Tya Arifin Tak Pernah Kesal Tinggal Kerjaya Memuncak






Aktres kelahiran Palembang, Indonesia, Tya Arifin tidak pernah menyesali takdir berkahwin dan berhijrah ke Malaysia saat namanya sedang mekar di tanah kelahiran.

Namun, pernah juga terdetik dalam hati apakah hidupnya sekadar bergelar isteri dan ibu, tanpa kerjaya?

"Secara jujur, saya pernah bertanya kepada suami, Asyraf Khalid, hidup saya untuk apa pada fasa awal perkahwinan. Saya seperti hilang punca.

"Saya tak mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan, saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.

"Bagaimanapun, perasaan ini bukan bermaksud saya menyesali setiap keputusan dibuat. Cuma, saya percaya hidup perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Saya mahukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan," katanya.

Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin berkata, detik menyulam cinta selama setahun setengah bersama suami mengubah kehidupan dengan drastik.

"Berkahwin dengan Asyraf memerlukan pengorbanan besar. Saya tinggalkan kerjaya seni yang sedang memuncak dan hidup berjauhan dengan keluarga.

"Saya bukanlah anak orang senang. Sebelum ini, saya mencari rezeki untuk menyara keluarga.

"Saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan apabila berhijrah mengikut suami ke Malaysia. Ia bukan sesuatu yang mudah. Perasaan saya pernah bergelut antara keluarga, kerjaya dan masa depan bersama Asyraf," katanya yang dikurniakan sepasang cahaya mata, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, 2, yang kini menjadi pelengkap kebahagiaan.

Nyata, pengorbanan pelakon filem King of Rock City dan Garuda Superhero itu memberikan 1001 hikmah pada saat melahirkan anak sulungnya.

"Kehadiran Arif dianggap satu hadiah cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah perjalanan hidup saya. Selain itu, saya menceburi dunia perniagaan pada 2018 membuka skop hidup menjadi lebih luas.

"Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi ibu kepada dua cahaya mata tidak pernah membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat apabila perniagaan yang diusahakan dapat membantu mengubah nasib orang lain," katanya.

Baginya, apa yang dicapai hari ini termasuk memiliki wisma perniagaan di Puchong bukan sesuatu yang mudah dikecapi

Namun, menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berjaya melawan cabaran mendatang.

"Saya dan suami bergelut pada saat memulakan perniagaan. Kami menguruskan sendiri segala-galanya. Ada kalanya percaturan menjadi, begitu juga sebaliknya.

"Saya percaya ia adalah proses dalam dunia perniagaan. Berguru dengan pakar pemasaran menyuntik keyakinan saya dan suami setiap hari," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/09/tya-arifin-tak-pernah-kesal-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyraf Khalid Tya Arifin Dituduh Riyak Bagi Staf Kereta Mewah

Asyraf Khalid Tya Arifin Dituduh Riyak Bagi Staf Kereta Mewah

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 644 hits
Baru baru ini isteri kepada Asyraf Khalid iaitu pelakon Tya Arifin telah menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Volkswagen kepada dua orang pekerja Mutyara Hadiah tersebut adalah sebagai penghargaan kepada Nur Alia Shuhada Shafie 25 da...
Hargai Pekerja Tya Arifin Amp Asyraf Khalid Hadiahkan Kereta Mewah

Hargai Pekerja Tya Arifin Amp Asyraf Khalid Hadiahkan Kereta Mewah

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 360 hits
Lebih dua tahun menjalankan perniagaan jamu Mutyara Beauty ahli perniagaan Asyraf Khalid dan isterinya Tya Arifin berkongsi kejayaan dengan menghadiahkan kereta mereka kepada dua pekerja mereka Menurut Asyraf dia meluahkan rasa syukur keran...
Muhyiddin Kesal Sahabat Baik Tidak Bersama Dalam Kerajaan

Muhyiddin Kesal Sahabat Baik Tidak Bersama Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan kesedihan kerana Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang disifatkannya sebagai sahabat baik tidak bersamanya dalam memimpin kerajaan Perdana Menteri berkata dia bersama Mohd Shafie meru...
Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 548 hits
Saya rasa sangat sedih kecewa Veveonah Mosibin kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri KKMMSusulan kenyataan tidak tepat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara semalam Veveonah Mosibin tampil m...
Hiburan Sudah Masuk 5 Tahun Tertunggak Fadzil Zahari Kesal Pereka Fesyen Terkenal Enggan Bayar Hutang Rm15 000

Hiburan Sudah Masuk 5 Tahun Tertunggak Fadzil Zahari Kesal Pereka Fesyen Terkenal Enggan Bayar Hutang Rm15 000

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 748 hits
Pelakon dan juga suami kepada pelakon Yana Samsudin Fadzil Zahari mengakui kesal apabila seorang individu yang juga pereka fesyen terkenal suatu ketika dahulu culas dalam melangsaikan hutang berjumlah hampir RM15 000 Fadzil juga mendedahkan...
Isu Ditahan Di Pusat Hiburan Ally Mukhriz Kesal Amp Akui Diri Cuai Langgar Pkpp

Isu Ditahan Di Pusat Hiburan Ally Mukhriz Kesal Amp Akui Diri Cuai Langgar Pkpp

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 1078 hits
Anak Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga menyebabkan dia ditangkap dan didenda oleh polis minggu lalu Dalam masa sama Meera Alyanna turut me...
Kesal Digoda Dan Diajak Kencan Remaja Ini Bunuh Waria Saat Cat Rambut Di Salon

Kesal Digoda Dan Diajak Kencan Remaja Ini Bunuh Waria Saat Cat Rambut Di Salon

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 310 hits
MN seorang remaja di Desa Patenteng Kecamatan Modung Kabupaten Bangkalan Jawa Timur menghabisi nyawa seorang waria yang mengecat rambutnya AS pada Kamis sekitar pukul 19 30 WIB Dua hari setelah pembunuhan itu Sabtu MN diringkus oleh anggota...
Buang Dan Tinggal Rakyat Malaysia Pengotor

Buang Dan Tinggal Rakyat Malaysia Pengotor

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 730 hits
Gambar FB PPIM Pertama sekali itu tempat tumpuan pelancong dan orang ramai yang membawa keluarga Perkara pertama yang terbit dalam minda pelancong ialah rakyat Malaysia pengotor dan tiada sivik kerana membuang sampah merata rata dan seolah ...
Suami Isteri Tinggal Di Kediaman Usang Impikan Rumah Selesa

Suami Isteri Tinggal Di Kediaman Usang Impikan Rumah Selesa

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 454 hits
ZAIRAH Omar dan suaminya Johan Yusop mengharapkan kediaman mereka yang usang dibaiki dan diubah suai di Kampung Seronok Bayan Lepas Balik Pulau Pulau Pinang UTUSAN NOOR HASLIZA NUSI BALIK PULAU Pasangan suami isteri yang berdepan kesempitan...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia