Tutorial Teknik Gambar Reflek
Salam semua, hari ini ada orang tanya macam mana aku ambil gambar bola boling ada reflek macam kat atas tu.
Pertama, untuk ambil gambar sedemikian yang pastinya lantai atau pantulan kawasan tersebut haruslah mempunyai pantulan objek yang kita ambil.
Lagi kilat lantai tersebut lagi mudah nak ambil. Sama juga kalau kita ambil rumah atau bot di kawasan berair. Pastikan air tersebut tenang dan nampak pantulan objek tersebut.
Untuk gambar reflek untuk saya ada dua isu. Adalah objek itu bergerak atau statik.
Seperti gambar diatas objek iaitu bola bergerak serta pin yang dilanggar bergerak.
Berbeza dengan objek rumah tepi pantai yang tidak bergerak. Semuanya ada bezanya, bagaimana anda mengawal shutter speed, f dan ISO.
Kita pergi contoh gambar di atas, perkara pertama untuk ambil.objek bergerak ini. Shutter speed kena tinggi. Shutter speed dalam gambar ini dalam 500.
Shutter speed jangan terlalu tinggi sebab kalau nak ambil lantunan objek kat lantai shutter speed kena rendah.Maks pakai 500 jer..lain2 pakai ISO.
Tapi jangan terlalu rendah sebab kita ambil objek gerak. Adjust Shutter Speed hingga anda rasa puas hati gambar objek terlambung tu tak goyang.
Tapi disebabkan ambil di dalam bangunan mahu tak mahu kena main ISO dimana saya pakai 800 ke atas.
Sebab itu ada noise sikit pada gambar tersebut...hehehehe. Sepatutnya lagi rendah shutter speed lagi bagus dan main dengan ISO hingga dapat kecerahan gambar yang dikehendaki dan paling best pakai tripod.
Manakala f pula saya naikkan tinggi sikit..kerana nak dapatkan keseluruhan objek gambar tersebut.
Ini pun masalah juga, kalau naikkan f dengan shutter speed yang tinggi maka gambar agak gelap. f yang saya pakai standard iaitu f6.
Dengan kelajuan shutter speed yang pasti dapat ambil pin boling yang terlambung dengan baik. f yang sesuai dapat frame keseluruhan gambar tersebut serta ISO mengimbangi kecerahan gambar anda. Maka tibalah masa anda shoot jer..
Sebenarnya agak senang ambil gambar tersebut sebab lantai boling memang dah kilat cuma kita nak sharpkan gambar tu masalahnya.
Tetapi kalau ambil objek statik, lain pula ceritanya. Lagi mudah. Shutter speed boleh rendahkan dan naikkan f. ISO tak main peranan sebab kita berada outdoor, cahaya luar ada membantu.
Kesimpulannya....ambil gambar reflek ada 2 kes samada objek bergerak atau statik.
Kalau bergerak perbanyakkan main ISO dan kawal shutter speed jangan terlalu rendah atau tinggi.
Kalau statik, rendahkan shutter speed tak yah pening kepala...hahahaha.
f pastikan naik sebab kita nak ambil gambar keseluruhan frame.
ISO pun sama bergantung pada objek statik atau bergerak.
Selamat mencuba.
Sebagai fotografi, semua orang punyai skill berbeza-beza tapi basic atau guide tetap sama.
Kalau nak ambil gambar model, reflek, panning atau sukan tekniknya sama.
Macam saya katakan nak ambil gambar reflek tekniknya ialah shutter speed rendah..f tinggi dan ISO bergantung.
Tapi shutter speed awak dan saya tidak semestinya sama..Betulkan tapi teknik tetap sama.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hanifidrus.com/2018/04/tutorial-teknik-gambar-reflek.html