Tubuh Sekretariat 2 Kementerian Tangani Harga


 
Tubuh sekretariat 2 kementerian tangani hargaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 30, 2022
ShareKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Ekonomi sedang memperinci beberapa langkah penyelesaian pantas menangani isu kos sara hidup rakyat.
Melalui satu kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kementerian sudah mengambil langkah proaktif bagi menjayakan usaha itu.
Ia termasuklah mewujudkan pelan tindakan kerjasama rentas kementerian dan mengemaskini beberapa prosedur pelaksanaan dasar.
“Menerusi pelbagai perbincangan ini, ada keputusan yang sedang dilaksanakan serta masih memerlukan perincian. Kerajaan komited membantu rakyat, tanpa menjejaskan kedudukan ekosistem perniagaan serta industri yang masih dalam tempoh pemulihan pasca pandemik Covid-19
“Kerjasama serta peranan semua kementerian akan digembeleng. KPDN dan Kementerian Ekonomi bersetuju untuk mewujudkan satu sekretariat bersama yang akan menjadi satu platform di peringkat pegawai untuk membincangkan peranan pelbagai egensi dalam menangani kos sara hidup,” kata kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), 27 November lalu, memberi tempoh dua minggu kepada kementerian terbabit memberi cadangan untuk menangani kos sara hidup rakyat.
Ia disusuli cadangan yang dibentangkan dalam mesyuarat kemudiannya dan Mesyuarat Kabinet, masing-masing pada 13 dan 14 Disember lalu.
Beberapa siri mesyuarat lain membabitkan beberapa pemegang taruh, termasuk kementerian, pemain industri, ahli akademik dan wakil pengguna juga telah dianjurkan.
Antara keputusan yang dicapai ialah kawalan harga dan subsidi ayam standard serta telur Gred A, B dan C diteruskan.
Membawa masuk telur import sebagai tindakan jangka pendek mengatasi isu bekalan dari pengeluar tempatan sehingga suatu tempoh ditetapkan.
Kerajaan juga mengekalkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, komersial dan industri selain Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada pesawah, masing-masing RM10 juta bagi 2022 dan RM50 juta pada 2023.
“Melalui libat urus antara Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC), KPDN dan pemain industri minyak masak, kerajaan sedang memperinci pelaksanaan Harga 2 Peringkat bagi minyak sawit mentah supaya harga minyak masak tulen kemasan botol di pasaran domestik dijual pada harga lebih rendah.
“Ini bagi mengurangkan tekanan terhadap permintaan dan penggunaan minyak masak bersubsidi polibeg sekilogram.
“KPDN juga telah melancarkan ‘Ops Terjah’ selama satu bulan dengan menggerakkan 2200 orang Pegawai Penguatkuasa dalam mengetatkan operasi pemantauan harga dan keberadaan barang keperluan asas di pasaran.
“Kementerian EKonomi akan memberi tumpuan jangka pendek keada kebertanggungjawban harga berpatutan dengan membangun ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara bagi menambah keanjalan harga dan oermintaan sebagai satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang,” kata kenyataan itu.
Selain itu, KPDN turut memaklumkan pihaknya akan mempergiat usaha agar perdagangan domestik terus berkembang supaya terus menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan.
Justeru agenda francais, jualan langsung seta peranan sektor peruncitan dan borang bakal diperkukuhkan.
Kerjasama kedua dua kementerian ini juga sebagai menjawab pertanyaan pemimpin PN kononnya arahan mengemukakan solusi mengurangkan beban sara hidup rakyat tidak berjaya selepas 2 minggu di keluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/tubuh-sekretariat-2-kementerian-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawal Harga Barang Bukan Suruh Rakyat Kurang Makan Ayam

Kawal Harga Barang Bukan Suruh Rakyat Kurang Makan Ayam

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 147 hits
ismaweb net25 12 2022Rafizi hanya ulang perkara sama tiada solusi baharu dan konkritBANGI 1 Jamadilakhir 1444H Ahad Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilihat gagal mengemukakan faktor sebenar kenaikan harga barang makanan kata Ketua Penerangan P...
Turunkan Harga Ayam Telur Melalui Rantaian Bekalan

Turunkan Harga Ayam Telur Melalui Rantaian Bekalan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 134 hits
Rantaian bekalan penting dalam hidup kita Walaupun kita teliti apabila memilih kedai kedai yang menjual ayam pada harga yang lebih murah isu rantai bekalan masih signifikan kepada keputusan kita Rantai bekalan mempengaruhi bisnes Walaupun o...
Harga Gas Memasak Hari Ini

Harga Gas Memasak Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 219 hits
BismillahirrahmanirrahimAssolatu wassalamu la rasulullahi wa la alihi wasohbihi ajma n Selamat sejahtera ke atas para pembaca interpretZZ yang sudi melawati laman blog ini buat kesekian kalinya Semoga kawan kawan semua dalam keadaan sihat w...
Harga Ayam Masa Kerajaan Dulu Apa Yang Pas Buat Kenapa Bising Sekarang

Harga Ayam Masa Kerajaan Dulu Apa Yang Pas Buat Kenapa Bising Sekarang

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 179 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONNaib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz mempersoal mengapa Pas tidak menyelesaikan masalah harga barang yang mendadak ketika parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan terdahulu da...
Libur Nataru Harga Bahan Pokok Di Supermarket Relatif Stabil

Libur Nataru Harga Bahan Pokok Di Supermarket Relatif Stabil

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 156 hits
Libur Nataru Harga Bahan Pokok di Supermarket Relatif Stabil Meski dalam suasana Libur Natal dan Tahun Baru 2023 harga harga bahan pokok dan kebutuhan lainnya di supermarket relatif stabil dan melakukan program promo
Harga Daging Sapi Tembus Rp150 Ribu Per Kg Saat Perayaan Natal 2022

Harga Daging Sapi Tembus Rp150 Ribu Per Kg Saat Perayaan Natal 2022

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 153 hits
Harga daging sapi di Pasar Simpang Cakung Jakarta Timur telah menembus Rp150 000 per kilogram pada perayaan Natal 2022 Padahal dalam kondisi normal harga daging sapi dijual paling mahal Rp120 000 per kg
Masa Kau Jaga Ptptn Kau Antara Yang Banyak Buat Kegagalan Zaman Dia Berada Dalam Kerajaan Semua Barang Harga Dinaikkan

Masa Kau Jaga Ptptn Kau Antara Yang Banyak Buat Kegagalan Zaman Dia Berada Dalam Kerajaan Semua Barang Harga Dinaikkan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 151 hits
KENAPA AKU BODOHsinarharian com myKerajaan tiada idea tangani kenaikan kos sara hidupSHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan bahawa kerajaan diterajui Pakatan Harapan dan BN ketika ini ...
Keh Keh Walaun Biasa La Marah Ke Rafizi Masa Pas Perintah Harga Ayam Mahal

Keh Keh Walaun Biasa La Marah Ke Rafizi Masa Pas Perintah Harga Ayam Mahal

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 211 hits
Marah ke Rafizi masa Pas perintah harga ayam mahalPosted By on December 27 2022Kritikan keras yang dileparkan oleh ahli politik PN khususnya Pas terhadap kenyataan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli agar rakyat sebagai pengguna mengurangkan ...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan