Trip Ke Jepun Osaka Day 2
Walaupun tak cukup rehat sebab sampai pun tengah malam buta lepas tu anak pula tak nak tidur. Biasa la travel with kids ni mak ayah dia la kena jadi super power. Subuh dekat Jepun awal dalam pukul 4.30 pagi macam tu. Nak tidur tak boleh so tunggu je la sampai subuh sambil usaha tidur kan budak-budak tu. Dorang semua jadi excited lain macam sampai Jepun ni weh. Dapat pula rumah besar memang seronok la. Nanti aku update pasal guesthouse kami ni.
Hari kedua ni kami start lewat sikit la sebab nya semua tak cukup tidur sangat kan. So plan gerak berjalan pukul 10.00 pagi. Dekat sini pukul 10.00 dah macam pukul 12 tengahari tapi panas sejuk geli-geli tak bahang dan berpeluh pun. Cuaca selesa la kira. Aku suka sangat.
Kalau ikut plan asal hari kedua ni macam bawah ni tapi sebab kita keluar pun dah lewat ada tempat kena skip. Tak apa jangan gelojoh sangat. hehe Trip baru bermula gitu. Tapi memang aku paling pening la masa ni. Dalam flight pun tak boleh tidur lepas tu sampai Jepun pun eh sama tak boleh tidur. hahahahha Berbekal kan semangat nak berjalan je la yang tinggal kui kui kui.
Osaka tour
Muzium House and Living
Tempozan Ferris Wheel
Santa Maria
Umeda Building
Shinsekai
Mega Don Quijote
Osaka Museum of Housing and Living
Tempat pertama yang kami jejak adalah muzium perkampungan lama orang Jepun. Untuk yang travel ke Jepun dengan anak dan teringin nak pakai kimono dan yukata boleh sewa dekat sini lebih selesa. Kalau tempat lain kena sewa dekat kedai luar dan nak kena berjalan sekitar kawasan lagi. Mesti jauh nak pusing tempat tu kan so tak berapa selesa la bagi aku dengan anak lagi. Leceh nanti so aku recommend mereka yang dengan anak-anak tu kalau teringin nak pakai baju tradisional Jepun baik cuba dekat sini. Tempat ni indoor so boleh kawal anak dalam ni juga. Okay kan tips aku bagi ni kan. Aku sangat memahami mereka yang travelling dengan budak kecil ni. Pelik la kalau anak korang baik sangat. hahahhaah
Paling suka gambar dengan Asyraf ni sebab comel sangat. Dia dah badmood ni sebab kena paksa bergambar. Dia sibuk nak pergi main dengan sepupu dia. Eh geram aku. Memang dia sorang je budak pakai baju ni sebab sepupu dia yang lain taknak pun. Dia yang beria nak juga tiada paksaan. Tapi bila nak bergambar jenuh. hahahha
Share gambar laki aku je la sebab gambar aku dekat sini mesti ada je orang lalu lalang. Yang ni kira paling kurang dah. Ada budak cranky sebab nak dukung dan menyusu. Bila pakai kimono dengan yukata memang syarat tak boleh dukung dan menyusu baby. Nak jaga takut kotor la kot. Mana tau baby muntah ke apa kan so faham je. Tapi mak pak dia sibuk nak bergambar juga.
Yes dapat juga gambar kosong tak ramai orang.. hihihi tapi plus one la. hahah
Oh well jangan tanya banyak pasal tempat ni sebab muzium ni aku kurang pandai menghayati sangat. Kalau korang tak berminat tak payah la kot. Boleh skip tempat ni. hahahah Tapi aku rasa ok sebab boleh pakai kimono dan masuk rumah lama orang jepun. Suasana dalam ni pun dia buat macam real kitaran siang dan malam. Tak lupa juga gambar dengan manhole dekat sini. hihi
Osaka Bay - Tempozan Ferris Wheel, Osaka Aquarium (Kaiyukan), Santa Maria Cruise
Area sini boleh cover banyak tempat. Restoran makanan halal dan surau pun ada. Boleh susun jadual biar sampai sini ngam cantik untuk makan dan solat kalau boleh ye. Dekat sini ada Tempozan Market Place macam shopping mall. Ada kedai halal dekat sini tapi ada hidang alkohol so pepandai la ye. Nama kedai ni Istanbul Table.
Lunch Istanbul Table
Ada pesanan juga, dekat jepun ni kalau kedai makanan jepun kena makan ikut masa yang ditetapkan. Biasa kedai jepun buka sekejap je macam pukul 12 sampai 2 petang saja untuk makan tengahari dan buka balik petang untuk makan malam. Macam tu la yang aku dimaklumkan hari tu. Bila sampai area Osaka Bay ni dah lewat so nak makan makanan Jepun tak dapat la so kami dibawa makan dekat kedai Istanbul ni. So kalau ke jepun sila check waktu operasi kedai sekali. Bukan macam dekat Malaysia kedai buka 24jam. hahaha
Lagi satu aku nak pesan baca menu betul-betul sebab takut portion besar. Macam yang menu ni sekor ayam tau. So kami order set ayam ni sebab yang lain tu aku tak makan. haha
Surau dalam marketplaza
Kami sampai sini dah memang waktu solat so boleh terus solat je. Surau sebelah kedai ni je. Nak masuk kena ada passcode. Surau sini jangan expect besar. Muat dalam 3 orang je dalam satu masa. Telekung memang kena bawa sendiri ye tapi sediakan tempat solat dekat negara bukan majoriti islam dah kira bagus tau.
Nak solat boleh bergilir la sambil makan tu sebab tak muat nak masuk semua. Lagi pun lagi senang macam ni dengan budak-budak kan.
Santa Maria Cruise
Lepas makan dan solat kami terus ke Santa Maria Cruise. Lokasi sebelah je Osaka Akuarium tu. Disebabkan hari ni memang keluar pun dah lewat kan so kena pulun kejar mana yang boleh. Adjust la mana yang boleh dulu. Nasib baik bila check cruise ni ada last ship. Naik cruise ni kami guna Osaka Amazing Pass (OAP 2-day pass). Kalau korang tak minat dan taknak naik pun tak apa tapi sebab dah ada OAP pass ni kita guna je la. Osaka Akuarium je kami tak masuk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2020/01/trip-ke-jepun-osaka-day-2.html