Tukar Kerajaan Sanusi Jangan Derhaka Titah Agong




Tukar kerajaan: Sanusi jangan derhaka titah AgongPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 09, 2023 ShareKenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Mat Nor yang menyatakan usaha usaha sedang dibuat untuk menukar Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kepada kerajaan baharu mendapat reaksi negatif rakyat.
Bagi Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu, perkataan Sanusi itu menjelaskan sikap tidak beretika dan membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong oleh pemimpin Pas ketika ini.
Katanya, Sanusi harus sedar Kerajaan Perpaduan yang wujud sekarang dibentuk atas nasihat Agong setelah Perikatan Nasional ‘jual mahal’ dan sombong enggan bekerjasama dengan PH.
“Tidakkah beliau sedar, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini dibentuk hasil titah nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Adakah Sanusi setuju penderhakaan dibuat terhadap titah dan nasihat Tuanku ini?
“Ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertungkus lumus berusaha untuk menstabilkan negara demi kepentingan rakyat dan negara, masih ada lagi pemimpin yang cuba mengulangi Langkah Sheraton yang telah dibuat awal tahun 2020  lalu.
“Tidak sedarkah beliau bahawa negara perlukan kestabilan politik untuk memulihkan ekonomi kita sekarang. Apatah lagi dunia bakal berhadapan dengan tahun kemelesetan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut menyeru kepada Sanusi dan Pas yang bijaksana hukum hakam Islam agar tidak lagi menyimpan niat untuk menganiaya rakyat dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan kembali ke era ketidakstabilan politik pada tempoh 2020 – 2022 lalu.
“Tidak sedarkah beliau betapa rosaknya negara apabila kita berada dalam kerajaan yang tidak stabil sepanjang dua tiga tahun lepas ekoran Langkah Sheraton sehingga kita ada tiga Perdana Menteri yang berbeza sepanjang tempoh berkenaan.
“Sebagai bekas ahli Pas, saya merayu kepada Sanusi lupakanlah kemaruk politik gila kuasa itu buat sementara. Berilah tumpuan untuk membangunkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh mereka itu.
“Bantulah orang-orang Melayu beragama Islam yang sememangnya majoriti dan ramai di ketiga-tiga negeri itu, agar benar-benar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.
Bagi Athirah, Pas yang mempunyai ramai ulama dalam parti berkenaan seharusnya lebih faham konsep takdir dan reda dengan ketentuan Ilahi
Sewajarnya, kata beliau, tumpuan Pas adalah memperbaiki kehidupan rakyat dan mencontohi sikap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi memberi bantuan banjir RM50 juta untuk Kelantan dan juga jumlah sama kepada Terengganu biar pun kedua dua negeri tersebut adalah pembangkang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/tukar-kerajaan-sanusi-jangan-derhaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Jangan Perjudi Nyawa Rakyat

Kerajaan Jangan Perjudi Nyawa Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 252 hits
KERAJAAN JANGAN PERJUDI NYAWA RAKYATTANGGUH PELAMCUNG DARIPADA CHINASUDAH TERDENGAR MEREKA DATANG MELANCONG AKHIRNYA TAK KELUAR DARI NEGARA INI YANG AKHIRNYA MENJADI WARGA NEGARA JANGAN KERANA NAK LAYAN PERTUMBUHAN EKONOMI MELALUIPELANCONG ...
Jangan Lupa Singgah Ke Kampung Agong Kalau Ke Pulau Pinang Lokasi Photoshoot Dan Berootd Paling Cun

Jangan Lupa Singgah Ke Kampung Agong Kalau Ke Pulau Pinang Lokasi Photoshoot Dan Berootd Paling Cun

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 344 hits
Rasanya Kampung Agong ni dah top kot Semua orang tau Lokasinya terletak di tanah besar Pulau Pinang bukan dalam kawasan pulau iaitu di Bakar Kapor Penaga Pulau Pinang Kalau korang nak tau Tempat ini mendapat nama dari pengasas tanah ini yan...
Lagi Tata Kelola Baik Kerajaan Diterajui Pm Anwar Syarikat Swasta Jangan Taja Lawatan Penjawat Awam Ke Luar Negara

Lagi Tata Kelola Baik Kerajaan Diterajui Pm Anwar Syarikat Swasta Jangan Taja Lawatan Penjawat Awam Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 166 hits
FAZLI RADZIUrusan perolehan kerajaan di bawah pentadbiran diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih berakauntabiliti dan mencerminkan tata kelola baik susulan ketetapan terbaharu oleh Perbendaharaan Pembiayaan kos pen...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua