Tukar Kepada Hamba Rakyat



Tukar kepada hamba rakyat. BETUL katanya Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika diwawancara bersama The Sydney Morning Herald dan The Age.
Katanya, beliau mengaku yang rakyat sudah kurang percaya dengan Perintah Kawalan pergerakan (PKP).
Ini katanya, disebabkan adanya menteri yang melanggar prosedur operasi standard (SOP). Pelanggaran ini katanya merosakkan kredibiliti PKP penuh itu sendiri.
Saya bersetuju juga dengan kata-kata beliau. Bukan sahaja rosaknya kredibiliti PKP tetapi merosakkan kepercayaan rakyat kepada menteri itu sendiri. Rakyat mungkin sudah hilang sabar dan tangkap muak dengan menteri. Kita boleh sahaja membacanya di hantaran media sosial.
Ada sahaja terpapar berita tentang tidak mematuhi SOP, membuat kenyataan mendahului akal, dan ada juga yang ajuk-ajuk untuk mempersendakan rakyat jelata yang susah kononnya untuk menunjukkan simpati dan ini menyebabkan rakyat jelata semakin marah.
Orang politik memang banyak akal. Mereka ini ada agenda. Dan mereka ini juga mungkin pembaca buku Machiavelli yang tahu selok belok untuk kekal berkuasa dan mempengaruhi rakyat jelata supaya kekal menyokong mereka. Mereka tidak akan merasa bersalah pun.
Mereka tahu, apa yang perlu mereka buat hanya memohon maaf dan membuat kenyataan berikrar tidak akan melakukannya lagi. Apabila didenda, tidak ada masalah bagi mereka untuk membayarnya. Setakat denda RM2000, boleh sahaja dibayar bila-bila masa.
Kemudian, untuk kembali mengambil hati rakyat, mereka akan membuat pengumuman itu dan ini, hendak beri itu dan ini untuk meyakinkan rakyat jelata. Kononnya lagi yang mereka ini, telah insaf dan berharap rakyat bersimpati.
Maka rakyat jelata yang telah sedia susah, apabila diberi bantuan itu dan ini, diiringi dengan kata-kata manis, dijanjikan bulan dan bintang, maka terpesonalah mereka. Maka dengan mudahnya akan lupalah segala kesalahan yang telah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat ini.
“Mereka dah minta maaf tu, dah kena denda pun, eloklah kita maafkan mereka,” kata kawan saya.
Terpaksa ‘bohong sunat’ untuk bawa ibu dapatkan suntikan vaksin

“Ha, mereka pun sanggup korbankan gaji tiga bulan untuk bantu rakyat,”kata seorang lagi kawan saya. Saya pun tidak tahu entah apa ceritanya cadangan untuk memotong gaji menteri-menteri ini. Sudah habis tempoh potongan agaknya.
Seperti kawan-kawan saya, maka rakyat jelata juga akan memuji akan wakil rakyat ini bagus, prihatin dan baik hati. Wakil-wakil rakyat pula akan uar-uarkan akan bantuan mereka kepada rakyat. Rakyat jelata pula akan bercerita hebatnya wakil rakyat dan menteri ini yang tidak lupakan mereka. Bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Melayu mudah lupa.
Wakil rakyat yang juga menteri ini memang licik dan penuh dengan strategi. Mereka boleh sahaja berbohong tidak melakukan sesuatu perkara kepada rakyat, walaupun terang-terang telah terbukti. Dan apabila terbongkar benar, sekali lagi mereka mengaku pula tanpa rasa bersalah.
Rakyat jelata akan marah dengan mereka ini, tetapi mereka tahu yang rakyat mudah lupa. Rakyat akan lupa apabila mereka mengungkit akan jasa-jasa mereka dan memberi janji kononnya akan tetap membela nasib rakyat jelata.
Mereka tahu rakyat akan lemah sendi lututnya, apabila berasa terhutang budi dengan diberi bantuan itu dan ini. Hati rakyat jelata yang sedang menggelegak pun boleh sahaja disejukkan persis ais kacang apabila tiba masanya. Sedangkan memang itu tugas mereka yang sepatutnya bukan untuk diungkit tetapi, adalah tanggungjawab.
Justeru, saya mencadangkan selepas ini, kita tidak lagi menggunakan gelaran wakil rakyat kepada mereka. Elok sahaja mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat dipanggil sahaja dengan gelaran hamba rakyat.
Apabila berlangsung majlis-majlis rasmi bersama rakyat jelata elok dicetak pada gegantung ‘Majlis Penyerahan Wang Ihsan Oleh Yang Berkhidmat Hamba Rakyat Dato’…’, contohnya. Dengan adanya gelaran ‘Hamba Rakyat’, maka mereka ini akan sedar diri, insaf dan tidak mengungkit-ngungkit lagi. Mereka akan sedar akan diri mereka ini dipilih rakyat dan bekerja untuk rakyat.
Kepada wakil rakyat dan menteri, eloklah sentiasa bermuhasabah diri. Moleknya jika sentiasa berfikir tentang kuasa yang diamanahkan berat tanggungjawabnya. Jangan digunakan sewenang-wenangnya untuk memanipulasi rakyat jelata hanya kerana tamakkan kuasa.
Kalau tidak, apabila tibanya pilihan raya seterusnya nanti, seperti katanya pepatah Melayu lama, rakyat jelata tidak akan teragak-agak untuk tidak akan lagi memberi barang kepada tangan kera.
* Faisal Muhamad ialah seorang jurutera kanan di sebuah syarikat lebuh raya
Tukar kepada hamba rakyat Baca Artikel Menarik :
Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan Isteri Misbun Sidek meninggal dunia Resepi Ayam Kung Pao Juicy Layari Laman Facebook MYKMU
Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

 
The post Tukar kepada hamba rakyat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/24/tukar-kepada-hamba-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Khas Parlimen Ku Li Mohon Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

Mesyuarat Khas Parlimen Ku Li Mohon Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 232 hits
Astro AwanJulai 27 2021 13 35 MYTTengku Razaleigh menegaskan dari awal beliau tidak pernah menyokong atau bersama sama dengan kerajaan yang ditubuh yan mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional Gambar failKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musa...
Cara Tukar Password Maybank2u Cimb Clikck Rhbnow I Rakyat Bank Islam Mybsn Agronet Pbe Bank

Cara Tukar Password Maybank2u Cimb Clikck Rhbnow I Rakyat Bank Islam Mybsn Agronet Pbe Bank

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 946 hits
CARA TUKAR PASSWORD MAYBANK2U CIMB CLIKCK RHBNOW I RAKYAT BANK ISLAM MyBSN AgroNet PBE BANK Penggunaan Online banking memang menyenangkan kita untuk membuat proses pembayaran pemindahan wang penyemakan baki akaun dan sebagainya Untuk mengak...
Keputusan Putrajaya Benarkan Kilang Beroperasi Bunuh Rakyat Kata Mb N9

Keputusan Putrajaya Benarkan Kilang Beroperasi Bunuh Rakyat Kata Mb N9

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 184 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Keputusan kerajaan pusat membenarkan kilang beroperasi tanpa kawalan sewajarnya ketika kes Covid 19 mendadak umpama mengikat tangan dan kaki kerajaan negeri dalam perang melawan wabak kata Menteri Besar Negeri Sem...
Senate President Has No Say On Confidence Motion In Dewan Rakyat Mp

Senate President Has No Say On Confidence Motion In Dewan Rakyat Mp

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 268 hits
Senate president Rais Yatim has no jurisdiction over the Dewan Rakyat said Sepang MP Hanipa Maidin This is after Rais was quoted as saying that the Dewan Rakyat s standing orders would not allow for a motion of no confidence to be heard Is ...
Apakah Kesusahan Rakyat Hanya Bahan Jenaka Buat Mahiaddin

Apakah Kesusahan Rakyat Hanya Bahan Jenaka Buat Mahiaddin

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 181 hits
Saya telah melihat satu rakaman yang tular mengaitkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Mahiaddin Yassin yang mempersenda inisiatif BenderaPutih rakyat pada majlis Pelancaran Bakul Makanan Prihatin Negara Dalam rakaman tersebut jelas beliau ...
Piagam Rakyat Akan Kerjasama Calon Bebas Bertanding Pru15

Piagam Rakyat Akan Kerjasama Calon Bebas Bertanding Pru15

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 134 hits
Piagam Rakyat akan kerjasama calon bebas bertanding PRU15 Sebuah badan yang tidak yakin dengan konsep kepartian sedia bekerjasama dengan individu yang sedia bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke 15 Diberi nama sebagai Pia...
Senarai Bantuan Pemulih Boleh Mohon Untuk Rakyat Dan Peniaga Yang Terjejas Semasa Pkp

Senarai Bantuan Pemulih Boleh Mohon Untuk Rakyat Dan Peniaga Yang Terjejas Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 367 hits
Pakej Perlindungan Rakyat Pemulihan Ekonomi telahpun di umumkan Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia PEMULIH adalah bantuan tambahan untuk rakyat dan perniagaan bertahan dalam tempoh Pelan Pemulihan Nega...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas