Trip Turki 2022 Bersama Atn Travel


TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini, ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel dengan kerjasama Turkish Airlines menerbangkan 17 wakil agensi pelancongan tempatan ke negara itu untuk memperkenalkan destinasi pelancongan baru di sana.
Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar berkata, selama 30 tahun agensi pelancongan hanya membawa pelancong ke tempat percutian yang sama dan belum ada yang memperkenalkan laluan baru secara komersial.


TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVELIzham berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri pelancongan dan pernah menetap di Negara Uthmaniyah itu selama 16 tahun. Justeru dengan sokongan Turkish Airlines dan Tourism Turkiye, beliau berhasrat untuk merintis laluan baru kerana terdapat banyak lagi destinasi menarik dan unik dengan kepelbagaian budaya serta sejarah Islam
 
Keadaan juga sudah berubah kerana ramai kini sudah berhijrah. Mereka bukan lagi bercuti untuk bersuka ria sahaja tetapi mereka juga mahu menyelusuri sejarah, peradaban dan tamadun Islam. Bergembira sambil mengambil ibrah daripada tempat yang diziarahi.

Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar

“Jadi dalam program FAM Trip To Turki 2022 ini , saya bawa wakil agensi pelancongan yang berpotensi untuk memperkenalkan destinasi baru kepada mereka untuk mereka perkenalkan pula kepada bakal pelanggan. Saya yakin tarikan baru ini akan membuka ruang besar kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak keunikan dan keindahan bumi Uthmaniyah itu," katanya
 
Izham berkata, “dengan pertambahan penerbangan ke tempat-tempat yang dilawati itu, Turkish Airlines dan Tourism Turkiye sangat mengalu-alukan kedatangan warga asing ke daerah baru itu kerana dapat merancakkan pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi
 
“Kami akan mula 'menjual' pakej baru itu pada Februari ini. Kepada mereka yang mahu merasai pengalaman ke destinasi bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniah bolehlah menghubungi ATN Travel dan agensi-agensi yang terlibat sama dalam memperkenalkan pakej ini," katanya

PENGISIAN PROGRAM TRIP TURKI SELAMA 10 HARI
Sanliurfa terkenal dengan nama Peygamberler Sehri (Kota Para Nabi) dengan menziarahi Masjid Balikligol (tempat Nabi Ibrahim AS dibakar), Halilul Rahman terdapatnya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan serta membeli belah di bazar.

Harran adalah lokasi bersejarah yang hebat sarat dengan keagungan cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Nama Harran ini diambil kerana iklim di sini sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Di situ juga terletaknya universiti pertama di dunia, Makam dan Telaga Nabi Ayub AS dan ziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe

Nama Harran diambil dari cuaca di kawasan ini yang sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Harran adalah lokasi bersejarah yang sarat dengan keagungan kisah cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. 
Telaga Nabi Ayub AS di Kota Urf
Adana iaitu empat jam perjalanan dari Sanliurfa dengan bas. Dalam perjalanan rombongan dibawa menaiki Halfeti Boat di perkampungan Sungai Furat. Ia adalah sungai terpanjang di Asia Barat, mengairi tiga negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Sehingga hari ini, Sungai Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Perkampungan Di Sungai Furat di Sanliurfa
Tarsus terletaknya Gua Ashabul Kahfi (Seven Sleepers), Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi dan Grand Mosque. Berikutnya ke Eskisehir, Sogut dan Bursa. Melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan menziarahi makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul

Makam Pengasas Kerajaan Uthmaniyah, Ertugrul Gazi di Sogut
Gua Ashabul Kahfi Di Tarsus 

Di Bursa kami ke Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi - Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.


Manakala di Istanbul kami ke Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Blue Mosque, Grand Bazaar dan Spice Bazaar

Keindahan senibina Hagia Sophia. Aya Sophia (Bahasa Yunani: Ἁγία Σοφία); Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya; bahasa Arab; آيا صوفيا, berasal daripada perkataan Yunani: Ἁγία Σοφία, "Hikmah Suci"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul, Turki. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. 
Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Pemerintah republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada 1935 dan bertukar menjadi masjid semula pada 2020 atas ketetapan Presiden Turki.


Seterusnya, kami melawat Masjid Camlica. Masjid Camlica adalah masjid terbesar di Istanbul bernilai USD300 juta dan baru dibuka kepada umum. Masjid Camlica menggabungkan gaya senibina era Usmani dan Seljuk


DI ANTARA MENU MAKANAN TRADISIONAL DI TURKI   Makanan di Turki adalah Halal dan dijual di seluruh dunia. Namun, ia lebih segar di masak apabila kita dapat di negara asal makanan dan minuman ini. Perbezaannya adalah suasana dan cuaca. Ia bagaikan melengkapi perjalanan kami mengenali negara bertuah ini. 
Sarapan di Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik di Bursa
Turkish Delight

Baklava
Kebab
Roti
Teh Tradisi
CENDERAHATI TURKIRambang mata memilih cenderahati dijual di Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik di Bursa

Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik di Bursa yang berusia lebih 700 tahun

Sabun Zaitun wajib dibawa pulang

PENGANGKUTAN AWAM DI ISTANBUL, TURKI
Train Pengangkutan Awam dalam bandar di Istanbul 

Ini adalah tram yg disebut-sebut sebagai salah satu yang tertua di dunia. 
Selepas puluhan tahun berkhidmat, tram ini akhirnya dihentikan seiring berkembangnya pengangkutan awam lain. Tram terakhir terhenti pada 1961 di bahagian Eropah Istanbul dan tahun 1966 di bahagian Asia Istanbul

Tram ini kemudiannya diletakkan di muzium sehingga pada akhir 1990 tram kuno ini dikeluarkan dari muzium, dihiasi semula dan kembali digunakan untuk menghantar penumpang dijaluran Tunel-Taksim

AGENSI PELANCONGAN YANG MENYERTAI FAM TRIP TO TURKI 2022

1. Izham Istar Ibrahim Istar ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd (ATN Travel)
019-2663340

2. Khairul Nizam Amat Zaini
My altitute 30 Travel & Tours S/B
019-3605287

3. Sharifah Norjulishima Syed Rohani
Righteous Travel & Tours Sdn Bhd
012-5055185

4. Mohd Razihan Hamid
Razihan Holidays Alor Setar
011-60618115

5. Zainudin Ismail
AlQuds Travels &Tours Kota Bharu
019-9246047

6. Khairul Annuor Halim
RedSea Tour & Travel Putrajaya
013-3237800

7. Mustafa Kamal bin Md Sood
Safwah Travel & Tours Sdn Bhd
019 -3117238

8. Erny Nawawi
Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd
017-6902778
Pej - 0321641577

9. Azuwarridah Binti Abdullah
Enrich Travelogue Sdn Bhd
019-3730627
Pej :0341311679

10. Ab Hakimee Bin Abdullah
Myway Haramain Travel Servicesy Sdn Bhd
019-2754924.

11. Mohd Izzat Zulhusni Adizi Mohd Noor Yaakob
Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd
Hotline : 019-289 7624
Pej : 03-2688 0000

12. Mohd Farhan Bin Madzlan
Mantop Travel & Tours Sdn Bhd
017-7790700 / 013-7045033

13. Hafiz bin Sobri
Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd
012-3997115

14.Yusman Rozali
Al Maziah Mobilty Travel & Tours Sdn Bhd
0 19-499 2769 /017-4784478

15. Norsufinas Othman
Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
012-2080127


(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar, Pengarah Pelancongan Wilayah Sanliurfa, Aydin Bey, Promosi Pelancongan Wilayah Sanliurfa, Gokhan Bey dan Pengurus Jualan & Pemasaran Flex Travel Turki, Zehra Yurdsever
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif My Altitude 30 Travel & Tours, Khairul Nizam Amat Zaini, Izham Istar, Nor Akmar Samudin (media) dan Nurul Husna Bokhari (media)
MENGENAI ATN TRAVEL
Izham Istar adalah anak Melayu pertama yang membuka syarikat pelancongan di Turki atas nama ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel. Selepas 20 tahun menetap di Turki dan beberapa negara lain, Izham kembali ke Malaysia membuka ATN Travel dan turut membuka cawangan di Indonesia.

Menerusi pengalamannya di negara itu, orang Turki adalah bangsa yang tidak berani mencuba dan meneroka tempat baru. Kawasan-kawasan seperti Sanliurfa, Harran, Adana dan Tarsus juga sering diburuk-burukkan oleh Barat kononnya tempat pengganas kerana ia bersempadan dengan Syria dan Iraq.

“Disebabkan itu juga kawasan-kawasan tersebut tidak terkenal dan 'ditakuti' pelancong. Sebenarnya kawasan itu selamat untuk dilawati bahkan menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang tersendiri,” katanya.
Izham yang fasih berbahasa Turki dan Rusia memokuskan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi pelancongan lain, korporat, VIP dan stesen TV yang mahu membuat liputan di sana. Pelbagai cabaran dihadapinya termasuklah apabila dunia dilanda pandemik Covic-19 tetapi ATN Travel terus bertahan

"ATN Travel tidaklah besar tetapi sentiasa konsisten dan terus berada dalam industri. Selama 25 tahun, nama itu tidak pernah bertukar dan kekal saya sebagai pengasasnya. Besar atau kecil syarikat itu bukanlah ukuran kerana apa yang penting ia dapat terus bertahan dan dikenali sehingga hari ini. Apapun krisis dan masalah, saya akan terus menjaga nama syarikat dan mengekalkan konsep perniagaan sedia ada,” katanya. 
Memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di Turki sehingga membawa kepada penubuhan ATN Travel di sana, saingan utama beliau adalah orang Turki yang terkenal dengan sikap mereka selalu hendak 'menang' dalam persaingan.

“Keadaan itu menjadikan saya kuat dan tidak gentar dengan cabaran. Ramai kawan di kalangan bangsa Turki juga memudahkan urusan perniagaan saya ke beberapa negara lain di Asia Barat kerana mereka ini bangsa yang suka merantau. Ke mana pun saya pergi, ada kawan yang menunggu dan membantu,” katanya..

FAM TRIP TO TURKI 20220DIANJURKAN OLEH ATN TRAVELPenulis bersama Puan Nor Akmar SamudinGambar di ambil menggunakan Samsung S21 UltraATN TRAVEL | FACEBOOK  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/01/trip-turki-2022-bersama-atn-travel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Strengthens Its Position In European Travel Market At Feria Internacional De Turismo 2022

Selangor Strengthens Its Position In European Travel Market At Feria Internacional De Turismo 2022

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 231 hits
Tourism Selangor the Official Tourism Promotion Agency of Selangor State had participated in Feria Internacional de Turismo 2022under the umbrella of Tourism Malaysiafrom January 19th until 23rd 2022 in Madrid Spain Selangor s delegation wa...
Big Stage 2022 Mommy Jerung Merah Sedia Beraksi Video

Big Stage 2022 Mommy Jerung Merah Sedia Beraksi Video

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 231 hits
Big Stage 2022 Mommy Jerung Merah Sedia Beraksi VIDEO Beri laluan beri laluan Mommy Jerung Merah nak lalu ni boh Kalau dengar sahaja tagline ini di aplikasi Tiktok pasti anda sudah dapat membayangkan bagaimana aksi yang ditonjolkan oleh pen...
19 01 2022 Fokus 4 45 Rfid Jualan Untungkan Kroni Bebankan Rakyat

19 01 2022 Fokus 4 45 Rfid Jualan Untungkan Kroni Bebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 251 hits
Kerajaan dan PLUS digesa untuk lebih fleksible dalam penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio dalam pelaksanaan transaksi tol dengan tidak memansuhkan penggunaan kad Touch n Go yang sedia ada
Misbakhun Ingatkan Target Penerimaan Pajak Di 2022 Harus Realistis

Misbakhun Ingatkan Target Penerimaan Pajak Di 2022 Harus Realistis

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 205 hits
Anggota Komisi XI DPR Mukhamad Misbakhun berharap agar pemerintah tidak mengoreksi target pajak 2022 sebesar Rp1 265 triliun Meski pada 2021 penerimaan pajak mencapai Rp1 229 6 triliun angka ini melebihi target pajak 2021 sebesar Rp1 277 5 ...
The Colours Of Life Sunway Big Box Cny 2022

The Colours Of Life Sunway Big Box Cny 2022

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 317 hits
The Colours of Life Sunway Big Box CNY 2022 Nyenyambil ituhari kat Sunway Big Box Nengok dah mula dah persiapan untuk CNY Pergghhh terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm alte...
Rizal Rama Model Asal Surabaya Yang Tampil Di Milan Fashion Week 2022

Rizal Rama Model Asal Surabaya Yang Tampil Di Milan Fashion Week 2022

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 243 hits
Rizal Rama jadi satu satunya model dari Indonesia yang memperagakan koleksi busana Fendi Membanggakan
2022 Akan Jadi Tahun Yang Sibuk Winner Beri Hint Untuk Comeback Pelbagai Aktiviti Akan Datang

2022 Akan Jadi Tahun Yang Sibuk Winner Beri Hint Untuk Comeback Pelbagai Aktiviti Akan Datang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 202 hits
Pada 17 Januari kumpulan WINNER telah menyambut peminat dengan kesemua 4 ahli di saluran V Live buat kali pertama dalam tempoh lebih kurang 2 tahun Pada hari tersebut Kang Seung yoon dan Mino akhirnya disertai oleh barisan hyung Kim Jin woo...
Pelbagai Genre Pelakon Hebat Ini 23 Naskhah Korea Baru Netflix Bagi 2022

Pelbagai Genre Pelakon Hebat Ini 23 Naskhah Korea Baru Netflix Bagi 2022

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 324 hits
Nampaknya ada pelbagai naskhah baru yang akan di Netflix pada tahun 2022 ini Bukan sahaja drama malah terdapat filem dengan pelbagai genre serta pelkon hebat yang ada di dalamnya 1 All Of Us Are Dead Pengarah Lee JQ Kim Nam su Penulis Chun ...
Lokasi Cawangan Kedai Eco Plus Di Seluruh Malaysia 2022

Lokasi Cawangan Kedai Eco Plus Di Seluruh Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 1153 hits
Senarai Cawangan Kedai Eco Plus Seluruh Malaysia Kalau korang dah biasa dengan kedai eco shop RM2 tapi kali ni kedai eco plus pulak Barang barangnya pula berharga RM5 RM10 Eco shop kedai dia tema merah eco plus pulak tema kuning jangan ters...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024