Trump Tiada Siapa Akan Dipaksa Keluar Dari Gaza


Trump: Tiada Siapa Akan Dipaksa Keluar Dari Gaza
WASHINGTON, 10 Okt (Bernama-Anadolu) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata tiada sesiapa akan dipaksa keluar dari Gaza di bawah pelan gencatan senjatanya, sambil menambah bahawa perjanjian itu “telah dimuktamadkan dan selesai sepenuhnya”, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Tiada sesiapa akan dipaksa keluar. Malah sebaliknya… Tidak, kami langsung tidak berhasrat untuk berbuat demikian,” kata Trump ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada rakyat Palestin akan dipaksa meninggalkan Gaza di bawah pelan gencatan senjata yang dicadangkan AS.
Trump berkata perjanjian gencatan senjata Gaza itu telah “dimuktamadkan dan selesai sepenuhnya” dan beliau merancang untuk melakukan lawatan ke Timur Tengah hujung minggu ini.
“Saya fikir ini akan menjadi sesuatu yang hebat. Saya percaya semua tawanan akan dibawa pulang pada Isnin atau Selasa. Saya mungkin berada di sana. Saya berharap untuk berada di sana. Kami merancang untuk berlepas pada Ahad dan saya amat menantikannya,” katanya kepada pemberita di Pejabat Oval.
Trump pada Rabu mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjatanya untuk Gaza.
Pada 29 Sept, beliau mengumumkan pelan gencatan senjata 20 perkara untuk Gaza yang merangkumi pembebasan semua tawanan Israel sebagai pertukaran dengan kira-kira 2,000 tahanan Palestin, gencatan senjata kekal, dan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh wilayah itu.
Fasa kedua pelan itu menggesa penubuhan sebuah mekanisme pentadbiran baharu di Gaza tanpa penglibatan Hamas, pembentukan pasukan keselamatan yang terdiri daripada rakyat Palestin dan tentera dari negara-negara Arab dan Islam, serta pelucutan senjata Hamas.
Ia juga menetapkan pembiayaan oleh negara Arab dan Islam untuk pentadbiran baharu itu dan pembinaan semula wilayah berkenaan, dengan penglibatan terhad oleh Pihak Berkuasa Palestin.
Negara-negara Arab dan Islam telah menyambut baik pelan itu, namun beberapa pegawai berkata masih banyak butiran di dalamnya memerlukan perbincangan dan rundingan untuk dilaksanakan sepenuhnya.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
The post Trump: Tiada Siapa Akan Dipaksa Keluar Dari Gaza appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/10/trump-tiada-siapa-akan-dipaksa-keluar-dari-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trump Umum Permulaan Fasa Kedua Perjanjian Gaza

Trump Umum Permulaan Fasa Kedua Perjanjian Gaza

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 149 hits
Trump Umum Permulaan Fasa Kedua Perjanjian Gaza WASHINGTON 15 Okt Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa mengumumkan permulaan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza susulan pembebasan 20 tawanan Israel di bawah fasa pertam...
Malaysia Welcomes Trump S Gaza Plan Urges Full Implementation

Malaysia Welcomes Trump S Gaza Plan Urges Full Implementation

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Malaysia has commended United States President Donald Trump for his efforts to end Israel s war on Gaza through a comprehensive plan expressing hope it will be fully implemented In a statement the Foreign Ministry said the plan...
Trump Sisi To Chair Gaza Peace Summit On Monday

Trump Sisi To Chair Gaza Peace Summit On Monday

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 144 hits
Over 20 leaders will join the summit which focuses on ending the Gaza conflict and achieving regional peace and stability Hamas official Hossam Badran said the group will not participate in the Gaza peace summit CAIRO US President Donald Tr...
Conditional Support For Trump S Plan Is Why Malaysia Not Invited To Gaza Peace Talk

Conditional Support For Trump S Plan Is Why Malaysia Not Invited To Gaza Peace Talk

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 147 hits
PARLIAMENT Malaysia was not invited to the Gaza peace summit held in Egypt yesterday because it gave conditional support to US President Donald Trump s 20 point peace plan said Prime Minister Anwar Ibrahim Speaking at the Dewan Rakyat today...
Trump S Gaza Plan Is Another War Crime

Trump S Gaza Plan Is Another War Crime

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 178 hits
US President Donald Trump s 20 point plan for Gaza is nothing short of an insult to international law to the memory of the tens of thousands killed and to the Palestinian people who continue to live under siege After being complicit in a ge...
Rakaman Disahkan Benar Penduduk Gaza Raih Rezeki Laut Selepas Flotilla Alih Tumpuan Israel

Rakaman Disahkan Benar Penduduk Gaza Raih Rezeki Laut Selepas Flotilla Alih Tumpuan Israel

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 216 hits
GAZA Sebelum ini tular rakaman penduduk Palestin berjaya menangkap ikan dalam jumlah yang banyak di pantai Gaza Ia berlaku selepas perhatian tentera Israel beralih kepada Global Sumud Flotilla Terbaru menurut perkongsian aburatiba my video ...
Greta Thunberg Cerita Ini Bukan Tentang Kami Ia Tentang Gaza

Greta Thunberg Cerita Ini Bukan Tentang Kami Ia Tentang Gaza

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 187 hits
Kuala Lumpur 7 Okt Aktivis iklim terkenal dunia Greta Thunberg tampil dalam satu sidang media selepas dibebaskan dan dihantar pulang oleh Israel Dalam kenyataannya beliau menegaskan bahawa isu sebenar bukanlah tentang dirinya tetapi tentang...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi