Tugas Ujian Dan Hikmah Sesebuah Perkahwinan
Dalam Al Quran, suami jelas tugasnya sebagai pemimpin. Dan isteri sebagai yang dipimpin. Jika ada yang kurang dalam perkahwinan, ia perlu ditutup dengan banyaknya mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan ibadah.
Baik isteri juga suami. Perlu kembali bersandar hanya kepada Allah
Si isteri perlu faham yang beri rezeki hanya Allah, bukan suami
Meminta duit gaji dari suami - jelas tiada dalam Al Quran.
Yang ada, si isteri perlu sentiasa meminta kepada Allah dengan jalan DOA
Berdoa Allah kurniakan rezeki yang berkat
Berdoa Allah kurniakan rezeki yang mencukupi
Berdoa Allah lembutkan hati suami, supaya terus menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dengan amanah
Tanggungjawab suami yang wajib --
Menyediakan tempat berteduh (rumah)Menyediakan makanan (barang keperluan dapur)Menyediakan pakaian
Selebihnya, jika tak disediakan asbab kekurangan kewangan, isteri perlu bersabar
Jika suami tidak mampu lagi, doa pada Allah supaya diberi kemampuan
Berdoa meminta pada Allah
Bukan cuma cari salah suami sahaja
Kerana sebagai manusia, kita semua berpotensi membuat kesalahan.
Baik suami
Baik isteri
Juga anak-anak
Semuanya tidak akan pernah bebas dari dosa dan kesalahan.
Doakan kesihatan, kesejahteraan suami
Supaya dapat terus menyediakan apa yang diperlukan
Jika bergantung pada suami, Suami (manusia) itu tidak kekal. Sampai masa, Allah akan matikan. Kita hilang juga tempat pergantungan
Tetapi jika bergantung hanya pada Allah,Allah itu kekal
Walaupun suami sudah tiada,Kita masih ada Allah.
Allah Yang -- Maha Pemberi Rezeki
Maha Mencukupkan
Maka, mindset perkahwinan itu juga perlu di ubah
Dari bergantung kepada suami kepada bergantung hanya kepada Allah
---------Ter'komen di atas ini, asbab terbaca perkongsian seorang sahabat tentang "isteri menjadi orang gaji suami"
Secara jujurnya, saya rasa tidak selesa membaca perkongsian tentang sesuatu yang di hukum secara sehala
Dan akibat perkongsian begini, ramai yang terkesan pemikirannya dengan ;
"Takutlah nak kahwin camni""Risaunya dapat suami yang tah hape-hape"
"Ini yang buatkan taknak kahwin ni"
Walhal perkahwinan itu terwujud, atas dua jiwa
Suami juga isteri
Dan apa sahaja takdir yang Allah kurniakan kepada kita, itu semua adalah takdir yang terbaik buat kita
Kerana Maha Suci nya Allah - maka, segala perbuatannya juga suci, jauh dari tindakan tercela
Jika Allah kurniakan kita suami pemarah, siang nalam pagi petang asyik nak marah ; sebenarnya ini petanda yang Allah hendak naikkan darjat kita kepada yang lebih tinggi,
Dengan menjadikan kita sebagai seorang yang penyabar
Memang tidak mudah untuk mengaplikasikannya
Di sebabkan itu, perlu kepada praktis
Hari ini praktis sedikit, esok praktis sedikit
Hari ini tahan sabar, esok tahan lagi
Dan akhirnya, kita dapat mengaplikasikannya ke dalam diri kita sepenuhnya
Sikap penyabar itu, kebaikannya akan menuju kepada diri kita juga
Bukan tahan sabar untuk tunjuk bagus. Konon kita isteri yang terpaling bagus
Menjadi penyabar kerana itu lah antara cara kita mendepani sebarang ujian dan dugaan di dalam kehidupan - yang di tuntut di dalam Islam, melalui petunjuk Al Quran.
Suami itu kan ujian
Anak-anak itu kan juga ujian
Maka, apabila Allah ciptakan ke-marahan bukan untuk tujuan kita menghukumi manusia lain atas sikap panas barannya
Tapi, supaya diri kita terus terpasak kukuh sikap kesabarannya
Kerana, nilai syurga itu sungguh tinggi
Hendak masuk ke dalam nya,Perlu pembuktian kepada Allah bahawasanya kita beriman hanya kepadaNya
Maka, salah satu bentuk keimanan,Adalah mengikut segala apa yang Allah firmankan
Sabar dan syukur itu termasuk antara salah satu SURUHAN Allah
Maka, jika diikuti - kerana Allah - pasti ada nilaian pahala dan ibadah nya
Oleh itu, sebenarnya --Medan rumahtangga ini ; memerlukan kita banyak bersandar hanya kepada Allah
Suami suka buat hal
Kembali pada Allah dengan jalan DOA
Bukan marah atau tinggi suara dengan suami, lalu diviralkan
Suami baran
Kembali pada Allah dengan jalan solat. Jika hendak menangis sambil mengadu dan mengeluh pada Allah, lakukan sahaja
Kerana mengeluh pada Allah, tiada salahnya
Yang salah apabila kita mengeluh kepada manusia
Suami culas dengan tanggungjawab
Kembali pada Allah dengan jalan solat, doa dan sabar.
Apabila kita lakukan kesemua ini dengan BENAR. Bukan sekadar ritual, pasti pertolongan Allah itu akan sampai.
"Eleh! Cakap senang lah"
Sebab susah lah, kita dituntut untuk berjihad setiap hari
Berjihad melawan hawa nafsuBerjihad memerangi shawat
Kerana segala tindakbalas dan respon yang tidak mengikuti jalannya wahyu / Al Quran,
Pasti ia bersumber dari jalannya syaitan
Maka, teruskan meminta petunjuk dari Allah
Teruskan belajar ilmu yang benar
Dan teruskan berdoa supaya Allah meringankan tubuh badan kita untuk mengamalkannya
Hakikat nyata ; setiap yang berkahwin - tidak pernah mengimpikan penceraian
Maka, setiap perkahwinan yang di atur dan di takdirkan oleh Allah,
Dengan ikhtiar kita sebagai manusia berpandukan petunjuk Al Quran,
Mudah-mudahan rumahtangga yang penuh dengan ujian itu, saat kita bersandar sepenuhnya kepada Allah,
Allah gantikan setiap ujian kesulitan itu dengan kemanisan - sehingga akhirnya, walaupun yang hadir pahit, tetap di rasakan manis asbab berkah nya sebuah rumahtangga itu
#renirahmat
PS: Puan Reni Rahmat pernah saya kenali dahulu di sebuah group Charity Amal till Jannah, ketika itu beliau merupakan seorang pengusaha roti yang berjaya, memasuki IKS dan menulis sebuah ebook bertajuk "Berniaga Cara Nabi" . Kini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, menulis tentang kehidupan mengikut cara Nabi dan Islam sepenuhnya. Sungguh ilmu dan penulisan beliau amat saya sukai. Insya Allah saya kongsikan nota beliau di sini atau boleh juga pembaca follow channel Whatsapp, Puan Reni Rahmat di sini https://whatsapp.com/channel/0029VaJNKvG7IUYVpXtJF21i Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2024/03/tugas-ujian-dan-hikmah-sesebuah.html