Tv Led Yang Tidak Di Pasang Ke Dinding Antara Barang Berbahaya Kepada Anak Di Dalam Rumah
Bahaya sebenarnya tidak hanya berlaku di luar rumah tetapi juga turut berlaku di dalam rumah kita sendiri.
Baca: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak. Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi!
Banyak faktor menyebabkan kanak-kanak boleh terdedah dengan pelbagai kemalangan dan risiko kecederaan termasuk di rumah. Lebih-lebih lagi sekarang kanak-kanak banyak berada di dalam rumah berbanding luar rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mencegah wabak Covid-19.
Apa yang kita sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memastika rumah adalah tempat yang selamat buat anak-anak? Ikuti perkongsian ini.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Menurut perkongsian Dr Che Puteh, prinsip asas keselamatan ialah menghilangkan benda berbahaya dari kawasan rumah atau tempat kerja. Jika benda berbahaya tidak dapat dielakkan, pendedahan pada bahan berbahaya perlu dikurangkan dan seterusnya pemakaian alat pelindung diri (personal protective equipment, PPE).
Jadi tuan puan boleh menilai tahap risiko kemalangan di rumah tuan puan. Saya ingin memberikan 15 tips keselamatan di rumah.
1. Elakkan tingkap di rumah di grill mati. Pasang grill yang boleh dibuka untuk memudahkan jalan keluar jika berlaku kebakaran.
2. Jika menggunakan dapur gas, pastikan pengudaraan dapur dalam keadaan baik. Periksa paip gas anda setiap bulan dan kepala gas bagi mengelakkan kebocoran gas memasak. Jika terbau gas, buka tingkap dan pintu dan jangan menghidupkan dapur gas sehingga punca bau gas dikenalpasti.
3. Jika ada anak-anak kecil, pastikan bucu-bucu tajam perabot ditutup dengan guard bagi mengelakkan kecederaan ketika kanak-kanak berlari.
4. Pastikan perabot di’anchor’ ke dinding bagi mengelakkan ia jatuh terkena anak kecil yang suka memanjat. Kaedah anchor adalah memasang sendi yang di drill ke dinding. Perabot berat yang menghempap anak kecil boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
5. Pastikan televisyen anda di pasang ke dinding jika ada anak kecil. Ini bagi mengelakkan TV LED anda menimpa anak kecil yang suka menyentuh dan memanjat televisyen.
6. Pastikan skirting tile di lantai rumah anda tidak tajam. Jika anak-anak berlari dan terjatuh pada tile boleh sebabkan kecederaan. Anak saya kena 3 jahitan akibat terjatuh kena tile skirting masa berumur setahun.
7. Pastikan frame pintu di bilik tidak tajam. Anak-anak berlari berisiko tercedera terkena frame pintu yang tajam. Ya anak saya kena jahit lagi akibat terlanggar frame pintu dibuat dari jenis kayu ketika berumur 3 tahun.
8. Pastikan pisau dan gunting memasak dan alatan menjahit di letak di tempat yang selamat dan tidak dicapai oleh kanak-kanak. Namun jangan letak di kabinet dapur atas kepala anda. Bimbang jatuh atas kepala anda pula.
9. Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup. Pastika tiada air bertakung dalam baldi bagi mengelakkan kanak-kanak bermain. Jika ada pastikan pintu dikunci dari luar bagi mengelakkan kanak-kanak masuk dari bermain.
10. Sembunyikan racun perosak, sabun pencuci dan bahan kimia di tempat yang tidak dicapai oleh kanak-kanak
11. Selain itu, sila periksa mesin basuh anda sebelum mula mencuci. Kedengaran luar biasa tetapi terdapat kes kanak-kanak ada di dalam mesin basuh ketika ibunya menghidupkan mesin basuh.
12. Pastikan anda tidak menggunakan alas meja jika anda ada anak kecil. Mereka cenderung menarik alas meja dan bimbang makanan dan minuman atas mena jatuh dan menimpa mereka.
13. Pastikan bilik air sentiasa bersih dan tidak licin. Ia berbahaya dan boleh menyebabkan anda atau ibu bapa atau anak-anak kecil terjatuh. Selain itu, pertumbuhan mould atau kulat merembeskan toksin tertentu yang mungkin berbahaya.
14. Pastikan pengudaraan rumah anda dalam keadaan yang baik. Habuk bukan sahaja bahaya pada yang mempunyai resdung atau asma, ia tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
15. Ketika memasak pastikan jarak anak-anak anda terutama apabila menggunakn minyak yang banyak atau air panas.
Kredit: Dr Che Puteh
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post TV LED Yang Tidak Di Pasang Ke Dinding Antara Barang Berbahaya Kepada Anak Di Dalam Rumah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tv-led-yang-tidak-di-pasang-ke-dinding-antara-barang-berbahaya-kepada-anak-di-dalam-rumah/