Redang Lagoon 2021 Naik Bot Di Jeti Merang


Setelah hampir 2 tahun berkurung di rumah disebabkan PKP, sebaik sahaja kerajaan memberi kelonggaran untuk pelancongan domestik termasuk ke pulau-pulau peranginan, saya terus menempah pakej ke Pulau Redang dengan pakej Redang Lagoon.
Walaupun pulau Redang sudah dibuka kepada pelancong, aktiviti snorkeling pada waktu tersebut masih tidak dapat dijalankan. Hanya snorkeling di kalangan kumpulan atau keluarga yang sama dibenarkan. Redang Lagoon menawarkan pakej ini dengan operator snorkeling yang bekerjasama dnegan mereka. Sekarang semua aktiviti snorkeling sudah dibenarkan.
Untuk trip kali ni, kami menggunakan perkhidmatan bot ke Pulau Redang dari Jeti Merang kerana perkhidmatan feri di Shahbandar masih tidak berjalan sepenuhnya. Harga tiket sudah termasuk dalam pakej Redang Lagoon. Untuk trip menggunakan perkhidmatan feri, boleh baca di sini.
Perkhidmatan Bot Pulau Redang di Jeti Merang Lokasi jeti di Merang ini adalah sama dengan jeti bot ke Taraas yang kami pernah sewa sebelum ini. Boleh baca ceritanya di sini. Di Merang terdapat satu jeti awam untuk nelayan dan bot persendirian. Untuk ke Pulau Redang, kebiasaannya pengendali resort termasuk Redang Lagoon menggunakan jeti yang dikhaskan untuk mereka lebih kurang 2 km dari jeti awam.
Perjalanan ke Pulau Redang dijadualkan pada jam 9.00 pagi. Kami sudah berada di jeti seawal jam 8.30 pagi. Di jeti ini disediakan tandas yang bolehlah guna. Nak kata bersih sangat tak jugak, kotor pun tak kotor jugak. Dinasihatkan untuk membuat urusan berkaitan tandas di jeti sebelum bertolak kerana dalam bot takde tanddas dan kat jeti di Pulau Redang juga takde tandas.
Pihak resort akan memberikan maklumat berkenaan masa perjalanan dan parking kereta di jeti Merang. Untuk trip kami ke dengan Redang Lagoon, kami diberikan nombor telefon operator bot dan perlu menghubungi mereka sebaik sampai di jeti kerana parking kenderaan sudah dibahagikan antara operator berlainan.
Caj untuk parking kenderaan adalah RM10 untuk satu malam. Oleh kerana kami sampai awal, kami dapat parking yang agak dekat dengan jeti.
Perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti Merang Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 30 – 45 minit. Perjalanan kami agak mencabar dengan ombak yang agak besar tetapi bolehlah dikatakan okay berbanding pengalaman ke Taraas sebelum ini. Oleh kerana pengusaha chalet masih tidak dibenarkan untuk beroperasi 100%, operator bot sumbat semua yang ada untuk buat 1 trip sahaja. SOP failed.
Alhamdulillah tiada ke jangkitan COVID berlaku rentetan dari ketamakan pengusaha bot tersebut.
Tiba di Pulau Redang dan Check In Redang Lagoon Kami tiba di Pulau Redang dan berlabuh di jeti Laguna Resort. Pihak operator bot akan menghubungi pihak resort Redang Lagoon untuk mereka aturkan kenderaan shuttle mewah bagi membawa kami ke Redang Lagoon.
Selepas hampir 20 minit menunggu, shuttle mewah yang disediakan tiba untuk membawa kami ke Redang Lagoon. Kami bernasib baik kerana kami ada kanak-kanak dan warga emas jadi penumpang lain memberi laluan pada kami untuk naik dahulu shuttle yang disediakan.
Perjalanan dari jeti ke resort Redang Lagoon melalui jalan di belakang resort, naik bukit turun bukit dikelilingi hutan yang masih hijau amat menyegarkan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit. Sampai di Resort Redang Lagoon, kami terus ke kaunter pendafataran dan check-in serta membuat bayaran penuh(booking 50%).
Redang Lagoon menyediakan perkhidmatan sewaan jaket keselamatan dan set snorkeling dengan harga RM30 untuk 3 hari 2 malam. Jaket keselamatan sahaja dicaj RM10. Kami sudah membawa set snorkel kami sendiri jadi kami hanya menyewa jaket keselamatan sahaja. Walaupun aktiviti snorkeling dan taman laut masih belum dibuka pada waktu ni, pantai di depan Redang Lagoon sudah cukup untuk memberikan pengalaman snorkeling yang menarik.
Redang Lagoon 2021 Untuk trip Pulau Redang kali ni, kami menyewa pakej dengan Redang Lagoon iaitu pakej berempat dan bertiga satu katil queen 1 katil single. Kelihatan pihak Redang Lagoon sudah menaiktaraf dan membaiki bilik-bilik di Redang Lagoon. Antara perubahan yang saya dapat perhatikan adalah laluan konkrit dari kantin/kaunter pendaftaran ke bilik-bilik, benteng konkrit di depan wakaf dan rumah-rumah sudah dicat semula.
Waktu kami di sini, hidangan buffet masih tidak dibenarkan, hidangan yang diberikan adalah yan sudah dicedok dan disediakan dalam satu pinggan. Portion yang diberikan agak banyak dan sudah mengenyangkan. Sebenarnya hidangan begini agak bagus kerana bleh mengelakkan pembaziran berbanding hidangan buffet.
Nasi Ayam Selain hidangan makanan yang disediakan dalam pakej iaitu makan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, Redang Lagoon juga menyediakan makanan bermasak lain dan air yang pelbagai di kantin Redang Lagoon. Cuma untuk air kena sabar sikit sebab tukang buat air tu macam bukan orang tempatan jadi ada sedikit kekangan bahasa.
Menu AirKantinMenu Air Aktiviti di Pulau Redang, Snorkeling Depan Resort Redang Lagoon Selama 3 hari 2 malam kami di Pulau Redang, menginap di Redang Lagoon aktiviti kami adlaah snorkeling, main pasir, makan dan tidur. Rasanya tak perlulah saya nak taip banyak-banyak. Biarlah video dan gambar berbicara.
Redang Lagoon menggunakan generator untuk kuasa elektrik. Oleh itu, setiap hari dalam jam 12-1 tengah hari akan ada waktu yang diorang switchover generator dalam masa 5-10 minit.
Snorkeling Snorkeling Lagi Snorkeling lagi Snorkeling kat terumbu karang. Depan Resort Redang Laggon je ni Snorkeling Waktu Air Pasang Bagi makan ikan Bagi Makan Ikan Besar Koleksi Gambar-Gambar Dalam Air Rangkuman Aktiviti di Pulau Redang 2021 Pemandangan Dari Dalam ResortPasir Putih dan gebuTengah tu ada pulau kecikPemandangan belah kanan resortKe kanan tu arah resort-resort lainAtas tu ada restoran tapi tutupPetang dalam airIkan kecikIkan kecikFull face snorkel beli sendiriTerumbu karang kecikKejar ikanIkan kecikAtas terumbu karangSi kakakIkan ni selalu ikutLariTerumbu karangTerumbu karangTerumbu karangIkan ni lagikawanan ikan kat terumbu arangNi untuk bukan penginap Redang LagoonJalan-jalan waktu malamLepak atas wakafLaut tenang waktu malamSunriseSunrise Check Out Redang Lagoon Naik ShuttleLine telefon ada kat siniTepi hutan Check out dari bermula jam 10.30 pagi. Kami mengambil turn yang terakhir untuk naik shuttle ke jeti di Laguna. Sampai di jeti, bot sudah sampai dan kami terus naik bot untuk ke Jeti Merang.
Keadaan yang sama juga berlaku, tiada penjarakan sosial kerana kami disumbat untuk dijadikan satu trip sahaja. Tapi takdelah teruk sangat sampai terpaksa duduk atas lantai. Kiranya selagi ada tempat duduk walaupun bersempitan, selagi tulah boleh masuk.
Perjalanan pulang agak menenangkan kerana laut yang tenang dan boleh dikatakan tiada ombak. Cuma saya yang terseksa sebab sya duduk dihujung belakang bot, sebelah je punggung saya atas kerusi. Yang orang sebelah buat-buat tidur sebab tak nak kalih padahal kalau dia duduk rapat dengan orang sebelah dia bolehlah saya duduk betul-betul.
Kesimpulan dari trip ini, walaupun perjalanan menaiki bot agak menyeksakan, pengalaman menarik di Pulau Redang tahun 2021 ini mengatasi segala penyeksaan yang dihadapi. Nasihat saya,kalau ada duit lebih dan dalam kumpulan yang ramai, ambillah chartered boat dengan pengusaha perkhidmatan bot lain macam yang kami ambil trip ke Redang Taraas sebelum ini.
Sekiranya perkhidmatan feri sudah beroperasi sepenuhnya, sekiranya inginkan keselesaan, naiklah feri di Shahbandar ke Pulau Redang. Perjalanan agak panjang iaitu lebih kurang sejam setengah, harganya adalah sama dengan naik bot di Jeti Merang. Cuma feri ada aircond dan ada tempat duduk khas untuk setiap seorang penumpang. Sampai di Pulau Redang, transfer ke tongkang untuk rapat ke pantai.
Keadaan sekarang mungkin sudah bertambah baik sebab kapasiti untuk resort sudah dibenarkan lebih banyak dan lebih ramai pengunjung jadi berbaloilah untuk mereka buat lebih dari 1 trip pergi dan pulang. Sekarang buffet sudah dibenarkan, aktiviti snorkeling juga sudah dibenarkan.
Sekiranya anda ingin ke Pulau Redang, bolehlah menghubungi resort dan pakej yang terdapat di Pulau Redang. Untuk Redang Lagoon, boleh hubungi mereka di website https://www.redanglagoon.com/ atau whatsapp mereka di 019-914 0026.
The post Redang Lagoon 2021 naik bot di Jeti Merang appeared first on Radio Senyap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.radiosenyap.com/2022/02/redang-lagoon-2021-naik-bot-di-jeti-merang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raih Rp 25 9 Triliun Di 2021 Adira Finance Incar Pembiayaan Baru Naik 25 Persen

Raih Rp 25 9 Triliun Di 2021 Adira Finance Incar Pembiayaan Baru Naik 25 Persen

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 169 hits
Perusahaan pembiayaan Adira Finance mencatat pembiayaan baru Rp 25 9 triliun sepanjang tahun lalu Nilai ini naik 39 persen dibandingkan tahun sebelumnya Seluruh segmen pembiayaan naik terutama untuk mobil baru mobil bekas dan motor baru
Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach Spa Resort

Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach Spa Resort

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 237 hits
Trip Pulau Redang 2021 The Taaras Beach Spa Resort berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2021 iaitu pada masa fasa PKPP di negeri Terengganu Baca trip terbaru kami ke i Pelancongan dalam negeri dibenarkan dengan SOP yang ketat Di Pulau Redang t...
Hiburan Kenderaan Bantuan Ditenggelami Air Netizen Pertikai Yb Tak Pelawa Mangsa Naik Bot

Hiburan Kenderaan Bantuan Ditenggelami Air Netizen Pertikai Yb Tak Pelawa Mangsa Naik Bot

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 252 hits
Keadaan di negeri Pantai Timur sekarang ini amat membimbangkan dengan keadaan paras air banjir semakin hari semakin meningkat dan lebih menyedihkan bantuan untuk disalurkan kepada mangsa juga tergendala akibat paras air yang menyukarkan ban...
Kes Covid 19 Naik Natijah Pemimpin Tamak

Kes Covid 19 Naik Natijah Pemimpin Tamak

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 185 hits
Sejujurnya tindakan UMNO Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor ini satu tindakan yang rakus tamak dengan kuasa semata Mereka lupa Negeri Johor ditadbir bersama rakan Perikatan Nasional sebelum ini dakwa Ketua Angkatan Bersatu Anak M...
Pn Naik Kerana Sokongan Kluster Mahkamah

Pn Naik Kerana Sokongan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 147 hits
Namun Nur Jazlan Mohamed membidas kenyataan Mahiaddin dan menyifatkan BERSATU nazak dan hanya menunggu masa menjadi arwah Menurut Nur Jazlan perkara itu terbukti apabila BERSATU gagal dalam Pilihan Raya Kecil atau Pilihan Raya Negeri
Vide0 Kesianlah Kat Anak Lelaki Dikec4m Buat Aks1 Merbah4ya Ketika Naik Motor Dengan Anak

Vide0 Kesianlah Kat Anak Lelaki Dikec4m Buat Aks1 Merbah4ya Ketika Naik Motor Dengan Anak

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 172 hits
Walaupun sudah menjadi ibu dan ayah tidak ada masalah untuk individu itu meneruskan hobi zaman mudanya seperti berbasikal atau berkonvoi motosikal dan sebagainya Pun begitu jika hobi korang agak merbah4ya seperti yang dilakukan lelaki di da...
Gaji Minima Perlu Naik Rm1 500 Pendapatan Garis Kemiskinan Rm2 208

Gaji Minima Perlu Naik Rm1 500 Pendapatan Garis Kemiskinan Rm2 208

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 187 hits
Kerajaan BN perlu menaikkan gaji minima daripada RM1 200 kepada RM1 500 dalam kadar segera memandangkan kos kehidupan yang melambung tinggi ketika ini Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia Aizuddin Ariffin proses melaksanakan semakan gaji m...
Ratu Pengiklanan Kini Bayaran Noze Naik 70 Kali Ganda Selepas Popular Dek Street Woman Fighter

Ratu Pengiklanan Kini Bayaran Noze Naik 70 Kali Ganda Selepas Popular Dek Street Woman Fighter

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 160 hits
Antara program hiburan yang ditayangkan tahun lalu Street Woman Fighter nyata menjadi kegilaan ramai hingga penari yang biasa di belakang sahaja menjadi popular dalam satu malam sahaja Daripada semua peserta Noze merupakan antara nama yang ...
Kes Mencanak Kit Ujian Kendiri Pun Naik Harga Ke Warganet Bimbang Harga Makin Mahal Sampai Rm17 90

Kes Mencanak Kit Ujian Kendiri Pun Naik Harga Ke Warganet Bimbang Harga Makin Mahal Sampai Rm17 90

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 163 hits
Oleh SURI LAILA February 16 2022 Sejak tahun lalu kerajaan terus berusaha menggalakkan rakyat Malaysia melakukan ujian kendiri di rumah sebagai langkah berjaga jaga untuk mengelakkan penularan jangkitan wabak Covid 19 Kerajaan pada November...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill