Tulisan Jawi Sekat Ajak Pelajar Ponteng Sekolah Sebagai Protes Terakhir


Shawaliah Hadir Jurucakap bagi Pihak Gabungan SEKAT, Arun Dorasamy (tengah) bercakap pada sidang media Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT) mengenai mata pelajaran tulisan jawi di sekolah kebangsaan di Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM 
KUALA LUMPUR – Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT) akan menggunakan National Skip School Day sebagai protes dan usaha terakhir agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pelaksanaan tulisan Jawi.
Setiausaha gabungan itu  Arun Dorasamy berkata, protes itu akan diadakan dengan kerjasama ibu bapa yang mana tidak bersetuju anak-anak mereka belajar tulisan Jawi. 
Justeru ujarnya, KPM perlu mempertimbangkan beberapa aspek sebelum membuat keputusan melaksanakan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu  pada tahun depan.
“Pada akhirnya bila semua ini tidak berhasil, kami akan adakan National Skip School Day, Protes Ponteng Sekolah SeMalaysia dengan kerjasama semua ibu bapa yang tidak mahu anak mereka diajar atau dipaksa belajar Jawi. Ini langkah-langkah yang kita aturkan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini

Arun terdahulu mendesak KPM menangguhkan pelaksanaan tulisan Jawi dan mencadangkan agar mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk dari Sabah dan Sarawak. 
SEKAT juga berpendirian bahawa kementerian sepatutnya fokus kepada usaha memperkasakan Bahasa Melayu.
Justeru Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik digesa untuk mengambil kira pendapat pelbagai pihak dan memberikan kepercayaan penuh kepada semua pihak  sebelum memperkenalkan tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Jenis (SJK). 
“Jom kita bincang. Menteri Pendidikan tidak boleh mengenepikan anak jati Sabah dan Sarawak untuk berdialog. Ketiga, semua rakyat setuju kita hendak perkasakan Bahasa Malaysia adalah lebih penting daripada pengenalan Jawi.
“Meskipun ada penerangan beritahu ia tidak ada penilaian tapi kami tidak percaya sebab penerangan tidak jelas,” tambahnya. 
Menyifatkan tulisan Jawi sebagai usaha penerapan agama Islam, Arun turut mendakwa terdapat guru-guru yang bimbang dengan keputusan kerajaan kerana menyedari tidak menguasai tulisan Jawi. 
“Ada  khuatir penguasa Jawi mereka mereka tidak ada mereka takut memperkenalkan Jawi mereka akan kehilangan subjek itu sendiri,” katanya. 
Mengulas lanjut gabungan itu mempertikaikan keputusan terbaharu KPM yang seolah-olah memberikan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan pelaksanaan tulisan Jawi bagi SJK.
“Siapa yang berkuasa sebenarnya? Menteri atau PIBG? Baik tak payah buat dasar kalau beri kuasa kepada PIBG,” tambahnya. 
Sebagai langkah awal, gabungan itu akan menghantar memorandum kepada KPM dan kertas kerja cadangan-cadangan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat. 
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Anak Borneo, Gangging @ Ling Sanggau berkata, bantahan anak jati negeri Sarawak seiring dengan situasi di negeri itu di mana majoriti pelajar di Sekolah Kebangsaan adalah bukan Muslim.
Katanya lagi, berbanding tulisan Jawi, memperkasakan bahasa Inggeris juga adalah langkah yang tepat dan sepatutnya dilakukan oleh KPM. 
“Anak jati Sarawak tidak menyokong tulisan jawi dan seni khat belajar di Sekolah kebanyakan di Sarawak anak dayak non muslim saya juga tidak menyokong memandangkan di sekolah agama sudah diajar kenapa nak di ajar di Sekolah Kebangsaan 
“Mewakili Sarawak saya lebih menyokong pandangan Ketua Menteri Sarawak ingin menguasai bahasa Inggeris itu lebih daripada bahasa Jawi. Di Malaysia kita masyarakat majmuk dan pelbagai kaum,” ujarnya. 
Untuk rekod, selepas pelbagai bantahan kerajaan kekal dengan  keputusan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mulai tahun 2020.
Namun ia perlu mendapat persetujuan PIBG serta ibu-bapa terlebih dahulu.
KPM sebelum ini telah pun memberikan penjelasan tentang pelaksanaan tulisan Jawi yang antara lainnya tidak akan mempunyai penilaian dan taksiran. 
Untuk rekod, sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).
Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mendakwa, pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.-MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tulisan-jawi-sekat-ajak-pelajar-ponteng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembelajaran Tulisan Jawi Tidak Realistik Di Sekolah Tamil Menteri Perpaduan

Pembelajaran Tulisan Jawi Tidak Realistik Di Sekolah Tamil Menteri Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 650 hits
Di alam baru ini terdapat banyak perkara untuk diajar kepada pelajar Jadi bagi saya memperkenalkan tulisan jawi di Sekolah Tamil merupakan satu perkara yang tidak perlu demikian kata Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P Waythamoorth...
Nutp Kecam Ngo Ajak Pelajar Ponteng

Nutp Kecam Ngo Ajak Pelajar Ponteng

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR 25 Ogos Cadangan Gabungan Seni Khat Action Team untuk mengadakan Hari Ponteng Sekolah Kebangsaan sebagai protes terhadap pengajaran seni khat Jawi di sekolah jenis kebangsaan adalah tidak patut dan tidak sesuai Kesatuan Perkhid...
Syed Saddiq Halang Anak Sekolah Kerana Protes Jawi Tidak Ada Lebih Bodoh Sombong Daripada Ini

Syed Saddiq Halang Anak Sekolah Kerana Protes Jawi Tidak Ada Lebih Bodoh Sombong Daripada Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 579 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggangap Tindakan Pasukan Tindakan Seni Khat yang mahu meyakinkan ibu bapa berhenti menghantar anak anak mereka sebagai tanda protes terhadap pelajaran jawi di sekolah jenis kebangsaan...
Tulisan Jawi Kesukaran Mempelajarinya Menyebabkan Tulisan Roman Diperkenal

Tulisan Jawi Kesukaran Mempelajarinya Menyebabkan Tulisan Roman Diperkenal

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 520 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 712 hits
Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggesa rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen bagi mengharamkan Persekutuan Persatuan persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Exco Armada Muzzammil Ismail berkata D...
Tulisan Jawi Dimusnahkan Di Zaman Umno Kerajaan Ph Cuba Membaikinya Tapi Umno Dan Pas Meroyan

Tulisan Jawi Dimusnahkan Di Zaman Umno Kerajaan Ph Cuba Membaikinya Tapi Umno Dan Pas Meroyan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 590 hits
Apa yang menjadi fakta tulisan jawi dimusnahkan oleh umno kawan Pas skrg di zaman khir johari lagi Kerajaan PH pula ingin kembalikan semula tulisan jawi Meskipun ada bberapa pihak dari kaum cina dan india termasuk dari MCA dan MIC komponen ...
Nama Pengenalan Tulisan Jawi Diguna Ganti Khat Jemaah Menteri

Nama Pengenalan Tulisan Jawi Diguna Ganti Khat Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 1106 hits
Gambar hiasan via Jabatan Penerangan Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk mengekakan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 di SJK mulai tahun 2020 Namun begitu pelaksanaannya akan diterus...
Putrajaya Pertahan Keputusan Bukan Lagi Khat Tapi Tulisan Jawi

Putrajaya Pertahan Keputusan Bukan Lagi Khat Tapi Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 920 hits
PETALING JAYA Jemaah menteri hari ini mengekalkan keputusan memperkenalkan khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan disebalik bantahan berterusan kumpulan kumpulan pendidikan bukan Melayu dan majlis agama b...
Mesyuarat Jemaah Menteri Memutuskan Mengekalkan Pengenalan Tulisan Jawi

Mesyuarat Jemaah Menteri Memutuskan Mengekalkan Pengenalan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 401 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

12 Biodata Finalis Dewi Remaja 2025 Menyambut 40 Tahun Legasi Gemilang

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 03 10 2025

Lirik Lagu Hael Husaini Nadeera Peluk

If You Love Two People At The Same Time Choose The Second Because


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Dagang Cinta Hati Orang Terengganu

Best Dinner Recipes Good

Signing Up For An Account Texas88 Login Trusted

Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Siapa Greta Thunberg

Usia Muda Kemanakah Arah Kita