Tun Dr Mahathir Bidas Pihak Anti Vaksin Harus Tanggung Dosa Sebar Dakyah Palsu



(Astro Awani) – Tun Dr Mahathir Mohamad membidas segelintir pihak yang menyebarkan fahaman anti vaksin termasuk ‘Mak Teh’ yang rakaman suaranya tular di media sosial.
Tegas bekas Perdana Menteri itu, tindakan tidak bertanggungjawab golongan berkenaan hanya akan menyebabkan ramai orang enggan divaksin, sekali gus mendedahkan mereka dijangkiti COVID-19 dan meninggal dunia.
Menurut Dr Mahathir, sekiranya berlaku keengganan ramai rakyat Malaysia tidak mahu mengambil vaksin COVID-19, golongan yang menyebarkan fahaman tidak betul harus bertanggungjawab dan menanggung dosa.
Respons saya terhadap dakyah 'Mak Teh' mengenai vaksin di Whatsapp. pic.twitter.com/RNbJgsh9e4
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 22, 2021

Kenyataan Dr Mahathir itu merujuk pada rakaman audio seorang wanita dikenali sebagai ‘Mak Teh’ yang mendakwa vaksin yang ditawarkan kerajaan berisiko menyebabkan kematian.
Dakwa ‘Mak Teh’, vaksin COVID-19 tidak duji di makmal serta mengandungi racun sehingga menyebabkan 40 jururawat yang mengambilnya terkorban.
“Saya tidak percaya (40 jururawat meninggal dunia kerana vaksin) kerana saya dan isteri sudah disuntik (dengan vaksin)… tak ada ada apa pun.
“Ini satu dakyah yang tiada asas. Ia sebenarnya menghukum mati orang yang tidak dapat vaksin. Mereka yang tidak divaksin akan kena penyakit ini dan mati.
“Kalau mati, Mak Teh lah yang bertanggungjawab. Kalau dosa, dosa Mak Teh lah,” kata Dr Mahathir dalam rakaman video yang dikongsi di akaun media sosial beliau pada Sabtu.
Dalam rakaman audio pekat loghat utara itu juga,Mak Teh mendakwa, berita kematian 40 jururawat dan kakitangan hospital di seluruh Malaysia itu sengaja disembunyi oleh pihak berkuasa.
Belum cukup itu, Mak Teh juga mencadangkan mereka yang sudah menerima dua dos vaksin agar ‘mencuci badan’ dengan minum air kelapa untuk membersihkan ‘racun’ daripada vaksin berkenaan.
“Ayaq nyoq (air kelapa) nak buat apa? Kalau betul pi (pergi) lah sendiri minum ayaq nyoq , lepas tu cium orang yang sakit COVID-19 ini dan tengok nak jadi apa. Bolehkah ayaq nyoq tu bertahan (daripada jangkitan),” bidas Dr Mahathir lagi.
Dr Mahathir turut menyatakan rasa sedihnya dengan penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Katanya, sikap segelintir pihak yang gemar menyebar berita palsu merupakan perbuatan yang tidak baik dan akan menyebabkan ramai lagi orang akan dijangkiti.
“Apabila mereka mati, itu tanggungan Mak Teh lah, dosa atau tak berdosa,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/05/23/tun-dr-mahathir-bidas-pihak-anti-vaksin-harus-tanggung-dosa-sebar-dakyah-palsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Tampil Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Pasal Vaksin

Wanita Tampil Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Pasal Vaksin

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 195 hits
1 857 total views 1 857 views today Tindakkan seorang wanita yang menyebarkan berita palsu tentang Vaksin di Malaysia melalui laman Instagramnya menerima padah apabila dia dikecam netizen oleh sebab terlalu mempercayai kata kata orang lain ...
Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Kematian Pemanah Negara

Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Kematian Pemanah Negara

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 289 hits
Kematian Haziq Kamaruddin dilaporkan sebelum ini tiada kaitan dengan vaksin Covid 19 sebaliknya akibat masalah jantung KUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan terhadap individu yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai kematian pema...
Kumpulan Anti Vaksin Kata Lepas 2 Tahun Disuntik Semua Mampoih

Kumpulan Anti Vaksin Kata Lepas 2 Tahun Disuntik Semua Mampoih

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 269 hits
Gempar Penerima vaksin akan mati selepas dua tahun May 29 2021 INI satu lagi kaedah kumpulan anti vaksin untuk memburuk burukkan vaksin Mereka memetik pendapat peribadi individu tertentu dan memotong sekerat sekerat kenyataan yang telah dik...
China Benarkan Vaksin Dibeli Pihak Swasta Kerajaan Jangan Sekat

China Benarkan Vaksin Dibeli Pihak Swasta Kerajaan Jangan Sekat

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 258 hits
China benarkan vaksin dibeli pihak swasta kerajaan jangan sekatOleh May 20 2021Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang enggan membenarkan sektor swasta membeli vaksin Covid ...
Umno Tanggung Dosa Pn Jika Terus Kekal Dalam Kerajaan

Umno Tanggung Dosa Pn Jika Terus Kekal Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 237 hits
Amalan presiden Umno jadi PM lupakanlah kata Ku LiFMT ReportersPETALING JAYA Umno perlu melupakan amalan untuk menjadikan presiden sebagai perdana menteri kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah Beliau setuju...
Pergerakan Tentera Ke Palestin Jangan Sebar Berita Palsu

Pergerakan Tentera Ke Palestin Jangan Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 254 hits
Apapun yang kita share perlu tabayyun dahulu kaji dahulu kerana Dalam kita seronok sgt memuat naik prihal yg berlaku di Palestin sekarang suka sy nak beritahu beberapa perkara 1 Tidak ada pergerakan masuk tentera Turki ke Al Quds seperti yg...
Kompaun Raya Polis Siasat Pemilik Akaun Twitter Disyaki Sebar Berita Palsu

Kompaun Raya Polis Siasat Pemilik Akaun Twitter Disyaki Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 275 hits
Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun itu dikenal pasti sebagai No War But Class War Icsmxms NILAI Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Twitter yang disyaki menyebarkan berita pals...
Vaksin Vs Anti Vaksin

Vaksin Vs Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 227 hits
Sehingga 24 Mei 2021 2 63 juta dos vaksin sudah diberikan dengan 969 ribu yang sudah divaksin sepenuhnya di Malaysia Data di seluruh dunia menunjukkan 1 7 bilion dos diberi dengan 395 juta orang sudah divaksin sepenuhnya Peratus populasi ya...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof