Trump Jair Bolsonaro Dan Mahathir Selain Keangkuhan Formula Mereka Adalah Kepentingan Pemodal



Ramai pihak memuji cara Malaysia mengendalikan Covid-19. Hari ini jumlah kes yang dilaporkan adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) diperkenalkan.

Semalam jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ia memang suatu berita yang mengembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini dan kena terus waspada dan berdisiplin dalam menangani ancaman Virus Covid ini yang telah melumpuhkan ekonomi dunia dan telah menundukkan kuasa-kuasa dunia.

Ramai pihak memberikan pujian kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah atas cara beliau menangani masalah ini.

Global TV Network (CGTN) pula telah menobatkan beliau sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam peperangan melawan Covid. Beliau juga dengan penuh rendah diri (humble) telah mengatakan pujian tersebut bukan untuk dirinya tetapi adalah kepada usaha kolektif negara dalam menangani wabak Covid-19.

Sekarang saya berfikirkan andaikata – retrospeksi bayangkan Tun Mahathir diberikan pujian seumpama itu. Kemungkinan besar beliau tanpa segan akan berkata, “Mereka semua sukakan saya, saya rasa macam seperti melambung di udara.”

Saya membuat ramalan sinis ini kerana dunia hari ini menyaksikan bagaimana ahli-ahli politik dan pemimpin yang angkuh menangani isu Covid dan bagaimana ia membawa padah kepada rakyat kerana keangkuhan dan ego mereka.

Golongan pemimpin ini lebih mengutamakan bagaimana menyelamatkan ekonomi daripada menyelamatkan nyawa rakyat.

Sebelum ini Boris Johnson, perdana menteri UK menghujahkan bahawa cara terbaik menangani virus ini adalah membiarkan virus ini merebak kepada golongan majoriti rakyat manakala kerajaan melindungi satu kumpulan minoriti yang sudah berusia dan mungkin menghadapi masalah kesihatan.



Idea yang mungkin akan menyebabkan ribuan orang mati itu diambil kerana dirasakan adalah lebih baik daripada menyelamatkan ekonomi. Namun akhirnya, beliau sendiri terpaksa dimasukkan dalam ICU kerana virus ini.

Namun keangguhan perdana menteri UK ini sudah pasti tidak dapat menyiangi keangkuhan Presiden Amerika Syarikat – Donald Trump.

Trump dikatakan begitu seronok untuk memberikan update harian masalah Covid-19 padahal ramai orang amat gusar setiap kali beliau membuka mulut.

Jumlah kes di Amerika Syarikat (US) terkini telah mencecah 685,005 pada hari Jumaat dengan jumlah kematian sebanyak 35,481. Angka ini jauh melebihi 2,977 orang yang mati semasa serangan pengganas 911.

Satu kajian yang dibuat oleh AFP melaporkan hampir dua pertiga rakyat US mengatakan Trump terlalu lambat mengambil langkah menangani ancaman pandemik koronavirus.



Ini memang betul di mana apabila ancaman virus itu diutarakan kepada Trump, beliau dengan angkuh mengatakan ia bukan satu ancaman besar dan ia hanya seperti selsema.

Beliau juga pada awalnya begitu ghairah untuk membuka ekonomi US menjelang hari Easter. Namun hari ini, walaupun memang ada kelemahan besar pada kuasa dunia tersebut, tetapi Trump terus dengan angkuh menuduh orang lain seperti media, negara China, Pertubuhan Kesihatan dunia (WHO) dan parti demokratik.

Di Brazil pula, presidennya Jair Bolsonaro yang juga dikenali sebagai Trump Brazil terkenal dengan slogan, “Let’s Make Brazil Great Again” merupakan satu lagi pemimpin dunia yang angkuh yang sudi mengorbonkan rakyatnya sendiri demi untuk membuka ekonomi.

Beliau hari ini telah memecat menteri kesihatan beliau yang popular kerana berpendirian menteri itu sebagai seorang doktor tidak tahu kepentingan membuka balik ekonomi negara.



Beliau turut berkata virus ini hanya "selesema kecil" dan mengkritik gabenor negeri-negeri kerana mengarahkan sekatan pergerakan yang didukung oleh menteri kesihatan, Luiz Henrique Mandetta yang juga merupakan seorang pakar perubatan.

Wabak ini hari ini sudahpun meragut nyawa hampir 2,000 rakyat negara Brazil.

Kepercayaan kerajaan pada Noor Hisham

Sekarang kita balik kepada Malaysia. Satu sebab mengapa krisis ini kemungkinan ditangani dengan lebih baik adalah kemungkinan besar Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk mengendalikan dan menyelaraskan krisis ini.

Jika kita melihat cara beliau membentang laporan harian dan menjawab soalan dari pihak akhbar, kita dapat merasakan ada satu sifat profesionalisme yang dipaparkan.

Kita juga tidak melihat unsur-unsur politiking, membodek mahupun mengampu parti pemerintah.

Selain itu, beliau juga langsung tidak menunjukkan bias perkauman dan melihat semua pesakit sebagai pesakit.



Sebagai seorang pakar perubatan, beliau memang memahami tugasnya dengan lebih baik. Kita juga boleh membezakan cara beliau menangani isu ini berbanding dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba iaitu seorang ahli Umno.

Jika benar kerajaan PN termasuk Perdana Menteri memberikan mandat kepada Dr Noor Hisham Abdullah tangan bebas untuk menangani krisis ini, maka ia adalah keputusan bijak dan pendirian yang baik.

Sekarang bayangkan retrospeksi, Tun Mahathir pula menerajui negara. Maka saya boleh bayangan keghairahan beliau untuk bercakap kepada media.

Orang lain mungkin tidak berani bercakap kerana takut berpendirian berbeza dengan PM yang serba tahu semua.

Mungkinkah keangkuhan Mahathir akan membawa padah?



Kita tahu bahawa semasa krisis matawang dan kemelesetan ekonomi, Mahathir dipuji sebagai menyelamatkan negara. Namun hakikat sebenarnya adalah beliau berjaya menyelamatkan kroni beliau termasuknya anaknya.

Pada masa itu, rakyat biasa, pekerja dibuang kerja sewenang-wenangnya di mana kerajaan langsung tidak memainkan peranan proaktif untuk menjaga kaum pekerja.

Cadangan kami pada masa itu untuk menangguhkan bayaran hutang bank juga langsung tidak diendahkan.

Minta rakyat ubah cara hidup

Sudah tentu, jika Tun Mahathir mengemudi negara, beliau sudah pasti akan meminta para pekerja membuat pengorbanan.

Baru-baru ini dalam satu temubual, Dr Mahathir berkata rakyat perlu menerima hakikat bahawa pendapatan mereka akan berkurangan selain risiko kehilangan pekerjaan selepas pendapatan syarikat mengalami kemerosotan.

Beliau juga meminta rakyat untuk mengubah gaya hidup dan bersedia untuk hidup dengan pendapatan yang lebih rendah.

Mendengar kenyataan ini, saya amat bergembira bahawa Tun Mahahtir tidak menjadi PM semasa kita menangani krisis virus ini.

Kita memerlukan pendekatan saintifik, profesional, kabur perkauman dan prihatin kepada rakyat berpendapatan rendah.

Trump, Jair Bolsonaro dan Mahathir; selain keangkuhan, formula mereka adalah kepentingan pemodal mengatasi kepentingan rakyat biasa.

S ARULCHELVAN
Pemimpin pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

MR :  Kalau PH masih kerajaan, entah aku tak pasti apa bala rakyat dapat!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/trump-jair-bolsonaro-dan-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Terdesak Jika Tidak Ianya Tidak Akan Jadi Begini

Mereka Terdesak Jika Tidak Ianya Tidak Akan Jadi Begini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 215 hits
RAY HUNTERMereka terdesak kalau tidak tak mungkin mereka ambil risiko jangkitan covid19 sebegini tak adakah jalan terbaik selain berkumpul seperti ini Mintak kerajaan segera selesaikan masalah sebegini sebelum tempoh PKP disambung sehingga ...
Penginapan Kuarantin Hotel 5 Bintang Untuk Mereka Yang Balik Dari Luarnegara

Penginapan Kuarantin Hotel 5 Bintang Untuk Mereka Yang Balik Dari Luarnegara

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 510 hits
HARI ini RIUH di media sosial mengenai seorang wanita yang baru balik dari NEW ZEALAND dan diKUARANTINkan di HOTEL 5 bintang https amazingnara com gadis dikecam komen pusat kuarantin 14 hari nampak macam penjara Penginapan 5 bintang ini dik...
Peminat Tak Bagi Saya Duit Salama Ni Survive Bukan Sebab Mereka

Peminat Tak Bagi Saya Duit Salama Ni Survive Bukan Sebab Mereka

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 158 hits
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada artis didakwa memperlekehkan netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung Kenyataan itu menimbulkan kemarahan netizen The post appeared first on
Mengapa Mereka Suka Pertikai Pkp 10134

Mengapa Mereka Suka Pertikai Pkp 10134

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 183 hits
Dari kecil mereka dimomokkan dengan rasa tidak puas hati Tidak puas hati akibat dibuli Tidak puas hati kerana dihukum berat berbanding kesalahan yang diperbuat Jiwa rasa terseksa Tidak puas hati juga sebab sejak kecil terabai dengan pendidi...
Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 302 hits
SERAMAI 274 daripada 330 pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk Manir di Kuala Terengganu disahkan bebas Covid 19 dan dibenarkan pulang semalam Pelajar terbabit menjalani proses kuarantin selama dua minggu selepas madrasah itu ditutup diperc...
Kepada Mereka Yang Mengambil Saya Nasihatkan Supaya Fikir Tentang Orang Lain Dr Noor Hisham

Kepada Mereka Yang Mengambil Saya Nasihatkan Supaya Fikir Tentang Orang Lain Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 458 hits
Sedang barisan frontliner bertungkus lumus berusaha membanteras wabak covid 19 ini masih ada lagi segelintir individu tidak bertanggungjawab mengambil hak orang lain demi kepentingan diri sendiri Sebelum ini kecoh apabila ada beberapa pihak...
Rider Kesal Pelanggan Gunakan Servis Mereka Untuk Hantar Syabu

Rider Kesal Pelanggan Gunakan Servis Mereka Untuk Hantar Syabu

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 188 hits
213 SHARES Satu perkongsian oleh penghantar makanan yang berdepan dengan dugaan dianiaya para pelanggan sehingga mereka menjadi sasaran pihak polis menjadi tular Di dalam perkongsian di Facebook itu seorang pengguna dengan nama akaun Apan M...
Sama Ada Kita Sedar Atau Terlepas Pandang Mereka Juga Manusia Spt Mana Kita

Sama Ada Kita Sedar Atau Terlepas Pandang Mereka Juga Manusia Spt Mana Kita

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 197 hits
Di kedai runcit berdekatan rumah td sudah kelihatan pekerja2 indonesia bangladesh membawa duit2 siling utk berbelanja Barangkali masing2 sudah pecahkan tabung utk membeli barang2 keperluan harian Mereka jauh dr keluarga saudara mara dan ken...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Remove Pm S Power To Appoint Judges Expert Says

Mengembangkan Kemampuan Menulis Profesional Dalam Bahasa Inggris Bersama Ef Efekta English For Adults

Benefits Of Playing Free Slot Login Gacor123