Tuntutan Malaysia I Laut China Selatan Dibahas Pbb


 




1. Ini perkembangan yang sangat penting buat masa depan anak cucu kita seluruh rakyat Malaysia. Akhirnya selepas sekian lama, tuntutan Pelantar Benua kita di Laut China Selatan kini dijadual dibahas hingga 21 Ogos di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bawah Suruhanjaya Had Pelantar Benua (Commission on the Limits of the Continental Shelf CLCS).
2. Perkembangan ini amat-amat kritikal, kerana tuntutan kita telah dibantah keras oleh dua kuasa iaitu China dan Filipina. Jika China mendakwa hampir seluruh Laut China Selatan sebagai kepunyaan mereka, Filipina pula mendakwa seluruh negeri Sabah dan perairannya sebagai milik mereka.

3. Kita sebagai sebuah negara berdaulat telah membuat tuntutan Pelantar Benua melangkaui 200 batu nautika di bahagian Utara Laut China Selatan, sebagai pelengkap kepada tuntutan Pelantar Benua kita di bahagian Selatan Laut China Selatan pada tahun 2009.

4. Dari segi undang-undang antarabangsa, tuntutan kita ini disandarkan pada asas Konvensyen PBB tentang Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982, khususnya Artikel 76, Perenggan 8 berkaitan Pelantar Benua.

5. Tuntutan Pelantar Benua ini penting kerana berbeza dengan hak eksklusif ke atas sumber-sumber hidupan dan juga hidrokarbon dalam jarak 200 batu nautika yang kita miliki sekarang, status Pelantar Benua memberikan hak eksklusif tambahan ke atas sumber-sumber dasar laut dan bawah tanah (seabed and subsoil) sejauh 350 batu nautika (sekitar 648 km).

6. Seperti mana dalam kes negara seperti Norway, negara kita juga dianugerahkan dengan Pelantar Benua yang lebih besar melepasi 200 batu nautika, seperti mana data-data geologi lengkap yang telah kita kemukakan ke Suruhanjaya Had Pelantar Benua.

7. China seperti diduga telah bertindak membantah tuntutan kita ini atas alasan bahawa mereka memiliki hak ‘dari segi sejarah’ ke atas Laut China Selatan.

8. Kita telah bertindak balas dengan menolak sepenuhnya bantahan China ini di PBB dengan hujah berikut:

‘Berhubung dengan penegasan Republik Rakyat China dalam perenggan kedua dan ketiga Note Verbale (Nota diplomatik)nya, Kerajaan Malaysia menolak tuntutan China yang disandarkan pada sejarah, mahu pun hak berdaulat atau bidang kuasa lain, berkaitan kawasan maritim Laut China Selatan seperti mana yang terangkum dalam ‘garis terpecah sembilan’ kerana ia bercanggah dengan Konvensyen (PBB tentang Undang-undang Laut) serta tidak memiliki kesan yang sah dari segi undang-undang di mana ia melangkaui perbatasan geografi dan pemilikan maritim substantif China di bawah Konvensyen ini.

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia menganggap tuntutan Republik Rakyat China ke atas fitur maritim di Laut China Selatan sebagai tidak memiliki asas di bawah undang-undang antarabangsa.  Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya kandungan Note Verbale (nota diplomatik) Republik Rakyat China’.

9. Berikut ialah petikan asal hujah balas kita terhadap China:

‘With regard to the People's Republic of China's assertion in the second and third paragraphs of its Note Verbale, the Government of Malaysia rejects China's claims to historic rights, or other sovereign rights or jurisdiction, with respect to the maritime areas of the South China Sea encompassed by the relevant part of the 'nine dash line' as they are contrary to the Convention and without lawful effect to the extent that they exceed the geographic and substantive limits of China's maritime entitlements under the Convention.

In this respect, the Government of Malaysia considers that the People's Republic of China's claim to the maritime features in the South China Sea has no basis under international law. Therefore, the Government of Malaysia rejects in its entirety the content of the Note Verbale of the People's Republic of China’.

10. Kita turut berdepan bantahan melampau Filipina yang bukan sahaja bercanggah dengan Bahagian IV UNCLOS 1982, tetapi juga cuba membakar api permusuhan dengan mengulangi dakwaan kononnya Sabah (Borneo Utara) adalah milik berdaulat mereka.

11. Berikut ialah hujah balas kita kepada dakwaan Filipina yang bercanggah dengan Bahagian IV UNCLOS 1982:

‘Kerajaan Malaysia dengan jelas lagi nyata menolak tuntutan melampau yang disandarkan pada Gugusan Kepulauan Kalayaan yang ditegaskan oleh Republik Filipina kerana ia tidak selari dengan Bahagian IV UNCLOS 1982 serta tidak memiliki asas di bawah undang-undang antarabangsa’.

12. Berikut ialah petikan asal hujah kita berkenaan Gugusan Kepulauan Kalayaan yang didakwa Filipina:

‘The Government of Malaysia categorically rejects the excessive maritime claims arising from the Kalayaan Island Group as asserted by the Republic of the Philippines as they have not conformed to Part IV of UNCLOS 1982 and have no basis under international law’.

13. Paling kritikal tentulah hujah balas kita menentang cubaan Filipina untuk menegakkan dakwaan penguasaan mereka ke atas seluruh negeri Sabah:

‘Berhubung dengan penegasan Filipina bahawa “permohonan Malaysia disandarkan dari bahagian Utara Borneo yang mana Republik Filipina tidak pernah menyerahkan kedaulatannya”, Perwakilan Tetap Malaysia turut berhasrat untuk memaklumkan Setiausaha Agung bahawa Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan Republik Filipina ke atas negeri Sabah milik Malaysia, yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara’.

14. Petikan asal hujah kita ke PBB: ‘With respect to the assertion of the Philippines that the "Malaysian submission is projected from portions of North Borneo over which the Republic of the Philippines has never relinquished its sovereignty", the Permanent Mission of Malaysia wishes also to inform the Secretary-General that Malaysia has never recognized the Republic of the Philippines' claim to the Malaysian state of Sabah, formerly known as North Borneo’.

15. Cukup menarik hujah balas kita turut disertakan dengan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa bertarikh 23 Oktober 2001 dalam kes Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan oleh Hakim Thomas Franck:

"in light of the clear exercise by the people of North Borneo of their right to self-determination, it cannot matter whether this Court, in any interpretation it might give to any historic instrument or efficacy, sustains or not the Philippines claim to historic title. Modern international law does not recognise the survival of a right of sovereignty based solely on historic title: not in any event, after an exercise of self-determination conducted in accordance with the requisites of international law, the bona tides of which has received international recognition by the political organs of the United Nations. Against this, historic claims and feudal pre-colonial titles are mere relics of another international legal era, one that ended with the setting of the sun on the age of colonial imperium".

16. Kita telah mengulangi pendirian kita berdasarkan hujah-hujah di atas bahawa tuntutan Filipina jelas sekali tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa: ‘In light of the above, the Republic of the Philippines' claim to North Borneo clearly has no basis under international law’.

17. Kita sebagai sebuah negara yang berdaulat jelas sekali bertindak selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa yang digariskan UNCLOS. Sebaliknya, China bukan sahaja berterusan mendakwa seluruh Laut China Selatan milik mereka, bahkan menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) kita berulang kali di Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum, mengirim 16 pesawat mencerobohi ruang udara kita, mengganggu usaha eksplorasi hidrokarbon PETRONAS di West Capella, dan juga di Lapangan Gas PETRONAS Kasawari.

18. Begitu juga Filipina yang masih cuba menegakkan dakwaan Kesultanan Sulu ke atas Sabah yang jelas sekali tidak diiktiraf undang-undang antarabangsa atas dasar ‘historic claims and feudal pre-colonial titles are mere relics’. Tindakan Filipina ini bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan semangat ASEAN, tetapi turut cuba menafikan pilihan sah warga Sabah yang sekian lama memilih Malaysia.

19. Dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan negara serta sumber hidrokarbon dan maritim untuk anak cucu kita ini, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan wajib diberikan kepada lapan badan berikut yang bertungkus-lumus sejak sekian lama menyediakan peta-peta, gambar rajah, dan data yang relevan: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar Negeri, Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan PETRONAS. Anda semua wira negara.

20. Penghargaan khusus juga wajar diberikan kepada Dr. Mazlan Madon, pakar geologi yang juga merupakan salah seorang anggota Suruhanjaya Had Pelantar Benua yang membantu kita dalam menyediakan kedua-dua tuntutan Pelantar Benua kita di Utara dan juga Selatan Laut China Selatan sejak tahun 2009 lagi.

21. Sama-sama kita doakan semoga segala usaha ini dipermudahkan-Nya demi menjamin sumber hidrokarbon dan maritim untuk pemulihan jangka panjang ekonomi kita yang cukup terkesan sekarang.

Abdul Muein Abadi Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2021/07/swf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekanan Pandemik Tutup Syarikat Di Turki Dan Pulang Ke Malaysia

Tekanan Pandemik Tutup Syarikat Di Turki Dan Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 254 hits
Tekanan pandemik tutup syarikat di Turki dan pulang ke Malaysia SEORANG pemilik syarikat pelancongan di Istanbul Turki mengambil keputusan menutup perniagaan di negara berkenaan dan pulang ke Malaysia bagi menjalankan perniagaan syarikat pe...
5766 Ppim Terima 50 000 Permohonan Bantuan Di Seluruh Negara Utusan Malaysia 03 07 2021

5766 Ppim Terima 50 000 Permohonan Bantuan Di Seluruh Negara Utusan Malaysia 03 07 2021

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 359 hits
KLANG Sebanyak 50 000 permohonan bantuan makanan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia daripada orang ramai di seluruh negara berikutan terhimpit dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Jumlah itu dikatakan meningkat menandak...
Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia

Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 284 hits
Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia ini sesuai untuk digunakan oleh guru guru bagi mendedahkan kepada murid prasekolah bagi mengenali jenis jenis wang Malaysia Mengenali wang Malaysia adalah salah satu cara bagi murid prasekolah bagi meng...
Malaysia Is A Failed State Says Kit Siang

Malaysia Is A Failed State Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 315 hits
Maybe I am missing something here The country has gone to the dogs because of Umno Malaysia is a failed state because of Umno And that is why DAP wants to form a new government with Umno and appoint an Umno man as the new prime minister NO ...
Bukan Di India Ini Malaysia Doktor Kongsi Video Luluh Hati Tengok Situasi Terkini Hospital Di Lembah Klang

Bukan Di India Ini Malaysia Doktor Kongsi Video Luluh Hati Tengok Situasi Terkini Hospital Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 374 hits
Bimbang dengan nasib petugas barisan hadapan selain fasiliti perkhidmatan yang dilihat semakin meruncing seorang doktor berkongsi satu video di laman Facebook memaparkan situasi terkini di sebuah hospital di Lembah Klang Menerusi posting di...
Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 340 hits
Sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang sedang berlangsung Vaksin mRNA Pfizer BionTech merupakan vaksin yang dipilih untuk vaksinasi remaja di beberapa buah negar...
Here Are Our Plans For Malaysia

Here Are Our Plans For Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 288 hits
We agree with columnist Wong Chin Huat who recently wrote on the need for the next leaders of our countries to have for the future direction of the country Projek BangsaMalaysia is working hard to produce a bottom up rakyat driven roadmap f...
Malaysia Receives One Million Pfizer Vaccine Doses From Us

Malaysia Receives One Million Pfizer Vaccine Doses From Us

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 335 hits
Malaysia today received one million doses of Covid 19 Pfizer vaccine contributed by the United States in support of the country s National Covid 19 Immunisation Programme which is now in full swing The consignment was flown in by a cargo ai...
The 8th Night No 1 Di Ranking Filem Popular Netflix Malaysia Kini

The 8th Night No 1 Di Ranking Filem Popular Netflix Malaysia Kini

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 320 hits
Sepertinya ramai yang sukakan naskhah gelap seperti filem The 8th Night yang baru ditayangkan di Netflix beberapa hari lalu The 8th Night ialah sebuah filem thriller misteri mengenai satu pertempuran hidup dan mati bagi mengelakkan penutup ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp