Tuan Inspektor Rainol Masaat Dari Sabah Wakili Pdrm Fa Untuk Liga Perdana 2019



Tuan Inspektor Rainol Masaat dari Sabah wakili PDRM FA untuk Liga Perdana 2019Aksi Rainol Masaat ketika bersama pasukan Cebagoo FC dalam saingan Liga FAM 2014.

Di kala sibuk menantikan persiapan pasukan Sabah untuk menghadapi Liga Perdana 2019, terdapat seorang pemain dari Negeri Di Bawah Bayu ini yang telah mendapat perhatian admin (penulis) iaitu Tuan Inspektor Rainol Masaat. Pemain versatile ini baru sahaja menandatangani kontrak bersama PDRM FA semalam. Tahniah diucapkan.Pemain ini mempunyai latar belakang tersendiri yang menarik untuk kita ketahui bersama. Mari kita kenali Tuan Inspektor Rainol Masaat dengan lebih dekat lagi
Pemain ini meminati bolasepak sejak berada di sekolah rendah lagi. Beliau memulakan persekolahan di SK Temuno Teringai Darat, Kota Marudu. Beliau mewakili sekolah beliau dalam pertandingan Bolasepak peringkat daerah (MSSD) sepanjang berusia 9-12 tahun
Bakat beliau terus digilap di peringkat sekolah menengah dan berjaya mewakili Sabah dalam kejohanan Bolasepak MSSM Kebangsaan B-15 dan B-18 ketika bersekolah di SMK Kota Marudu pada sekitar tahun 2001-2007. Selain aktif dalam sukan bolasepak, pemain yang lebih mesra dikenali sebagai “Montoku” ini juga cemerlang dalam akademik. Beliau merupakan pelajar Sains Tulen (Science Stream) yang sedikit sebanyak menyumbang kepada rekod akademik baik SMKKM
Selepas tamat zaman persekolahan, beliau meneruskan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial pada tahun 2011. Kelibat beliau dalam pasukan Bolasepak UMS kendalian jurulatih Andrew Majanggim ketika itu telah menjadikan UMS sebagai pasukan IPTA paling digeruni pada sekitar tahun 2008-2011 dengan membantu pasukan UMS muncul juara Liga IPTA/S 2011 dan seterusnya mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti Malaysia-Thailand tahun yang sama

Rainol (depan) mewakili UMS dalam Liga IPTA/S Malaysia 2011 dan memenangi liga tersebut sekali gus menghancurkan harapan juara bertahan, UiTM Shah Alam. Kredit: Dunia Sukan
Aksi cemerlang yang ditunjukkan beliau juga telah membolehkan beliau disenaraikan dalam barisan kesebelasan utama pasukan SUKMA 2008 dan 2011 Sabah. Nama beliau juga turut disenaraikan dalam senarai akhir pemain skuad Liga Perdana 2012 Sabah namun atas sebab yang tidak diketahui, nama beliau digugurkan di minit-minit akhir
Pada tahun yang sama juga menyaksikan Rainol dipilih untuk mewakili Pilihan Sabah ketika melayani kunjungan Queens Park Rangers (QPR) walaupun ketika itu pasukan Pilihan Sabah tewas 0-5

Aksi Rainol (kanan) ketika berhadapan penyerang sensasi Queens Park Rangers (QPR), Djibril Cisse

Pemain yang bermain di bahagian serangan ini bagaimanapun telah mewakili pasukan Sabah Cebagoo FC dalam saingan Liga FAM untuk dua musim berturut-turut iaitu musim 2013 dan 2014

Aksi Rainol Masaat (kiri) ketika bersama pasukan Cebagoo FC dalam saingan Liga FAM 2014

Inspektor Rainol Masaat mula menyertai PDRM pada tahun 2015. Menerusi penglibatan aktif dalam sukan Bolasepak bersama majikan beliau, Rainol telah mendapat rekomendasi untuk menyertai trial bersama skuad Liga Perdana 2019 PDRM FA dan kini secara rasmi bergelar sebagai pemain untuk pasukan yang digelar “The Cops” itu

Bagaimana Rainol Masaat boleh membantu PDRM FA untuk hadapi musim 2019 nanti?Pemain yang selalunya bermain di bahagian serangan ini bagaimanapun akan mengemudi bahagian pertahanan kanan pasukan PDRM FA pada musim hadapan. Kepantasan dan kecergasan yang dimiliki beliau sudah pasti akan memudahkan tugas beliau untuk menjadi Right Wing Back untuk pasukan PDRM FA nanti

Sumber: Therhinostroops.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/01/tuan-inspektor-rainol-masaat-dari-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Epl 2018 2019 Liga Perdana Inggeris Waktu Malaysia

Jadual Epl 2018 2019 Liga Perdana Inggeris Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 921 hits
Jadual EPL 2018 2019 Liga Perdana Inggeris Waktu Malaysia ANDA peminat setia bolasepak Liga Perdana Inggeris Panduan buat anda yang ingin mendapatkan jadual perlawanan EPL bagi musim 2018 2019 mengikut waktu dalam Malaysia Berikut dikongsik...
Inspektor Aleza Lakonan Abby Abadi Kembali Dalam Gerak Khas 2019

Inspektor Aleza Lakonan Abby Abadi Kembali Dalam Gerak Khas 2019

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 792 hits
December 28 2018 Gerak Khas pasti tidak akan melupai kelibat Inspektor Aleza yang pernah menggegarkan set drama itu sejak ia mula ditayangkan pada 1999 hingga 2007 Namun watak itu disenyapkan selepas pelakonnya Abby Abadi atau nama sebenar ...
Tarikh Penting Liga Malaysia 2019

Tarikh Penting Liga Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 499 hits
Ihsan FB MFLTarikh Penting Liga Malaysia 2019KUALA LUMPUR Liga Bolasepak Malaysia mengambil langkah proaktif apabila mengeluarkan kalendar pertandingan Liga Malaysia untuk dua musim bagi 2019 dan 2020 Berbeza dengan sebelum ini apabila jadu...
Ira Koesno Dan Imam Priyono Jadi Moderator Debat Perdana Pilpres 2019

Ira Koesno Dan Imam Priyono Jadi Moderator Debat Perdana Pilpres 2019

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 176 hits
Ira Koesno dan Imam Priyono terpilih menjadi moderator tahap pertama debat Pilpres 2019 pada 17 Januari 2019 Penunjukan keduanya sudah disepakati oleh masing masing tim sukses pasangan calon presiden dan calon wakil presiden
Sabah Fa Dan Pasukan Liga M Perlu Mula Cari Tajaan Sendiri

Sabah Fa Dan Pasukan Liga M Perlu Mula Cari Tajaan Sendiri

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 260 hits
Sabah FA dan Pasukan Liga M perlu mula cari tajaan sendiriDengan kira kira sebulan sahaja lagi sebelum kempen Liga Malaysia 2019 membuka tirai timbul desas desus penaja utama TM Unifi mahu menarik diri Menurut pemerhati bola sepak tempatan ...
4 4 2 Atau 4 3 3 Formasi Terbaik Sabah Fa Musim 2019

4 4 2 Atau 4 3 3 Formasi Terbaik Sabah Fa Musim 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 808 hits
4 4 2 atau 4 3 3 formasi terbaik Sabah FA musim 2019Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating menggunakan kebanyakan perlawanan dengan formasi 4 4 2 Meletakkan dua penyerang iaitu Hector Ramos dan Rodoljub Formasi ini ada masanya menjadi apabila b...
Liga Hoki Malaysia 2019 Jadual Keputusan

Liga Hoki Malaysia 2019 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 643 hits
TNB Liga Hoki Malaysia 2019 akan bermula pada 11 Januari 2019 diikuti dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara THT dan UniKL Tujuh pasukan bertanding iaitu Terengganu Hockey Team Universiti Kuala Lumpur Tenaga Nasional Berhad TNB Thunderbo...
Mfl Keluarkan Kalendar Liga Malaysia Untuk Tahun 2019 Dan 2020

Mfl Keluarkan Kalendar Liga Malaysia Untuk Tahun 2019 Dan 2020

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 907 hits
Musim baharu saingan Liga Malaysia akan membuka tirainya pada bulan Februari 2019 dengan perlawanan Piala Sumbangsih dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2019 menurut kalendar yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League pada hari ini...
Keputusan Undian Dalam Kumpulan Liga Bola Sepak Kdm Malaysia 2019

Keputusan Undian Dalam Kumpulan Liga Bola Sepak Kdm Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1112 hits
KEPUTUSAN UNDIAN DALAM KUMPULAN LIGA BOLA SEPAK KDM MALAYSIA 2019Setelah mencari sana sini akhirnya admin jumpa juga draw dalam kumpulan Liga bola sepak KDM Terima kasi page facebook KDM Kota Marudu atas perkongsian photo ini Seramai 32 pas...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say