Tular Foto Ibu Kucing Usung Anak Ke Hospital Seolah Olah Mahu Dapatkan Rawatan
Bagi pencinta haiwan khususnya yang membela kucing, jika si comel itu sakit, pasti mereka menjadi tidak keruan serta risau akan keadaannya.
Biasanya jika kucing yang bertuan, tiada masalah sekiranya jatuh sakit kerana ia mempunyai tuan untuk membawanya ke klinik veterinar.
Namun bagi kucing jalanan, siapakah yang membela nasib mereka?
Media sosial hari ini dikejutkan dengan beberapa keping gambar yang tular berkenaan seekor ibu kucing yang membawa anaknya ke hospital, dilihat seakan mahu mendapatkan bantuan rawatan.
Gambar: Twitter
Kejadian comel tersebut dilaporkan berlaku di Turki; negara yang sinonim dengan rakyat pencinta kucing dan ia dirakam sendiri oleh seorang individu, Merve Ozcan sebelum dimuat naik ke Twitter.
Bugün hastanenin acilindeydik, bir kedi ağzında taşıdığı yavrusunu koşa koşa acile getirdi pic.twitter.com/lS7acpuWmg
— Merve Özcan (@ozcanmerveee) April 27, 2020
Dalam kapsyennya dia berkata,
“Hari ini kami berada di bahagian kecemasan di hospital. Seekor ibu kucing datang tergesa-gesa membawa anaknya dengan mulut.”
Memetik ulasan di boredpanda.com, media Turki melaporkan bahawa sejurus kucing itu tiba di bahagian kecemasan di situ, petugas kesihatan segera ambil perhatian terhadapnya dan terus memeriksa keadaan anak kucing itu untuk mengetahui kondisi kesihatannya.
Gambar: Twitter
Kekal tindak berganjak memerhati anaknya diperiksa
Difahamkan, sepanjang para petugas tersebut memeriksa badan anaknya, ibu kucing itu langsung tidak berganjak dari tempatnya dan memerhatikan setiap tingkah laku mereka semua, mungkin agak berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan.
Bagaimanapun, hasil ‘pemeriksaan’ mendapati, tiada sebarang kecederaan atau sakit yang dikesan di badan anak kucing tersebut.
Dalam pada itu, petugas kesihatan warga Turki itu terus menzahirkan perasaan kasih pada kucing dengan memberikan dua beranak itu susu dan makanan sejurus selesai menjalankan ‘saringan’.
Gambar: Twitter
Semuanya sihat, tapi perlu diperiksa lebih lanjut di veterinar
Si ibu dan anak kucing itu diberi makan agar mereka berasa lebih selesa dan tenang di situ.
Tambah ulasan media tempatan lagi, meskipun tidak mengalami sebarang sakit, kedua-dua si comel itu terus dihantar ke klinik veterinar untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi memastikan mereka kekal sihat, ceria dan bahagia.
Gambar: Twitter
Perkongsian itu menerima kira-kira lebih 80,000 ‘likes’ dan 3.8 ribu ‘retweet’ ke seluruh dunia.
Daripada satu sudut lain, kita sebagai rakyat Malaysia telah ‘belajar’ satu hakikat bahawa rakyat Turki sememangnya terdiri daripada kalangan pencinta kucing serta bukan jadi satu masalah untuk mereka turut menyantuni kucing-kucing di jalanan.
Dan ianya jelas terbukti melalui kejadian ‘comel’ yang spontan ini.
Sementara itu, ramai netizen melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana petugas kesihatan itu sangat bertanggungjawab menjalankan tugas walaupun hanya sekadar berhadapan dengan seekor kucing.
Tangkap layar daripada boredpanda.com.
Tangkap layar daripada boredpanda.com.
Sumber: Twitter, boredpanda.com
The post Tular Foto Ibu Kucing Usung Anak Ke Hospital, Seolah-Olah Mahu Dapatkan Rawatan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/01/tular-foto-ibu-kucing-usung-anak-ke-hospital-seolah-olah-mahu-dapatkan-rawatan/