Tuntutan Fardu Kifayah




oleh Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham
BULAN Ramadan sekali lagi hadir dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat manusia. Bulan ini menawarkan pengampunan besar-besaran daripada Allah, dan inilah juga bulan yang mendorong manusia berbuat baik kepada manusia yang lain.
Dalam Islam, penentuan awal bulan dilakukan semata-mata dengan rukyah, atau cerapan hilal. Ini berdasarkan mafhum hadith nabi, “Janganlah kamu mula berpuasa melainkan setelah melihat hilal…” (Bukhari, hadith 1906). Dalam kaedah fiqh, ulamak menyatakan petunjuk kepada masuknya bulan baru itu adalah berdasarkan kepada kenampakan hilal, bukannya kepada kewujudannya.
Semasa zaman nabi, kekerapan berpuasa Ramadan sebanyak 29 hari adalah lebih banyak berbanding dengan 30 hari. Ini berdasarkan kepada athar Ibn Mas’ud yang menyatakan, “Kami berpuasa bersama-sama dengan Nabi 29 hari lebih banyak berbanding 30 hari,” (Sunan Abi Daud, hadith 2322). Ini membuktikan bahawa para sahabat bersungguh-sungguh melakukan aktiviti cerapan sejak kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Dalam masa yang sama, riwayat Ibn Mas’ud ini juga membuktikan bahawa langit Semenanjung Tanah Arab semasa zaman nabi tidak tercemar dengan pencemaran cahaya dan kurang berawan, sehingga memudahkan para sahabat untuk mencerap anak bulan.
Berdasarkan riwayat ini, umat Islam daripada zaman dahulu hingga sekarang bersungguh-sungguh melakukan cerapan hilal setiap 29 haribulan hijrah. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, maka keesokan hari akan digenapkan (istikmal) kepada 30 hari. Sekiranya anak bulan kelihatan, maka esoknya akan masuk bulan baru.
Antara cabaran mencerap anak bulan ialah faktor cuaca. Awan tebal atau kabus di kaki langit kadang-kadang menyukarkan proses cerapan, kerana anak bulan terlindung. Sedangkan berdasarkan kepada analitis data raya yang dikumpulkan sejak ilmu astrometri dan falak semakin berkembang dalam kalangan umat Islam, kita boleh menghitung kebolehnampakan anak bulan dengan hampir tepat. Inilah proses yang digunakan oleh kerajaan Malaysia sekarang, iaitu kaedah hisab imkan al-rukyah. Proses hisab atau kiraan ini bukannya menolak rukyah atau cerapan, bahkan menjadikan kebolehnampakan atau kebolehcerapan itu sebagai kriteria asas. Ini selari dengan hadith nabi, “apabila cerapan kamu dihalang oleh awan, maka hitunglah.” (Bukhari, Hadith 1906).
Hadith ini selari dengan petunjuk yang disebut dalam hadith yang nabi memberikan bayangan bahawa pada zaman baginda, umat Islam belum lagi pandai menghitung. Maka difahami sekiranya teknik hitungan itu sudah tepat, maka ia boleh digunakan untuk melengkapkan kaedah cerapan secara pasti. Sabda nabi, “Kami ini adalah umat yang buta huruf, yang tidak boleh menulis dan juga tidak menghitung, satu bulan itu jumlah harinya begini dan begini, iaitu sekali berjumlah dua puluh sembilan dan sekali berikutnya tiga puluh hari.” (Bukhari, Hadith 5302)
Antara sarjana Mazhab Shafi’i yang menolak penggunaan hisab termasuklah Imām al-Haramain (m 438H), al-Mawardi (m 448H), Imam al-Rafi‘iy, Imām al-Nawawi (m 676H) dan ramai lagi majoriti sarjana mazhab. Premis penolakan mereka, adalah kerana ia tidak selari dengan arahan merukyah dalam kefahaman tekstual nas syarak, selain dikaitkan dengan ilmu al-tanjīm (astrologi atau perbintangan) yang diharamkan dalam Islam.
Pada zaman sekarang, ilmu hitungan atau hisab bagi penentuan awal bulan telah terbukti penggunaannya bagi mengatasi masalah cerapan di negara yang berawan tebal seperti di Malaysia. Apa yang pasti, antara hikmah utama mengapa Ramadan dimulakan dengan cerapan anak bulan, ialah bagi mendorong umat Islam melakukan kajian ilmiah yang berterusan terhadap jasad samawi ciptaan Tuhan, selain menggalakkan umat Islam menyambut Ramadan dengan merenung tanda kebesaran Allah, bagi membolehkan mereka mengharungi pesta beribadah ini dengan penuh keimanan, agar di penghujung Ramadan nanti mereka beroleh ketakwaan.
Tahun ini, cerapan hilal Ramadan dilakukan pada suasana yang mencabar. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19, cerapan hilal dilakukan dengan terkawal. Hanya 15 tempat di seluruh negara yang dibenarkan untuk membuat cerapan, sementara bilangan pencerap juga dihadkan tidak melebihi 6 orang. Ini bagi memastikan tuntutan fardu kifayah tetap dilaksanakan.
Penulis adalah Ketua Program Sains Kemanusiaan, Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
HM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/24/tuntutan-fardu-kifayah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tuntutan-fardu-kifayah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pat G Buat Tuntutan Bila Harga Getah Jatuh

Pat G Buat Tuntutan Bila Harga Getah Jatuh

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 262 hits
Bantu penoreh miliki kad PAT GSIK Pembeli getah berlesen disaran membantu pekebun kecil dan penoreh memproses kad Permit Autoriti Transaksi Getah bagi memudahkan proses tuntutan melalui atas talian dibuat Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor ...
Gara Gara Mengata Zarina Anjoulie Emelda Amyza Berdepan Tuntutan Ganti Rugi Rm4 Juta

Gara Gara Mengata Zarina Anjoulie Emelda Amyza Berdepan Tuntutan Ganti Rugi Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 639 hits
Persengketaan antara Zarina Anjoulie bersama dua orang pelakon Emelda Rosemila dan Amyza Aznan masih lagi belum reda dan nampaknya sudah semakin panas Terbaru dalam satu kenyataan media Zarina Anjoulie Lavocah bertindak membuat tuntutan ter...
Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid

Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 271 hits
ALOR SETAR 17 April Semua masjid di Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat fardu berjemaah dengan bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang iaitu terdiri daripada imam bersama dua ahli jawatankuasa kariah masjid dalam tempoh Perintah Kaw...
Ini Wirid Dan Doa Setelah Sholat Fardu Yang Biasa Dibaca

Ini Wirid Dan Doa Setelah Sholat Fardu Yang Biasa Dibaca

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 400 hits
Doa wirid Setelah Solat Fardhu Tulisan Arab Latin dan Artinya Solat fardhu atau solat wajib adalah ibadah yang sangat tinggi kedudukannya dalam Islam kerana ia merupakan ibadah yang pertama kali dihisab kelak di hari akhir Kerana itu sebaga...
Seakan Pijak Kepala Tuan Rumah Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia

Seakan Pijak Kepala Tuan Rumah Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 805 hits
Hasrat pendatang asing tanpa izin dari Rohingya menyelinap masuk ke Malaysia melalui jalan laut berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia Dianggarkan terdapat lebih 200 orang berada di dalam bot dan cuba masuk ke negara namun dihalang ke...
Rohingya Dan Tuntutan

Rohingya Dan Tuntutan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 618 hits
Hari ni aku tertarik kpd tajuk yg telah diminta oleh presiden etnik org rohingya kat malaysia dlm surat tuntutan nya kpd pemerintah malaysia ialah supaya diberi kerakyatan kpd semua kaum rohingya Diberi kemudahan seperti orang malaysia Aku ...
Uec Pismp Jiao Zong Degil Dengan Tuntutan Perkauman

Uec Pismp Jiao Zong Degil Dengan Tuntutan Perkauman

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 313 hits
Alasan untuk jadi guru Bahasa Cina di SJKC hanya helah merekaBANGI Pertubuhan radikal Jiao Zong mengambil peluang melakukan gerak kerja mereka memperjuangkan isu pendidikan Cina termasuk isu Sijil Peperiksaan Bersepadu walaupun negara kini ...
Amin Idris Tak Gentar Tuntutan Saman Rm1 Juta Ustaz Abu Syafiq

Amin Idris Tak Gentar Tuntutan Saman Rm1 Juta Ustaz Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 1387 hits
Hangat diperkatakan mengenai Ustaz Abu Syafiq nampaknya muncul pula kontroversi baru diantara pendakwah bebas itu dengan penceramah bebas dan personaliti TV Amin The post appeared first on
Melayu Bangkit Membuat 25 Tuntutan Kepada Kerajaan Malaysia Demi Anak Bangsa

Melayu Bangkit Membuat 25 Tuntutan Kepada Kerajaan Malaysia Demi Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 567 hits
Wahai Orang2 Melayu Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompro...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Berhati Hati Dengan 4 Makanan Ini

Faraid Sistem Pembahagian Harta Dalam Islam

62 Ci Crocker Twin The Fastest American Motorcycle Of The 1930s

Makan Di Manzanita Aeon Bukit Indah

Sebuah Lesson Learned Dari Dance Socials Cara Membaca Kode Partner Nge Dance Kamu

Baca Kenyataan Mahazalim Berkaitan Pulau Batu Putih