Tv Alhijrah Santuni Rohani Dan Jasmani Penonton Sepanjang Bulan Kemerdekaan


Peristiwa bersejarah yang tercatat pada 31 Ogos 1957 mengajar kita untuk menghargai jasa perajurit negara yang telah bertungkus lumus mempertahankan negara sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Hari kemerdekaan Malaysia juga menjadi agenda besar rakyat Malaysia saban tahun kerana peranannya sebagai asas pembinaan jati diri Malaysia dan semangat kebangsaan



Mengambil kira peri pentingnya sambutan bulan kemerdekaan ini, TV AlHijrah mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai rancangan ilmiah terbaik bermula 14 Ogos 2023 sehingga 3 September 2023 bagi mentahqiqkan erti kemerdekaan yang sebenar melalui konsep yang diajar oleh Islam

Sebanyak lapan rancangan terbaik ditayangkan khusus bagi meraikan bulan istimewa ini. Rancangan-rancangan tersebut adalah rancangan Assalamualaikum Istimewa Merdeka, Kapsul Inspirasi, Dakwah Live, Ulama Kemerdekaan, Quran@114, Hijrah Berselawat Merdeka, Waalaikumussalam, dan Filem Ketika Cinta Bertasbih. Kesemua barisan rancangan ini memberi penumpuan terhadap aspek spiritual yang membantu penonton menghayati serta mendalami ilmu agama Islam yang syumul dengan suntikan semangat patriotisme



Sebagai permulaan, rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum akan menemui penonton setiap hari, jam 7 pagi hingga 10 pagi. Saksikan perbincangan topik-topik malar segar yang dikupas bersama para asatizah yang komited dalam membangun dan memperkukuh institusi Islam

Seterusnya, Kapsul Inspirasi akan menemui penonton pada setiap hari, jam 7.25 malam.  Program yang berkonsepkan tazkirah ringkas ini membicarakan tentang hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan sejahtera. 
Bagi penggemar rancangan bual bicara, Dakwah Live akan menemui penonton pada 30 Ogos, Rabu, jam 9 malam. Kali ini, Ustaz Faiz Fateh Bersama Dua’t Al-Falah akan mengupas topik-topik penyatuan umah seperti Prinsip dan Penghayatan Madani Dalam Kehidupan, Kepentingan Tabayyun Dan Elak Sentimen Politik Memecahbelahkan Perpaduan, Bahaya Takfiri, Hormati Pemerintah Dan Pilihan Rakyat dan Kepentingan Jadi Masyarakat Berilmu Bukan Ketaksuban



Sejurus tamat Dakwah Live, Rancangan berjudul Ulama Kemerdekaan pula akan disiarkan pada jam 10 malam. Rancangan ini membawa penonton mengenang kembali kejerihan para ulama dalam menyebarluas pendidikan secara menyeluruh, antaranya dalam bidang agama, sains, matematik dan lain-lain supaya masyarakat tidak ketinggalan dan terus maju kehadapan

Bulan kemerdekaan di TV AlHijrah tambah istimewa dengan episod khas Quran@114 yang disiarkan pada Khamis, 31 Ogos, jam 11 pagi. Quran@114 sebuah rancangan yang menjadi panduan sekaligus membantu memupuk rasa cinta terhadap al-Quran. Rancangan ini dikendalikan oleh mualim yang hebat di dalam bidang al-Quran iaitu ustaz Husaini Mahmur, Ustaz Fahmi Ashraff, Imam Muda Hasan dan ramai lagi ahli al-Quran lain



Hijrah Berselawat Merdeka yang bertemakan Wahdatul Ummah akan menemui penonton pada 31 Ogos, jam 9 malam. Rancangan ini menghimpunkan selebriti tanah air seperti Mawi, Inteam, Unic, Lah Ahmad dan ramai lagi dalam berselawat serta berqasidah. Turut dimuatkan adalah tausiah yang akan disampaikan Ustaz Ahmad Shahdan Al-Hadrami dalam memahami istilah kemerdekaan dari kaca mata Islam

Sebagai tambahan, rancangan baru dengan judul Waalaikumussalam akan menemui penonton bermula 1 September, Jumaat, jam 11.30 malam. Program ini bertujuan untuk mendidik masyrakat Islam Malaysia agar sentiasa mengakhiri malam mereka dengan sesuatu yang mahmudah dan mengelak melakukan perkara yang mazmumah



Filem Ketika Cinta Bertasbih pula akan disiarkan pada pada 3 September, Ahad, jam 9 malam. Ketika Cinta Bertasbih mengisahkan tentang kerja keras Khairul Azzam yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menyara hidup ibu dan adik-adiknya di kampung. Khairul Azzam akhirnya bertemu dengan jodohnya dan tetap selalu teguh pendirian kepada ajaran Islam

Kesemua program istimewa ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi digital TV AlHijrah iaitu AlHijrah Plus. Jadi, ayuh bersama memupuk semangat patriotisme di dalam diri kita semua dengan menonton TV AlHijrah sepanjang bulan kemerdekaan ini








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2023/09/tv-alhijrah-santuni-rohani-dan-jasmani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Spx Delivers Love Pelanggan Seluruh Negara Menghargai Kurier Sepanjang Bulan

Kempen Spx Delivers Love Pelanggan Seluruh Negara Menghargai Kurier Sepanjang Bulan

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 297 hits
Kempen SPX Delivers Love Pelanggan Seluruh Negara Menghargai Kurier Sepanjang BulanLogistik menyeluruh menghubungkan pembeli dan penjual dengan penghantaran pantas di seluruh MalaysiaSPX Express rakan logistik Shopee meraikan kempen SPX Del...
Respon Positif Dari Penonton Ini 20 K Drama Raih Rating Tertinggi Sepanjang Zaman

Respon Positif Dari Penonton Ini 20 K Drama Raih Rating Tertinggi Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 194 hits
K Drama punyai pelbagai jalan cerita yang menarik ARTIKEL BERKAITAN Kali ini Kimchidaily nak kongsikan top 20 K Drama yang meraih rating tertinggi sepanjang zaman mengikut Nielsen Korea The World Of The Married Reborn Rich Sky Castle Crash ...
Top Commentator Bulan Oktober 2023 Dan Bulan November 2023 Tahniah

Top Commentator Bulan Oktober 2023 Dan Bulan November 2023 Tahniah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum wbt Maafkan saya kerana terlambat untuk umum nama pemenang Top Commentator pada bulan Oktober dan juga November Seperti mana janji saya pada entri lepas Saya akan umumkan terlebih dulu carta bulanan bulan Oktober 2023 Okey n...
Membanggakan Kaltim Kembali Raih Peringkat Pertama Indeks Kemerdekaan Pers 2023

Membanggakan Kaltim Kembali Raih Peringkat Pertama Indeks Kemerdekaan Pers 2023

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 143 hits
IKP nasional 2023 menurun disebabkan sejumlah faktor Antara lain faktor politik ekonomi maupun hukum
Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 Majlis Sambutan Dan Tema

Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 Majlis Sambutan Dan Tema

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 199 hits
Mungkin ramai rakyat Malaysia sendiri tidak tahun dengan kewujudan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada bulan November setiap tahun Jangan terkeliru Bulan Keluarga Kebangsaan tidak sama dengan Bulan Kebangsaan kerana sambutan ini me...
Perfomance Blog Untuk Bulan Oktober 2023

Perfomance Blog Untuk Bulan Oktober 2023

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 285 hits
Perfomance blog untuk bulan Oktober 2023 Lamanya sis tak update pasal perfomance blog ni dari bulan Mei Adeh Serius lupa pasal topik ni Padahal tiap tiap bulan ada je dapat email report dari Google Search Console tapi tak ingat nak masukkan...
Kabur 2 Bulan Mantan Kades Maling Dana Desa Ditangkap Saat Sembunyi Di Oyo Semarang

Kabur 2 Bulan Mantan Kades Maling Dana Desa Ditangkap Saat Sembunyi Di Oyo Semarang

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 100 hits
Mantan Kepala Desa Banjarsari ditangkap tim Jaksa Penyidik Kejaksaan Negeri Garut saat tengah bersembunyi di OYO Semarang
3 Jawatan Kosong Seda Bulan November Dibuka Untuk Semua

3 Jawatan Kosong Seda Bulan November Dibuka Untuk Semua

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 140 hits
Bagi mereka yang mencari jawatan kosong SEDA kini adalah dibuka peluang kerjaya untuk menjadi sebahagian daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia yang akan memberi pengalaman baru serta pengetahuan semasa menjadi pekerja ...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

Autism Walkathon Melaka 2024


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941