Tular Pergelutan Depan Rumah Didakwa Dipukul Keluarga Isteri Guna Helmet Prince Syed Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR – Tular di media sosial sebuah video berdurasi kurang seminit memaparkan kekecohan dipercayai melibatkan pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed, bersama ahli keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak.
Dalam rakaman berkenaan, seorang lelaki dipercayai abang kepada Fatin dilihat bertindak menyerang individu di dalam sebuah kereta menggunakan topi keledar, individu yang didakwa sebagai Prince Syed.
Turut kelihatan beberapa individu lain termasuk seorang wanita dipercayai ibu kepada Fatin yang berada di lokasi kejadian. Insiden tersebut difahamkan berlaku di hadapan kediaman pasangan berkenaan dan dipercayai berpunca daripada pertikaian keluarga yang tercetus sejak beberapa hari lalu.
Buat Laporan Polis
Memetik laporan Harian Metro, pempengaruh dan usahawan Prince Syed telah membuat laporan di Balai Polis Klang, petang semalam, berhubung dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di tangan serta wajah.
Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, empat individu dikenalinya datang menyerangnya ketika beliau berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.
“Mereka memukul kepala saya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk pada bahagian wajah.
“Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.
“Saya ada bukti iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan apa yang terjadi berlaku disebabkan mereka anggap saya mengongkong serta menghalang isteri (Fatin Syazwani Ishak, 27) berjumpa mereka.
“Hakikatnya, isteri enggan berjumpa mereka atas sebab tertentu dan saya buat laporan polis untuk keselamatan diri serta bimbang mereka bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dakwa Didesak Ceraikan Isteri
Menurutnya lagi, beliau turut membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, kelmarin selepas menerima desakan daripada individu sama yang menuntutnya berpisah dengan isteri.
“Individu terbabit juga mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaga mereka.
“Selain itu, ketika di rumah pada Jumaat lalu (31 Oktober), individu sama ada menghubungi kakak dan ibu bagi meminta saya berpisah dengan isteri dan mahu saya membuka sekatan nombor serta memberitahu keberadaan isteri jika tidak mahu diapa-apakan.
“Untuk apa kami berpisah sedangkan membina rumah tangga adalah satu yang mulia dan sebagai suami, saya kena pertahankan perkahwinan sampai akhir hayat.
“Kami ‘hidekan’ video di TikTok pun bukan sebab ada masalah, cuma nak tenteram memandangkan isteri pun sebelum ini tak sihat dan pada masa sama saya kena fokus dengan perniagaan, jadi tak nak mental kami terganggu,” katanya.
Dakwaan Dari Pihak Mentua
Terdahulu, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.
Dalam video berasingan yang tular sebelum ini, wanita berkenaan turut mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya itu.
Selain itu, hantaran lain di media sosial mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.
Keluarga Fatin juga didakwa tidak dibenarkan melawatnya, manakala hanya keluarga pihak suami dibenarkan masuk ke hospital. – The Malaysian Update
The post Tular Pergelutan Depan Rumah! Didakwa Dipukul Keluarga Isteri Guna Helmet, Prince Syed Buat Laporan Polis appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/11/03/tular-pergelutan-depan-rumah-didakwa-dipukul-keluarga-isteri-guna-helmet-prince-syed-buat-laporan-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketegangan Antara Keluarga Prince Syed Dan Isteri Terus Memuncak Adik Fatin Buat Pendedahan Di Tiktok

Ketegangan Antara Keluarga Prince Syed Dan Isteri Terus Memuncak Adik Fatin Buat Pendedahan Di Tiktok

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Ketegangan antara keluarga pempengaruh media sosial Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman dan keluarga isterinya Fatin Syazwani Ishak dilihat semakin memuncak selepas adik kepada Fatin tampil mem...
Polis Tahan Lelaki Disyaki Bakar Rumah Keluarga Sendiri Di Pengkalan Hulu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bakar Rumah Keluarga Sendiri Di Pengkalan Hulu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 238 hits
Polis Tahan Lelaki Disyaki Bakar Rumah Keluarga Sendiri Di Pengkalan Hulu IPOH 29 Okt Polis menahan seorang lelaki dipercayai membakar rumah milik keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu Pengkalan Hulu awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Pe...
Terengganu Polis Sahkan Terima Laporan Kehilangan Suri Rumah Di Marang

Terengganu Polis Sahkan Terima Laporan Kehilangan Suri Rumah Di Marang

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 181 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myKuala Lumpur Polis mengesahkan menerima laporan orang hilang membabitkan mesej tular mendakwa seorang suri rumah dilarikan sekumpulan warga asing dari kediamannya di Marang Terengganu Ketu...
Hiburan Keluarga Fatin Ditahan Reman Prince Syed Dakwa Dirinya Diserang Cermin Kereta Dipecahkan

Hiburan Keluarga Fatin Ditahan Reman Prince Syed Dakwa Dirinya Diserang Cermin Kereta Dipecahkan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 244 hits
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul dan menyerang pempengaruh serta usahawan terkenal Prince Syed yang tular baru baru ini Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan S...
Polis Tahan Lelaki Tetak Isteri Anak Perempuan Guna Parang

Polis Tahan Lelaki Tetak Isteri Anak Perempuan Guna Parang

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 161 hits
BernamaSIBU Polis berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kedua duanya cedera parah di kediaman mereka di Permai Jaya di sini awal pagi tadi Ketua Poli...
Hiburan Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April

Hiburan Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 154 hits
Pelakon popular Uqasha Senrose dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Kamal Adli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Menurut sumber hubungan rumah tangga pasangan selebriti itu mula bergolak sej...
Polis Siasat Laporan Ibu Dakwa Anak Cedera Dikelar

Polis Siasat Laporan Ibu Dakwa Anak Cedera Dikelar

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 166 hits
Polis Siasat Laporan Ibu Dakwa Anak Cedera Dikelar BATU PAHAT 27 Okt Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Parit Ra...
Hiburan Nubhan Bawa Anak Anak Jumpa Pembantu Rumah Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya

Hiburan Nubhan Bawa Anak Anak Jumpa Pembantu Rumah Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 197 hits
Tindakan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia membawa ketiga tiga anaknya berjumpa dengan pembantu rumah bagi mengubati rindu telah menarik perhatian ramai termasuk isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek View this post on Instagram...
Anggota Polis Pulang Ke Rumah Selepas 4 Hari Dilaporkan Hilang

Anggota Polis Pulang Ke Rumah Selepas 4 Hari Dilaporkan Hilang

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 207 hits
Anggota Polis Pulang Ke Rumah Selepas 4 Hari Dilaporkan Hilang KUALA LUMPUR 20 Okt Seorang anggota polis yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas selamat pulang ke rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya Jalan USJ 8 awal ...
Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Berapa Pengikut Sesuai Buat Beg Kuning Tiktok

Wan Rosdy Sokong Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia Langkah Lindungi Hak Serta Masa Depan Pekerja Gig

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

List Drama Korea November Desember 2025 Yang Gacor Abis

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Mangga Kulit Merah

Fenomena Rasa Pelik Memahami Gejala Terkini Yang Mengganggu Minda Kita

Meningkatnya Jumlah Muflis Tanda Tanda Ekonomi Yang Perlu Diambil Kira

Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Why Some Rich People Sell Their House

Hujan Lebat Di Shah Alam 4 Jalan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air