Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kartel Daging Ppim



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan berhubung isu kartel daging haram dibungkus semula dan dilabel halal, yang tular dalam seminggu kebelakangan ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tanpa penubuhan RCI maka penyelesaian isu tersebut tidak akan menemui titik penyelesaian.
“Isunya Malaysia adalah negara yang dihormati. Apabila isu pensijilan halal disebut, ketika ini saya terima panggilan atau nota dari kawan-kawan di luar negara bertanya mengapa berlaku hal ini.
“Oleh itu kita mahu RCI diadakan supaya kita dapat jawapan. Kalau tidak, tak ada apa benda. Kita nak perubahan, supaya dapat merubah keadaan,” katanya.
Menurut Nadzim, beliau juga mahu kerajaan segera meluluskan Akta Halal yang telah dituntut oleh banyak persatuan pengguna sejak sedekad lalu.
Katanya, tanpa akta seperti itu maka penguatkuasaan sukar dilakukan berhubung isu-isu yang berkaitan status halal.
“Antara masalah terbesar ialah kita tak ada undang-undang (Akta Halal). Kita sebuah negara Islam yang ada berbagai akta yang melibatkan macam-macam benda, tetapi kita tidak ada Akta Halal? Akta ini kita desak sejak lebih 10 tahun. Takkan nak guna Akta Perihal Dagangan, Akta Makanan dan lain-lain sahaja. Kita harus membantu JAKIM untuk menguruskan situasi. Misalnya lori bawa babi kemudian bawa lembu bagaimana ditangani? Guna akta apa?
“Kita perlukan akta jika mahu menjadi negara pelopor sijil halal. Saya merayu kali ini semua pihak desak Akta Halal. Persatuan minta (sekian lama) kerajaan bukan dengar. Kali ini kita sama-sama minta. Akta ini perlu untuk menyelia dan mentadbir selain mempromosi industri halal ini sendiri,” katanya.
Di samping itu, Nadzim juga menasihatkan agar pihak kerajaan lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Kenyataan separuh masak atau yang tidak jelas, katanya akan menyebabkan pengguna ragu-ragu dan bercambahnya berita tidak benar di media sosial.
“Kita mahu kenyataan dilakukan dengan sebaik mungkin. Kerana apa yang dikeluarkan itu kita khuatir membawa kesan menyebabkan pengguna sama ada mereka percaya 100% atau pun mereka tidak percaya.
“Hari ini pengguna lebih pandai daripada sebelumnya. Mereka juga menilai dengan adanya media sosial. Jadi kenyataan yang dibuat perlulah dapat dipercayai,” katanya.
Beliau juga mahu kerajaan memberikan penyelesaian yang tuntas bukannya seperti ‘melepas batuk ditangga’ dan isu halal akan berulang lagi pada masa hadapan menghadapi kartel daging yang sama.
“Adakah penyelesaian kali ini dengan import lembu hidup? Kita minta 21 syarikat besar diberi penarafan, yang ini ok, yang ini mana dokumen dia? Yg ini tangkap (kalau didapati menipu). Jadi mungkin FAMA juga boleh edar dan semua boleh beli (daging) dengan harga yang tidak terlalu tinggi
“Kita harap kerajaan boleh pantau produk yang masuk, dokumen lengkap atau kabur. Yang lengkap dokumen boleh jual di pasar tani,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31117

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bukan Alih Isu Ucapan Hari Natal

Kartel Daging Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bukan Alih Isu Ucapan Hari Natal

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 194 hits
Isu daging import tidak halal yang dibungkus semula dan dilabel halal akibat korupsi selama puluhan tahun tidak diutamakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional Sebaliknya pimpinan dan penyokong sesetengah ahli politik PN lebih senang membersar ...
Pembela Mohon Agong Masuk Campur Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Isu Ceroboh Tanah

Pembela Mohon Agong Masuk Campur Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Isu Ceroboh Tanah

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 446 hits
PEKAN Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah diminta masuk campur dalam isu pencerobohan tanah haram di Raub dan Seluruh Pahang Demikian dinyatakan o...
6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 379 hits
27 DIS Kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mendedahkan segera dalang sindiket kartel haram termasuk kemungkinan pembabitan individu berprofil tinggi dan orang kenamaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
Siasat Ahli Politik Subahat Kartel Daging Import Sejuk Beku

Siasat Ahli Politik Subahat Kartel Daging Import Sejuk Beku

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 329 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ZULHAFIZ Hanafiah membuat laporan polis berkaitan penglibatan ahli politik bersekongkol dengan kartel daging sejuk beku di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur hari ini PUTRAJAYA Polis diminta menyiasat penglibatan pemimpi...
Kpdnhep Siasat Isu Kartel Daging Di Bawah 2 Kesalahan Cap Dagangan

Kpdnhep Siasat Isu Kartel Daging Di Bawah 2 Kesalahan Cap Dagangan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 233 hits
Kementerian sedang siasat syarikat tempatan disyaki terlibat PUTRAJAYA 8 Jamadilawal 1442H Rabu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat syarikat tempatan yang disyaki terlibat dalam isu kartel daging har...
Ngo Gesa Pdrm Siasat Pemimpin Politik Jadi Dalang Kartel Daging

Ngo Gesa Pdrm Siasat Pemimpin Politik Jadi Dalang Kartel Daging

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 211 hits
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai pembabitan parti politik bersama kartel daging sejuk beku untuk menjatuhkan NFC di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala L...
5251 Ikan Murah Boleh Jadi Penyelesaian Isu Kartel Daging Haram Ppim Malaysia Gazette 02 01 2021

5251 Ikan Murah Boleh Jadi Penyelesaian Isu Kartel Daging Haram Ppim Malaysia Gazette 02 01 2021

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 480 hits
SUNGAI BULOH Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak menolak kemungkinan masalah kartel daging haram boleh diatasi dengan memastikan harga ikan di pasaran pada harga mampu milik Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ketika umat Isla...
5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 310 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam wawancara Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah Daily semalam Wawancara bertajuk Kartel Daging Haram Di Mana Silapnya
5223 Kartel Daging Ajak Bincang Isu Ppim Enggan Layan Harian Metro 31 12 2020

5223 Kartel Daging Ajak Bincang Isu Ppim Enggan Layan Harian Metro 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 279 hits
Kuala Lumpur Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan mendedahkan rangkaian kartel daging ada menghubungi pihaknya untuk berbincang mengenai isu berkenaan Ia dipercayai ada kaitan dengan isu terbabit yang semakin p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching