Trk 27 Pemeriksaan Kesihatan Aina Di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  
Hari ini Nor Aina ada temujanji dengan doktor di Hospital Putrajaya.
Kami tiba di Hospital Putrajaya agak lewat iaitu sekitar jam 10:30 pagi hingga jam 11 pagi, maka Master terpaksalah meletakkan kereta di satu kawasan lapang di antara Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Nasional.
Kawasan tempat letak kereta itu agak teruk dengan keadaannya yang berlumpur.
 

 
Toyota VIOS Hitam sangkut dalam lumpurSemasa Master meletakkan kereta ada sebuah VIOS hitam yang tampak macam mahu berundur tapi tak bergerak, dan sebaik sahaja Master selesai meletakkan kereta dan mahu keluar, barulah Master perasan bahawa tayar kereta itu terperangkap dalam lumpur.
Tuan kereta itu menurunkan tingkap dan menasihati Master agar tidak meletakkan kereta di situ.
Nyaris sahaja Master menjawab, "Tak mengapa, kereta saya AWD (pacuan semua roda)", tetapi membatalkan jawapannya itu kerana terlintas bahawa kuasa untuk melepasi kawasan berlumpur tersebut bukannya terletak pada kereta tetapi dengan kuasa Allah jua.
Tak kisahlah kereta Subaru XV AWD pun, kalau Allah kata tersangkut dalam lumpur, maka akan tersangkutlah ia.

Master pergi mengintai keadaan kereta VIOS hitam tersebut. Master dan si pakcik pemilik kereta Toyota VIOS itu berbincang tentang cara untuk melepaskan kereta VIOS itu daripada masalah lekat dalam lumpur tersebut.
Tedi nampak mereka mengambil 2 ketul batu. Tuan kereta Toyota VIOS itu tampak tak tahu nak buat apa. Dia kata sepanjang umur hidup dia ini kali pertama dia hadapi masalah sebegitu.
Bagi Master pula, ini mungkin entah kali ke berapa, yang Master ingat sekali dengan kereta Proton SAGA berwarna merah milik Tok Ayah dan kali kedua juga dengan Proton Preve milik Tok Ayah juga. Apa yang pasti untuk kesemua pengalaman membantu kereta yang lekat dalam lumpur atau lekat dalam pasir itu, ada ramai orang yang membantu.
Tetapi kali ini cuma ada Master dan tuan Toyota VIOS itu sahaja.
 
Apa perlu buat semasa kereta lekat dalam lumpur?Secara teori dan praktikal, perkara yang perlu dibuat semasa kereta lekat dalam lumpur adalah dengan memberi daya tambahan kepada kereta tersebut dengan cara:
meletakkan sesuatu di bawah tayar untuk memberikan daya seretan kepada tayar, di mana masalah utama tayar kereta sangkut dalam lumpur selalunya adalah kerana tayar tidak dapat mencengkam untuk bergerak keluar.menolak kereta untuk memberikan daya tolakan tambahan yang tidak tertumpu kepada tayar sahaja.Nampaknya kali ini Master tidak memiliki kemewahan pada alternatif kedua. Master terpaksa bergantung kepada pilihan pertama sahaja.
Master mengarahkan tuan kereta Toyota VIOS itu untuk meluruskan tayar, dan menggerakkan keretanya ke hadapan sedikit, sebelum Master meletakkan batu yang agak besar di bawah di celah belakang tayar hadapan sebelah kiri kereta VIOS tersebut.
Selepas itu Master membaca doa minta-minta kereta Toyota VIOS tu dapat keluar dengan mudah sahaja supaya kami tidak sangkut terlalu lama di sana.
Alhamdulillah, kereta Toyota VIOS itu dapat keluar dengan agak mudah, tapi tersangkut di tempat lain pula. Kali ini Master tahu bahawa kereta Toyota VIOS itu hanya perlukan sedikit tolakan untuk membantunya keluar, kerana pada ketika itu belum ada lubang terbentuk pada tanah dek gerakan tayar.
Master pun terpaksa menolak kereta itu sedikit, alhamdulillah lepas. Master terpaksa bukan kerana tidak sudi, tapi terpaksa kerana keadaan di sana agak becak, kalau boleh tak mahulah masuk hospital dalam keaadan sandal Yonex beliau berlumpur. Kalau pakai kasut masih boleh tahan sebab lumpur tak kena kaki.
"Terima kasih kerana sudi tolong I, really appreciate it" - wah pertama kali Master dengar orang berterima kasih macam pengembara yang baru dapat air setelah kesesatan di padang pasir. Master faham perasaan pemilik Toyota VIOS tu, dan Master juga bersyukur kerana Allah membantu Master untuk membantu pemilik kereta VIOS itu.
"You buat apa di sini?" - tanya tuan Toyota VIOS itu. Maksudnya apa tujuan Master datang ke Hospital Putrajaya, mungkin membalas pertanyaan Master yang serupa sebelum itu.
Master pun beritahu pemilik Toyota VIOS tu bahawa kami membawa Nor Aina untuk pemeriksaan kesihatan - ada masalah lelah sedikit.
Master tahu jawapan tu tak benar kerana sebenarnya pemeriksaan kesihatan Aina kali ini adalah pemeriksaan kesihatan umum untuk bayi lahir tak cukup bulan. Tak tahulah sama ada bayi yang lahir normal memerlukan pemeriksaan kesihatan sebegini atau tidak kerana sepupu sepapat adik beradik Aina tak adalah pula kerap menghadiri pemeriksaan kesihatan susulan seperti Aina ni.
"Owh, I doakan anak you agar cepat sihat" - wow, Master berasakan itu adalah doa paling ikhlas dan ringkas - dengan mendengarkan bagaimana pakcik itu mengungkapkannya, atau mungkin sahaja pakcik itu memang pandai berkata-kata. Semoga doa pakcik itu dimakbulkan Allah.
 
Aina tak boleh duduk diamSelepas itu kami ke Klinik Doktor Pakar untuk menemui Mommy dan Aina. Alhamdulillah, Mommy tak merepek dengan kehilangan kami untuk satu tempoh yang mungkin lama. Kali ini agak mudah untuk menemui Mommy dan Aina kerana boleh dengar bunyi bising kasut dan mulut Aina.
Macam-macam perangailah Aina buat, tampar anak orang, libas orang dengan belon - perkara yang mungkin menjengkelkan bagi orang lain.
Hal ini memaksa Master memegang Aina selalu, satu strategi yang okay, namun selalu kena cantas dek Mummy yang tak mahu dengar Nor Aina menangis.

Akhirnya kami dapat menemui doktor setelah jam 2 petang - atau empat jam menunggu. Mujur sahaja Master dan Mummy ambil cuti satu hari, tambahan Master ambil cuti tanpa gaji yang ikut polisi hanya dibenarkan untuk cuti sepanjang hari sahaja.
Doktor kata semua okay.
Kami tiba di rumah sekitar jam 3:30 petang. Aina tertidur kepenatan, dan Master pun nak tidur juga sebab badan lenguh mendukung Aina di Hospital Putrajaya tadi, kaki pun rasa macam lari beberapa kilometer, tapi keadaan tidak mengizinkan...
Ini adalah karangan yang agak panjang, hampir 1000 patah perkataan, diharapkan masuklah income melalui iklan-iklan Google Adsense. Amin.
~20181127~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.interpretzz.com/2018/11/pemeriksaan-kesihatan-aina-nov-2018.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Interpretzz+(interpretZZ)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan Kkm Cara Buat Appointment

Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan Kkm Cara Buat Appointment

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 768 hits
SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM CARA BUAT APPOINTMENT Bagaimanakah cara untuk buat jani temu online Klinik Kesihatan KKM Jika anda ingin ke Klinik Kesihatan KKM anda kini boleh buat janji temu online melalui SISTEM JANJI TEMU ...
Hiburan Didakwa Hadir Ke Hospital Untuk Pemeriksaan Ayda Jebat Kini Hamil

Hiburan Didakwa Hadir Ke Hospital Untuk Pemeriksaan Ayda Jebat Kini Hamil

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 331 hits
Pasangan sensasi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Januari yang lalu Ayda Jebat dan Nabil Mahir khabarnya baru sahaja menerima berita gembira Sumber Instagram Ayda Jebat Memetik laporan sebuah media Ayda didakwa hari ke seb...
Pasangan Gari Tangan Bersama Selama Beberapa Minggu Terpaksa Dapatkan Rawatan Di Hospital Sebab Tangan Kena Ulser

Pasangan Gari Tangan Bersama Selama Beberapa Minggu Terpaksa Dapatkan Rawatan Di Hospital Sebab Tangan Kena Ulser

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 303 hits
Pasangan gari tangan bersama selama beberapa minggu terpaksa dapatkan rawatan di hospital sebab tangan kena ulserPasangan kekasih di Ukraine pada pertengahan Februari mengambil keputusan untuk menggari tangan mereka bersama selama tiga bula...
Insiden Tertukar Bayi Di Hospital Melaka Disiasat Exco

Insiden Tertukar Bayi Di Hospital Melaka Disiasat Exco

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 209 hits
Shuhada Abdul KadirBuat masa ini perkara itu telah diselesaikan secara baik antara kedua dua pihak membabitkan dua buah keluarga dengan pihak hospital Gambar hiasan MELAKA Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melakukan siasatan dalaman melibatka...
Tuaran Hospital Quarters Destroyed By Fire

Tuaran Hospital Quarters Destroyed By Fire

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 219 hits
The Tuaran Hospital quarters being destroyed by fire early this morning TUARAN The Tuaran Hospital quarters with six bedrooms were destroyed by fire early this morning Tuaran fire and rescue operations chief Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar sai...
We Don T Overcharge Says Private Hospital Group

We Don T Overcharge Says Private Hospital Group

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 217 hits
The perception that private hospitals are profiteering comes from a failure to appreciate the costs says the Association of Private Hospitals Malaysia PETALING JAYA The Association of Private Hospitals Malaysia has denied that its members o...
Budak Meninggal Dunia Kerana Kerap Bermain Mobile Game Alami Keadaan Mengerikan Hospital Pun Tak Dapat Tolong

Budak Meninggal Dunia Kerana Kerap Bermain Mobile Game Alami Keadaan Mengerikan Hospital Pun Tak Dapat Tolong

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 798 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun di Subang Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami gangguan saraf dan sakit kepala Raden Tri Sakti dikatakan gembar bermain permainan online melalui telefon bimbitnya sehingga mengal...
Mma Good For Pm To Take Vaccine Other Politicians Should Give Way To Hospital Cleaners

Mma Good For Pm To Take Vaccine Other Politicians Should Give Way To Hospital Cleaners

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 217 hits
It s good for Prime Minister Muhyiddin Yassin to take the Covid 19 vaccine to set an example to the rakyat but other politicians should not be prioritised and should take a back seat to hospital cleaners said Malaysian Medical Association p...
Hiburan Diserang Strok Haba Akibat Kekurangan Air Atu Zero Dimasukkan Ke Hospital

Hiburan Diserang Strok Haba Akibat Kekurangan Air Atu Zero Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 337 hits
Pelakon dan pelawak Atu Zero dilaporkan telah dikejarkan ke hospital gara gara diserang strok haba ketika berada di rumahnya semalam Sumber Instagram Atu Zero Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Atu Shafeeqa Johari yang memberitahu bahawa A...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024