Tuala Wanita Percuma Bantu Pelajar Haid Hadir Sekolah





BUNGA Pads membantu menyediakan tuala wanita percuma untuk pelajar perempuan Orang Asli di pedalaman Sabah dan Sarawak.Haid masih dianggap sebagai perkara tabu untuk dibincangkan dalam kalangan wanita.Pada masa sama, ramai pelajar perempuan di kawasan pedalaman enggan ke sekolah setiap kali didatangi haid kerana rasa malu dan rendah diri.Situasi itu bukan sahaja berlaku di negara kurang membangun seperti Nepal, Bangladesh dan India malah turut dialami pelajar di perkampungan Orang Asli serta di pedalaman Sabah mahupun Sarawak.Mereka bersikap demikian hanya kerana tidak mampu membeli tuala wanita untuk digunakan semasa haid.Menyedari keadaan itu boleh menjejaskan kehadiran mereka ke sekolah, BUNGA Pads tampil membantu dengan menyediakan tuala kain wanita percuma untuk mereka.Dilancarkan pada 19 Julai lalu, BUNGA Pads digerakkan oleh Alumni Mycorps, sebuah badan sukarelawan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Penaung Bersama BUNGA Pads, Fitriyati Bakri berkata, BUNGA Pads dilaksanakan hasil pengalamannya sendiri ketika menyertai misi sukarelawan selama dua bulan di Bangladesh pada tahun 2017.Projek itu, yang dinamakan Tiger Widow Social Enterprise, dilaksanakan di kawasan Gabura, Satkhira dengan matlamat serampang dua mata iaitu mengurangkan kadar pelajar perempuan ponteng ke sekolah ketika haid dan memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal yang kurang berkemampuan dengan menjadi penjahit tuala wanita yang boleh dicuci.CabaranBerkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang berada di kawasan itu, Fitriyati berkata, lokasinya yang jauh di pedalaman memerlukan masa hampir 24 jam melalui perjalanan darat dan air dari ibu negara, Dhaka.Ketika sampai di kawasan tersebut, beliau dapati ramai pelajar perempuan tidak hadir ke sekolah.“Apabila ditanya kepada pelajar perempuan lain, mereka menjawab malu ke sekolah sekiranya sedang haid," katanya.Fitriyati, 24, berkata, kaji selidik yang dijalankan mendapati pelajar perempuan di kawasan itu tidak pergi ke sekolah kira-kira 50 hari setahun akibat haid.“Apabila saya pergi ke kampung lain, isu sama juga berlaku. Sebabnya, mereka tidak mampu membeli tuala wanita pakai buang yang harganya 80 taka atau kira-kira RM5. Ia amat mahal bagi mereka kerana pendapatan seisi keluarga yang kebanyakan hanya bekerja sebagai pencari udang hanyalah 100 taka (RM6.20) sehari," katanya kepada Bernama.Fitriyati dan tujuh ahli kumpulan kemudian membangunkan modul dengan menghasilkan sendiri tuala wanita boleh dicuci menggunakan kain kapas.Proses mereka bentuk tuala wanita mengambil masa agak lama iaitu kira-kira sebulan kerana perlu mencari rekaan yang sesuai dengan budaya masyarakat di sana.“Perempuan di sana tidak memakai seluar dalam. Jadi, ia menjadi cabaran buat kami untuk menghasilkan tuala wanita yang boleh dipakai mereka.“Selepas menerima reka bentuk yang sewajarnya, kami mengajar dan menggaji kaum ibu terutama ibu tunggal dan kurang berkemampuan untuk menjahit tuala itu,” katanya sambil memuji kemahiran jahitan wanita Bangladesh.Projek di MalaysiaBerasal dari Sandakan, Sabah, Fitriyati yang juga bekas penuntut Politeknik Kuching, pada mulanya tidak merancang menjalankan projek tuala wanita itu di Malaysia.Bagaimanapun, pertanyaan pihak luar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut projek di Bangladesh menyebabkan beliau berminat memperluaskan projek itu di negara ini.Beliau turut menerima galakan daripada rakan pengasas BUNGA Pads, Amir Junaidi dan Maisarah Razali yang gigih merancang serta membangunkan projek itu demi melaksanakan misi sosial untuk masyarakat.“Kami pernah menerima panggilan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turki yang bertanya sama ada projek tuala wanita diadakan di Malaysia. Ketika itu, kami fikir tidak perlu sebab tiada kajian kes yang menunjukkan adanya keperluan tuala wanita di negara ini.“Namun, apabila bertemu dengan rakan-rakan NGO lain yang selalu mengunjungi kawasan pedalaman Orang Asli seperti di Kelantan, mereka memberitahu tentang kebanyakan pelajar perempuan dan wanita Orang Asli hanya menggunakan kain buruk ketika haid,” katanya.Perkara sama turut dikongsi rakannya yang juga guru di pedalaman Sabah yang menyatakan tentang pelajarnya yang tidak ke sekolah semasa haid kerana tidak mampu membeli tuala wanita.Ini membuatkannya mahu memulakan projek tuala wanita di Malaysia, kata Fitriyati. Beliau turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim yang mahu melihat potensi projek itu dikembangkan di Malaysia.“Kementerian memberikan sokongan kewangan kepada kami bagi memulakan projek ini pada awal tahun,” katanya.Semangat ibu“BUNGA Pads tidak berdepan masalah mereka bentuk tuala wanita namun perlu mengambil masa bagi menentukan jenis kain yang mahu digunakan,” katanya yang mengguna pakai konsep tuala wanita kitar semula.Selain kain kapas, BUNGA Pads menggunakan kain minky seperti baldu yang terbuat daripada mikrofiber untuk permukaan tuala wanita dan bahan daripada arang buluh serta dilapis dengan kain kapas untuk memudahkan penyerapan.“BUNGA Pads menghasilkan tiga jenis tuala wanita iaitu untuk kegunaan harian, aliran haid yang banyak dan aliran sederhana,” katanya.Pemilihan nama BUNGA Pads diambil daripada semangat dan kekuatan ibu Fitriyati yang bernama Bunga Sape yang berusia 43 tahun.“Pemilihan nama ini sebagai tanda penghargaan buat ibu yang melahirkan dan membesarkan saya serta adik-beradik lain walaupun dalam kepayahan,” katanya.Beliau berkata, ibunya dilahirkan dalam keluarga susah dan berdepan ujian getir apabila didiagnosis menghidap penyakit kanser payudara pada usia 31 tahun.“Ketika itu, saya baharu berumur 13 tahun. Ibu saya lalui semuanya sendirian kerana ayah merantau ke Semenanjung mencari rezeki. Saya membantu ibu dengan menjaga adik-adik.“Dua tahun ibu saya berjuang melawan penyakit itu...sepatutnya, dia perlu menjalani pembedahan membuang ketulan kanser tetapi disebabkan tidak mampu, ibu merawat sendiri dengan menjaga pemakanannya,” kata Fitriyanti yang juga anak kedua daripada enam beradik.Selepas dua tahun, ibunya yang disahkan menghidap kanser tahap tiga sembuh daripada penyakit itu dan meneruskan penjagaan kesihatan serta pemakanannya.“Semangat ini akan saya tekankan dalam membantu wanita lain kerana dalam projek BUNGA Pads, tukang jahit yang menjahit tuala wanita juga adalah kumpulan ibu tunggal kurang berkemampuan dalam golongan B40.“Setakat ini, enam tukang jahit di Kuala Kangsar, Perak terlibat menjayakan projek ini,” katanya. 
–Bernama

Lihat lagi..
E-Buku IH-8 Catatan Perjalanan.'Medan-Tanjung Balai'
Bab I
Wanita Muda KehausanBab IIIngatan Pada Wakil Rakyat.. Dari Sumut.Politik Mie AcehTanjung Balai, Kota Mafia Menuju Kamatian..Merentasi Selat Melaka Tanpa Pengenalan Diri..Asahan Turut Lahirkan Ulama Islam..Kisah Debat Dengan Ajaran Ahmadiyah..Kupu-kupu Malam.. Ella Memuji Pelacur?Rakyat Indonesia Sudah Beri Peluang Islam Memerint...Pengajaran Dari Pulau SimardanPKS: Bolehkah Perintah Indon?Bab IIIBercakap Loghat Perlis M'sia, Di Pulau Perlis, In...Tok Guru! Jenguklah Kami.. Anak Turunan Kelantan d...Kota Medan Siapa Punya?Ikutilah sambungannya dalam catatan perjalanan yang lain.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/tuala-wanita-percuma-bantu-pelajar-haid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Bajet Laksana Sarapan Percuma Di Sekolah Kata Dr M

Ada Bajet Laksana Sarapan Percuma Di Sekolah Kata Dr M

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 327 hits
HANOI Kerajaan mempunyai bajet untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma yang akan dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun depan kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata kerajaan boleh menggunakan dana disatukan daripada p...
Pelajar Sekolah Maut Motosikal Rempuh Tiang Telefon

Pelajar Sekolah Maut Motosikal Rempuh Tiang Telefon

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 490 hits
KUALA NERUS Seorang pelajar sekolah menengah maut apabila motorsikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh tiang telefon Kemalangan tersebut berlaku di Kampung Bukit Nenasi Batu Rakit kira kira jam 3 25 petang Sabtu Mangsa Wan...
Netizen Bantah Idea Sarapan Percuma Di Sekolah Tegas Tanggungjawab Ibu Bapa Sedia Makan Minum

Netizen Bantah Idea Sarapan Percuma Di Sekolah Tegas Tanggungjawab Ibu Bapa Sedia Makan Minum

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 981 hits
Bermula Januari 2020 kerajaan mengumumkan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau ingin memastikan pelajar pelajar ini terus kekal sihat...
Sejak 1948 Sekolah Finland Dah Bagi Makanan Percuma Untuk Semua

Sejak 1948 Sekolah Finland Dah Bagi Makanan Percuma Untuk Semua

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 508 hits
Oleh Sekolah sekolah di Finland menyediakan makan tengah hari percuma untuk semua murid semenjak 1948 dan menjadi negara pertama di dunia melakukannya Pada masa ini kira kira 850 ribu murid menikmatinya setiap hari manakala 47 ribu lagi men...
Sarapan Percuma Bermula 2020 Untuk Murid Sekolah Rendah

Sarapan Percuma Bermula 2020 Untuk Murid Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 506 hits
Sarapan Percuma atau breakfast free Bermula 2020 Untuk Murid dan pelajar Sekolah Rendah Berdasarkan kajian hampir 46 peratus kalangan pelajar sekolah baik pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah tidak ambil sarapan pagi Ini satu ber...
Hukum Wanita Sedang Haid Baca Doa Dari Al Quran

Hukum Wanita Sedang Haid Baca Doa Dari Al Quran

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 410 hits
SOALAN Adakah harus bagi perempuan yang sedang haidh membaca sebahagian dari ayat ayat Al Quran ketika hendak tidur JAWAPAN Harus bagi orang perempuan bahawa membaca ia akan satu ayat atau beberapa ayat Quran kerana memelihara dengannya dar...
Kerana Hormat Pelajar Islam Ini Kolej Baptis Sanggup Ubah Kod Pemakaian Seragam Sekolah

Kerana Hormat Pelajar Islam Ini Kolej Baptis Sanggup Ubah Kod Pemakaian Seragam Sekolah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 722 hits
Bagi keluarga yang menetap di luar negara atas tuntutan kerjaya ibu bapa pemilihan sekolah anak anak amat penting demi memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti Walaupun begitu bagi seorang pelajar perempuan beragama Islam penam...
Rm 1 6 Billion Setahun Peruntukan Makan Pagi Percuma Sekolah Kami Rasa Berbaloi

Rm 1 6 Billion Setahun Peruntukan Makan Pagi Percuma Sekolah Kami Rasa Berbaloi

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 385 hits
Wee Ka Siong mempersoalkan Program Sarapan Percuma yang akan dilaksanakan di sekolah rendah tahun depan bertanyakan adakah kerajaan berhajat untuk memberikan makanan percuma kepada pelajar dari keluarga berada Presiden MCA itu berkata bukan...
Sedih Sampai Mati Aku Akan Ingat Wanita Kongsi Zaman Miskin Teruk Pakai Tisu Tak Mampu Beli Tuala Wanita

Sedih Sampai Mati Aku Akan Ingat Wanita Kongsi Zaman Miskin Teruk Pakai Tisu Tak Mampu Beli Tuala Wanita

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 847 hits
Sampai mati aku akan ingat Wanita kongsi zaman miskin teruk pakai tisu tak mampu beli tuala wanita Antara perkongsian netizen mengenai kesusahan hidup mereka MENJADI lumrah kehidupan manusia untung rezeki dan malang silih berganti Benarlah ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments