Tujuh Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Dalam Islam Penting Bakal Mak Ayah Tahu


Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel? Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak.
Ikuti panduan ini:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
(49)لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ
(50)أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

1. AZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. TAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak ada kurma untuk mentahnik, boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

3. BERI NAMA PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang dipanggil ‘cukur jambul’.
Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.
Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.

5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.

7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Tujuh Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Dalam Islam, Penting Bakal Mak Ayah Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tujuh-sunnah-sambut-kelahiran-bayi-dalam-islam-penting-bakal-mak-ayah-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pendapatan Saya Tu Rezeki Mak Ayah Iman Troye Tak Kisah Bagi Semua Duit Gaji Pada Ibu

Apa Pendapatan Saya Tu Rezeki Mak Ayah Iman Troye Tak Kisah Bagi Semua Duit Gaji Pada Ibu

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 95 hits
Bukan sekadar penyanyi comel bersuara lunak Iman Troye juga seorang anak yang penuh rasa hormat dan percaya pada ibu bapa Dalam sebuah sesi temu bual bersamanya penyanyi lagu Teman ini meluahkan pendapat tentang isu buli yang semakin membim...
Mak Bapak Doa Hari Hari Jangan Berkira Usah Kedekut Ibu Ayah Magnet Rezeki Anak Anak

Mak Bapak Doa Hari Hari Jangan Berkira Usah Kedekut Ibu Ayah Magnet Rezeki Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 51 hits
Bila cakap pasal rezeki ramai antara kita terus bayangkan duit masuk sales padu atau job datang bertubi tubi Tapi kadang kadang kita lupa salah satu pintu rezeki paling powerful sebenarnya datang dari senyuman ibu dan reda seorang ayah Kong...
Nampak Remeh Tapi Mak Ayah Tak Tahu Pun Benda Ni Buat Anak Bahagia

Nampak Remeh Tapi Mak Ayah Tak Tahu Pun Benda Ni Buat Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 101 hits
Dalam kesibukan kerja urusan rumah tangga dan kehidupan yang tak pernah habis kadang kadang kita terlupa anak anak tak perlukan benda mahal untuk rasa disayangi Apa yang mereka perlukan cuma kehadiran dan perhatian daripada kita Dan selalun...
Kuat Main Mobile Legends Indonesia Cadang Hantar Pelajar Kaki Game Samseng Amp Kuat Melawan Mak Ayah Ke Kem Tentera

Kuat Main Mobile Legends Indonesia Cadang Hantar Pelajar Kaki Game Samseng Amp Kuat Melawan Mak Ayah Ke Kem Tentera

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 90 hits
Gabenor Jawa Barat Dedi Mulyadi tampil dengan pendekatan tersendiri bagi menangani sikap pelajar yang semakin sukar dikawal Antara isu disiplin yang dikenal pasti termasuk pelajar yang ketagih bermain Mobile Legends hingga lewat malam kerap...
Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 118 hits
Sebab terlalu takut anak belajar menipu Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang Kalau ikut logik mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah mendidik Tapi...
Eh Kenapa Doktor Kejutkan Bayi Bukan Sakiti Bayi Ini Ujian Penting

Eh Kenapa Doktor Kejutkan Bayi Bukan Sakiti Bayi Ini Ujian Penting

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 88 hits
Bayi baru lahir memang penuh keajaiban Walaupun tubuhnya kecil setiap pergerakan dan reaksi ada makna tersendiri Salah satu perkara penting yang dilakukan oleh doktor selepas bayi lahir ialah mengujinya dengan refleks kejutan atau dalam ist...
Tips Penting Buat Ibu Dan Ayah

Tips Penting Buat Ibu Dan Ayah

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 117 hits
TIPS PENTING IBU AYAH1 Jangan makan maggi depan anak 2 Jangan bagi kenal YouTube Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan pulak Sekat apa yang boleh sekat 3 Letak pen pensel...
Kerajaan Pahang Peruntuk Rm1 66 Juta Untuk Bakal Jemaah Haji Jemaah Terima Wang Saku Rm750 Setiap Seorang

Kerajaan Pahang Peruntuk Rm1 66 Juta Untuk Bakal Jemaah Haji Jemaah Terima Wang Saku Rm750 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 58 hits
PEKAN Seramai 1 725 bakal jemaah haji di Pahang pada tahun ini menerima sumbangan wang saku berjumlah RM750 setiap seorang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inisiatif itu bermula pada 2023 yang sebelum ini menyaks...
Pesanan Buat Yang Bakal Berkahwin

Pesanan Buat Yang Bakal Berkahwin

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 37 hits
Pesanan buat yang bakal mendirikan Mahligai Cinta Perkahwinan bukan sekadar rasa cinta sahaja Ia lebih dari itu credit WEDPapaers
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord

Quantum Batteries The Future Of Ultra Fast Sustainable Energy Storage

Tanda Parental Burnout Ibu Ayah Pun Perlukan Rehat

Is 65 The New 40 Rethinking Retirement In Malaysia Strategy For Success Or Disaster


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Tidak Bekerja Dari Rumah

Packaging Pastry Eksklusif Tingkatkan Daya Tarikan Produk Anda

Rasulullah Saw Contoh Teladan Baik Sepanjang Zaman

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Resipi Kek Minyak Kukus Yang Lembut Gebu Buat Pun Senang

Pemilihan Pkr 2025 Nurul Izzah Mendahului 3000 Undi