘terjebak’ dengan politik walaupun sekelumit
Lebih-lebih lagi, dalam beberapa bulan kebelakangan ini rakyat telah disajikan dengan pelbagai peristiwa politik yang melesukan jiwa dan raga mereka
Namun begitu, politik adalah siasah. Suka atau pun tidak, politik dan kerajaan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita
Ianya perlu terus wujud dalam usaha kita menjamin kesinambungan masa depan negara dan bangsa (nation)
Sebagai pelapis, golongan muda perlu terus berbincang tentang politik terutama berhubung hal-hal berkisar kepentingan mereka
Ini kerana masa depan belia adalah masa depan negara
Nor Zulaila Abd Ghani, 32, memberitahu, jika semua orang muda mengelakkan daripada politik, maka politik akan terus ‘kotor’ sampai bila-bila
Sebaliknya, beliau berkata, politik memerlukan lebih ramai orang yang baik
“Kalau ingin membuat perubahan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memang tidak cukup
“Jadi, untuk membuat perubahan, ia memerlukan sesuatu untuk mengubah polisi dan untuk itu perlu orang sebagai wakil rakyat
“Inilah di mana politik memainkan peranan,” katanya kepada Roketkini baru-baru ini
Menyediakan pek makanan untuk golongan memerlukan
Bercerita tentang penglibatan politiknya, beliau memberitahu, beliau mula tertarik dengan politik apabila terlibat dengan program summer internship di bawah Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming pada 2014
Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang alam sekitar itu berkata, penyertaan dalam program itu membuka pemikirannya terhadap politik
“Ketika itu saya berkenalan dengan ramai kawan dalam DAP dan baru saya tahu ‘oh rupanya dalam poltik ini ada orang yang baik juga’, tidak semua seperti apa yang saya bayangkan dahulu,” ujarnya
Bermula dari situ, menurutnya, tercetus minat untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Setahun kemudian, beliau telah menyerahkan borang keahlian parti ini
Insiden Syed SaddiqNor Zulaila yang lebih mesra disapa Lily menarik perhatian terhadap insiden yang berlaku di Parlimen melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini
Syed Saddiq dilaporkan dipersenda oleh ahli-ahli parlimen kerajaan ketika ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad
Orang muda perlu tampil terlibat dalam politik – Nor Zulaila
“Apabila orang muda nak bersuara, kita tengok di sebelah ahli-ahli kerajaan, mereka sudah berusia tetapi berperangai sebegitu
“Ini menunjukkan contoh yang tidak baik sebenarnya,” katanya sambil memuji profesionalisme Syed Saddiq dalam insiden tersebut
Menurutnya, negara memerlukan lebih ramai orang seperti Ahli Parlimen Muar itu untuk berada dalam politik justeru orang muda perlu tampil terlibat dalam bidang berkenaan
Politik masa depanMasyarakat perlu bergerak ke hadapan. Masa depan negara perlu dilentur oleh satu semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan gender
Sehubungan itu, budaya politik perkauman harus dielakkan sedaya upaya kita terutama dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang baik untuk generasi akan datang
Lily memberitahu, isu-isu perkauman hanyalah propaganda pihak-pihak tertentu untuk meraih sokongan serta menjatuhkan lawannya
“Pada saya, politik perkauman sudah tidak lagi relevan dan kalau tanya yang lain pun sama,” katanya
SeruanLily dalam masa sama mengajak golongan muda untuk turut sama terlibat dalam politik
“Saya faham ramai beranggapan politik itu adalah sesuatu yang kotor maka kita memerlukan lebih ramai terlibat untuk mengubah persepsi tersebut,” katanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/07/ubah-persepsi-politik-itu-kotor-lily.html