Tuan Rumah Akan Ditahan Jika Terima Lebih Tetamu



ALOR GAJAH: Polis Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kediaman yang menerima tetamu melebihi had dibenarkan

Ketua Polis negeri, Datuk Mat Kasim Karim, berkata pihaknya menerusi 94 Petugas Pemantau yang dilantik akan melakukan rondaan secara berterusan di semua kawasan taman perumahan dan kampung di negeri ini bagi mengelakkan pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Katanya, pasukan pemantau itu juga akan mengunjungi kediaman yang didapati meragukan menerusi keadaan yang difikirkan wajar, termasuk apabila mempunyai kenderaan yang banyak di sekitar rumah mereka

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini, malah akan bertindak tegas kepada mereka yang ingkar arahan termasuk membawa tuan rumah ke balai polis untuk diambil tindakan

"Kita sudah memberi amaran awal, jangan ada yang marah atau tidak berpuas hati jika ditangkap nanti," katanya selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Ampat, di sini malam tadi


Mat Kasim berkata, tidak dinafikan ada antara individu yang berusaha menipu pihak berkuasa untuk pulang ke kampung dengan memaklumkan mereka hanya merentas daerah, memandangkan aktiviti itu dibenarkan sepanjang tempoh PKPB

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya yakin usaha itu tidak akan berhasil kerana SJR di pintu keluar dan masuk negeri itu terutama di plaza tol akan diperketatkan khususnya pada musim perayaan ini

"Melaka adalah sebuah negeri yang kecil dan kebanyakan pengguna jalan raya cenderung memilih laluan Persekutuan berbanding lebuh raya dengan mengambil kira faktor jarak antara daerah yang dekat

"Justeru, kita akan pastikan mereka ini mematuhi dan mempunyai kebenaran atau permit untuk merentas negeri

"Janganlah nak cuba-cuba nak melintasinya tanpa sebarang alasan yang kukuh, 'sayang' duit untuk bayar (kompaun) RM1,000 tu, lebih baik digunakan untuk berhari raya," katanya

Mat Kasim berkata, ketika ini lapan SJR yang membabitkan seramai 505 pegawai dan anggota, dilaksanakan di negeri itu termasuk di laluan persisir pantai bagi mengekang cubaan penyeludupan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan beberapa laluan laut

Katanya, turut diambil perhatian adalah premis tumpuan ramai menjelang Aidilfitri seperti pasar awam, pasar basah dan pasar raya

"Pasukan pemantau juga akan ditempatkan di pasar raya dan pasar awam di negeri ini sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan semua peniaga dan pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/2XvfW1d
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/tuan-rumah-akan-ditahan-jika-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tetamu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Tuan Rumah Pun Diheret Ke Balai Polis Melaka

Tetamu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Tuan Rumah Pun Diheret Ke Balai Polis Melaka

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 611 hits
ALOR GAJAH Polis Melaka tidak teragak agak mengheret pemilik kediaman ke balai polis sekiranya didapati menerima tetamu yang melakukan perjalanan rentas sempadan negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya Aidilfitri ini Ketua Polis Melaka Datuk ...
Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 482 hits
GOMBAK Kesian tetamu dah sampai di depan rumah takkanlah tak bagi mereka masuk Itu antara alasan diberikan seorang tuan rumah ketika polis membuat pemeriksaan mengejut ke kediamannya di Taman Selayang Mutiara Batu Caves di sini petang tadi ...
5 Sekeluarga Positif Covid 19 Selepas Terima Tetamu Di Rumah

5 Sekeluarga Positif Covid 19 Selepas Terima Tetamu Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 726 hits
Foto Sabahpost net Tujuan penulisan ini bukan untuk menakut nakutkan anda atau menghalang anda daripada melakukan ziarah raya tetapi sekadar memberi pemahaman apakah risiko yang akan anda tempuhi jika melakukan ziarah raya Baru baru ini PM ...
Kepalabatas Dua Nelayan Ditahan Lalok Dalam Rumah

Kepalabatas Dua Nelayan Ditahan Lalok Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 382 hits
Dua nelayan ditahan di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang di sini selepas polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan heroin petang semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kedua ...
Tips Pasang Wainscoting Pvc Dan Wallpaper Di Rumah Dengan Lebih Jimat Dan Mudah

Tips Pasang Wainscoting Pvc Dan Wallpaper Di Rumah Dengan Lebih Jimat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 966 hits
As Salam Tips Pasang Wainscoting PVC Di Rumah Lebih Jimat Dan Mudah Alhamdulillah Kali ini perkongsian saya bukan lagi pasal masak masak atau resepi ya heh Saya nak kongsi tentang pemasangan wainscoting dan juga wallpaper di rumah saya yang...
Covid 19 Angka Bunuh Diri Di Jepun Berkurangan Ekoran Lebih Banyak Masa Bersama Keluarga Di Rumah

Covid 19 Angka Bunuh Diri Di Jepun Berkurangan Ekoran Lebih Banyak Masa Bersama Keluarga Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 316 hits
Walaupun pandemik COVID 19 mengakibatkan pelbagai kesan negatif namun sekurang kurangnya ia turut membawa satu perubahan positif Di Jepun kadar bunuh diri didapati telah berkurangan sebanyak 20 berbanding April tahun lalu Ia merupakan satu ...
5943 Program Zero Hunger Terima Lebih 100 000 Permohonan Berita Harian 07 05 2020

5943 Program Zero Hunger Terima Lebih 100 000 Permohonan Berita Harian 07 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 396 hits
CYBERJAYA Lebih 100 000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Pegawai Eks...
Umat Islam Diminta Patuh Had Terima Tetamu 20 Orang Esok

Umat Islam Diminta Patuh Had Terima Tetamu 20 Orang Esok

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 339 hits
SHAH ALAM 23 MEI Perdana Menteri menasihatkan umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri esok agar berbincang terlebih dahulu dengan saudara mara mereka sebelum membuat kunjungan ke mana mana rumah dalam kalangan ahli keluarga mereka Ta...
Gambar Inisiatif Tuan Rumah Gantung Banner Larang Orang Beraya Di Rumahnya

Gambar Inisiatif Tuan Rumah Gantung Banner Larang Orang Beraya Di Rumahnya

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 1251 hits
Foto FacebookItulah inisiatif seorang pemilik rumah untuk memutuskan rantaian Covid 19 dengan memasang banner atau kain rentang yang bertulis JANGAN MENGADA NGADA NAK ZIARAH Mungkin tulisannya nampak kasar tetapi ketahuilah tujuan beliau ia...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza