Tung Tung Sahur Fenomena Brain Rot Bahaya Untuk Kanak Kanak


Fenomena “Tung tung sahur” yang tular kini menjadi antara contoh kandungan ‘brain rot’ yang berulang, kosong dan tidak mendidik.
Walaupun kelihatan lucu dan menghiburkan, kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan minda dan tumpuan kanak-kanak jika ditonton secara berlebihan.
Artikel ini akan menjelaskan kenapa trend ini perlu dipantau dan bagaimana ibu bapa boleh melindungi anak-anak daripada pengaruh kandungan digital yang melalaikan.
Baca juga: Makanan Sihat Untuk Anak & Resipi Mudah Buat Mereka
Apa itu Brain Rot? Brain Rot merujuk kepada keadaan kemerosotan fungsi mental atau kognitif yang dipercayai berlaku apabila seseorang terlalu terdedah kepada kandungan hiburan digital yang cetek dan tidak berfaedah secara berlebihan.
Contohnya seperti video pendek dalam TikTok, Youtube Shorts, permainan video yang terlalu intensif, atau tontonan pasif selama berjam-jam.
Fenomena “Tung Tung Sahur” Hari ini, fenomena “Italian Brain Rot” semakin berleluasa. Contohnya seperti Tung Tung Sahur, Trallallero Trallala, Bombardiro Crocodilo, Chimpanzini Bananini, Capuccino Assassino, Ballerina Cappucina dan sebagainya.
“Italian brain rot” pula merujuk kepada satu jenis trend hiburan yang berasal dari video-video TikTok atau meme yang menampilkan gaya eksentrik, pelik dan melampau dari Itali, terutama dalam bentuk meme audio, reaksi berlebihan, serta visual yang hiperaktif dan tidak masuk akal.
Video jenis ini sering menampilkan suara menjerit, animasi bergerak pantas, atau watak-watak aneh yang sengaja dibuat untuk mencuri perhatian secara agresif.
@tamiinurul Ga bisa dipungkiri sekarang bahaya konten2 anomali sudah menyebar luas dan ini membuat brain rot khususnya pada anak2. Dan ini bisa diakibatkan karena penggunaan gawai pada anak apalagi tanpa aturan dan pengawasan orang tua 🥲 Konten anomali ini bukan hanya keanehan dari karakter visualnya saja, namum yang lebih membahayakan adalah alur dari ceritanya yang absurd dan tidak ada isi sehingga bisa menyebabkan kemunduran berpikir bagi yang sering menontonnya. Bedanya dengan kartun konvensional lainnya adalah, mereka memiliki karakter visual yang tidak aneh, memiliki jalan cerita yang jelas, ada pesan-pesan dari ceritanya yang bermanfaat bagi penonton 😊😇 Yang bisa kita lakukan ketika anak sudah terlanjur mengonsumsi konten tsb dan sampai hafal alur ceritanya sampai seakan2 ia percaya, adalah: 1. Connection before correction 2. Ajak anak cerita tentang konten tsb dan dengarkan bagaimana pemahaman ia terhadap hal itu 3. Berikan penjelasan sesuai fakta dan sesuaikan bahasa kita dengan usia anak 4. Batasi dan pantau tontonan anak 5. Buat list tontonan yang berfaedah untuk anak 6. Buat batasan jelas dan konsisten Ini akan membantu anak untuk lebih berpikir jernih dan membangun kebiasaan baik. #brainrot #anomali #gadget #positiveparenting #gentleparenting #parenting #mindfulparenting #cognitivedevelopment #remaja #childdevelopment #brainchild
♬ original sound – Nurul Utami – Nurul Utami Kredit: TikTok @tamiinurul Kesan Brain Rot Terhadap Kanak-Kanak Berikut adalah antara kesan brain rot terhadap kanak-kanak yang perlu ibu bapa fahami:
1. Tumpuan Jadi Pendek dan Sukar Fokus Salah satu kesan paling ketara akibat “brain rot” ialah kanak-kanak menjadi sukar untuk memberi tumpuan dalam tempoh yang panjang.
Kandungan video pendek seperti TikTok atau YouTube Shorts yang berdurasi beberapa saat membiasakan otak mereka kepada maklumat cepat dan ringkas.
Akibatnya, apabila mereka berdepan dengan aktiviti yang memerlukan perhatian lebih lama seperti membaca, belajar atau mendengar guru bercakap, mereka cepat bosan dan hilang minat. Ini boleh mengganggu keupayaan mereka untuk belajar dan memahami pelajaran secara mendalam.
2. Kemunduran Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa kanak-kanak sangat bergantung pada interaksi sosial dan komunikasi dua hala.
Namun, apabila mereka terlalu banyak menonton video cetek yang tidak menyokong pembelajaran bahasa, mereka kurang terdedah kepada penggunaan tatabahasa yang betul, sebutan yang jelas dan struktur ayat yang lengkap.
Banyak video “brain rot” hanya menggunakan bunyi, nyanyian berulang atau dialog lucu yang tidak membantu perkembangan kosa kata.
Dalam jangka masa panjang, ini boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kelewatan pertuturan atau sukar membina ayat dengan betul.
3. Kurang Minat Terhadap Aktiviti Dunia Sebenar Kanak-kanak yang terlalu terdedah kepada kandungan digital yang berlebihan cenderung untuk mengabaikan aktiviti dunia sebenar.
Mereka kurang berminat untuk bermain di luar, berinteraksi dengan rakan sebaya atau melakukan aktiviti kreatif seperti melukis, bermain alat muzik, atau membaca buku.
Ini kerana otak mereka sudah terbiasa dengan rangsangan visual dan audio yang cepat dan berlebihan daripada skrin.
Akibatnya, imaginasi dan daya kreativiti mereka mungkin terbantut, dan mereka tidak dapat menikmati keseronokan aktiviti sebenar tanpa skrin.
Baca juga: Maksud Gen Alpha, Ciri-ciri & Cabaran Mendidik Generasi Baru
4. Tanda Awal Ketagihan Digital Apabila kanak-kanak mula menunjukkan tingkah laku seperti mengamuk apabila gajet diambil, menangis bila tidak dibenarkan menonton, atau meminta skrin berulang kali tanpa henti, ini merupakan tanda awal kepada ketagihan digital.
Kandungan “brain rot” biasanya bersifat rangsangan segera (instant gratification), yang merangsang hormon dopamin sejenis bahan kimia otak yang berkait dengan keseronokan.
Lama-kelamaan, mereka akan menjadi ketagih kepada rasa seronok ini dan sukar dikawal jika tidak mendapat “dos” skrin harian mereka.
Baca juga: Keburukan Telefon Bimbit: Isi Penting & Contoh Karangan
5. Perubahan Tingkah Laku dan Emosi Kanak-kanak yang terlalu banyak terdedah kepada video tanpa nilai atau yang menonjolkan tingkah laku lucu yang berlebihan, kadangkala meniru semula aksi atau kata-kata dalam video tersebut.
Ini boleh menyebabkan mereka berkelakuan pelik, kasar, atau hiperaktif di luar konteks.
Di samping itu, pendedahan kepada skrin yang berlebihan boleh menjadikan mereka lebih mudah marah, cepat kecewa, atau terlalu pasif kerana kurang bersosial dengan orang di sekeliling. Ini memberi kesan terhadap perkembangan emosi dan kematangan sosial mereka.
6. Kemerosotan Prestasi Akademik Salah satu kesan jangka panjang “brain rot” yang membimbangkan ialah penurunan prestasi akademik. Masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar, mengulangkaji atau tidur terganggu akibat ketagihan skrin.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran untuk memahami pelajaran, menyusun pemikiran secara logik, dan mengingat fakta penting.
Ini kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kandungan yang tidak memerlukan pemikiran mendalam, sekali gus melemahkan keupayaan berfikir secara kritikal dan analitik.
@fhaissalim Bukan budak budak je, yang tua bangka pun kadang ada isu brain rot ni.. #habupar #anak #parenting #FhaisSalim #kelasparenting #parentingtips #krisisregulasiemosi #generasiai #brainrot #ibu #ayah
♬ original sound – Fhais • Parent Think Coach – Fhais • Parent Think Coach Kredit: TikTok @fhaissalim Cara untuk Block Video Brain Rot Kredit: Facebook Kartunis Budak Kartun ✅1. Tekan 3 Titik pada Video Bila ternampak video yang tak sesuai atau menjengkelkan lalu di ‘feed’ anak anda, Cari ikon 3 titik di sudut atas video. (Rujuk gambar kiri) Tekan 3 titik tersebut. ✅ 2. Pilih ‘Don’t Recommend This Channel’ Selepas tekan 3 titik, satu senarai akan muncul. (Rujuk gambar kanan) Tekan pilihan “Don’t recommend this channel”. Ini akan halang algoritma daripada memaparkan video dari saluran itu lagi. ❗Nota Penting untuk Ibu Bapa:
Langkah ini perlu diulang banyak kali kerana algoritma akan terus memaparkan video serupa jika anak-anak pernah tonton atau like kandungan ‘brain rot’ ini.
Semakin banyak anda block video jenis ini, semakin algoritma akan belajar untuk tidak memaparkan konten seangkatan dengannya.
Untuk kesan lebih berkesan:
Berikan mereka alternatif video pendidikan atau kandungan menarik yang lebih sihat dan bermanfaat. Sentiasa pantau sejarah tontonan anak-anak Aktifkan mod kawalan ibu bapa atau gunakan YouTube Kids Kesimpulan Kesimpulannya, walaupun kandungan brain rot seperti Tung tung sahur nampak menghiburkan, ia boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan mental kanak-kanak jika ditonton tanpa kawalan.
Ibu bapa perlu lebih peka terhadap kandungan digital yang dilihat anak-anak dan memainkan peranan penting dalam menapis serta menghadkan tontonan agar tidak menjejaskan tumpuan, emosi dan pembelajaran mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tung-tung-sahur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tung-tung-sahur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Papar Visual Aneh Kartun Tung Tung Sahur Tralalero Tralala Boleh Rosakkan Fungsi Otak Anak Menurut Pakar

Hiburan Papar Visual Aneh Kartun Tung Tung Sahur Tralalero Tralala Boleh Rosakkan Fungsi Otak Anak Menurut Pakar

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 177 hits
Tung Tung Sahur menjadi viral global di TikTok sebagai sebahagian dari tren humor absurd Italian Brainrot Versi Indonesia yang dicipta oleh pengguna noxaasht meletup dengan video Meta AI menampilkan suara Tung Tung Sahur yang disunting bers...
Alahan Kanak Kanak Kenali Elak Lindungi Sebelum Terlambat

Alahan Kanak Kanak Kenali Elak Lindungi Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 189 hits
Bahaya Alahan yang Sering Diabaikan Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kecil menderita Alahan bukan sekadar bersin atau ruam kulit biasa ia boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan betul Di Malaysia semakin ramai kanak kanak menj...
Bahaya Minuman 3 In 1

Bahaya Minuman 3 In 1

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 112 hits
Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar gemburkan mampu memberi tenaga Pensyarah Program Dietetik Pusat Pengajian Sains ...
Buah Letup Letup Jajan Zaman Kanak Kanak

Buah Letup Letup Jajan Zaman Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 150 hits
Di sekitar rumah saya ni ada pelbagai jenis pokok Ada yang ditanam oleh penghuni terdahulu dan banyak juga pokok yang tumbuh liar antaranya pokok letup letup Ia juga dikenali dengan nama pokok ulat bulu atau pokok letup letup bulu Pokok let...
Oppo Pad Se Kini Di Malaysia Tablet Rm599 Dengan Skrin Anti Silau Dan Mod Kanak Kanak

Oppo Pad Se Kini Di Malaysia Tablet Rm599 Dengan Skrin Anti Silau Dan Mod Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 119 hits
OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO Pad SE sebuah tablet serba boleh yang direka khusus untuk memenuhi keperluan hiburan keluarga di rumah dan juga produktiviti kreatif semasa bergerak Tablet ini tampil dengan bateri besar 9 340mAh yang ma...
Kanak Kanak Perempuan Yang Dilaporkan Hilang Di Muara Sungai Balok Semalam Ditemui Lemas Awal Pagi Ini

Kanak Kanak Perempuan Yang Dilaporkan Hilang Di Muara Sungai Balok Semalam Ditemui Lemas Awal Pagi Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Kanak kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok semalam ditemui lemas pada awal pagi Ahad Mayat mangsa Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain yang ber...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Santuni Keluarga Kanak Kanak Perempuan Yang Lemas Di Muara Sungai Balok

Sultan Pahang Tengku Ampuan Santuni Keluarga Kanak Kanak Perempuan Yang Lemas Di Muara Sungai Balok

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 106 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni keluarga kanak kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok di sini Keberangkatan baginda ke rumah Nur A...
Rambut Mullet Sejarah Contoh Bagi Lelaki Kanak Kanak

Rambut Mullet Sejarah Contoh Bagi Lelaki Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 160 hits
Rambut mullet adalah salah satu gaya rambut yang telah wujud sejak berdekad lamanya Dikenali dengan potongan pendek di bahagian hadapan dan sisi serta panjang di bahagian belakang gaya ini sering dikaitkan dengan era 70 an dan 80 an Namun i...
Warna Najis Bayi Dan Kesihatan Normal Atau Tanda Bahaya

Warna Najis Bayi Dan Kesihatan Normal Atau Tanda Bahaya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 128 hits
Warna najis bayi yang sering menjadi petunjuk awal kepada tahap kesihatan mereka terutamanya dalam bulan bulan pertama Bagi ibu bapa baru perubahan warna najis mungkin menimbulkan rasa risau atau kekeliruan Mengetahui perbezaan antara najis...
Berhenti Beli Emas Orang Tengah Jimat Harga Kilang Dealer Orodesign

Honor Magic V5 World S Slimmest Foldable Is Coming To Malaysia

Dimensi Psikologi Dalam Kejadian Kemalangan Jalan Raya Dengan Hidupan Liar

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Discover Dermasuri S Exfoliating Glove Your Path To Silky Radiant Skin

Akps Siasat Dakwaan Sindiket Phantom Travel Di Klia

Top Green Startup Ideas

Sri Pahang Diharap Tidak Berkubur Terus Dan Hanya Hilang Semusim Sahaja Dari Peta Liga Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalender Hijriyah 1447 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

Beli Oleh Oleh Di Ameyoko Street Ueno

Fire Drill Pagi Ni

Pewangi Bilik Air Dan Tandas Terpaling Wangi

Kicap Pes Cili Legend Untuk Char Kuay Teow Buat Sekali Simpan Lama

Karikatur Terbakar Hati Abang Akmal Melecur