Tuuuu Dia Cikgu Fadli Tuduh Pegawai Ppd Little Napoleon Tutup Isu Silibus Aras Tinggi Sedia Diambil Tindakan


 

















Zeanaaima Mohd Yusof -June 21, 2022 
Guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh tidak menolak kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai isu silibus aras tinggi di Facebook. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Sistem pendidikan negara rosak disebabkan kewujudan “Little Napoleon” di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang “menyorok” kebenaran isu silibus aras tinggi yang dibebankan ke atas guru dan pelajar sekolah rendah.
Pandangan lantang itu ditegaskan guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara.
Fadli atau lebih dikenali Cikgu Fadli mendakwa, pegawai PPD tertentu cuba mengunci mulut guru yang meluahkan pandangan mereka mengenai isu silibus aras tinggi untuk murid Darjah 1 hingga 6.
“Sepatutnya suara cikgu ini, PPD yang bawa. PPD bawa ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). JPN bawa kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Ini apa PPD buat? Dia diamkan guru. Dia tak mampu buat, dia hubungi JPN, suruh diamkan guru (yang mengkiritik silibus).
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“JPN tak mampu, dia hubungi KPM, KPM pula diamkan guru ini dengan tindakan ugutan dan sebagainya. Itu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita sebenarnya,” kata beliau yang mempunyai kira-kira 600,000 pengikut di Facebooknya.
“Sudahlah PPD tak perjuangkan (isu silibus terlalu laju). Orang (guru) tolong perjuangkan, kau (PPD) pula nak tutup (mulut guru). Itulah perangai yang merosakkan. Itulah Little Napoleon,” katanya dalam sesi secara langsung di laman Facebooknya semalam.
“Little Napoleon” merujuk kepada pegawai yang sombong dan berlagak dengan kuasa.
FMT telah menghubungi pejabat Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk mendapatkan respons.
Fadli sebelum ini konsisten mempersoalkan kewajaran silibus Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang didakwanya terlalu sukar dan “laju” bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun.
Ujarnya, silibus yang “dibanggakan” pihak tertentu tidak disokong dengan fasiliti dan kemudahan secukupnya di sekolah, termasuk capaian internet dan khidmat guru pembantu.
Malah, pembelajaran subjek Matematik di sekolah kerajaan hanyalah lima waktu seminggu, katanya.
Ini berbeza dengan di China yang memperuntukkan 20 waktu untuk subjek itu, manakala 15 waktu di Singapura, kata beliau.
Fadli berkata, semakin ramai guru Matematik mengeluh tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengajar dan memastikan pelajar memahami apa yang diajar.
Malah katanya, ada guru yang tidak sempat menghabiskan silibus tahunan.
Merujuk kepada ungkapan “little Napoleon”, Fadli berkata, beliau pernah ditekan oleh pegawai pendidikan hanya kerana mempersoalkan kewajaran silibus Matematik dalam kursus orientasi buku teks baharu pada 2019.
“Penerangan diberi oleh pegawai PPD dan JPN Gombak. Saya bangun dalam kursus tersebut, saya persoalkan kenapa silibus begitu, begini. Dia nak bersilat dengan saya, tentang kepakaran saya. Jadi sampai mereka tak boleh jawab.
“Orang (pegawai) PPD mengaku kalah. (Mereka) panggil orang JPN suruh jawab, pun sama. (Mereka) panggil pegawai…dari Putrajaya turun tiga hingga empat orang, mereka ini panel penggubal silibus.
“Berdebat dengan saya, tapi sampai sudah tak nak mengaku kesalahannya. Dia kata dia paling betul. (Dia dakwa) cikgu yang tak pandai mengajar menyebabkan murid tak faham,” ceritanya.
Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang memaksa sekolah ditutup membawa hikmah tersendiri dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kesusahan pembelajaran dan pengajaran silibus aras tinggi.
“Syukurnya hikmah PKP (perintah kawalan pergerakan), sangat ramai ibu bapa mula buka mata betapa susahnya silibus anak-anak mereka. Mereka terpaksa belek buku untuk ajar anak ketika PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah), baru mereka sedar tingginya silibus anak mereka,” ujarnya.
Fadli tidak menolak kemungkinan, sebagai kakitangan kerajaan, beliau akan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai isu ini dalam siaran langsung di Facebook.
“Sekarang bila sudah viral, orang mula bertanya. Orang dah sedar, apa tindakan pertama mereka (PPD, JPN, KPM)? Tindakan pertama adalah mereka akan cari siapa yang hebahkan? Mereka akan cari Cikgu Fadli lah. Tak mustahil saya kena panggil oleh Unit Integriti (KPM).
“Tak mustahil ‘live’ ini telah dirakam untuk dijadikan bukti untuk tindakan tatatertib, dikenakan hukuman, buang kerja, tak naik gaji, buang sekolah, disekat kenaikan pangkat. Tak mustahil, sebab memang begitu cara dia,” katanya.
Namun Fadli memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang jika pihak atasan mengambil apa jua tindakan ke atasnya.
“Kalian, ‘Little Napoleon’ ini, yang suka ugut-ugut ini…kalian boleh ugut orang yang takut. Aku tak takut dengan itu semua. Ugut orang takut…dia undur, ugut orang tak takut, dia makin masuk…lagi rapat.
“Nak buang (kerja), buanglah. (Nak kenakan) tindakan tatatertib…tatatertiblah. Negara kita bukan hanya ada kuasa kau sahaja. Kita negara demokrasi berparlimen. Kita ada undang-undang persekutuan.
“Jika tindakan kepada saya, contoh ditukar sekolah, disekat kenaikan pangkat, dibuang (kerja), saya akan perjuangkan isu ini (sehingga ke) Mahkamah Persekutuan sebab saya anggap itu salah guna kuasa. Hak bersuara dijamin Perlembagaan Malaysia,” tegas Cikgu Fadli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tuuuudia-cikgu-fadli-tuduh-pegawai-ppd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Penasihat Anda Seorang Yang Lemah Seperti Dr Kayu Maka Isu Zuraida Telalu Lama Untuk Diambil Tindakan

Jika Penasihat Anda Seorang Yang Lemah Seperti Dr Kayu Maka Isu Zuraida Telalu Lama Untuk Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 711 hits
June 22 2022 Nur Jazlan Mohamed berkata tidak pernah ada perdana menteri Umno selemah Ismail Sabri Yaakob dalam sejarah negara PETALING JAYA Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri menjadi petunj...
Wuf2022 Perlu Tindakan Drastik Atasi Isu Perubahan Iklim

Wuf2022 Perlu Tindakan Drastik Atasi Isu Perubahan Iklim

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 152 hits
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN Habitat Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berpendapat dunia perlu bertindak segera dalam mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat tidak mempunyai solusi ya...
Bukan Karena Covid Sri Lanka Tutup Sekolah Dan Minta Pegawai Kerja Dari Rumah

Bukan Karena Covid Sri Lanka Tutup Sekolah Dan Minta Pegawai Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 253 hits
Buntut dari krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka sekolah sekolah ditutup dan para pegawai diminta kerja dari rumah
Jk Elektabilitas Tinggi Tak Ada Partai Penuhi Syarat Tapi Elektabilitas Rendah

Jk Elektabilitas Tinggi Tak Ada Partai Penuhi Syarat Tapi Elektabilitas Rendah

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 151 hits
JK melihat kalau saat ini sosok kandidat yang akan terpilih pastinya yang terbaik Karena banyak hal yang jadi faktor pasangan faktor partai dan juga faktor elektabilitas tiga faktor yang bakal menjadi penentu
Jangan Tinggi Suara Tanpa Sebab Dato Fadzilah Kongsi 10 Petua Isteri Solehah

Jangan Tinggi Suara Tanpa Sebab Dato Fadzilah Kongsi 10 Petua Isteri Solehah

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 160 hits
Dalam rumah tangga suami atau isteri masing masing mempunyai tanggungjawab Namun ada ketikanya bergaduh manja itu biasa Cuma bagaimana cara hadapi keadaaan itu semuanya terletak pada kebijaksanaan diri sendiri Sebab itulah tugas dan tanggun...
Harga Minyak Mentah Dunia Tinggi Efisiensi Pertamina Capai Usd2 2 Miliar

Harga Minyak Mentah Dunia Tinggi Efisiensi Pertamina Capai Usd2 2 Miliar

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 186 hits
Direktur Keuangan Pertamina Emma Sri Martini menjelaskan Pertamina mengembangkan berbagai kebijakan dan strategi bisnis dari sisi keuangan maupun operasional sebagai upaya menghadapi tantangan harga minyak dunia yang melonjak signifikan
Ni Kalau Nyanyi Sambil Berdiri Boleh Tersedak Dato Awie Pakcik Rilek Nyanyi Lagu Nada Tinggi Sambil Duduk

Ni Kalau Nyanyi Sambil Berdiri Boleh Tersedak Dato Awie Pakcik Rilek Nyanyi Lagu Nada Tinggi Sambil Duduk

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 189 hits
Nyanyian yang mantap merupakan satu kelebihan yang diberi pinjam daripada Yang Maha Kaya Suara merdu yang mendayu dayu membuatkan seseorang itu mampu membawa lagu dengan baik Namun tidak ramai orang yang memiliki kelebihan seperti itu lebih...
Kedai Emas Miragold Beri Harga Trade In Yang Tinggi

Kedai Emas Miragold Beri Harga Trade In Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 251 hits
KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI Kedai emas viral dengan pelbagai jenis emas terkini mampu menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya Kalau tak kuat iman tu jangan berani beraninya masuk kedai emas miragold ni Bukan mas...
Hiburan Pelajar Tajaan Mara Mengadu Kos Sara Hidup Tinggi Di Luar Negara Undang Perdebatan Netizen

Hiburan Pelajar Tajaan Mara Mengadu Kos Sara Hidup Tinggi Di Luar Negara Undang Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 150 hits
Baru baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Seri Mahdzir Khalid ada membuat lawatan ke London bagi tujuan bertemu dan mendengar luahan pelajar tajaan MARA yang mendakwa menghadapi kesusahan berikutan kos sara hidup yang tinggi di lua...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari