Trip Percutian Krabi 4h3m Dengan Van Dari Padang Besar


Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua

Entri kali ini adalah perkongsian percutian saya dan keluarga ke Krabi, Thailand pada 23-26 November 2019 yang lepas

Bagi anda yang bercadang untuk bercuti ke Krabi, ini adalah blog yang anda boleh jadikan rujukan untuk aktiviti di sana nanti. 
Untuk trip ini, saya hanya 'MENYEWA' van dari Thailand sahaja untuk transportation kami. Sehari 4000 Batt untuk 1 buah van. Selebihnya, kami uruskan sendiri

Cuma tempat lawatan tu kami pilih dan bagi tahu pemandu ke mana kami nak pergi.

Nota Kaki : 

Nak Booking Van Krabi, Sila PM Brother Ni : En Rashid : ++66937318811

Atau nak mudah klik ja En Rashid di sini : https://www.wasap.my/66937318811/TripKrabi

Sila guna voice message bila communicate dengan dia. Sebab kalau anda taip panjang panjang biasa dia tak reply. Mungkin sebab tak reti baca atau malas nak taip.

Kalau nak ke tempat tempat lain di Thailand pun, leh PM dia. Contoh ke Koh Li Pie, Koh Sa Mui, Saturn, Songkla, Hatyai... Highly Rekemen.

Bersambung cerita saya.

Day 1 : Memulakan Perjalanan Dari Padang Besar
Kami bertolak dari Parit Buntar jam 4 pagi. Kami bersolat di Masjid Changlun pada jam 6 pagi. 
Kemudian breakfast dengan nasi lemak yang kami bawa bekal, kemudian parking kereta di KTM Padang Besar


Tiba di Stesen Keretapi Padang Besar jam 7 pagi. Kami terus bergerak ke Imigresen Malaysia yang terletak bersebelahan dengan stesen keretapi ni


Sekali que panjang. Nasib tidak menyebelahi kami. Kami sampai saja di stesen keretapi tu, ada satu keretapi baru sampai. Dan menurunkan penumpang yang sangat ramai. Dan mereka betul betul dihadapan kami. So, terpaksa beratur panjang di imigresen


Since pasukan kami ada 27 orang, so kami sewa 3 buah van


Van yang tunggu kami selepas Imigresen Malaysia membawa kami menuju ke Imigresen Thailand pula

Di Malaysia tadi ok lagi, tapi di Thailand. Hanya Allah yang mengetahui, que super duper panjang. Total que time kami dari Imigresen Malaysia - Naik Van Ke Imigresen Thailand - Lepas Imigresen Thailand adalah 3 jam. Sila nangis. Huhu..


Selepas 3 jam beratur, akhirnya dapat juga memasuk Thailand. Since kami semua dah sarapan, perjalanan diteruskan ke Krabi

Tips 1 : Imigresen Malaysia di Padang Besar dibuka jam 6 pagi. Kalau anda datang pada musim cuti sekolah, nak nak pula hari Sabtu / Ahad. Silalah sampai ke Imigresen seawal mungkin. Jam 6 terbaik. Jam 7 lewat. Jam 7.30 sila nangis

Perbezaan anda tiba di imigresen tu sikit saja, tapi perbezaan tempoh beratur tu sangat mengazabkan terutama kalau anda bawa orang tua atau budak kecil

Dengar jer lah nasihat saya, tiba jam 6-6.30 pagi di Imigresen Malaysia kalau musim cuti sekolah

Tips 2 : Imgiresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam pula di buka jam 8 pagi. Harap maklum


Dalam perjalanan, kami singgah makan nanas madu di tepi jalan. Suruh dia kupas siap siap, makan sekali dengan asam dia. Fuhh... Merecik. 

4 Beradik + Mak Tersayang

Makan nenas dulu...


Saja la nak habaq, perjalanan dari Padang Besar ke Krabi akan ambil masa 5-6 jam. So, dalam perjalanan kita akan berhenti beberapa tempat untuk pit stop toilet dan lawatan tempat menarik

Tempat pertama lawatan kami adalah Trang Andaman Gateway


Anak anak dok naik gajah batu ni...


Pandai sungguh depa ni buat bentuk gajah. Jadi lak tu. Dah la buat dengan simen, macam manalah agaknya depa bentuk jadi macam tu.....  

Ada berpuluh puluh ekor 'gajah' di situ

Kereta ni pun ada. Juga diperbuat daripada batu


Ni pun dibuat dengan bantu


Ni abang kedua saya. Prof Dr Arman Zaharil. Pakar plastic surgery reconstructif di MSU Specialist Center di Shah Alam. Kalau anda ada tahu kawan kawan, sedara yang kemalangan yang perlukan 'plastic surgery', ha ini lah pakar yang anda cari. 
Ni FB Prof Dr Arman https://www.facebook.com/armanzaharil

Semua happening saja....


Group photo lagi..


Ini mak dengan menantu bongsu dia...


Trademark di sini. So, kami ambil gambar dulu di sini


Destinasi kedua kami adalah Le Khaokob Cave. Kita akan masuk dalam gua. Yang menariknya, kita naik sampan sambil barang untuk masuk dan keluar gua ni. Sebab syiling gua sangat sapat dengan badan kita nanti

Bukan semua orang berpeluang naik sampan masuk dalam gua ni. Sebabnya, ia bergantung kepada keadaan air dalam gua. Jika air penuh, kita tak boleh naik sebab sampan tak boleh lalu. Jika air rendah, baru boleh naik


Tunggu boat. Satu sampan boleh muatkan 4-6 orang. 

Kami 6 beranak naik satu boat. 

Angkatan bibik pun naik 1 boat juga. Tengok boat mereka tu, habis pecah pecah sebelah tepi sebab berlanggar dengan dinding dan syiling gua


Ok, nak kena baring untuk masuk dalam gua ni


Ok, dah sampai di dalam gua. Kami turun dulu untuk jalan jalan kat dalam gua


Dibelakang tu mereka panggil 'Kaki gajah'. Nampak besar betul batu tu... 

Banyak batu stalagtik dan stalagmit dalam gua tu yang bermacam macam bentuk


Bila nak keluar, kami guna laluan lain. Ini laluan yang lebih mencabar. Tengok tu, ini kira ok lagi la. Sebab ada yang betul betul rapat sampai nak ambil gambar pun tak boleh.  

Adakalanya, batu tu betul betul atas kepala kami. Dengan muka tu kira dalam 2-3 cm sahaja. Adakalanya, sampan betul betul tak boleh gerak. Pemandu di depan dan belakang sampai terpaksa tekan boat ke bawah supaya masuk dalam air sedikit dan baru boleh lalu kawasan sempit


Alhamdulillah, semua selamat melalui 'perjalanan' mengerikan ini. Haha...


Semua enjoy dan happy masuk gua ni. Haha..


Then kami semua terus bergerak ke Krabi


Bergambar di replika ketam hitam ni


Kemudian kami bergerak untuk dinner

Nak dinner kena naik boat

Bismillah lah bebanyak sikit naik boat macam ni


Dalam 10 minit perjalanan, kami tiba di restoran ini..


Anak anak suka pula tengok ikan yang mereka ternak dalam sangkar di sini 

Waiting for our dinner to be serve


Semua dah tak sabar nak makan ni... Lapar... 

Team anak anak kecil duduk sekali..

Review : Makan di kedai ni sedap, cumanya portion dia bagi tu sangat sikit. Harga pulak, boleh tahan 'mahalnya'

Kami bayar 7,260 Batt untuk 27 orang makan. Anggaran dalam RM1,000. 
Day 2 : Island Hopping, Krabi

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Semua budak budak ni tak sabar dah nak mandi laut. 

Sebelum ke laut, kita sarapan dulu. Sarapan pagi ni harga 1260 Batt untuk semua orang. Roughly RM170 untuk semua orang makan


Then kami ke jeti untuk naik boat. Tempahan island hopping ini diuruskan oleh driver van kami. Saya cadang, kalau nak buat Island Hopping, boleh ambil pakej dari Mariam Travel and Tours ni. 

Harga berbeza mengikut lokasi kita pilih, jenis boat kita ambil dan berapa orang kita dalam satu group. Macam kami, kami ambil speedboat dan pakej 5 Island, siap sekali peralatan snorkeling dan jaket keselataman. Harga kami ambil 1100 Batt seorang dewasa dan 750 Batt untuk kanak kanak. 
Kalau nak murah, boleh ambil yang Big Boat punya pakej atau Long Tail Boat


Ok, dah tak sabar tu. Lets go.  

Semua orang bergambar dulu sebelum naik boat. 

Dia ada 3 pakej untuk buat island hopping ni. First Speed Boat. Selesa, laju dan mahal. Kedua Big Boat. Boat yang dalam gambar atas ni. Slow and steady. Ketiga Long Tail Boat, boat lebih kecil slow sikit tapi rega murah. 
Dah adik beradik saya pilih nak naik Speed Boat, kami layan ja la


Boat mula tinggalkan jeti

Speedboat yang besar dan selesa. Muat untuk kami 27 orang satu family. So, tak bercampur dengan orang lain dah. Keburukan campur boat dengan orang lain ni, anda akan duduk sekali dengan mat salleh dan minah salleh yang pakaian mereka sangat sangat 'mencuci' mata. Kurang sesuai dengan bebudak yang sangat ramai ni


Dalam 15 minit, kami tiba di destinasi pertama


Thailand memang sangat 'kaya' dengan pemandangan yang sangat cantik macam ni

Kami mandi di sini dalam 1 jam

Rupa bentuk 'pulau' di Thailand ni macam macam. Ada keunikannya yang tersendiri


Ni anak abang saya, Sulaiman dengan bibiknya, Kakak Siti


Ni lak Fawwaz dengan umminya. Puas ku fikir, apa benda kat tangan Maria dalam air tu. Rupa rupanya kaki itik. Huhu.. Maria, kaki itik pakai di kaki tau. Bukan di tangan. Haha..


Bismillah. Semua dah masuk dalam air


Bebudak ni enjoy je. Layan mandi. Berenang sampai ke pulau batu depan tu. Nak pergi tu seronok lah, masih banyak energy. Nak patah balik tu azab wei. Tapi, ku dah bawa kaki itik siap siap dah. Memang puas hati lah


Next destination adalah Chicken Island. Nampak tak kepala ayam tu. Ha, disitulah pulau tu dapat nama. Unik gila bentuk batu tu


Mandi di sini best. Sangat banyak ikan dan coralnya pun cantik


 Semua mandi. Nasihat untuk yang bawa baby kecil, anda kena bawa jaket keselataman sendiri untuk anak tu tau. Sebab jaket yang mereka bagi tu besar besar. Kalau untuk 7 tahun kebawah, dinasihatkan ada jaket sendiri. Kalau tak pun, bawalah pelampung untuk anak kecik


Memang banyak ikan di sini


This is my 4 siblings. Our first time dapat bercuti bersama semua orang. Sebelum ni, ada ja yang tak cukup korum. Ya lah bukan senang nak cari masa yang sesuai untuk semua orang. 

Then kami singgah mandi di Tualacave Island pulak


Memang bersusun la boat di sini. Bayangkan betapa banyaknya pelancong yang melawat Thailand ni


Then kami berhenti pula untuk makan tengah hari di Poda Island


Ambil gambar dulu

Cantik juga batu ni. Terletak betul betul dihadapan Poda Island. Dekat bawah batu tu, depan 2 boat tu ada tempat kalau nak tengok Nemo. 

View di Poda Island. Di sini, tak dapat nak tolong dah. Minah Salleh memang berbikini lah. Tak dapat nak lari dah.....Mereka berjemur dah macam sotong kering pulak tengok


Pihak agen sediakan kami makanan buffet untuk tengah hari ni. Kami dah request awal awal makanan halal


Selepas lunch di Poda Island, kami berpeluang untuk tengok Nemo


Ni la batu besar tadi yang terletak depan Poda Island tadi

Sini tak dalam sangat, kalau berani boleh buat free dive. Kena buka life jacket lah. Amcam, ada beran


This is Nemo. Ada berpuluh puluh ekor nemo boleh dijumpai di sini


Nemo lagi

Ni abang kepada Nemo. Haha. Saya tak tahu nama apa ikan ni


Masa dah time. Semua kena balik. Fateh kalau ada pelampung ni baru dia berani. Kalau tak, dia tak berani nak mandi. 

Cantikkan ciptaan Allah ni. Subhanallah


Jom balik... Kalau anda diberi pilihan, saya syor anda snorkeling ambil pakej yang 5 pulau pun dah cukup. Tak perlu ambil Phi Phi Island. Phi Phi Island terlalu jauh. Naik boat saja pun dah dekat 1 jam pi 1 jam balik. Buang masa atas boat saja. Ambil pakej yang 5 pulau lagi bagus, kita mandi dekat area Krabi sahaja


Bebudak pun dah ngantuk

Dah tersadai lagi sorang tu


Balik ke Jeti, kami dihantar guna lori ni ke hotel kami


Terpaksa sumbat semua 27 orang dalam lori kecil ni


Abang saya ni juga yang untung. Duduk depan


Balik rumah, bebudak ni apa lagi. Sambung mandi pool pulak. Mengantuk pun dah hilang entah ke mana


Malam ni, kami dibawa shopping dulu di kedai cenderamata dan baju t shirt yang murah


Baju disini dijual pada harga yang lebih murah berbanding di tempat lain


Nak topi pun ada 

Ni tempat kami dinner malam ni. Area Krabi. Masa mula mula sampai, rasa macam punggah. Tak ada orang ka restoran ni. Nampak cantik. Mesti mahal. Huhu


Alang alang dah sampai, belasah ja lah. Ini lah van yang kami sewa untuk ke Krabi. Sewa 4000 Batt sehari. Nak ke mana pun dia akan bawa


Semua orang dok study nak makan apa. 

Yang dok order ada macam macam selera. So, apa lagi. Memang banyak lah yang di order


Udang masak butter. Sotong masak telor masin


Siakap masak sweet sour


Tom yam sea food + kerabu mangga

Siput lala. Setiap yang kami order ni, kami tempah 3 ke 4 hidangan. Maklumlah ramai yang nak makan


Fuh. Kenyang. Malam ni makan lagi puas dari malam sebelumnya. Harga belum tahu lagi. Makan dulu, fikir nak bayar kemudian. Haha..


Kepala siakap pun kita ratah sampai licin


Akhirnya. Berjaya juga habiskan. Mana yang sikit sikit tak habis tu, kita suruh dia bungkus. Bawa balik rumah. Kot kot pagi esok bebudak nak makan nasi. Ada la stok sementara nak pi breakfast


Next destination, Krabi Night Market. Ia hanya dibuka pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Mula jam 6 petang, habis jam 10-11 malam


Ni makanan kegemaran orang Malaysia. Pancake


Ni lak aiskrim kelapa. Satu bekas 40 batt (RM6)

Sedap.... Memang sedap. 

Pulut mangga pun ada. Sebekas 60 Batt = RM9

Ada macam macam lah dijual di sini


Jom menembak. 

The Sharp Shooter

Macam biasa. Memang power. Haha. Habis sudah agenda untuk malam ni. Kita pulang ke hotel untuk berehat dulu. Esok sambung lain

Day 3 : Outdoor Activities
Untuk hari ke 3 kami di Krabi, kami bahagi kumpulan kami kepada 2. Satu group dewasa ke tempat aktiviti orang dewasa, satu trip geng budak budak untuk aktiviti budak budak


Ni group budak budak. Diketuai oleh Datin Seri Maria


Plan asal, mereka ni nak pergi tengok gajah saja. Then bergambar dengan gajah. Sekali bila ke sini, tak boleh tengok gajah. Kalau naik gajah baru boleh tengok gajah. 
Kesian bebudak ni. Nak tak nak, terpaksa naik gajah. Baru group ni boleh mendekati gajah. 
Sebenarnya, dari awal kami dah sepakat untuk tak nak naik gajah. Sebab rasa kesian kat gajah gajah ni. 'Dipergunakan' oleh manusia untuk buat duit. 
Tapi bila dah sampai sana, dah nak tengok gajah pun tak boleh. Haha... Habis niat awal tu terpaksa dibatalkan

Maafkan mereka yer Encik gajah. 

Sulaiman teruja naik gajah. Dia naik dengan 'bibik'nya. Kakak Siti


Fawwaz dan Fateh memang suka naik gajah ni. 30 minit sahaja. 3 orang ni naik kena bayar 1100 Batt. Lebih kurang RM150. Di bawa melalui jalan jalan tepi sungai, jalan denai dan macam macam lagi

Yang Fawwaz tu ingat, "Abi, tadi elephant kencing banyak.... Yayak banyak...." haha.. itu jer yang dia ingat. 

Seterusnya mereka ke Heavan 7. Nak masuk sorang kena bayar 100 Batt. Bebudak dan dewasa harga sama. Dalam tu ada banyak tempat untuk bergambar


Geng budak budak


Maka sangatlah boring bebudak ni


Ambil gambar lagi. Sorang sorang muka dah boring tu


Yang ok sikit, dalam ni ada tempat nak mandi. Sorang kena bayar lagi 140 Batt. 

Mereka pun bermandi mandalah di sini dalam sejam. Lepas tu, balik ke villa yang kami sewa


Agenda orang dewasa lain sikit. Kami akan main Water Rafting hari ni. Kami booking pakej ni di KLOOK.COM, harga pakej yang kami bayar adalah RM117 untuk Water Rafting + ATV + Flying Fox + Fish Spa + Monkey Cave. 
Seawal jam 8 pagi, van dah bersiap sedia menunggu kami di lobi villa kami. Ia van syarikat water rafting tu. Perjalanan ke tempat tu mengambil masa 1 jam 35 minit. Huhu.. Macam jauh jer. 

Setiba di sana, aktivti pertama kami adalah Flying Fox sejauh 250 meter


Kita mulakan dengan bacaan doa dulu. Yang best, haha.. mak saya Mak Cik Senah pun join jugak. Steady lah mak. Dia kalau aktiviti lasak memang layan


Semua beratur untuk naik. Kena pair. sekali naik 2 orang. 

  Saya naik dengan Farees


Ainul naik dengan Duha


Mak Cik Senah naik dengan abang saya. Seronok dia naik. First experience dia


Terbaik !!!


Aktiviti kedua, water rafting sejauh 7km melalui jeram jeram yang ganas..


Abang saya yang sulung. Anak anak dah lagi besar dari dia


Geng kami hari ni, semua 13 orang. Akan naik 3 buah rakit. 

Lets the journey begin

Mula mula air rilek sket... Lama kelamaan, makin mencabar


Air makin ganas


Kalau nak bawa kamera, syaratnya kena ada casing yang tergantung tu. Sebab mereka tak mahu risiko hand phone terjatuh dalam air


Memang best..


Ada tempat yang airnya ganas macam ni....


View memang cantik. Gajah pun ada


Kalau nak bergambar tu, kat tempat tempat yang air tenang boleh la. Kalau tempat ganas, kami terpaksa pegang tali depan tu untuk elak terbalik


Farees is very excited experiencing this water rafting


Ni gambar yang diambil guna gopro. Memang sangat clear


Peace...  It is an amazing experience. Best sangat


Next destination is Fish Spa

Geli jugak bila ikan ikan ni gigit kaki

Next is naik ATV. Kami boleh naik sorang satu. Kalau tak berani bawa, boleh share share


Best.... 

Farees pun teringin nak bawa, so saya bagi lah dia bawa. Saya tolong guide dia di belakang. 

Skema ja Farees bila bawa ATV ni


Ammar pun nak bawa juga


Ni Adam


Then kami tengok gajah pula


Ada dijual makanan kalau nak bagi gajah gajah ni makan


Ada masa sket, kami berhenti untuk solat dulu. Aktiviti lasak kami dah habis. So, saya mandi cepat cepat di tandas, salin baju. Then solat. Barulah badan tu rasa selesa sket. 

Our next destination is Monkey Cave


Ni diluar monkey cave


Ni gambar diluar. Tak masuk pun. 

Ni gambar kalau di dalam cave. 

Monyet monyet pun manja ja..


Ni gambar kami untuk dinner pula. Nama kedai ni Ruantalay Restaurant. Memang sangat puas hati makan di kedai ni. Sangat sedap


Ni hasil tangkapan malam ni. Tempahan makan malam ni sekitar 5600 Batt ~ RM850

Day 4 : Perjalanan Pulang Dari Krabi Ke Hatyai - Padang Besar

Our next day, on our last day kami ke Emerald Pool. Ia dalam perjalanan untuk kami dari Krabi ke Hatyai


Ada dua laluan, satu laluan jarak 800 meter. Ia laluan kereta ke sana. 

Ni jalan pertama..


Ni lak laluan kedua. Jarak 1400 meter. Jalan santai santai dalam 15 minit


Laluan kami pilih adalah yang jarak 1.4km  tu. 

Jalan lebih cantik. Pemandangan pun cantik


Fawwaz pun good boy ja. Boleh jalan the entire journey. Tak perlu nak dukung


View pun cantik

Mula nampak pool pool yang cantik


Finally, kami sampai ke Emerald Pool


Group photo dulu


Ada yang nak jumping juga

Underground photo

Sulaiman, 5 tahun. Dah pandai nak menyelam dalam air sambil tutup hidung. 

Saya pun ambil gambar dalam air..


Fawwaz pun happy saja...  Memang puas hati lah


Sebelah petang, kami sampai di Hatyai. Makan nasi kromok dulu


Sesambil tu, kami beli sedikit kacang dan kerepek untuk di bawa balik

Gambar Villa

Ni gambar area villa kami. 2 tingkat. 5 bilik. Harga sewa adalah RM2,000 untuk 4 hari 3 malam. Wanna Dream Villa Ao Nang, kami booking di Booking.com sahaja. 

Diluar rumah ada swimming pool


Ruang dalam bahagian tamu...


Dalam bilik

Dalam bilik lagi
Sekian laporan saya untuk sharing percutian kami sekeluarga di Krabi. 
Semoga ia bermanfaat untuk anda semua

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad Motivating And Inspiring Others
Nota Kaki : Nak Booking Van Krabi, Sila PM Brother Ni : En Rashid : ++66937318811
Atau nak senang klik jer link ni : https://www.wasap.my/66937318811/TripKrabi
Sila guna voice message bila communicate dengan dia. Sebab kalau anda taip panjang panjang biasa dia tak reply. Mungkin sebab tak reti baca atau malas nak taip.
Kalau nak ke tempat tempat lain di Thailand pun, leh PM dia. Contoh ke Koh Li Pie, Koh Sa Mui, Saturn, Songkla, Hatyai... Highly Rekemen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2019/12/trip-percutian-krabi-4h3m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 298 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor Loading Justeru bekas Perdana M...
The Regency Waterfront Kuala Terengganu Bilik Besar Harga Murah

The Regency Waterfront Kuala Terengganu Bilik Besar Harga Murah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 675 hits
The Regency Waterfront Kuala Terengganu Bilik Besar Harga Murah l Assalamulaikum Balik Terengganu kali ni Ana request nak stay di hotel lain Selalunya Ana akan stay di Hotel Permai sebab puas hati dengan bilik family di sana Lagipun breakfa...
Actioncoach Startup Teknologi Kita Punya Problem Besar Di Tiga Isu Ini

Actioncoach Startup Teknologi Kita Punya Problem Besar Di Tiga Isu Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 180 hits
Akselerator bisnis ActionCOACH mengungkapkan startup teknologi di Indonesia memang piawai dalam hal teknologi dan strategi bisnisnya Namun mereka masih banyak yang tidak piawai dalam hal kepemimpinan komunikasi engagement dan sebagainya
Curi 12 Krat Bir Ukuran Besar Pelaku Ini Diringkus Polisi

Curi 12 Krat Bir Ukuran Besar Pelaku Ini Diringkus Polisi

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 208 hits
Berdasarkan pengakuan pelaku dari tiga tempatnya beraksi dia berhasil mengambil 12 krat bir besar lalu menjualnya
Wanita Dakwa Ditinggal Suami Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

Wanita Dakwa Ditinggal Suami Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 486 hits
Surabaya Indonesia Didakwa malu kerana anak mengalami penyakit berkepala besar seorang suami bertindak tinggalkan isteri dan anaknya Dina Oktavia 21 berkata dia tidak menyangka kehadiran Muhammad Pandhu Firmansyah berusia lima bulan itu men...
Banjir Besar Rakyat Kelantan Diseru Solat Hajat Berdoa Mb

Banjir Besar Rakyat Kelantan Diseru Solat Hajat Berdoa Mb

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1296 hits
Rakyat Kelantan diseru untuk melakukan solat hajat dan berdoa ketika ini agar banjir besar tidak melanda Seruan itu dibuat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mahu rakyat negeri tersebut melakukan solat hajat dan berdoa kepada All...
Diberi Porsi Besar Di Pemerintahan Ini Tantangan Milenial Di Masa Depan

Diberi Porsi Besar Di Pemerintahan Ini Tantangan Milenial Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 275 hits
Jokowi berharap tujuh staf khusus milenial dapat memberikan masukan yang inovatif untuk kebijakan pemerintahan lima tahun ke depan
Bisnes Online Tanpa Modal Besar

Bisnes Online Tanpa Modal Besar

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 395 hits
Peluang Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online Tanpa Modal Yang Besar Namun Incomenya Lumayan Ramai diantara kita mencari peluang perniagaan untuk The post appeared first on
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord