Tupai King Bakal Mencabar Populariti Musang King



SEBERANG PERAI – Pulau Pinang melahirkan varieti baharu durian selepas nama Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari lalu yang bakal mencabar populariti Musang King.
Varieti yang lebih popular de­ngan nama durian Tupai King itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Duri Hitam kerana rasanya yang unik.
Pengarah Pertanian negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, varieti dengan nombor pendaftaran D214 itu diperakui secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pertanian pada 26 Februari lalu.
Beliau berkata, pendaftaran tersebut dibuat oleh seorang pengusaha kebun durian di Su­ngai Ara, Bayan Lepas dekat sini pada Mei tahun lalu.
“Setakat ini, dusun pengusaha berkenaan mempunyai 46 pokok dan peminat durian boleh mula merasa durian Tupai 226 yang telah rasmi itu ketika musim durian pada hujung bulan ini dan Julai nanti.
“Namun, kuantiti penge­lu­arannya terhad ketika ini kerana masih belum banyak pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Bukit Mertajam.
Beliau berkata, durian Tupai King dengan kulit berwana hijau keperangan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat (bujur se­perti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam.
“Ia mempunyai purata berat 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan purata berat isi 0.7 kg.
“Isinya berwarna jingga keku­ningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kema­nisan dengan bacaan purata brix 39,” katanya.
Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Muhaimin berkata, pihaknya mencatatkan pengeluaran hasil durian di negeri ini secara konsisten tiga tahun ke­belakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020).
“Dengan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan racun kawalan perosak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini sama se­perti tahun lalu,” tambahnya.
Anggaran harga cecah RM100 sekilogram
Harga bagi seki­logram durian Tupai 226 atau Tupai King dijangka mencecah anggaran RM100.
Individu yang mendaftarkan varieti itu, Chew Chee Wan, 53, berkata, durian itu dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan res­pons diberikan penggemarnya.
“Tupai King sudah ada pe­langgan setia sejak 10 tahun lalu, dan rata-rata ‘hantu’ durian me­ngakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan.
“Selepas semakin komersial nanti, saya jangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat,” katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas.
Katanya, pada musim durian tahun lalu dia menjual Tupai King pada harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100).
“Saya jangka harga durian Tupai King tahun ini mencecah RM100 sekilogram,” katanya.
Katanya, pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak pokok durian itu sejak lebih lima tahun lalu.
“Ketika ini, hanya saya yang mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dan tahun lalu menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada 16 pokok yang sudah matang.
“Saya jangka lima tahun lagi, ia akan banyak seperti durian lain selepas pokok yang ditanam pekebun mula mengeluarkan hasil,” katanya ~ K!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/tupai-king-bakal-mencabar-populariti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Tak Aiskrim Nestle Musang King

Sedap Tak Aiskrim Nestle Musang King

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 308 hits
Ketinggalan k fiezz tau Baru tau ada pula aiskrim nestle musang king ni hah Mr hubby lah yang order melalui Food Panda Masa mr hubby order aiskrim nestle musang king ni dia kat pejabat time nak balik kerja K fiezz memang tak tahu menahu Elo...
Setem Khas Agong Ke 15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia

Setem Khas Agong Ke 15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 258 hits
Berita yang menggembirkan apabila Setem Khas Agong Ke 15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia sempena stiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 Ianya merupakan koleksi setem dan filateli khas yang terbaik Tambahan p...
Choi Siwon Dilapor Bakal Terajui Drama Oh My Lord Bersama Lee Sunbin

Choi Siwon Dilapor Bakal Terajui Drama Oh My Lord Bersama Lee Sunbin

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 384 hits
Rindu nak tengok Choi Si won berlakon kan Jangan bersedih lagi sebab khabarnya ahli Super Junior itu bakal menerajui sebuah siri asal TVing tak lama lagi Menurut laporan media Choi Si won dilamar untuk menjadi hero drama Oh My Lord Berdasar...
Bertolak Ke Tasik Wapres Ma Ruf Bakal Resmikan Blk Komunitas Dan Bank Wakaf Mikro

Bertolak Ke Tasik Wapres Ma Ruf Bakal Resmikan Blk Komunitas Dan Bank Wakaf Mikro

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 161 hits
Ma ruf beserta rombongan berkendaraan mobil menuju Pondok Pesantren Cipasung Singaparna Tasikmalaya Jawa Barat untuk meresmikan Balai Latihan Kerja Komunitas dan Bank Wakaf Mikro di Pondok Pesantren Cipasung Singaparna
Jika Hasil Uji Coba Positif Jalur Road Bike Di Jakarta Bakal Ditambah

Jika Hasil Uji Coba Positif Jalur Road Bike Di Jakarta Bakal Ditambah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 182 hits
Politikus Gerindra itu memahami selama uji coba road bike di jalan layang non tol Kampung Melayu Tanah Abang dan Sudirman Thamrin menuai kritik Segala kritik akan dijadikan sebagai bahan pertimbangan dan evaluasi dalam menerapkan uji coba
Disney Dilapor Bakal Bikin Cruella 2 Atas Kejayaan Filem Pertama

Disney Dilapor Bakal Bikin Cruella 2 Atas Kejayaan Filem Pertama

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 250 hits
Disney dilaporkan dalam usaha untuk membikin filem kedua filem Cruella sebuah filem yang merupakan prekuel kepada filem 101 Dalmatians terbitan 1996 lakonan Glenn Close Filem yang kini sudah menjengah pawagam dan Disney di Amerika Syarikat ...
China Bakal Diberikan Akses Kepada Pangkalan Laut Di Kemboja

China Bakal Diberikan Akses Kepada Pangkalan Laut Di Kemboja

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 692 hits
China akan membantu Kemboja memoden dan menaiktaraf pangkalan tentera laut negara itu di lokasi strategik sebagaimana yang diperkatakan oleh Menteri Pertahanan negara itu Tea Banh Beliau bagaimanapun berkata China bukan merupakan satu satu ...
Anggota Brimob Kabur Dari Penugasan Di Papua Bakal Disidang Disiplin Di Polda Sumbar

Anggota Brimob Kabur Dari Penugasan Di Papua Bakal Disidang Disiplin Di Polda Sumbar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 274 hits
Seorang anggota Brimob Brigadir Adri Yusman yang ditugaskan di area PT Freeport Papua bakal menjalani sidang disiplin setelah kabur dan ditemukan hendak check in di Bandara Lama Mozes Kilangin Timika
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport