Tugas Kuarantin Berakhir Ditc Terengganu Dikembalikan


Hazri (dua dari kiri) menerima kunci sebagai simbolik penyerahan tersebut.Oleh: Alfian Mamad

KEMAMAN, 28 Jun - Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman menyerahkan kembali Darul Iman Training Centre (DITC) di Telok Kalong kepada pengurusannya setelah ianya diwartakan sebagai Pusat Kuarantin Khas COVID-19 di daerah Kemaman sejak 16 Mac lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, pusat kuarantin itu telah menyaring seramai 416 orang di mana pecahan jantinanya adalah seramai 288 orang lelaki dan 128 orang perempuan yang disahkan negatif virus itu.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd Anuar Abd. Rahman berkata, tiada kes positif COVID-19 dikesan di sini dan ianya selamat diduduki untuk kegunaan awam setelah bangunan tersebut melalui proses pembersihan dan disinfeksi oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Bomba Kemaman.

Dr. Mohd Anuar Abd. Rahman."Sepanjang tempoh kami beroperasi di sini, tiada seorang pun yang dikesan sebagai pesakit yang positif COVID-19, kami hanya menyaring mereka yang disyaki negatif virus tersebut.

"Terima kasih kepada pengurusan DITC yang membenarkan kami menggunakan kemudahan ini seumpama hotel lima bintang dan ianya selamat digunakan kepada umum setelah melalui proses disinfeksi oleh pihak kami dan akhirnya oleh pihak Bomba," katanya.

Majlis Penyerahan Semula itu diadakan di Dewan Kuliah DITC Telok Kalong dan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi DITC, Hazri Jusoh menzahirkan jutaan tahniah kepada semua barisan hadapan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu cemerlang dalam menangani pandemik COVID-19 di Kemaman.

Hazri Jusoh."Saya sebagai wakil DITC mengucapkan setinggi tahniah kepada para petugas, badan bukan kerajaan dan terutama agensi kerajaan yang  bertungkus lumus membendung penularan virus tersebut di daerah kita ini.

"Kami juga yakin dan percaya bahawa tempat ini telah selamat sepenuhnya untuk digunakan oleh umum setelah diberi penerangan dan keyakinan oleh pihak berkelayakan iaitu Pejabat Kesihatan Daerah dan Bomba Kemaman," ujar beliau lagi.

Hazri yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan (DUN) Kijal berharap agar pihak kerajaan dan swasta tidak teragak untuk menghantar dan menggunakan perkhidmatan DITC sebagai kemudahan latihan untuk kakitangan mereka.

Turut hadir di majlis tersebut, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Jusman Ibrahim dan wakil-wakil semua agensi kerajaan yang terlibat.

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/06/tugas-kuarantin-berakhir-ditc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hartanah Terengganu Optimis Raih Keuntungan

Hartanah Terengganu Optimis Raih Keuntungan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 202 hits
Oleh Mohd AsrafKEMAMAN 29 Jun Hartanah Terengganu Sdn Bhd optimis mampu mencapai sasaran untuk meraih keuntungan menerusi pelaksanaan Strategic Business Plan 2020 2024 Ahli Lembaga Pengarah HTSB Wan Hapandi Wan Nik berkata program itu dilak...
Anak Terengganu Tonjol Skill Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih

Anak Terengganu Tonjol Skill Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 546 hits
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai lukisan mural yang dihasikan oleh anak Terengganu yang melukis wajah para wira negara yang telah bekerja keras untuk mengendali krisis pandemik Covid 19 yang melanda negara kita Lukisan yang...
Pendaratan Penyu Di Terengganu Naik 70 Peratus

Pendaratan Penyu Di Terengganu Naik 70 Peratus

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 339 hits
KUALA TERENGGANU 27 Jun Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun merekodkan peningkatan jumlah pendaratan penyu sebanyak 3 783 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini Ketua PKPP Rantau Abang Mohammad Firdaus Abdillah b...
Delegasi Terengganu Terima Saranan Menteri Agama Dalam Perkasa Dakwah

Delegasi Terengganu Terima Saranan Menteri Agama Dalam Perkasa Dakwah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 285 hits
Dr Zulkifli bersama delegasi Terengganu yang hadir KUALA LUMPUR 1 Julai Kamu peganglah jawatan apapun kamu perlu buat sejarah yang baik pesan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri kepada delegasi Tere...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan

Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga