Tukar Tayar Di Lim Tayar Bangsar
Akhirnya Master menggantikan juga tayar Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi
Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar pada petang ini kerana tayar Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu salah sebuah dari 4 tayarnya selalu kekurangan angin
Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin.Semalam lebih teruk apabila tayar Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi. Master takut kalau tayar tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je
Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof, Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar yang terhampir, dengan harapan perkhidmatan mereka sama seperti Lim Tayar USJ
Tayar lembut Michelin Energy XM2 memang senyapMenyentuh tentang penggunaan tayar Michelin Energy MX2 yang dahulu dibeli dengan harga RM 180 tanpa GST, Master memang sangat berpuas-hati, kerana tayar lembut itu memang senyap di jalanan. Pada masa itu kesenyapan tayar menjadi salah-satu ciri penting pemilihan tayar oleh Master dan Mommy
Kali ini Master memilih tayar dari jenama Viking iaitu City Tech CT5 dengan harga RM 170 termasuk GST. Tadi semasa telefon harganya RM 165 termasuk GST tapi apabila sampai di sini dah naik RM 5. Mungkin ada unsur pencatutan harga oleh kedai Lim Tayar Bangsar
Semasa melihat tayar lama Micheline Energy XM2 itu dibuka, Master agak berbelah-bahagi juga nak cuba gunakan tayar Viking City Tech CT5 tersebut, namun akhirnya Master tetapkan pendirian untuk berikan peluang kepada tayar keluaran syarikat Viking yang 49% sahamnya dipegang syarikat Continental
Jika Continental fokus kepada tayar premium, Viking pula adalah tayar harga rendah, tapi tidaklah rendah sangat pun. Tambah RM 32 dah boleh dapat tayar Michelin sebab harga tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 tu dalam RM 202
Apa pandangan netizen berkenaan tayar Viking CityTech CT5?Tayar Viking CityTech CT5 ini mendapat review yang agak baik di forum-forum pengguna tayar tapi mereka ni memang selalu puji pilihan sendiri, tak boleh percaya sangat
Cuma tadi Master telah membaca beberapa berita baik berkenaan Viking di mana mereka adalah pembekal tayar musim panas dan musim sejuk di barat sehinggakan Continental melabur dalam syarikat tersebut
Semoga Master takkan menyesal dengan pemilihan tayar baru ini
Tayar mula dicabut pada jam 3:30 petang dan kami masih menunggu proses balancing dilakukan setelah kesemua tayar baru telah dipasang pada rim
*** Tedi, Lim Tayar Bangsar, jalan Tandok off Jalan Maarof pada 30 Mei 2016 jam 4:07 petang.Bacaan berkaitan dari sumber luar:zerotohundred.com: Viking Tyres launched in Malaysiacarsifu.com: Never heard of Viking Tyres? Now you haveviking-tyres.com: The brand history Malaysian Times: Continental aims to sell 500,000 Viking tyres Kiriman ini berkaitan dengan tukar tayar Saga baru di Lim Tayar Bangsar kepada tayar jenama Viking dan ada sedikit Tedi selitkan hal Lim Tayar review berkenaan tayar Continental Viking sedangkan tayar Viking bukan tayar Continental tetapi adalah anak syarikat mereka. Lim Tayar Bangsar adalah salah sebuah kedai tayar Bangsar. 30 Mei 2016
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/05/tukar-tayar-di-lim-tayar-bangsar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29