Ubah Muka Jadi Jantina Lain Pu Kongsi Hukum Menggunakan Filter Viral Pada Wajah
Aplikasi ubah wajah mula menjadi bualan hangat baru-baru ini kerana terdapat ‘filter’ yang boleh mengubah muka seseorang itu menjadi jantina yang bertentang. Rata-rata ramai pengguna termasuklah golongan artis yang mencuba aplikasi ini dan berkongsikan transformasi wajah mereka.
Walaupun ia dianggap sebagai suka-suka dan bahan jenaka namun perubahan menjadi jantina yang bertentangan adalah haram disisi agama.
Ikuti perkongsian Pencetus Ummah Salman yang menerangkan hukum terhadap trend terbaru ini.
Trend sekarang adalah mengubah muka sendiri atau muka orang lain. Ramai ulama yang melarang dan mengharamkan . Sebab-sebab larangan adalah:
1. Pertama adalah مضاهاة خلق الله menyamai ciptaan Allah . Antara sebab pengharaman patung (ijmak) dan gambar (jumhur) adalah menyamai ciptaan Allah. Hak untuk mengubah ciptaan adalah Allah, bila kita ubah ini bermakna telah ada faktor ini. Dalam hadis sahih:
خل عليّ رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقد سترت سهوة لي بقرام فيه تماثيل، فلما رآه هتكه، وتلون وجهه وقال: يا عائشة، أشد الناس عذابًا عند الله يوم القيامة، الذين يضاهون بخلق الله
Rasulullah SAW masuk berjumpa kami, dan telah dipasang kain tirai yang ada gambar-gambar makhluk hidup, bila baginda melihat Nabi SAW menegahnya dan berubah wajah Nabi SAW seraya bersabda:
Manusia paling dahsyat siksaannya adalah yang membuat patung dan gambar yang mana mereka cuba menyerupai perbuatan mencipta milik Allah. Hr Bukhari Muslim.
2. Mengubah ciptaan Allah. Dr Soleh Fauzan berkata perbuatan mengubah gambar ini adalah mengubah ciptaan Allah , sedangkan Allah SWT berfirman hikayat dari kata-kata iblis:
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
Dan akan menyuruh mereka agar mengubah ciptaan Allah
119 : AnNisaa
Walaupun gambar foto bukan ciptaan Allah yang asal tetapi ia berasal dari ciptaan Allah , berbeza dengan lukisan kita yang kita lukis yang boleh kita ubah-ubah.
Ingat tak kenapa ramai ulama sekarang mengharuskan foto sebab ia adalah dari makhluk Allah yang sebenar bukan haram seperti gambar orang dilukis. Oleh itu haram mengubah gambar yang berasal dari gambar sebenar kerana harusnya gambar pun kerana ia adalah berasal dari makhluk sebenar.
3. Tassyabuh dengan jantina lain adalah haram dan berdosa besar. Berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-meniru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” Hr Bukhari Muslim.
4. Ada faktor السخرية والإيذاء mempersenda gambar orang lain dan menyakitinya. Ini pendapat buya Hamka yang menyatakan dilarang sekiranya ada perkara ini.
Firman Allah swt:
ا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ
Janganlah satu kaum menyakiti satu kaum yang lain kerana yang dihina lebih mulia dari yang menghina. Al-Hujarat.
Saya berpendapat tujuan utama pemuda-pemuda sekarang menukar gambar orang lain kepada perempuan adalah untuk dipersendakan di media sosial.
5. Menafikan kemuliaan anak adam . Firman Allah:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
Dan sesungguhnya kami muliakan anak adam. 70 : al-Isra.
Antara kenyataan ulama:
Dr Abdullah Turki mantan SUA Rabithah Islami menyatakan ia adalah mengubah ciptaan Allah.
Jabatan Fatwa UAE melarang penggunaan app ini kerana kemuliaan anak adam (70 : Al-Israa)
PU Salman
Sumber: PU SALMAN
The post Ubah Muka Jadi Jantina Lain? PU Kongsi Hukum Menggunakan ‘Filter Viral’ Pada Wajah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/21/ubah-muka-jadi-jantina-lain-pu-kongsi-hukum-menggunakan-filter-viral-pada-wajah/