Tunjuk Spa Tanah Tempat Kuil Peguam Gesa Kerajaan


 
Ambiga Sreenevasan dan N Surendran berkata, mereka dimaklumkan SPA tanah yang dijual kepada Jakel Trading itu mengandungi peruntukan dan maklumat yang relevan dengan hak dan status kuil.
PETALING JAYA: Kerajaan digesa mendedahkan perjanjian jual beli (SPA) sebidang tanah menempatkan sebuah kuil Hindu yang telah diarah berpindah.
Peguam Ambiga Sreenevasan dan N Surendran berkata, ‘diketahui umum’ bahawa tanah yang menjadi tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman telah dijual oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Jakel Trading Sdn Bhd.
“Kami dimaklumkan bahawa SPA itu mengandungi peruntukan dan maklumat yang relevan dengan hak dan status kuil di tanah itu,” kata mereka dalam kenyataan.
Mereka berkata, dengan mendedahkan perjanjian itu, fakta penuh mengenai penjualan tanah itu juga boleh diteliti oleh masyarakat umum.
“Kami ada alasan kukuh untuk percaya langkah mendedahkan perjanjian itu boleh membantu mencapai penyelesaian bagi situasi semasa, selain menjamin akauntabiliti dan ketelusan awam berhubung penjualan tanah kerajaan kepada entiti swasta.”
Tanah seluas kira-kira empat gelanggang tenis itu menempatkan kuil itu, yang menduduki satu pertiga bidang tanah, manakala selebihnya menempatkan tempat letak kenderaan.
Pada Khamis, Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd Aiman Dazuki berkata, pihak syarikat memperoleh tanah itu pada 2012.
Pada 2021, syarikat mendapat kebenaran untuk mula membina sebuah masjid, namun menangguhkan proses itu bagi ‘menghormati’ proses pemindahan kuil.
Aiman berkata, mustahil untuk masjid itu dibina tanpa memindahkan kuil kerana tanahnya tidak cukup luas.
Syarikat itu juga telah bersetuju untuk menanggung kos pemindahan kuil itu, tambahnya.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran menjawab dakwaan bahawa kuil itu dibina oleh penganut Hindu di lokasi semasanya, di sisi Jalan Masjid India, walaupun tanah itu bukan milik mereka.
Beliau menjelaskan, kuil itu dipindahkan ke lokasi itu pada 2008, atas permintaan kerajaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/tunjuk-spa-tanah-tempat-kuil-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembinaan Kuil Diatas Tanah Kerajaan Atau Swasta Harus Diataai Dengan Undang Undang

Pembinaan Kuil Diatas Tanah Kerajaan Atau Swasta Harus Diataai Dengan Undang Undang

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 154 hits
Jamzuri ArdaniKita perlu akui bahawa tindakan membina rumah ibadah di atas tanah kerajaan secara semberono memang berlaku dan perlu kepada tindakan penguatkuasaan segera Makin lama dibiarkan makin besar bangunan itu dan makin sukar untuk di...
Kerajaan Jamin Tidak Roboh Mana Mana Kuil Kegiatan Agama Rakyat Malaysia Pm Anwar

Kerajaan Jamin Tidak Roboh Mana Mana Kuil Kegiatan Agama Rakyat Malaysia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 415 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah sebaik tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA Sepang pada 21 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 21 Mar Perdana Menteri Datuk Se...
Kerajaan Tak Bayar Pampasan Rm2 Juta Kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Dr Zaliha

Kerajaan Tak Bayar Pampasan Rm2 Juta Kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 242 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zaliga Mustafa berkata kerajaan tak bayar pampasan RM2 juta seperti mana didakwa sebelum ini kepada pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Malah beliau berkata dakwaan yang dibuat pe
Firdaus Wong Persoal Status Tapak Baharu Kuil Hindu Beli Atau Kerajaan Hadiahkan

Firdaus Wong Persoal Status Tapak Baharu Kuil Hindu Beli Atau Kerajaan Hadiahkan

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 231 hits
Pendakwah bebas Firdaus Wong persoal status tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang akan menjadi lokasi baharu buat rumah ibadat tersebut Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Firdaus di laman Facebooknya dia tertanya tanya sama a...
Peguam Tegur Kebebasan Beragama Bukan Alasan Ceroboh Tanah

Peguam Tegur Kebebasan Beragama Bukan Alasan Ceroboh Tanah

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 169 hits
Seorang peguam Dr Shamsher Singh Thind menegaskan bahawa kebebasan beragama tidak boleh dijadikan alasan untuk menceroboh tanah orang lain Menerusi hantaran di Facebook miliknya beliau mengingatkan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan...
Pm Anwar Minta Pihak Tak Pernah Terlibat Usah Jadi Jaguh Gesa Isu Kuil Diselesai Dengan Aman

Pm Anwar Minta Pihak Tak Pernah Terlibat Usah Jadi Jaguh Gesa Isu Kuil Diselesai Dengan Aman

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 422 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minta pihak tak pernah terlibat untuk tidak menjadi jaguh dalam isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India Kuala Lumpur Minta pihak tak pernah terlibat usah jadi jaguh ...
Anwar Jumpa Jawatankuasa Kuil Hindu Kunjungi Jakel Selepas Pecah Tanah

Anwar Jumpa Jawatankuasa Kuil Hindu Kunjungi Jakel Selepas Pecah Tanah

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 170 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tinjauan selepas majlis pecah tanah dan batu asas Masjid Madani di Jalan Masjid India
Berita Ngarut Apa Utusan Meloya Ni Bawa Bila Masa Pulak Kerajaan Nak Perkenal Cukai

Berita Ngarut Apa Utusan Meloya Ni Bawa Bila Masa Pulak Kerajaan Nak Perkenal Cukai

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 223 hits
Utusan Online ni berkhidmat untuk PN ke Cara buat tajuk sengaja nak kan Tengok ruangan komen berlumba lumba walaun Cukai ni bukan saranan kerajaan pun Ianya datang dari Siapa datuk ni dan apa YPNM ni aku pun tak pasti Tapi cara Utusan tulis...
Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Sertifikasi Halal Dapur Mbg Salah Satu Kebutuhan Mendesak Yang Tak Bisa Diabaikan

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Sumbangan Asas Rahmah

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Land Dispute In Klang Stalls West Coast Expressway


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Kenangan Pertama Kerja 3d Animator Dan Vfx Untuk Tv Amp Filem

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a