Tulisan Terakhir Buat Arwah Siti Sarah Raissuddin



Tulisan Terakhir Buat Arwah Siti Sarah Raissuddin
BERKALI-KALI saya memadam mukadimah tulisan ini. Tulis, padam, tulis, padam, tulis, padam sehingga tidak terhitung jumlahnya.
Saya tidak tahu di mana mahu memulakan cerita kerana saya benar-benar tidak bersedia untuk melakukannya.
Apa lagi dengan keadaan fikiran saya yang sangat berserabut dan buntu ekoran emosi saya benar-benar terkesan sebaik menerima kiriman WhatsApp pada pukul 5.33 pagi memaklumkan pemergian Siti Sarah Raisuddin ke rahmahtullah.
Terasa dada saya begitu sesak seakan ditimpa benda yang berat
Allahuakbar, hanya perkataan itu terpacul dari mulut saya.
Siti Sarah sudah tiada! Jujur, saya sangat menggigil apabila mendapat khabar duka itu di awal dinihari.
Usai Subuh, beberapa minit selepas pengesahan berita pemergiannya diperoleh, laman media sosial dihujani dengan ribuan nota sedih.

Banyak catatan yang menyentuh perasaan dapat dibaca di Facebook, Instagram dan Twitter.
Ramai selebriti, wartawan hiburan, kenalan, ilmuwan agama dan peminat-peminat Siti Sarah memuat naik hantaran berkongsi rasa sedih.
Apa yang menangkap perhatian saya ialah bukan sedikit jumlah orang menyayangi Siti Sarah.
Kecintaan, kasih sayang dan rasa hormat masyarakat padanya dapat dilihat melalui tulisan-tulisan indah.
Antara apresiasi orang ramai terhadap Siti Sarah yang sempat dibaca adalah tulisan seorang sahabat saya yang tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, namun, benar-benar terkesan dengan berita pemergian penyanyi itu.
Tulis teman saya itu: “Bersinarnya dalam dunia seni. Bersinar lagi bintangnya tatkala kembali kepada Allah SWT. Rupanya namanya sering disebut oleh malaikat tanpa disedari manusia kerana amal kebaikan tanpa batas.”
Beruntungnya kamu Siti Sarah, terlalu ramai yang mendoakan kamu, bisik saya dalam hati.
Lebih membuatkan ramai yang mencemburui pemergian penyanyi yang berjiwa besar itu ialah penutup kehidupannya diiringi pelbagai tanda husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik.

Siti Sarah meninggal dunia pada usia 36 tahun awal pagi ini kerana wabak COVID-19.
Pada Jumaat lalu, Allahyarham melahirkan anak keempatnya menerusi pembedahan.
Memperoleh syahid dalam kematian bersama redha suaminya, Shuib adalah pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah.
Bahkan saya tertanya-tanya apakah amalan dan kemuliaan yang dilakukan Siti Sarah ketika hayatnya sehinggakan seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan dan mengaminkan doa-doa yang indah buat Allahyarham.
Saya mengenali Siti Sarah sebelum dia menempa kemasyhuran sebagai antara penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan industri muzik tanah air.
Membuka lembaran sejarah silam persahabatan kami tentu sekali akan membawa ingatan saya pada pengalaman berjiran dengan Allahyarham di penempatan AU3, Keramat.
Saya menyewa di flat Kelompok Serindit sementara Allahyarham Siti Sarah tinggal bersama keluarganya di pangsapuri Menara Rajawali.
Keakraban saya dengan keluarga Allahyarham bermula apabila dia mula berjinak-jinak menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar ibu negara.
Paling menyerlah tentu sekali selepas penyertaannya dalam pertandingan mencungkil bakat anjuran majalah hiburan popular, URTV yang dikenali sebagai Bintang URTV.
Bertitik tolak daripada situ, langkah Siti Sarah dalam gelanggang seni semakin luas.
Bersama ayahnya yang juga seorang penyanyi Raisuddin Hamzah, Siti Sarah memperoleh sokongan dan bimbingan daripada individu yang paling tepat untuk menguruskan kerjaya seninya.
Di awal permulaan kerjaya seninya, Siti Sarah bekerja keras membina reputasi dan dalam masa sama, rezeki mula berpihak kepadanya.
Allahyarham mula meraih pendapatan yang sangat selesa untuk menyara diri dan keluarganya.
Sebagai seorang anak yang taat pada orang tua, Siti Sarah sentiasa mendahulukan ibu ayah dan keluarganya dalam apa hal sekalipun.
Lalu, berkat kerja kerasnya, Allahyarham membuat keputusan membawa keluarganya berpindah ke kediaman yang lebih selesa – daripada pangsapuri tiga bilik di AU3 ke sebuah rumah semi-D di Taman Setiawangsa.
Sebagai anak yang meletakkan ibu, ayah dan adik-beradik sebagai keutamaan dalam hidup, maka rezeki Siti Sarah tidak pernah putus.
Apabila menetap di Taman Setiawangsa, hubungan saya dengan Allahyarham Siti Sarah bersama rakan-rakan wartawan hiburan lain semakin bertambah akrab.
Ini kerana rata-rata daripada kami tinggal di kawasan penempatan dalam radius yang sama dengan Allahyarham.
Kebetulan juga ketika itu, pembantu peribadinya, Allahyarham Roslan Agil atau lebih mesra disapa Sari juga menyewa di Taman Setiawangsa dan kediamannya sering menjadi tempat perhimpunan wartawan seperti Joha Ahmad, Rosli Manah, Niezam Abdullah, Huzz, Abie Abdullah dan ramai lagi.
Bahkan rakan-rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, pelakon Amyza Aznan, Nadia Mustafa serta kenalan dari industri muzik seperti Rouslan Moktar dan isteri Ogy juga sering berhimpun di sana.
Hampir setiap hujung minggu kami berhimpun. Siti Sarah, ayahnya dan Allahyarham ibunya, Noor Aini Mohamad juga sering bertandang.
Kami duduk berhimpun dan makan bersama selain sering berbincang mengenai hala tuju kerjaya seni Siti Sarah.
Kemesraan saya dan rakan-rakan wartawan hiburan bersama Allahyarham Siti Sarah dan keluarganya sudah seperti keluarga.
Kami boleh saja pada bila-bila masa berborak, bergurau, saling mengkritik dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
Banyak juga tulisan mengenai Allahyarham yang dimuatkan dalam akhbar Mingguan Malaysia ketika saya masih berkhidmat dengan syarikat akhbar, Utusan Melayu.
Segala kemesraan dan pengalaman bersahabat dengan seorang anak seni yang rendah diri, berjiwa besar dan berperibadi mulia ini masih kekal rapi dalam kotak ingatan saya.
Namun, selang peralihan masa, ketika kehidupan dan komitmen masing-masing sudah berubah, kami semakin jauh antara satu sama lain.
Hanya berjumpa pada acara-acara tertentu. Setiap kami memahami bahawa masing-masing ada keutamaan sendiri, namun, itu tidak pernah mengikis rasa hormat dan ingatan dalam kalangan kami.

Sejak ‘berjauhan’ daripada kehidupan Siti Sarah, saya hanya melihat dari jauh perkembangannya.
Melihat betapa dia dan suaminya, Shuib bekerja keras sehingga dapat mengecap sebuah kehidupan yang stabil sangat membahagiakan saya.
Allahyarham Siti Sarah saling tidak tumpah mewarisi sikap arwah ibunya, Noor Aini Mohamad yang begitu taat dan sentiasa di sisi suami ketika susah dan senang.
Semua itu kini sudah hilang dari pandangan. Siti Sarah sudah tiada!
Meninggalkan empat zuriat termasuk bayi yang baru dilahirkannya pada Jumaat lalu tentu sekali akan mengundang rasa simpati dan sedih dalam kalangan kita.
Namun, seberat mana mata yang memandang, berat lagi tanggungawab yang perlu dipikul oleh suaminya, Shuib.
Buat Shuib, percayalah semangat dan kasih sayang Siti Sarah akan terus mekar dan subur selama-lamanya.
Percayalah juga, seberapa banyak pun keyakinan manusia, seramai mana pun yang membacakan kalimah-kalimah suci sebagai ikhtiar, pada akhirnya, Allah SWT jugalah yang memegang nafas manusia.
Tulisan belasungkawa ini tentu sekali akan menjadi coretan terakhir buat seorang adik yang saya hormati, Siti Sarah Raisuddin.
Berbahagialah dirimu Siti Sarah. Pergimu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kami.
Semoga Allah memaafkan kamu dan menempatkan kamu di sisi para solihin.
Damai dan tenanglah kamu di negeri abadi.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Allahummagh firlaha warhamha waafihi wa’ fuanha.-Awani
Oleh: Saharudin Musthafa
Tulisan Terakhir Buat Arwah Siti Sarah Raissuddin
Baca Artikel Menarik :
Parti Lain Boleh Tangguh, Tapi UMNO Dipaksa Laksanakan Banjir atas padang, pengadil paksa main bola Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin Siti Sarah ditiarapkan, darah beku di paru-paru Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas Layari Laman Facebook MYKMU
6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Ibu tunggal rugi RM494,400 ditipu African Scam

The post Tulisan Terakhir Buat Arwah Siti Sarah Raissuddin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/09/tulisan-terakhir-buat-arwah-siti-sarah-raissuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ada Sesuatu Arwah Cuba Sampaikan Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Arwah Siti Sarah

Hiburan Ada Sesuatu Arwah Cuba Sampaikan Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Arwah Siti Sarah

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 249 hits
Sudah beberapa hari berlalu namun masih terasa kesedihan yang menyelubungi pemergian allahyarham Siti Sarah Raissuddin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSepertinya suami Shuib Sepahtu juga tidak dapat membendung rasa rindu terhadap bidadari sy...
Arwah Siti Sarah Sedekah Tudung Kepada Jururawat Sebelum Koma

Arwah Siti Sarah Sedekah Tudung Kepada Jururawat Sebelum Koma

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 422 hits
Arwah Siti Sarah sedekah tudung kepada jururawat sebelum koma Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir Segala kebaikan dilakukan arwah Siti Sarah secara senyap...
Tenang Tengok Wajah Siti Sarah Wani Kayrie Masih Ingat Pesanan Akhir Arwah

Tenang Tengok Wajah Siti Sarah Wani Kayrie Masih Ingat Pesanan Akhir Arwah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 608 hits
Wani Kayrie teringat kenangan pertama kali bertemu dan bekerjasama dengan Siti Sarah kata Wani banyak ilmu yang arwah kongsi semasa dia menyertai Big Stage 2018 ARTIKEL BERKAITAN https www mstar com my spotlight hiburan 2021 06 05 wani kayr...
Hiburan Htcm Nafi Gambar Bayi Tular Anak Shuib Sepahtu Dan Arwah Siti Sarah

Hiburan Htcm Nafi Gambar Bayi Tular Anak Shuib Sepahtu Dan Arwah Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 603 hits
Wajah gambar bayi tular baru baru ini bukan anak keempat pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan seperti yang disebarkan di media sosial itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara itu telah dinyatakan ...
Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual

Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 341 hits
Sejak pemergian allahyarham Siti Sarah Raissuddin beberapa hari lalu ramai yang mula membuka cerita kebaikan yang pernah dilakukannya sewaktu masih hidup
Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 338 hits
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak anak Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia ber...
Pilih Untuk Berhijrah Kejar Amal Kebajikan Terakhir Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

Pilih Untuk Berhijrah Kejar Amal Kebajikan Terakhir Pemergian Siti Sarah Cukup Dirasai

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 396 hits
Siapa sangka pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu dirasai oleh semua rakyat walaupun dia bukanlah siapa siapa Malah berita pemergiannya itu mengejutkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruz...
Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Untuk Shuib

Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Untuk Shuib

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 528 hits
AYYASH AFFAN PENINGGALAN DAN AMANAH TERAKHIR SITI SARAH UNTUK SHUIB Assalammualaikum wbt Sehari dua kebelakangan ini PC sangat tertarik untuk ambil tahu berita perkembangan Siti Sarah Tidak kenal Tapi tahu Tidak pernah bertemu muka tapi sel...
Hiburan Seperti Mengejar Amalan Baik Saat Terakhir Nadir Al Nuri Kongsi Mesej Terakhir Siti Sarah

Hiburan Seperti Mengejar Amalan Baik Saat Terakhir Nadir Al Nuri Kongsi Mesej Terakhir Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 211 hits
Dunia hiburan tempatan hari ini dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan usahawan terkenal Siti Sarah Raisuddin setelah lima hari bertarung di Unit Rawatan Rapi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTurut terkejut dengan berita pemergian itu adala...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket