Tuduhan Teraba Raba Pmx Pernah Ditumbuk Sepatutnya Dia Tahu




Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan tindakan SPRM terhadapnya dalam kes 1MDB seperti “menutup mata” ketika bertinju

Dia berkata, oleh kerana pegawai penyiasat SPRM tidak mendedahkan butiran dakwaan terhadapnya, dia kehilangan keupayaan untuk mempertahankan diri dengan sewajarnya

“Ia seperti menutup mata lawan kamu dalam pertarungan tinju dan mengisytiharkan bahawa ia adalah pertarungan yang adil kerana dia masih boleh melontarkan beberapa tumbukan.
“Ini tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Anwar) sepatutnya lebih sensitif mengenai perkara ini kerana beliau memahami penderitaan dipukul, ditutup mata, dan digari,” kata Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam keterangannya, Najib berkata 21 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram terhadapnya melibatkan RM2.27 bilion dana daripada 1MDB bermotifkan politik

Tertuduh berhujah bahawa Anwar, sebagai mangsa penganiayaan politik, sepatutnya memahami situasi tersebut

“Saya percaya saya adalah individu terbaik untuk menyatakan sama ada saya telah dianiaya atau tidak.
“Sebagai seorang tertuduh, saya memang sangat dianiaya oleh tindakan sedar dan sengaja oleh SPRM ini. Sebagai bekas perdana menteri yang telah bersumpah untuk memelihara Perlembagaan negara, saya juga amat terkejut dengan perkara ini.
“Saya tidak pernah terfikir bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan pendekatan mendakwa seseorang terlebih dahulu, merampas kebebasan peribadinya, dan hanya memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan sendiri semasa perbicaraan melalui pemeriksaan balas.
“Saya tidak akan terkejut jika ketidakadilan seperti ini berlaku kepada orang lain, tetapi nampaknya ia hanya mendapat perhatian kerana ia berlaku kepada seseorang yang mempunyai kedudukan seperti saya, yang diperhatikan secara dekat oleh media dan orang ramai.
“Saya berharap ketidakadilan ini berakhir dengan saya,” kata Najib kepada Hakim Perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.
Najib merujuk insiden Anwar dipukul sambil ditutup mata, dan digari ketika dalam tahanan polis pada penghujung 1990-an

‘Versi saya tidak dapat dijelaskan sepenuhnya’
Najib mendakwa kegagalan SPRM berkongsi butiran dakwaan terhadapnya semasa siasatan telah menyebabkan prejudis terhadap dirinya sebelum perbicaraan

“Dalam pendakwaan yang jujur dan tidak berat sebelah, pendakwa yang ibarat ‘Menteri Keadilan’ mempunyai tanggungjawab untuk melihat sama ada penjelasan lengkap saya dalam kenyataan kepada SPRM menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikemukakan oleh SPRM.
“Dalam kes ini, tiada satu pun isu serius berkaitan fakta dan andaian telah dikemukakan kepada saya oleh pegawai penyiasat.
“Tanpa konfrontasi seperti ini, saya dinafikan mekanisme semak dan imbang yang asas untuk memastikan pegawai penyiasat memahami versi fakta saya supaya apabila pendakwaan mempertimbangkan sama ada untuk mendakwa saya, mereka telah diberi amaran tentang kemungkinan versi pihak pembelaan,” katanya.

Najib juga menyatakan bahawa semasa pertama kali dia didakwa pada 20 September 2018, tuduhan penyalahgunaan kuasa tidak menjelaskan sebarang kepentingan yang didakwa dimilikinya dalam 1MDB

“Sehingga hari ini, saya dan peguam masih tertanya-tanya apakah kepentingan tersebut – adakah ia berkaitan dengan TIA (Terengganu Investment Authority), Goldman Sachs, IMTN, AmBank, atau MBTI?
“Saya masih tidak tahu. Nampaknya kami diminta untuk bermain teka-teki daripada diberikan butiran khusus.
“Kami masih berada dalam teraba-raba mengenai tuduhan kepentingan peribadi ini,” keluh Najib.
Kes terhadap Najib
Pada 30 Oktober, mahkamah memerintahkan Najib membela diri terhadap empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana daripada 1MDB

Hakim Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib berdasarkan 50 keterangan saksi sepanjang perbicaraan sejak 2019

Pendakwa mendakwa ahli perniagaan, Low Taek Jho (Jho Low), terlibat dalam penyelewengan kewangan 1MDB atas arahan Najib

Bagaimanapun, pasukan pembelaan Najib berhujah bahawa tertuduh tidak mengetahui salah laku dalam dana kekayaan negara Malaysia itu, dan penyelewengan hanya dilakukan oleh Low serta pengurusan 1MDB

Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes penyalahgunaan kuasa melibatkan RM42 juta daripada SRC International. Dia juga menghadapi perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan dana RM27 juta SRC


Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/12/tuduhan-teraba-raba-pmx-pernah-ditumbuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Fitnah Dijawab Pmx Mainkan Isu Kos Lawatan Siapa Danai Lawatan

Selepas Fitnah Dijawab Pmx Mainkan Isu Kos Lawatan Siapa Danai Lawatan

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 135 hits
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru baru ini telah didanai dengan subsidi sektor swasta yang turut menyertai delegasi beliau Syarikat syarikat seperti Petronas Sapura Energy Yinson dan Proton mena...
Pmx Bertemu Rakyat

Pmx Bertemu Rakyat

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 172 hits
Luang waktu bertemu rakyat ketika makan tengah hari di Medan Selera Presint 9 hari ini usai mesyuarat Kabinet Terlipur hati layan telatah anak anak di sini Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau Al Husna Alhamdulillah MalaysiaMADANI
Pmx Pergi Luar Negara Untuk Cari Pelaburan Bawa Masuk Malaysia

Pmx Pergi Luar Negara Untuk Cari Pelaburan Bawa Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 197 hits
Aman Mohammad PMX pergi luar negara untuk cari pelaburan bawa masuk Malaysia Namun ia tidak semudah itu mesti kena ada timbal balas dari Malaysia juga Jika kita nak sesebuah negara tu melabur dalam negara kita maka Malaysia juga perlu melab...
Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 262 hits
Fairul Al QasasOleh kerana masih ramai tak faham penerangan YB Menteri dan Jason pun up video takde detailed explanation meh sini saya terangkan PMX pergi Mesir Arab Saudi Peru dan Brazil dengan sewa pesawat MAS Airbus A350 Kos sewa RM6 162...
Pmx Di Korea Acara Pertama Bertemu Pemimpin

Pmx Di Korea Acara Pertama Bertemu Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 107 hits
Pagi ini memulakan acara pertama di Republik Korea dengan melakukan kunjungan rasmi ke Pejabat Presiden di Yongsan sambil disambut Presiden Yoon Suk Yeol Seperti yang sebut sebelum ini bahawa kunjungan ini menjadi terpenting tatkala Malaysi...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home