Tutorial Delete Broken Links Di Blogspot
Sebagai seorang blogger dan menjadikan penulisan sebagai sumber rezeki, pastinya error MATI pada coding mengganggu performance blog sekaligus memberi kesan terhadap jumlah visitor pada laman web. Nah !! Kelam kabut jadinya bila ada kawan kakak tegur ada broken links pada atiehilmi.com dan meminta untuk kakak selesaikan dalam kadar segera !
Dia bukan sikit tau tapi lebih seribu broken links yang kakak tak pernah ambil tahu !
CARA SCAN BROKEN LINKS
Kawan kakak tu pun satu, dia memang tak bagitau kat mana error-nya tapi biarkan kakak cari dan explore sendiri. Hahahaha~ Pening gak lah nak mencari dan cek satu persatu dan kakak dah habiskan tiga hari untuk clear kan broken links ni semata-mata nak kejarkan title laman web mesra SEO. Itu adalah pencapaian terbaik bagi seorang blogger yang memang menjalankan kegiatan penulisan di laman sendiri. Nah !! Tau dah kan kenapa kakak timang-timang sungguh atiehilmi.com ni
Carta status error !! Haa-- Peningkan ? Lagi-lagi kalau dah lama menulis. Hee~Dok petik petik BROKEN LINKS tu ape benda plak kan
Broken link atau lebih mudah digelar LINK MATI atau ROSAK yang langsung tak de fungsi pada blog yang mengganggu performance blog sendiri dan juga blog orang lain. Haa—Kalau korang kenal ERROR 404 sedikit sebanyak sebesar mungkin memang terkait sama dan sangat penting untuk di buang supaya tak mengacau perjalanan blog lagi-lagi SEO. Bila SEO diusik memang kacau habis satu blog
Jadi !
Marilah kemas rumah sebelum rumah bersepah dan menggila !! Hee~ Broken links boleh mengacau artikel yang korang dah post, komen yang korang atau visitor tinggalkan menjadi kucar kacir atau paling teruk tak dapat dibaca langsung dan cara untuk menyelesaikan memang tak de lain – korang kena scan blog korang untuk mengesan LINK mana yang bermasalah dan cara penyelesaiannya samada korang fix balik error tadi ataupun delete !! Simple !! Tak de cara lain dah
Renyah
Ya !! Sangat !! Ibarat nak memperbetulkan kesilapan lama tanpa korang sedar itu adalah salah korang dan tak tau pun itu adalah kesalahan. Hahahaha~ Jem kan ? Sungguh kakak pun alami perasaan yang sama
KLIK SINI –> SEMAK LAH BROKEN LINKS BLOG KORANG
Untuk tau kat mana silapnya, korang boleh klik kat SRC dan URL
Dan !!
Kebanyakan masalah broken link pada atiehilmi.com berpunca dari komen korang ha. Hee~ Kenapa korang ? Ya !! Salah satu sebabnya bila korang sendiri tak update korang punya profile dan biarkan broken link pada profile korang. Tak senang sebenarnya sebab melibatkan akaun orang lain kan dan kakak ambil keputusan untuk DELETE jek lah komen berikut untuk selamanya
TAKKKKKKKKKKKKKKKKk--
Bukan tak hargai komen korang tapi untuk kelangsungan atiehilmi.com, kakak kena ambil tindakan sikit lah. Jangan terasa hati ya. Hee~
Korang cuma ada pilihan untuk repair code ataupun delete keseluruhan code yang mengganggu code lain dari berfungsi - dan kalau tanya kakak sebaiknya delete je lah sebab nak cek satu satu memang jenuh..
Buatlah sampai habis dan selesai hingga KOSONG !!
Dan jangan lupa ucap tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengosongkan carta broken link pada blog korang. Hahahahaha~
LOVE ;
ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/09/tutorial-delete-broken-links-di-blogspot.html