5 Sekeluarga Positif Covid 19 Selepas Terima Tetamu Di Rumah
Foto-Sabahpost.net (gambar hiasan)
Tujuan penulisan ini bukan untuk menakut-nakutkan anda atau menghalang anda daripada melakukan ziarah raya tetapi sekadar memberi pemahaman apakah risiko yang akan anda tempuhi jika melakukan ziarah raya
Baru-baru ini PM telah mengumumkan bahawa ziarah raya di dalam negeri dibenarkan dengan syarat tidak berkumpul melebihi 20 orang disatu-satu tempat.
Keputusan itu pastinya mengundang pelbagai reaksi, ada yang berasa gembira dapat beraya bersama keluarga dan sanak saudara serta ada yang masih takut atau ragu-ragu untuk berkumpul dan menerima tetamu.
Perasaan takut dan risau itu mungkin akan lebih membuak-buak setelah kita mendengar berita tentang apa yang telah berlaku di negara jiran kita di Indonesia.
Apa yang berlaku di Indonesia ialah berita tentang 5 sekeluarga yang dijangkiti Covid-19 akibat menerima tetamu.
Sumber berita disini.
Keadaan atau masanya mungkin berbeza kerana mereka bukan melakukan ziarah raya tetapi situasinya lebih kurang sama.
Adakah anda masih mahu melakukan ziarah raya dengan menziarahi sanak saudara atau anda hanya akan beraya dirumah bersama keluarga sahaja bagi memastikan rantaian Covid-19 ini benar-benar terputus.
Mengambil contoh di negeri Perak pula, negeri itu sebelum ini masih berada didalam zon hijau tetapi tidak sampai sebulan sudah ada jangkitan baru yang melibatkan pasangan adik-beradik yang mahu kembali bekerja.
Nasib baik mereka berdua menjalani ujian saringan sebelum memasuki tempat kerja, bayangkan jika mereka masuk kerja tanpa menjalani saringan, sudah pasti wujud kluster baru.
Kejadian seperti ini yang membuatkan sebahagian daripada kita membuat keputusan untuk tidak melakukan ziarah raya dan hanya beraya di rumah masing-masing.
Pokok pangkalnya tanyalah diri kita sendiri adakah kita mampu mematuhi SOP untuk ziarah raya?
Siapa yang akan memantau pejarakan sosial?
Siapa yang akan memantau jumlah individu?
Bagaimana pula dengan individu yang positif Covid-19 tetapi tidak bergejala?
Sebelum melakukan ziarah raya atau menerima tetamu mungkin kita semua perlu memikirkan persoalan-persoalan diatas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://naimnikmat.blogspot.com/2020/05/5-sekeluarga-positif-covid-19-selepas.html