Tun M Tiba Di Tokyo Untuk Lawatan Kerja Ketiga


TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini pada Isnin untuk memulakan aturcara yang padat dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun, iaitu lawatan kali ketiga ke negara ini selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Mei lepas.
Antara kemuncak lawatan beliau adalah istiadat pengurniaan darjah kebesaran ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’oleh Maharaja Jepun pada Selasa di Imperial Palace di sini.
Pesawat yang membawa pemimpin terulung Malaysia itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira 4 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).
Dr Mahathir diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan beliau dan delegasi ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Jepun Toshiko Abe, Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dan Duta Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.
Penganugerahan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja Akihito itu berikutan sumbangan besar perdana menteri dalam memperkukuhkan hubungan dua hala.
Dalam lawatan itu juga, Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe di Pejabat Perdana Menteri, yang berlangsung selepas istiadat penganugerahan itu.
Pada hari kedua lawatan, Dr Mahathir dijadual menghadiri  Persidangan Bersama ke-36 Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca)-Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Forum Perniagaan  Malaysia di sini.
Beliau akan menyampaikan ucaptama berkaitan keadaan semasa di Malaysia dan jangkaan pelaburan dari Jepun kepada kira-kira  600 tokoh korporat serta peneraju industri.
Sebelum itu, beberapa jam selepas ketibaannya, perdana menteri akan dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah oleh  Tsukuba University di kampus Tokyo universiti itu, merupakan pengiktirafan tertinggi oleh institusi pengajian tinggi berkenaan terhadap sumbangan beliau dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Pada hari ketiga pula, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama di Toyo University di sini dan berinteraksi dengan belia Jepun, terutamanya pelajar universiti itu.
Beliau akan berlepas pulang ke tanah air pada tengah hari Rabu.
The post Tun M Tiba Di Tokyo Untuk Lawatan Kerja Ketiga appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/tun-m-tiba-di-tokyo-untuk-lawatan-kerja-ketiga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tiba Di Singapura Program Tanpa Henti Menanti Perdana Menteri

Tun Mahathir Tiba Di Singapura Program Tanpa Henti Menanti Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 358 hits
12 November 2018 11 32 AM SINGAPURA Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Singapura untuk lawatan rasmi dua hari sebelum menyertai sembilan lagi ketua kerajaan untuk Sidang Kemuncak
Lawatan Kerja Bersama Pengurusan Kiqyb Ke Ladang Tenusu Pedaging Di Sungai Lembing

Lawatan Kerja Bersama Pengurusan Kiqyb Ke Ladang Tenusu Pedaging Di Sungai Lembing

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 518 hits
lawatan ini dilakukan bagi memcari bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan bersama Fazwa Farm
Menteri Mof Silap Titik Perpuluhan Menteri Kerja Raya Silap Elaun

Menteri Mof Silap Titik Perpuluhan Menteri Kerja Raya Silap Elaun

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR 1 Nov Berlaku kesilapan sewaktu mengisytiharkan pendapatan bulanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperlihatkan pendapatan Menteri Kerja Raya Baru Bian mencecah RM108 056 sebulan Baru berkata kesilapan itu ...
Rangka Kerja Pemantauan Jual Beli Kriptowang Bakal Diperkenalkan Pada Awal Tahun 2019

Rangka Kerja Pemantauan Jual Beli Kriptowang Bakal Diperkenalkan Pada Awal Tahun 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 508 hits
Jual beli kriptowang adalah sesuatu yang masih belum sah dibawah undang undang Malaysia Pihak Bank Negara Malaysia masih belum hadir dengan rangka kerja untuk mengesahkan aktiviti jual beli matawang digital tersebut tetapi semua itu mungkin...
Astra Dan Kadin Jerman Gelar Konferensi Bangun Kerja Sama Asia Eropa

Astra Dan Kadin Jerman Gelar Konferensi Bangun Kerja Sama Asia Eropa

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 414 hits
Kamar Dagang Jerman bekerja sama dengan PT Astra International mengadakan The 16th Asia Pasific Conference of German Business Konferensi rutin dua tahunan ini diharapkan menjadi ajang untuk membincangkan seputar kondisi perekonomian global ...
Silap Isytihar Pendapatan Rm108 056 Sebulan Saya Telah Terlebih Isytihar Kata Menteri Kerja Raya

Silap Isytihar Pendapatan Rm108 056 Sebulan Saya Telah Terlebih Isytihar Kata Menteri Kerja Raya

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR 1 Nov Berlaku kesilapan sewaktu mengisytiharkan pendapatan bulanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperlihatkan pendapatan Menteri Kerja Raya Baru Bian mencecah RM108 056 sebulan Silap Isytihar Pendapatan R...
Total Hr Dan Tog Adakan Pengembangan Pasar Kerja Luar Negeri Berbasis Digital

Total Hr Dan Tog Adakan Pengembangan Pasar Kerja Luar Negeri Berbasis Digital

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 326 hits
Total HR dan TOG adakan Pengembangan Pasar Kerja Luar Negeri Berbasis Digital Acara bertempat di Harmoni One hotel dan convention center Batam
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi

Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Bila Tiba Masa Saya Umum Kata Kj Di Bangunan Umno

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Balakong Forest Fire Fully Put Out After Five Hour Battle 2 4ha Burned

Sultan Ibrahim Begins Three Day State Visit To Bahrain First Since 1974

Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy