Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach Spa Resort


Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach & Spa Resort berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2021 iaitu pada masa fasa PKPP di negeri Terengganu. Baca trip terbaru kami ke Redang Lagoon di sini.
Pelancongan dalam negeri dibenarkan dengan SOP yang ketat.
Di Pulau Redang terdapat sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Taaras Beach & Spa Resort. Harga normal memang tak terjangkau oleh golongan marhaen seperti kami.
(Baca sampai habis kalau nak dapat harga murah)
Namun disebabkan COVID-19 dan PKP, mereka menawarkan harga istimewa, khas untuk rakyat negeri Terengganu di bulan tersebut.
Pakej Promosi Taaras Untuk Rakyat Terengganu Harga yang kami dapat adalah RM550.00 untuk satu malam di bilik Garden Suite (Suite tu). Syaratnya kena tempah 2 malam. Apa yang nak ditunggu lagi, peluang macam ni susah nak dapat.
Kami terus book untuk 2 malam. Kemudian saya contact adik-beradik saya dan war-warkan berita gembira ni. Kesudahannya, kami ber-family day di Pulau Redang.
Sebenarnya trip ni merupakan kali ketiga kami ke Pulau Redang, kali pertama tahun 2015. Kemudian tahun 2019.
Waktu ni kami kami ambik pakej dengan Redang Lagoon. Redang Lagoon ni pakej fullboard tapi harga dia harga marhaen. Masalahnya memang selalunya full book untuk hari minggu dan cuti panjang. Boleh baca selanjutnya pengalaman di Redang Lagoon di sini.
Nak tempah dengan Redang Lagoon boleh klik link website Redang Lagoon.
Perkhidmatan Feri dan Bot ke Pulau Redang Berbalik pada trip baru kami, lepas dapat hotel baru terfikir pasal feri. Feri Sejahtera, satu-satunya perkhidmatan feri ke Pulau Redang masih tidak beroperasi sepenuhnya masa tu.
Feri Sejahtera beroperasi di Jeti Shahbandar dan menawarkan perjalanan ke Pulau Redang. Dalam tempoh PKP, jadual operasi Feri Sejahtera hanya bergerak dua kali smeinggu sahaja. Jadi pilihan yang ada adalah naik bot Taaras atau ambik bot dari jeti Merang.
Harga bot Taaras :
Harga bot Merang jeti (https://www.merangwaterfront.com.my) sehala
Disebabkan jumlah kami yang ramai, kami ambik pakej private charter dengan merang watefront yang Rm1500/trip. Nasib kami baik sebab brader yang uruskan tempahan bagi kami Boat C dengan harga Boat B.
Hotel dah selesai, bot dah selesai tinggal makan je lagi. Pakej Hotel yang kami dapat sekali dengan breakfast tapi takkan nak makan pagi je kan.
Jadi, saya pun boronglah makanan pek Ready To Eat keluaran Brahim’s di shopee. Ada peromosi murah gile waktu tu.
Pek MRTE ni memang senang gila nak bawak travel. Boleh panaskan dalam microwave atau air panas je. Tak panaskan pun takpe. Boleh makan je terus.
Trip ke Pulau Redang 2021 bermula Perjalanan ke Jeti Merang dari rumah kami di Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Untuk jeti yang kami tuju ni, sebenarnya bukan di Jeti Merang yang public tapi jeti ni adalah jeti lain. Khas untuk perkhidmatan bot yang kami ambik dan beberapa perkhidmatan bot lain.
Lokasi jeti Merang Waterfront Boat Service:
Jeti ni terletak di belah dalam kuala jadi ada masanya air surut, bot besar tak boleh masuk rapat ke jeti. Waktu kami sampai, air dah surut. Kami kena transfer dari jeti ke bot di tengah laut menggunakan speedboat. Bayangkan, bila saya sebut tengah laut memang betul-betul tengah laut.
Transfer bot di tengah laut dengan keadaan laut bergelombang. Memang menakutkan. Alhamdulillah kami semua selamat transfer.
Nasihat saya janganlah bawak beg yang besar-besar sangat kalau naik kat bot kat jeti Merang. Elakkan bawah beg troli, kalau boleh sumbat semua barang dalam beg galas.
Perjalanan 2 Jam Paling Panjang Cuaca hari tersebut cerah dan tidak hujan tetapi lautnya bergelombang yang amat teruk. Naik bot ni dah macam naik roller coster.
Nasib baiklah driver bot ni pro. Dia seboleh-bolehnya minimumkan hayunan bot. Dia memang tak boleh bawak slow sebab menjelang tengah hari gelombang makin teruk.
Perjalanan kami Alhamdulillah walaupun dengan gelombang dan hayunan kami selamat sampai tanpa ada insiden mabuk atau muntah-muntah yang teruk.
Sampai je kawasan Pulau Redang, gelombang tadi dah beransur hilang sebab kawasan pulau ni macam terlindung sikit.
Sampai di jeti kami terpaksa menunggu dan berebut untuk naik shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel.
Disebabkan harga promosi tak masuk akal mereka, memang ramai yang menunggu shuttle van. Sudahnya, kami hantar wakil untuk ke hujung jambatan yang menghubungkan jeti dengan darat dan chop dulu sebuah van kat situ.
Lepas tu jalan kaki ramai-ramai dengan anak kecik lagi, beg besar lagi.
Perjalanan dari jeti ke hotel mengambil masa lebih kurang 10 minit menaiki van agak selesa.
Perjalanan ini merentasi kampung Pulau Redang sambil menikmati keindahan alam dan melihat keadaan rumah dan kampung Pulau Redang.
Di kampung ni banyak penduduk membuat perkhidmatan homestay dan restoran. Cuma nak kena sewa motorsikal atau basikal untuk keluar.
Proses Check In di Taaras Pulau Redang Receiption Kami sampai di lobi hotel lebih kurang jam 12 tengah hari. Memang ramai gila orang kat lobi menunggu untuk check in dan check out.
Untuk check in, mereka perlukan kad pengenalan semua orang. Check in boleh disahkan terlebih dahulu. Bilik masih tak sedia jadi kami dibenarkan untuk berehat dahulu di lobi sementara menunggu bilik.
Di bangunan lobi ni ada macam-macam aktiviti yang booleh dibuat secara percuma sementara menunggu bilik. Antaranya ada meja ping-pong, catur,saidina, pinball dan yang paling best Jojo’s playroom.
Jojo’s Playrom ni bilik permainan yang berhawa dingin dengan ball pit dan mini playground serta macam-macam aktiviti budak-budak.
Surau Taaras terletak berhampiran dengan pintu pagar Taaras, bukan di bangunan lobi.
Kami book bilik di Taaras ni jenis garden suite yang paling dekat dengan bangunan lobi. Jadi mudah untuk kami ke restoran dan kolam renang yang terletak di bangunan lobi.
Garden suite Taaras ni adalah suite satu bilik dalam satu bangunan ada 2 suite, satu kat atas satu kat bawah. Kami ambik 4 bilik jadi dapat bilik atas bawah dan bangunan bersebelahan je.
Snorkeling tengok air di Pulau Redang Dengan penuh harapan menjelang petang ombak akan beransur tenang malangnya harapan tidak menjadi kenyataan.
Ombak tetap mengganas tapi disebabkan mereka buat lifeline di kawasan yang agak dalam, saya gagahkan diri untuk bersnorkeling. Hasilnya ikan tak nampak, yang nampak hanyalah pasir dan air laut.
Disebabkan saya ada pengalaman hampir lemas waktu di Australia dulu, saya memang tak tinggal life jacket kalau buat aktiviti air.
Jadi sebab itulah saya berani turun untuk snorkeling walau ombak tidak memberi kerjasama. Alhamdulillah takde apa-apa yang buruk berlaku.
Selebihnya aktiviti kami makan, main pasir dan mandi kolam sambil bersantai di tepi pantai atas gazebo dan kerusi-kerusi yang disediakan. Lepas mandi laut (main air) tepi pantai, ada disediakan shower lepas tu boleh terus terjun dalam kolam.
Sarapan Pagi di Taaras Pulau Redang Pakej sarapan pagi di waktu PKP ni disediakan secara buffet berhidang. Hidangan diletakkan dalam tray tapi ada staff akan cedokkan untuk kitorang. Untuk mengurangkan contact antara pengunjung.
Makanan boleh dikatakan mewah jugak dan sedap. Tapi kalau waktu puncak macam tak best jugaklah sebab orang ramai dan kena beratur panjang.
COD Makanan di Pulau Redang Untuk makan malam, kami order dengan salah seorang pengusaha pelancongan di Pulau Redang, Encik Asmadi.
Encik Asmadi mengusahakan servis makanan COD, bot laju dan resort serta restoran. Juga disediakan khidmat transfer ke pantai pasir panjang dan snorkeling.
Boleh download senarai harga pakej yang disediakan oleh enck Asmadi waktu kami di sana (harga mungkin berubah mengikut keadaan)
PAKEJ-ASMADI-REDANG-2020Download Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan oleh encik asmadi, boleh hubungi beliau di akaun Facebook Asmadi Redang Island Service.
Kolam Renang Taaras Pulau Redang Kolam renang di Taaras Pulau Redang ada 2 bahagian iaitu bahagian dewasa (lebih kurang 0.6-1.2m) dan bahagian kanak-kanak (<0.6m).
Kolam budak-budak Bahagian dewasa ni bersambung atau bertebing dengan meja luar restoran jadi kalau rasa nak menikmati makanan sambil tengok anak-anak yang dah besar mandi bolehlah makan kat meja luar restoran.
Di sini ada lifeguard yang memerhatikan pengunjung dalam kolam jadi agak selamat tapi kalau ramai orang janganlah harapkan diorang untuk jaga anak-anak kita.
Sentiasa perhatikan sebab kadang-kadang budak-budak ni nampak macam tengah main tapi sebenarnya tengah meronta-ronta nak naik atas.
Nasib baiklah saya sedar anak saudara saya tiba-tiba terberenang ke tempat dalam.
Memang nampak macam dia okay je waktu mula-mula sampai tapi lama-lama nampak dia macam struggle nak naik atas saya terus tarik dia ke tepi. Lifeguard tu macam terpinga-pinga je mungkin dia keliru atau tidak sepenuhnya terlatih.
Pantai Taaras Pulau Redang Lifeguard dengan alatan penyelamat di air juga ada stand-by kat tepi pantai dengan bendera yang akan dinaikkan kalu keadaan tak selamat untuk berenang.
Pantai kat sini landai memanjang dengan kawasan berbatu di bahagian kiri dan kanan. Anak-anak ikan biasanya ada bermain-main kat kawasan berbatu di bahagian kiri.
Di bahagian kanan hujung pantai ada satu kawasan dipanggil turtle point. Boleh sewa kayak untuk ke sana.
Biasanya orang pergi sana untuk snorkeling tapi disebabkan keadaan ombak yang kuat mereka tak galakkan kami pergi sana dengan kayak. Bot pun dah macam tegak je tunggu orang nak pergi snorkeling.
Selain dari aktiviti mandi-manda di pantai, pantai Taaras di Pulau Redang ni best jgaklah untuk main pasir, buat sand castle sebab pasir dia lembut je macam tepung.
Belah pagi dan petang kat pantai ni agak redup dan sesuai untuk main pasir. Kalau tengah hari waktu matahari atas kepala memang panas tapi masih nice untuk lepak.
Garden Suite Taaras Pulau Redang Garden Suite Taaras Pulau Redang ni agak besar lah. Ada disediakan coffeemaker, peti sejuk dan water heater.
Juga disediakan ubat nyamuk sebab dalam garden jadi boleh tahanlah nyamuk. Dalam bilik ada bilik mandi dengan bath thub dan shower, juga TV. Di ruang tamu ada set sofa dan TV juga satu bilik air dengan shower.
Kekurangan Garden Suite ni kalau berada di tingkat bawah, tingkap dan langsir memang kena tutup habis. Kalu tak tutup memang orang nampak sampai dalam ruang tamu.
Langsir ada yang jenis jarang dan yang gelap terus. Kalau nak privacy kena tutup langsir gelap dan pasang lampu. Kalau pasang lampu dengan langsir jarang still orang luar boleh nampak.
Kelebihan suite ni dekat dengan lobi, pantai dan kolam renang. Kalau yang cliff suite ada bangunan asing di bahagian bukit.
Nak turun kene jalan dan turun naik tangga. Tapi ada disediakan khidmat buggy kalau taknak jalan kaki. Cuma privacy memang ada kalau ambik suite yang kat bahagian cliff sebab bukak tingkap nampak laut atau nampak hutan je. Takde orang nak jalan-jalan melainkan hantu terbang.
Check Out dari Taaras dan Tinggalkan Pulau Redang Kami check out dari Taaras sepatutnya jam 12 tengah hari tapi kami mintak late checkout dapat jam 1 petang lepas tu kami rehat dalam Jojo’s Playroom sementara tunggu waktu Zohor.
Lepas Solat Zohor kami naik shuttle van ke jeti yang disediakan oleh pihak hotel. Bot kami dah janji untuk bertolak jam 2 petang.
Alhamdulillah perjalanan balik takdelah kuat sangat gelombangnya. Namun begitu waktu sampai di jeti air dah mula surut.
Bot hanya boleh rapat sampai ke beting pasir di muka kuala je. Lepas tu kami kena menapak dengan bantuan krew bot bawak bot untuk transfer ke speedbot ke jeti.
Kereta kami parking di bot dengan bayaran RM24 bayar kat bot sekaligus(add-on).
Alhamdulillah selesai sudah trip ke Pulau Redang di hotel berataraf 5 bintang pada harga mampu milik.
Kalau nak tempah Taaras Beach and Spa Resort boleh tempah melalui website hotel dan tengok kalau-kalau ada lagi promosi harga mampu milik atau melalui Agoda (hint: ada promosi tak masuk akal jugak kadang-kadang).
The post Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach & Spa Resort appeared first on Radio Senyap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.radiosenyap.com/2021/08/trip-pulau-redang-2021-the-taaras-beach-spa-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Akhir Tahun 2021 Di The Haven Hari 1

Percutian Akhir Tahun 2021 Di The Haven Hari 1

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 214 hits
Sebelum berakhir tahun 2021 anak anak merancang percutian keluarga ke Ipoh Nana dan Alain bertindak sebagai penyelaras dan merancang itineri percutian Namun begitu masih tak cukup quorum kerana Nelly tak dapat ikut serta kerana telah meranc...
Bawa Anak Jalan Jalan Tengok Ikan Di The Top Boutique Aquarium Komtar Pulau Pinang

Bawa Anak Jalan Jalan Tengok Ikan Di The Top Boutique Aquarium Komtar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 457 hits
Top Boutique Aquarium Komtar Pulau PinangSatu lagi tarikan di Pulau Pinang iaitu Top Boutique Aquarium yang terletak di bangunan Komtar Pulau Pinang Boleh bawa anak jalan jalan tengok ikan di sini Banyak jenis ikan ada dalam ni Selain tu ad...
Redang Lagoon 2021 Naik Bot Di Jeti Merang

Redang Lagoon 2021 Naik Bot Di Jeti Merang

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 199 hits
Setelah hampir 2 tahun berkurung di rumah disebabkan PKP sebaik sahaja kerajaan memberi kelonggaran untuk pelancongan domestik termasuk ke pulau pulau peranginan saya terus menempah pakej ke Pulau Redang dengan pakej Redang Lagoon Walaupun ...
The Colours Of Life Smktnj Kebirus Hi Tea 2021

The Colours Of Life Smktnj Kebirus Hi Tea 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 351 hits
The Colours of Life SMKTNJ Kebirus Hi Tea 2021 Sekali lagi majlis mengambil tempat di Ramada Medini Nice place Nice meal Siap ada kezutan gitu terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung F...
The Top Komtar Rainbow Skywalk Di Komtar Pulau Pinang

The Top Komtar Rainbow Skywalk Di Komtar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 395 hits
Rainbow Skywalk PenangRainbow Skywalk PenangMenikmati rainbow skywalk di tingkat atas komtar roof top komtar Merasai sendiri ketakutan dan kegayatan berdiri ti tengah tengah skywalk Melihat permandangan Bandar George Town yang cantik dari r...
The Reason Tommy Thomas Freed Vincent Tan S Son

The Reason Tommy Thomas Freed Vincent Tan S Son

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 293 hits
Yes one criminal charge even if it attracts the death penalty is worth RM10 million in Malaysia Of course if you are very rich the price can go up to RM20 million or RM30 million depending on how rich you are If you are merely a drug mule t...
Dap Attacks Pas For Agreeing With The Selangor Sultan

Dap Attacks Pas For Agreeing With The Selangor Sultan

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 228 hits
During the two terms PAS finally showed their stripes by causing conflict in the Selangor government and eventually cooperated with Umno during the general election DAP Youth vice chief Muhammad Shakir Ameer Mohideen has described PAS as a ...
The Joker And The Queen Ed Sheeran Feat Taylor Swift Lyric

The Joker And The Queen Ed Sheeran Feat Taylor Swift Lyric

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 278 hits
how was i to knowit s a crazy thingi showed you my handand you still let me winand who was i to saythat this was meant to be the road that was brokenbrought us togetherand i knowyou could fall for a thousand kingsand hearts that would give ...
Johor Polls A Prelude To The Real Battle Over Umno

Johor Polls A Prelude To The Real Battle Over Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 211 hits
From Murray HunterThe coming Johor state elections will probably redefine the Malaysian electoral landscape Political parties intend to run individually making this the most politically fragmented elections since 1957 Some pundits claim the...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash