Tuhan Menjawab Penghina Siti Sarah Dengan Cara Yang Amat Indah


Bersalin di dunia, berpantang di syurga. Ditidurkan di dunia, terjaga di syurga. Begitulah lebih kurang kisah yang dikaitkan dengan Siti Sarah Raissuddin. Pun begitu hal-hal ghaib dan alam akhirat sudah pasti tertakluk secara mutlak kepada kehendak Yang Maha Esa.


Yang tular sekian lama jika si suami memanggil isterinya bidadari ialah Ebit Lew. Panggilan romantis suami terhadap isteri disaran persis Rasulullah SAW memanggil Siti Aisyah sebagai Ya Humaira bermaksud 'wahai si merah jambu'.

Lalu, hijab kita bagaikan dibuka selepas kepergian Siti Sarah apabila ramai menyifatkan penghibur itu bak bidadari.

Sejurus selepas jenazah Siti Sarah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, bertali arus akhbar dan media sosial memuji-muji kebaikan dan budi pekerti penyanyi tersebut.

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, adalah antara tokoh berprofil tinggi yang turut mengutus takziah.

Kalangan pelakon dan penyanyi juga tidak terkecuali. Ada yang menitiskan air mata. Misalnya Siti Nurhaliza yang sebak ketika menyanyikan lagu Bidadari Syurgaku secara maya mengenangkan Siti Sarah.

Ramai wartawan juga berkongsi momen masing-masing bersama Siti Sarah lalu satu demi satu kebaikan dilakukan arwah - termasuklah korban di Palestin - diceritakan.

Tak mudah membawa diri

Berita kematian Siti Sarah dikongsi seorang instafamous Korea Selatan dan dimuat di portal BBC News.

Namun lebih mahal ialah solat jenazah ghaib yang dilaksanakan di Masjidil Haram sepertimana dikongsi suaminya, Shuib.

Bukan calang-calang artis kita itu rupanya kerana berita kematiannya disiar di BBC News dan dapat solat ghaib dari Tanah Suci.

Apakah istimewanya Siti Sarah yang kita tidak - atau belum - tahu?

Lalu apakah amalan Siti Sarah hinggakan darjatnya diangkat sebegitu mulia?

Manusia itu fitrahnya memang selalu alpa dan lupa. Justeru dalam limpahan puji-pujian yang dihamparkan buat Siti Sarah, bagaimana agaknya orang-orang keji yang selama ini selalu menghina dia?

Bukan mudah membawa diri sebagai Siti Sarah apabila sering dijadikan bahan cercaan dan dipersenda sejak di sekolah rendah sehinggalah menjadi artis.

Seorang rakan Siti Sarah ketika mereka sama-sama menuntut ilmu di Sekolah Rendah AU Keramat, Farrah Nadzirah Kamal (gambar), berkata peyanyi terbabit memang periang namun kurang menyerlah jika dibandingkan dengan Nurfatimah yang juga belajar di situ.

Antara isu yang selalu menjadi bahan sendaan orang ialah aspek fizikal Siti Sarah. Dia selalu diejek kerana itu.

Di peringkat awal menjadi artis pun Siti Sarah selalu dipersenda. Cuma mungkin kerana itu belum ada media sosial, kebiadaban cercaan itu tidaklah terlalu teruk. Atau ia tidak tersebar dengan meluas.

Tak boleh hadapi tekanan

Selepas ada media sosial, ia menjadi lebih serius sehinggakan ada dua tiga kali Siti Sarah tampil bagi jawab penghinaan netizen terbabit. Malah ada antara orang yang menghina itu adalah wanita bertudung.

Siti Sarah menjawab: "Masuk sekolah rendah dah biasa, masuk sekolah menengah? Hampir setiap hari kena ejek (tentang) hidung, hidung, hidung. Sampai kadang-kadang mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai baru naik bas.

"Pernah terlintas di hati, aku nak pergi buat (pembedahan) hidung supaya orang tidak boleh cakap lagi, tapi apabila fikir balik cantik bagaimana (pun) orang akan kutuk."

Tidak seperti segelintir artis, Siti Sarah reda dengan kurniaan Tuhan. Maka dia tetap bersahaja dan tidak perlu membuat pembedahan plastik bagi mencantikan hidungnya.

Perihal gigi Siti Sarah pula dia pernah diperli seorang netizen: "Buat treatment (rawatan) apa untuk rapatkan gigi yang jarang tanpa memakai braces (pendakap)?"

Pada Januari 2018, warna kulit Siti Sarah dipersoalkan.

Lalu dia menjawab: "Ramai yang kutuk Sarah kata sebenarnya Sarah hitam tetapi edit gambar. Secara jujurnya saya memang tidak putih macam orang putih. Tapi kalau nak bandingkan dulu memang saya lebih cerah sekarang sebab saya mengambil produk. Saya pakai losyen, sabun dan pil untuk kulit lebih cerah.."

Mac 2018 penjelasan Siti Sarah kepada netizen yang menghina dan mengutuknya agak beremosi apabila dia menulis: "Awak tak hadap apa yang saya hadapi. Saya memang kuat untuk hadapi banyak benda. Tetapi saya tahu ramai orang yang tak boleh hadapi tekanan apabila dikutuk dipanggil gorila, negro, badak, ba*i dan seangkatan dengannya. Siapa yang tahan..."

Nah, sekarang apakah kita faham mengapa kedudukan Siti Sarah itu diangkat? Harus diingat sehebat mana pun manusia ini, kita tetaplah hamba.

Tidak ada hak untuk kita menghina dan mengutuk paras rupa seseorang insan itu.

Hal ini sudah diperjelaskan dalam Surah al-Hujurat ayat 11: "Wahai orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermainkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi kaum yang dipermainkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula ada golongan perempuan yang mempermainkan perempuan yang lain (kerana) boleh jadi perempuan yang dipermainkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran buruk. Dan barang siapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Jelaslah di sini, kepulangan Siti Sarah ke alam abadi bukan sekadar berita sedih buat ramai orang. Bahkan ia adalah sindiran Tuhan buat jari-jari jahat manusia yang sebelum ini mengejek, mengutuk dan menghina Siti Sarah.

Tuhan menjawab penghinaan mereka itu dengan cara yang amat indah. Al-Fatihah.

BACA INI JUGA: Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke SyurgaKeistimewaan Wanita Di sisi Islam Berbanding Lelaki
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/08/kemuliaan-siti-sarah-raissuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Minta Saya Sedekahkan Rm30 000 Ibu Tiri Ded4h Hasrat Terakhir Siti Sarah

Dia Minta Saya Sedekahkan Rm30 000 Ibu Tiri Ded4h Hasrat Terakhir Siti Sarah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 804 hits
Pemerg1an Allahy4rhamah Siti Sarah Raisuddin pada hari Isnin lalu sangat men1nggalkan kesan buat kita semua
Anak Ketiga Shuib Cerita Jumpa Siti Sarah Dalam Mimpi Balik Rumah Bawa Baby Ayash Affan

Anak Ketiga Shuib Cerita Jumpa Siti Sarah Dalam Mimpi Balik Rumah Bawa Baby Ayash Affan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 387 hits
Ibu datang balik rumah bawa Ayash Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enamtahun Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu hal itu dikongsikan saat dia se...
Abang Siti Sarah Telah Sedarkan Diri

Abang Siti Sarah Telah Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 174 hits
Abang Siti Sarah telah sedarkan diri Shuib memanjatkan kesyukuran selepas abang iparnya Ahmad Firdous Raissuddin sudah sedarkan diri selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang Selangor akibat Covid 19 semalam Pelakon dan bekas...
Video Nama Kakak Sarah Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

Video Nama Kakak Sarah Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 565 hits
Sejak beberapa hari pemergian Allahyaham Siti Sarah pelbagai berita dan kisah tentang kebaikan allahyarham yang diceritakan di media massa
Macam Mana Awak Mengorat Sarah Dulu Ib Remy Ishak Imbau Kisah Cinta Shuib Dan Siti Sarah

Macam Mana Awak Mengorat Sarah Dulu Ib Remy Ishak Imbau Kisah Cinta Shuib Dan Siti Sarah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 332 hits
Masih terasa kehilangan Allahyarham Siti Sarah pemergian srikandi Covid 19 ini akan diingati sampai bila bila apatah lagi bertarung nyawa melahirkan anak bongsunya bersama Shuib
Inikah Tanda Syahid Siti Sarah Tanah Perkuburan Menjadi Saksi

Inikah Tanda Syahid Siti Sarah Tanah Perkuburan Menjadi Saksi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 503 hits
Berita mengenai figura terkenal Siti Sarah Raissuddin ternyata telah memberi kesan yang begitu mendalam kepada rakyat Malaysia
Potret Khat Dedikasi Buat Allahyarham Siti Sarah

Potret Khat Dedikasi Buat Allahyarham Siti Sarah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 237 hits
MyMetroMutakhirShare TweetMUHAMMAD Rosyaimi menunjukkan potret khat dedikasi buat Allahyarham Siti Sarah FOTO Ihsan Muhammad Rosyaimi Amirul Faiz JailaniEkhwan Haque Fazlul Haqueekhwan hmetro com myHulu Terengganu Kehilangan penyanyi Siti S...
Kisah Di Sebalik Jubah Siti Sarah

Kisah Di Sebalik Jubah Siti Sarah

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 1264 hits
Kisah Di Sebalik Jubah Siti SarahAl fatihah buat Allahyarham Siti SarahBerkongsi momen menyentap jiwa Siti Fatimah atau lebih mesra dengan panggilan Makde berkata arwah memberitahunya mahu berehat pada Ogos
Netizen Korek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah Dah Kenapa Pula Tu

Netizen Korek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah Dah Kenapa Pula Tu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 451 hits
Beberapa status tulisan abang kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Ahmad Firdous Raissuddin yang pernah ditulis sejak tahun lalu tular di Twitter sejak semalam
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat