Tular Fitnah Di Media Sosial Syarikat Kosmetik Cubre Mi Fail Saman Terhadap Bekas Ketua Ejen


TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN | Assalammualaikum semua! Beberapa bulan ini hangat dibincangkan isu berkenaan kes saman di antara syarikat kosmetik dan bekas ketua ejen. Berpunca daripada hantaran status di media sosial yang berbaur provokasi. Mengakibatkan pelbagai spekulasi terjadi. Walaupun tidak memaklumkan tentang apa dan siapa individu yang dimaksudkan. Namun ia mudah diketahui kerana industri kecantikan tempatan berada di dalam komuniti yang sama.
Komuniti ini mempunyai hubungan baik di antara pengasas, ketua ejen dan ejen-ejen yang lain. Keutuhan hubungan baik sesama mereka jelas nampak dari kandungan-kandungan status dan video di media sosial. Ejen produk kecantikan pada zaman ini diberi kebebasan menjual pelbagai jenama produk kecantikan tempatan. Malah mereka juga memiliki produk jenama sendiri. Peluang perniagaan yang sangat baik kita miliki di Malaysia. 
TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN


Dalam meniti arus kemodenan ini, etika perniagaan dan etika mengendalikan platform media sosial amatlah penting. Ia bukan sahaja untuk menjaga hak masing-masing, ia juga memupuk cara penyelesaian masalah yang lebih bertamadun. Pada zaman dulu, perang dunia tercetus kerana kegagalan komunikasi di antara beberapa pihak. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa silam agar keamanan yang dikecapi dapat diteruskan sehingga generasi seterusnya iaitu anak cucu yang bakal hidup pada masa akan datang

Kedua-dua pihak boleh berbincang dan bertanya situasi sebenar dan apakah solusi yang boleh dilaksanakan. Memandangkan hubungan di antara Syarikat Kosmetik Cubre Mi lebih mudah dihubungi oleh Bekas Ketua Ejen kerana mempunyai saluran yang pantas untuk bertanya sebarang persoalan. Agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan salah faham yang berlaku. Namun apakan daya, tiada pertanyaan dan perbincangan berlaku. Bekas Ketua Ejen memilih untuk bersuara di media sosial sahaja. Pihak Syarikat Kosmetik Cubre Mi telah menghantar Letter of Demand (LOD) pertama untuk pihak defendan iaitu Bekas Ketua Ejen melakukan "Permohonan Maaf dan Memadam Hantaran Status di media sosial". Akan tetapi, LOD itu tidak diendahkan. Maka, LOD kedua dan writ saman telah disediakan oleh Adnan Sharida & Associates untuk tindakan selanjutnya

Syarikat Kosmetik Cubre Mi telah memfailkan saman terhadap Bekas Ketua Ejen yang telah menghantar status di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan promosi jualan murah di LIVE Tiktok Shop yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Cubre Mi di Sungai Petani. Bekas Ketua Ejen berasakan Ibu Pejabat tidak seharusnya menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di dalam talian. Bagi beliau, ia mengganggu perniagaan beliau dan anak-anak ejen yang lain kerana promosi yang dijalankan jauh lebih rendah harganya. Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. memfailkan saman terhadap seorang bekas ketua ejennya kerana didakwa memfitnah syarikat berkenaan menerusi platform media sosial pada April lalu. 



Peguam Datuk Adnan Seman berkata, anak guamnya memfailkan saman tersebut pada 24 Jun 2024 dan mahkamah menetapkan 20 Ogos 2024 ini sebagai tarikh pengurusan kes.

“Saman adalah berkaitan penerbitan kenyataan defendan pada 18 April 2024 di Facebook. Ia berkaitan penjualan produk-produk oleh Ibu Pejabat Cubre Mi yang didakwa menganiayanya. Dalam hantaran itu defendan mendakwa telah dianiaya apabila Ibu Pejabat menjual produk pada harga lebih rendah berbanding harga runcit,” katanya pada satu sidang media yang turut dihadiri Pengasas Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan di Bangi.

Adnan berkata, kenyataan itu kemudian dikongsikan oleh pihak lain di Instagram dan TikTok sekaligus memberi pandangan umum yang buruk terhadap reputasi dan imej anak guamnya.

“Pihak yang disaman juga telah memfailkan pembelaan mereka,” katanya

Beliau berkata, anak guamnya bagaimanapun mendakwa, produk yang dijual pada harga rendah itu adalah bagi tempoh yang singkat untuk produk yang mempunyai kecacatan pada bungkusan atau hampir tamat tarikh luput. Dakwa beliau, langkah tersebut antara lain bertujuan memperkenalkan lagi produk berkenaan kepada orang ramai yang dapat membelinya pada harga rendah berbanding harga di pasaran. 


Plaintif Pertama adalah Syarikat Kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. manakala Plaintif Kedua merupakan pengarah dan pemegang saham tunggal bagi Plaintif Pertama iaitu Puan Afzalizah Nizam Azizan. Manakala, Defendan merupakan Bekas Ketua Ejen bagi syarikat Plaintif Pertama

Plaintif Pertama menjalankan perniagaan produk kosmetik dengan penjenamaan “Cubre Mi”. Produk utama yang diniagakan oleh Plaintif Pertama adalah bedak asas (foundation) yang mempunyai pelbagai jenis dan warna. Malah terdapat juga produk-produk sampingan dan edisi khas antaranya Eyeshadow Palette 4 in 1, Eyeliner Pencil, Lipmatte, Water Liptint dan Powder Blusher

Defendan telah memasuki “Perjanjian Leader Premier” bertarikh 08.12.2022 (“Perjanjian tersebut”) dengan Plaintif Pertama di mana Plaintif Pertama melantik Defendan untuk menjadi Ketua Ejen untuk menjaga penjualan produk-produk Plaintif Pertama di sesuatu kawasan di Kuala Lumpur, namun Defendan boleh menjual produk Plaintif Pertama kepada pihak yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur. 

Plaintif Pertama akan membuat tempahan dan pembelian produk-produk daripada pengilang Plaintif Pertama setiap bulan namun mengikut permintaan dan musim. Daripada keseluruhan tempahan dan pembelian produk-produk tersebut, akan terdapat sejumlah kecil yang mempunyai kecacatan (defect) seperti kecacatan pada pakej luaran mahupun dalaman produk-produk tersebut. Bagi produk yang tidak habis dijual, ianya mempunyai tarikh luput dan bagi produk yang tamat tarikh luput, ianya akan dilupuskan. 
Oleh itu, pada sekitar April 2024, Plaintif Pertama telah membuat keputusan untuk menjual produk-produk Plaintif Pertama yang mempunyai kecacatan dan produk yang hampir tamat tarikh luput pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Walaubagaimanapun, Defendan tanpa sebarang rujukan kepada Plaintif-Plaintif telah menerbitkan pernyataan-pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif melalui akaun media sosial Facebook Defendan.

Kesan dan akibat daripada tindakan Defendan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut, Plaintif-Plaintif telah menerima pelbagai komen-komen dan/atau pesanan-pesanan berbaur kebencian daripada pelbagai pihak termasuk individu-individu yang tidak dikenali





Nama Cubre Mi berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘cover me’. Istilah itu sesuai dengan produk kosmetik yang ingin dijual oleh syarikat kerana salah satu fungsi mekap juga adalah untuk melindungi cela di wajah dan memberi keyakinan kepada si pemakai. Produk pertama Cubre Mi dihasilkan pada tahun 2017 iaitu Cubre Mi Matte Full Coverage Foundation yang merupakan pencetus utama populariti Cubre Mi

Puan Afzalizah Nizam Azizan memulakan perniagaan pada 2017. Pada sekitar tahun 2018, syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. (Cubre Mi) memulakan perniagaan di media sosial dan pada ketika itu hanya ahli keluarga dan kenalan rapat menyokong perniagaan beliau dan membantu menjualnya. Perniagaan semakin maju, penghujung 2018 sistem ejen dan stokis diperkenalkan. Jenama Cubre Mi semakin dikenali dan popular. Produk-produk kosmetik Cubre Mi sehingga hari ini mendapat sambutan dan produk tersebut adalah seperti berikut:
Cubre Mi Liquid Foundation - Light, Ivory, Natural, Medium, Tanned & Deep TannedCubre Mi Stick Foundation - Light, Natural, MediumCubre Mi Contour Stick Sallywhoo X Cubremi Birthday EditionCubre Mi Compact Powder - Butter, Cheese, ChocolateCubre Mi Concealer Eraser - Light, Natural, Medium, TannedCubre Mi Loose PowdollCubre Mi Orange CorrectorCubre Mi Cocoa ContourCubre Mi HighlighterCubre Mi Sallywhoo Contour StickCubre Mi EyelinerCubre Mi Eyeliner Pencil - Black Jet, Champagne, White MilkyCubre Mi Eyeshadow Palette 2 in 1 - Cinnamon, Berries, ChocolateCubre Mi Eyeshadow 1.0 - Candyland, Cakeland, IcelandCubre Mi Eyeshadow 2.0 - Sweet Heart, Baby Love, Dear DarlingCubre Mi Eyebrow Pencil 2 in 1 - Light Brown, Dark BrownCubre Mi Brow Up - Light Brown, Dark Grey & Dark BrownCubre Mi Mariposa Liquid Blush - Enchanted, Courage, Charming, Blooming, MesmeriseCubre Mi Blusher Stick - Sassy, Sexy, ClassyCubre Mi Nelysa Powder Blush - Versatile, Lurve, Daring, SportyCubre Mi Powder Blush - Yes Sir!, Cheff Kiss!, I'm Sick!, Good Luck! Your Honor!Cubre Mi Duo Lipmatte - First Love, Sweet Memory, Be My Last, She Say Yes, Infinity, Glow Old TogetherCubre Mi Liptint - Peachy Soda. Fanta Orange, Pink Lemonade, Cola RedCubre Mi Lips Crayon - Nude, Orangey, Coral, BrowniesCubre Mi Ticer Ayien Latte Edition Stay Matte - Buttercream Latte, Mocha Latte, Ice Coffee Latte, Spanish Latter, Honey LatteCubre Mi I am Egg-cited Beauty BlenderCubre Mi Doll Skin Face & Body Instant Brightening LotionCubre Mi Makeup Remover Cleansing OilCubre Mi Beginner Set BoxCubre Mi Makeup BagCubre Mi Perfume
Pada tahun 2020, Puan Afzalizah Nizam Azizan yang merupakan suri rumah berjaya menjadi jutawan telah dianugerahkan NONA Superwoman Award 2020 untuk kategori NONA Best Entrepreneur Cosmetic Award bagi syarikat kosmetik Cubre Mi. Kejayaan ini tidak akan dimiliki jika semangat berpasukan di antara syarikat, pengasas yang berwawasan, ejen dan pelanggan yang setia. 
Untuk merealisasikan kejayaan syarikat dan menjadikan syarikat lebih profesional. Puan Afzalizah Nizam Azizan menghubungi Puan Azreen Azmi (AA) iaitu Penasihat Undang-Undang Perniagaan untuk menyediakan perjanjian bersama semua Ketua-Ketua Ejen Cubre Mi. Perjanjian bersama 15 Ketua Ejen Cubre Mi telah diadakan dan semua isi kandungan perjanjian telah dijelaskan. Semua Ketua Ejen Cubre Mi memahami dan menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 2020

Pada penghujung tahun 2022 perjanjian baharu iaitu “Perjanjian Leader Premier” disediakan dan semua ketua ejen memahami terma dan syarat serta menandatanganinya. Setelah banyak pencapaian dan kejayaan oleh Ketua Ejen di seluruh Malaysia, Syarikat Kosmetik Cubre Mi telah melakukan promosi dengan menaikkan papan iklan di lebuhraya dan memaparkan wajah Ketua Ejen sebagai tanda penghargaan. Ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk berniaga dengan lebih hebat lagi. 
Tahun 2024,  Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. menghubungi Peguam kerana berasa tidak selesa dengan hantaran media sosial yang diterbitkan oleh Bekas Ketua Ejen. Maka, LOD (Letter of Demand) pertama telah dihantar kepada bekas ketua ejen. Tetapi tidak diendahkan. Kemudian, pihak peguam mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian sebagai Ketua Ejen Cubre Mi dan LOD kedua. Menuntut permohonan maaf dan mengarahkan untuk memadam hantaran status di media sosial. 
Ini merupakan pengalaman pertama kali bagi Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. memfailkan saman setelah kerjasama tidak terhasil dari pihak defendan. Pada 24 Jun 2024 writ saman telah difailkan. 
Kenyataan balas dari Defendan menyatakan bahawa stok produk yang dimiliki oleh beliau tidak laku kerana jualan dalam LIVE Tiktok Shop dan menginginkan ganti rugi. Buat pengetahuan kalian semua, produk yang dijual kepada ketua ejen adalah lebih rendah dan pada pada harga istimewa dari syarikat Cubre Mi sendiri. Namun bekas ketua ejen, menginginkan Ibu Pejabat membayar balik ganti rugi pada harga runcit. Tidak cukup dengan hantaran di media sosial oleh bekas ejen, malah ejen kecil dibawah beliau juga turut memuat naik video ketidakpuasan hati mereka kepada syarikat kosmetik Cubre Mi. Video tersebut mendapat liputan 709.7K tontonan sehingga hari ini. Impak di media sosial sangat besar. Belum lagi baca dibahagian komen. Urut dada Ruby membacanya

Cubre Mi Terkenal dengan kosmetik bersaiz comel, bungkusan yang ceria dan dijual pada harga yang mampu milik oleh semua masyarakat. Cubre Mi terus melangkah dengan menghasilkan produk berdasarkan permintaan pelanggan. Selain itu, kolabrasi bersama pempengaruh media sosial tempatan juga memberi impak kepada jenama Cubre Mi. Di antara kolabrasi yang telah berjaya dilaksanakan adalah bersama Tiktokers Sallywhoo @ Nur Salihah Aimuni, Ticer Ayien, Watie Hanifiah, Nelysa. 
JUALAN DARI IBU PEJABAT BERLANGSUNG DI PLATFORM LIVE TIKTOK SHOP HANYA UNTUK PRODUK HAMPIR TAMAT TARIKH LUPUT DAN BUNGKUSAN YANG TIDAK SEMPURNASejujurnya, Ruby bukan ingin mengganggu proses siasatan atau proses perundangan tentang kes di antara Syarikat Kosmetik Cubre Mi dan Bekas Ketua Ejen. Ruby juga salah seorang pelanggan yang membeli Cubre Mi Eyeshadow Palette 4in1 ketika jualan murah di LIVE TikTok Shop. Tertarik dengan ulasan dalam media sosial dan kecomelan bungkusan produk Cubre Mi. Ini merupakan produk Cubre Mi yang pertama Ruby beli dan cuba. Ternyata warna pembayang mata ini memiliki liputan berpigmen. Pada pendapat Ruby, ia langkah pemasaran yang bagus dari Ibu Pejabat Cubre Mi agar produk lebih dikenali dan ini bakal membantu ejen-ejen Cubre Mi yang lain




Setiap pihak ada alasan yang kukuh. Akan tetapi, jangan sesekali melampau batas. Jika ejen-ejen tidak berpuas hati, gunakan saluran yang tepat. Tetapi jangan sebarkan fitnah dan salah faham kerana ia boleh menyebabkan banyak pihak tersinggung. Malah berpotensi menyebabkan kematian kerana buli di media sosial lebih bahaya. Nyawa menjadi taruhan. Orang yang meninggal itu jatuh pada tanggungjawab anda. Hanya dari perbalahan tentang produk yang dijual murah, ada anak yang kehilangan ibu bapa. 
Adalah sebaiknya kedua-dua pihak berbincang melalui peguam yang telah dilantik. Persoalannya, adakah produk Cubre Mi Eyeshadow 4 in 1 yang dijual melalui LIVE Tiktok Shop dari Ibu Pejabat Cubre Mi Sungai Petani yang galak di pertikaikan tidak terjual oleh Bekas Ketua Ejen dan Anak-Anak Ejen? Atau produk lain? 
Semoga dipermudahkan urusan bagi kedua-dua pihak. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/08/tular-fitnah-di-media-sosial-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pempengaruh Media Sosial Ditahan Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Pempengaruh Media Sosial Ditahan Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 153 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu Pempengaruh media sosial direman enam hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah bekas suami dan bekas madunya di sini Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 20 an itu dikeluarkan ...
Che Ta Bakal Risik Menantu Suka Pilihan Ammar Berhijab Amp Tak Main Media Sosial

Che Ta Bakal Risik Menantu Suka Pilihan Ammar Berhijab Amp Tak Main Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 137 hits
Pelakon drama Kiah Pekasam Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta bakal risik menantu pada minggu depan Che Ta juga akui dirinya berdebar menantikan acara merisik bagi anak sulungnya Ammar Effendy 28 tidak lama lagi Pun begitu Che Ta leg...
Bakal Menantu Berhijab Amp Tak Ada Media Sosial Rozita Che Wan Puas Hati Pemilihan Isteri Anak Sulung

Bakal Menantu Berhijab Amp Tak Ada Media Sosial Rozita Che Wan Puas Hati Pemilihan Isteri Anak Sulung

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 233 hits
Pelakon Rozita Che Wan memaklumkan dia bakal menerima menantu pertama apabila anak sulungnya Ammar Effendy sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta turut meluahkan ras...
7 Cara Menjadi Influencer Yang Baik Di Media Sosial Hingga Banjir Endorse

7 Cara Menjadi Influencer Yang Baik Di Media Sosial Hingga Banjir Endorse

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 207 hits
Sebagai seorang Influencer dituntut mampu meng influence masyarakat ke arah yang positif Lantas bagaimana cara menjadi influencer yang baik Tentunya ada banyak hal yang harus dijaga dan diusahakan Sebab perilaku dan sikap yang ditunjukkan o...
Ini Sebab Kenapa Pentingnya Kerajaan Perlu Kawal Selia Internet Dan Media Sosial

Ini Sebab Kenapa Pentingnya Kerajaan Perlu Kawal Selia Internet Dan Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 212 hits
Seperti semua sedia maklum Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah mengumumkan bahawa kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial social media serv
Hiburan Seeloknya Bermaaf Maafan Masing Masing Dah Tua Achey Bersuara Isu Perbalahan Sepah Di Media Sosial

Hiburan Seeloknya Bermaaf Maafan Masing Masing Dah Tua Achey Bersuara Isu Perbalahan Sepah Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 142 hits
Sedia maklum sejak beberapa hari yang lalu isu berkaitan pelawak Shuib Mamat dan Jep Sepahtu hangat di platform media sosial memandangkan masing masing memuat naik hantaran seakan akan memerli satu sama lain Tak memihak pada siapa siapa Isu...
Hiburan Teruk Dikecam Netizen Malaysia Di Media Sosial Shinji Nakano Terpaksa Mohon Maaf Jangan Hina Keluarga Saya

Hiburan Teruk Dikecam Netizen Malaysia Di Media Sosial Shinji Nakano Terpaksa Mohon Maaf Jangan Hina Keluarga Saya

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 179 hits
Gara gara dikecam dan dimaki dengan teruk oleh netizen Malaysia pelumba Jepun Shinji Nakano membuat permohonan maaf Tindakan netizen Malaysia yang meninggalkan pelbagai jenis yang dianggap buli siber terhadapnya membuatkan Shinji meminta ma...
Rafidah Diarah Bayar Rm250 Ribu Hantaran Fitnah Terhadap Datuk Haris

Rafidah Diarah Bayar Rm250 Ribu Hantaran Fitnah Terhadap Datuk Haris

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 129 hits
Sementara itu Haris ketika ditemui selepas di selepas prosiding berkata dia menarik lega dengan keputusan mahkamah hari ini apabila selepas tiga tahun dicemuh akibat hantaran fitnah itu Dengan keputusan hari ini dapat membersihkan nama saya...
Nampak Gaya Malaysia Bebas Ja Media Kritik Tak Apa Fitnah Jangan

Nampak Gaya Malaysia Bebas Ja Media Kritik Tak Apa Fitnah Jangan

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 91 hits
Tak pasti ucapan ni ataupun je gambar di internet Sebab di bawah sekali tu tertera Kalau iklan memang hebatlah kerajaan sekarang ni Dulu dulu pembangkang dapat ruang Jangankan iklan berita pun tak ada Kalau ada siarkan pun Zaman Macam ni pu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya