Trip To Ipoh Antara Port Menarik Boleh Singgah Di Ipoh Part 1


Salam to all readers,

Rindu gila nak menaip. Im super busy lately, permulaan 2020 kalini cukup mencabar bagi aku, dengan agent buat hal, aku demam sampai 3 hari pergi klinik, kerja menimbun gara-gara aku ambil cuti sehari, orang bank buat hal wah macam boleh buat novel kot. Siapa yang mengikuti perkembangan aku di Instagram, mesti tahu aku ke Ipoh baru-baru ini. Benda ini pllan pun last minutes, tak sampai 2 minggu macam tu terus kira jadi. Kalau yang merancang awal-awal ini selalu tak jadi, baik plan last minute. Hah gitu

Ini geng-geng masa aku belajar di unikl dulu, kak nina, ecah, dan adik kak nina, kyla tak dapat join (dapat jumpa kejap je). Aku kawan universiti tak ramai mana pun dengan dorang ini jelah selalu, kawan serumah, kawan ke kelas. Kawan reramai, otak aku serabut. Berbalik pada trip aku ke Ipoh ini, seperti trip tangkap mua je. Aku gerak ke Ipoh pukul 9.30 malam (hari jumaat lepas dinner with budak office), kak nina and ecah dah sampai Ipoh awal lagi, memandangkan hari Jumaat belah Penang dan Kedah kebetulan cuti. Aku suruh depa jalan-jalan dulu mana-mana sementara aku sampai Ipoh. Serius wei, rindu gila dekat depa nuh

Banyak benda nak sembang, walaupun hakikatnya bila bersua muka tak terluah. Dua hari sebelum aku berangkat ke Ipoh aku ada call si Ecah ini, mengadu nasiblah kononnya, dah puas nangis-nangis lega sikitlah. Aku sampai di stesen Ipoh around 12.25 malam. Mereka risau betul, dah sampai mana semua, aku sampai-sampai terus order grab ke hotel. Jarak stesen KTM Ipoh ke hotel kiteorang tak jauh mana pun, tapi dah tengah malam grab jelah. Sampai-sampai je hotel dah berkunci, aku call dorang suruh turun, kebetulan ada orang nampak bukakan pintu, dapatlah masuk. Muka segar wei bila bersua muka, dah setahun tak berjumpa, masing-masing pula dah buat haluan sendiri dan duduk negeri lain-lain tak dapatlah nak jumpa selalu. Mujur hotel yang aku pilih ini pun dekat tengah-tengah bandar Ipoh. 3.00pagi barulah tidur betul-betul,keesokkannya nak bangun awal untuk memulakan perjalanan jalan-jalan Ipoh

[18.01.2020] Around 8.30pagi masing-masing dah bersiap. Perjalanan utama adalah pekena roti telur goyang dekat Old Town Ipoh ini. Untuk makluman semua, perjalanan kiteorang jalan-jalan di bandar Ipoh ini 100% menggunakan pengangkutan Grab dan juga MyCar. Jimat dan cepat. Dah semangat nak pergi Old Town alih-alih salah pergi Old Town, order balik grab barulah sampai ke destinasi Old Town yang betul

1) Old Town White Coffee & Jalan MarketIni adalah Old Town paling famous kerana ia yang terawal dibuka, penuh nostalgia gitu. Kawasan bangunannya cukup menarik, ala-la building lama. Jom tengok apa menu yang kiteorang order


Ini salah satu menu utama yang aku order, roti telur goyang. Perghh padu habis tapi tak puas sangat, position dia sikit-sikit semuanya. Aku order air white coffee, memat pekat kepekatan kopinya. Sampai-sampai dalam dah penuh orang, majoriti Chinese. 
 Menu lain yang di order, popia goreng, goreng, mee, roti butter. Overall sedap je, tapi taklah gah mana seperti yang digembar gemburkan kata wow sangat! At least merasa jejak kaki ke sini. 
Ini susun atur dalamannya, cantik kan,sebelah pun ada juga. Disebabkan masih pagi tak ada mood nak snap banyak-banyak. Range harga makanan dan minuman dekat sini tidaklah terlalu mahal, kira okaylah. Masih relevan lagi, mujur boleh pakai touch n go. Dah kenyang makan, teruskan perjalanan jalan-jalan di sekitar Old Town ini juga. Accually, kawasan mereka dekat-dekat je cuma tak familiar jalan yalah merantau negeri orang lain. 

 Ini area Old Town White Coffee, ikut je orang tengah jalan kaki belakang kedai. Rata-rata dinding belakang kedai di conteng dengan seni lukisan cantik-cantik. Depend juga, ada gak dinding orang yang dirosakkan.


Semalam dorang sampai awal, jadi dorang suruh aku masuk kedai buku ini. Serius unik gila susun atur dekat kedai buku ini. Korang kena masuk explore sendiri, macam manalah boleh terfikir nak buat seunik ini. Ruang nak masuk agak sempit, tapi still boleh diterima. Dia ada 2 tingkat kalau tak silap. di ruang bawah lagi cantik dan unik. Masuk semata nak bergambar je, si Ecah la yan menjadi jurufoto tak berbayar aku

 Gembira sangat bajet-bajet baca buku tu.

 Dinding dipenuhi gambar artis Korea, mat salleh. Nak real gila kesemua lukisan. Tak lama mana pun dalam ini, ambil gambar pun lelaju, keluar-keluar kedai, jalan sikit dah sampai dekat area Plan B and Bib and Bob tu. Tapi tak beli, masing-masing dah kekenyangan makan roti. Jalan-jalan bergambar je dah puas hati, tapi peluh gak ketiak memasing.

Area sini aku dah pergi dengan family aku dulu, still sama lagi. Sesak dengan orang ramai pun ya juga. Gigih jugalah jalan kaki pusing-pusing sini. Mujur jumpa seorang uncle, minta tolong dia snapkan gambar kami berempat dekat payung gantung-gantung ini. Walhal lorong ini taklah cantik mana, bak kata mak aku. belakang rumah ko taknak bergambar, sini beria ko bergambar. hahah.. Area kawasan tepi longkang




Jalan punya jalan, jumpa cafe Harry Potter. Haritu ada terbaca dekat twitter, tengah viral siapa nak bergambar ala-ala Harry Potter bolehlah singgah sini. Aksesori/ jubahnya percuma je nak pakai takyah bayar. Tapi sesak dengan budak-budaklah sini. Dah alang-alang sampai gigihlah berebut ambil jubah yang ada. Bahagian aku tak naiklah, penuh orang. Muka pun dah berpeluh-peluh



Kak Nina, Ecah and aku
Pusing-pusing sekitar Jalan Market ini pun ambil masa berjam juga, mana taknya jalan sikit, bergambar lebih. Tahu-tahu dah pukul 12.00 tengahari. Patah balik dekat Plan B, ambil grab dekat situ terus ke Nasi Vange. Lapar gila

2) Restoran Nasi Vanggey
Dari Plan B, kiteorang ke Restoran Nasi Vanggey. Restoran Nasi Vanggey ini terletak di New Town area Old Town White Coffee yang kiteorang tersilap pergi pada awalnya. Sampai-sampai masing-masing muka kelaparan, mujur lauk banyak lagi. Semua g serbu makan.

Hasilnya tada!! Memang padu nasi Vangge dekat sini. Sedap memang sedap, tapi baru beberapa suap kenyang gila. Masing-masing makan tak habis, maybe minum air banyak sangat sebab kepedasan. Agak rushing juga dekat sini, selesai makan kiteorang terus bergerak ke Lost World of Tambun

3) Lost World of Tambun
 Dalam sekitar pukul 1.30 lebih sampai dekat Lost World of Tambun. Jauh jugalah dari Nasi Vangge tadi nak datang sini. Mujur tiket dah beli siap-siap dekat klook. Harga tiket satu orang RM69.00. Tiket tak termasuk harga locker. Locker je RM20 ringgit (yang sedang) Kiteorang ambil 2 locker. Bagi aku Lost World of Tambun ini tak best mana pun, dia famous dengan air panas je. Memandangkan dorang tak pernah pergi, ahh jum masuk

 Rasa membazir juga masuk sini, sebab kiteorang masuk tak sampai 4 jam pun. Naik roller coster, naik benda berpusing, nak tengok pertunjukkan harimau tak ada lagi. Kemudiaan berendam dalam air sampai lebam. Hujan pula petang tu berteduh sekejap, sambung main air semula



Rasa nyawa melayang main binatang ini. Apatah namanya, walaupun hanya berapa minit sahaja aku menjerit macam apatah. Paling cool si Ecah lah tak menjerit langsung, sempat ambil gambar lagi. Yang lain menjerit tak ingat dunia, tak kira ada lelaki ke tak, yang penting menjerit. Dah puas main air, terus bersihkan diri, solat semua, siap-siap ke Gunung Lan pula. Kononnya nak ke Tasik Cermin, Tapi Tasik Cermin lagi ulu plak, tak dan nak pergi

4) Gunung Lang, Ipoh Perak
Mujur sempat lagi. Sini pun salah satu tempat menjadi perhatian orang iaitu Gunung Lang. Petang-petang, memang ramai orang, dia buka pukul 9.00pagi hingga 6.00petang kalau tak silap aku. Mujur tak terlewat, sempatlah naik boat yang sekangkang kera je jaraknya. haha.. Aku dengan Ecah je naik, kak Nina dengan dik Pah duduk dekat tepi. Dah penat jalan merata tempat. Datang Gunung Lang ini pun tak lama mana pun, tangkap-tangkap gambar chaw

 Cantik view dekat Gunung Lang ini, nyaman dan tenang melihat keindahan pokok menghijau.



Nak naik boat kena bayar. Tiket untuk orang dewasa RM3 (seorang). Kalau nak bagi makan ikan kena bayar RM1. Aku bayar naik boat je, seberang sana tak turun pun, malas. Dah puas bergambar dekat Gunung Lang lepak dekat tepi jap, google mana tempat nak minum petang. Konon nak makan cendol Deen. Tapi dah tutup. Alih-alih kiteorang pergi makan Hokaido

4) Hokkaido Ice Cream PuffSampai-sampai je memang penuh orang. Teringin nak makan tunggu jugalah turn. Nasib baik ada yang dah selesai makan, dapatlah kiteorang tempat duduk. Benda alah ini pun sedap makan walaupun ianya hanya sekadar ice cream. Harganya tak mahal mana pun, hanya RM4.90 (setiap 1) banyak perisa ada. Aku lain tak bukan off course coklat




Tadaaa, hasil gabungan perisa masing-masing, cantik je. Kalau ikutkan kedai ini dengan hotel kiteorang menginap tak jauh mana pun. Dekat je bila naik grab, ye eleh dekat je. Dah pulun makan jalan kaki ke hotel, bersihkan diri rehat sekejap. Dalam sekitar 6.30 petang sampai dah hotel. Mandi, solat semua, mujur sempat sampai hotel hujan pula turun. Selesai bersihkan diri, bahagikan hutang takut keesokan hari tak sempat. hahah.

Selesai solat Isyak, hujan pun dah berhenti, malam tu kiteorang makan satay, dekat area hotel tu juga. Memang port baik gila hotel yang aku booking ini, senang nak bergerak

5) Medan Selera Dato Tahwil Azar
Finally dapat juga makan satay. 1 cucuk RM1, order 30 batang. Sedap juga, dagng dia lembut habis. Tapi tak terlawanlah satay Kajang. Satay Kajang win lagi





Dalam pada makan, bincang nak jalan mana lagi bagi turun makan-makanan yang dah dimakan ini. Takkan nak balik hotel, macam tak best pula. Aku ajak pergi ke Gerbang malam. Puas grab tapi macam dekat je, sempat tanya pakcik satay tu Gerbang malam dekat mana, alih-alih  sebelah tempat kami makan je. Mujur tak order grab kalau tak bazir gitu je

6) Gerbang Malam
Gerbang Malam ini pun salah satu port digemari orang ramai. Dia lebih korang macam dekat Danau Kota, adik beradik pasar malam macam tu, tapi panjang gila. Berpeluh-peluh kiteorang jalan. Dalam pada jalan, Kyla pula whatsapp  tanya dekat mana ajak lepak. Waktu tu dah pukul 10.30pm macam tu dia baru balik kerja. Gigihlah kata okay je.

Jenuh gaklah tunggu dia pick up sebab jalan raya kat sini satu hala je. Penih dengan traffic light. Huh! Canot brain betul.
 Tak bestnya, ada kedai yang lampu tak ada. Nak tengok barang pun macam tak best. Jalan lagi, sudahnya 1 hapa pun tak beli. Nak merasa ke Gerbang Malam je. Penuh padat dengan orang.
Kyla sampai je, dia bawa pergi ke makan dekat area Greentown, depan dataran. Malam-malam memang penuh bazar. Walhal pagi tu kiteorang datang 1 khemah pun tak ada. Malam meriah gila, deret tu penuh orang jual-jual. Cakap je nak makan apa. Semua ada, tapi masing-masing dah kenyang minum air je sambil teman si Kyla makan. Rancak berborak, alih-alih dah menjangkau pukul 12.00 malam barulah sampai ke hotel. Balik hotel mandi balik baru tidur. Perghh, dalam 1 hari banyak gila tempat kiteorang ronda. Esoknya bercadang nak ke Pasar Karat pula kalau jadi

Okaylah, ada masa aku sambung part 2 pula. Kongsikan intinerary hari terakhir aku di Ipoh.

Thank you for reading


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/01/trip-to-ipoh-antara-port-menarik-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ipoh Trip Itinerary

Ipoh Trip Itinerary

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 540 hits
Again posting this here sebab senang hehehe Day 1 Breakfast New hollywood cafe Canning dim sum Lunch concubine lane 1 cotton candy 2 platform 9 1 2 3 kuma roasted break 4 honey ball ice 5 hokaido ice cream Teatime mee kari daud mat jasak or...
Menandatangani Perjanjian Antara Amerika Syarikat Dan China Boleh Mendorong Kepada Pembetulan Dalam Pasaran Nzd Dan Aud

Menandatangani Perjanjian Antara Amerika Syarikat Dan China Boleh Mendorong Kepada Pembetulan Dalam Pasaran Nzd Dan Aud

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 398 hits
Peristiwa utama pada hari Rabu adalah menandatangani fasa pertama bagi perjanjian perdagangan antara AS dan China Akhirnya butiran perjanjian mula kelihatan dengan laporan politik bahawa China berjanji untuk meningkatkan import sebanyak 200...
Dr M Tak Berdendam Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Kecuali Najib

Dr M Tak Berdendam Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Kecuali Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 281 hits
BERITAPerdana Menteri Dr Manathir Mohamad berkata dalam politik tiada pakatan atau musuh yang tetap selain menjelaskan beliau telah bekerja dengan ramai individu selama beberapa dekad Bagaimanapun Mahathir meletakkan pengecualian iaitu tida...
Ph Boleh Bertahan Lebih 1 Penggal Jika Bersatu Kata Christina

Ph Boleh Bertahan Lebih 1 Penggal Jika Bersatu Kata Christina

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 286 hits
Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew meraikan media sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew bersetuju dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan boleh...
Presiden Pks Sebut Kapal Asing Boleh Ambil Ikan Di Natuna Asal Izin

Presiden Pks Sebut Kapal Asing Boleh Ambil Ikan Di Natuna Asal Izin

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 224 hits
Ia menjelaskan boleh saja negara lain mengambil kekayaan alam di Indonesia seperti ikan Namun mereka harus terlebih dahulu meminta izin kepada pemerintah Indonesia dan tidak diperbolehkan untuk mencuri
Buat Ivf Sekali Bukan Terus Berjaya Salah Pilih Embrio Pun Boleh Gagalkan Usaha

Buat Ivf Sekali Bukan Terus Berjaya Salah Pilih Embrio Pun Boleh Gagalkan Usaha

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 290 hits
Meskipun IVF diketahui akan keberjayaannya tetapi terdapat sesetengah kes di mana IVF gagal untuk membantu wanita berjaya hamil IVF adalah teknologi yang membolehkan persenyawaan antara telur dan sperma berlaku di luar tubuh wanita Kemudian...
Seawal 4 Bulan 5 Tahun Boleh Nampak Tanda Anak Delay Red Flag Ini Sebagai Panduan

Seawal 4 Bulan 5 Tahun Boleh Nampak Tanda Anak Delay Red Flag Ini Sebagai Panduan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 615 hits
Apa mak ayah nak tengok untuk tahu anak delay ke tak Ya anak yang delay ni tidak terjadi secara tiba tiba Delay ni biasanya bermula dengan tanda tanda kecil delay Bila kita boleh pickup tanda tanda kecil ni senang nak reverse kan balik dan ...
Ph Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal Tun M

Ph Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal Tun M

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 286 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama...
Kalau Jumpa Perempuan Yang Boleh Bersusah Dengan Awak Jagalah Dia Baik Baik

Kalau Jumpa Perempuan Yang Boleh Bersusah Dengan Awak Jagalah Dia Baik Baik

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 362 hits
Perempuan bukannya tak boleh bersusah payah dengan lelaki Kalau dah betul cinta pasti mereka sanggup hidup senang bersama awak sehingga ke akhir hayat Begitu juga seorang isteri yang sanggup buat apa sahaja bersama suaminya Ramai sahaja ist...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut