Tumbuk Tumbuk Jadi Sambal Pahang Oshmi
TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI. Orang asia ni memang suka makan makanan pedas & bercili. Kat mana mana negara asia pun macam tu. Mungkin sebab turun temurun di dedahkan makanan pedas kan so lidah tu dah terbiasa. Ada orang kalau tak ada rasa pedas dalam menu dia makan dia jadi hilang selera makan. Dia mesti nak kena gigit juga cili bagi ada rasa pedas tu. Ada orang terlalu obses dengan makanan pedas sampai cili tu dia buat ulam cicah pulak dengan sambal. Tu memang spesis nak cari penyakit la makan macam tu.
Antara menu jenis masakan sambal yang ada kat malaysia ni salah satunya sambal hitam pahang. Memang antara sambal yang tengah In trend katanya. Lebih lebih lagi sekarang ni di jual secara online. Lagi mudah la sesiapa sahaja nak dapatkan. Kalau yang rajin boleh masak sendiri tapi nak masak sendiri ni walau penggunaan bahan bahan dia tak banyak tapi cara pembuatan dia amatnya renyah bak kata orang kedah. Maknanya agak susah & perlukan masa yang lama untuk pastikan sambal hitam ni dapat rasa, testur & warna yang sedap & cantik. Memang baca resepi macam sonang jo milah Ooi.. Apa ke payah bebeno ekau nak buek. Guna belimbing buluh, cili, ikan bilis, bawang dan garam jo... Bukan banyak beno pun bahannya
Yelah.. buat pakai air liur di renjis renjis di pilis memang la senang. Sebab cakap tu lebih senang dari nak buat kan. Kau tak tau dari proses nak merebus belimbing buluh tu ambil masa berapa lama nak bagi sampai hitam pekat melekat. Lepas tu nak mengoreng sampai kering untuk pastikan sambal tu boleh tahan lama. Memang tak sekejab la nak buat. Berpeluh juga la atas bawah kiri kanan jang OOi
Alah setakat nak makan tu kalau malas nak buat bersepah orang jual. Tapi macam biasa setiap brand tu even produk yang sama mungkin ada sedikit kelainan dari segi rasa mengikut orang yang buat la. Kita sebagai pembeli ni boleh pilih yang mana kita rasa kena dengan citarasa kita
Antara sambal hitam yang ada di pasaran ni adalah Sambal pahang Oshmi dengan tagline dia tumbuk tumbuk jadi sambal. Tagline je macam simple tapi rasa dia tak berapa simple. Sebab ada rasa pedas, masam & masin. Sesuai dengan bahan bahan yang di gunakan tapi semua rasa ni dia tak terlalu kuat. Rasa pedas, masam & masin dia sangat sederhana jadi sesuai di nikmati dari pelbagai peringkat usia. Yang penting cukup rasa. Kalau tak cukup rasa memang tak cukup sedap la.
Saya dah rasa Sambal pahang Oshmi ni. So far bagi saya tak ada cacat cela kat mana mana rasa dia. Masih menepati rasa asli sambal hitam pahang. So buat lauk pembuka selera atau penganti sos pencicah untuk di makan dengan ulam ulaman pun ok. Atau nak makan dengan roti, bubur nasi pun boleh. Tak salah pun nak buat perencah untuk nasi goreng. Memang sedap ok!
Packaging dia pun terbaik. Boleh simpan lama tak perlu letak dalam peti sejuk. Kalau nak bawa travel sangat sesuai sebab bungkusan dia dalam bentuk buka & makan terus. Tak perlu panaskan dah. Yang mana duduk asrama nak buat stok pun sesuai. Pendek kata dengan packaging ni nak simpan di rumah atau nak bawa kemana mana untuk di makan bila bila masa memang sesuai la
Harga dia tak la mahal mana masih harga marhaen ok
👍 Sambal Pahang Oshmi pek mini RM7
👍 Pahang Oshmi Botol (150g) RM18
Macam mana nak dapatkan Sambal pahang Oshmi ni? Untuk dapatkan sambal pahang Oshmi ni boleh dapatkan melalui
꓂ Shopee : https://shopee.com.my/amirulazzim1994?smtt=0.0.9
☎ Call/Whatsapp : 6018 3714877 (Ajim)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2021/02/tumbuk-tumbuk-jadi-sambal-pahang-oshmi.html